Monday, October 14, 2013

and I am a mother...

Masa kecil dulu, suka main masak-masak, main kahwin-kahwin, main beranak (terberanak) suka ada anak, lepas tu kalau balik dari sekolah kerja wajib yang dibuat bukan buat kerja sekolah, tapi kerja rumah dan jadi babysitter to adik-adik, masa tu umur dalam 8-9 tahun sudah kenal tanggungjawab, zaman sekarang ada lagi kah? Adik-adik pula bukan dari kategori yang baiknya alahai dan dan senang dipujuk, adakalanya dalam hati #$%^%$# jugaklah tapi memandangkan dorang tu adik, kenalah beralah walaupun nyaris saja mahu sesatkan dorang dalam hutan, iyalah dah rumah dekat hutan kan...

Dulu masa kecil, keluarga memang bukan orang senang, jadi segala benda yang kita angankan kemestiannya tetap menjadi angan-angan, kebarangkalian untuk mendapatkannya adalah 1 per 45785411... tertelan-telan buah halkum tengok orang makan jajan best sedangkan kitaorang hanya mampu panjat pokok gajus (orang Sabah panggil Jagus hehehee) tempat datuk (kita panggil moing) kitaorang tambat kerbau dia tiap hari... sampai kita jadi kawan baiklah dengan ular daun yang suka lepak atas pokok tu sebab dia hijau kan... manalah mo perasan dia tengah bersantai situ, ular daun tu yang lari a.k.a menjalar laju-laju sebab terkejut...

Paling best masa Krismas, kawan-kawan dan sepupu-sepupu lain dapat baju lawa-lawa dan baru, bau wangi dari kedai pastu tunjuk-tunjuk dekat kami, yang kami pun ada jugak baju baru, ya baju yang passing-passing antara adik beradik hehehe... kira aku pakai baju kau jadi aku ada baju baru gitu... kesian kan?

Banyak lagi kisah sedih di masa lalu... bagaikan angin lalu tapi jengah berkali-kali....

TAPIIIIII....

Akhirnya semua kenangan tu menjadi semangat juang kami adik-beradik.

Bukanlah bilang kami sekarang dah kaya raya aman sentosa tidak tapi:

1) Keakraban sebagai adik beradik
2) Tidak ingin peristiwa sedih diwarisi oleh anak-anak
3) Ingin sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan
4) Memberi banyak inspirasi dan aspirasi dalam kehidupan
5) Seronok bila terkenang
6) Sekarang kalau ada sedikit kesulitan, pasti emosi tidak kacau-bilau yang teramat
7) Stress management - sebab dari kecil dah biasa hidup susah
8) Sentiasa berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi, walaupun tidaklah sebanyak mana tapi yang penting, hidup kena bersyukur!

 Itu semua kenangan masa kecik.

Sebenarnya niat di hati ingin meng-update kisah kami dua beranak, yang bagaikan isi dengan kuku, bagaikan buku bertemu ruas, bila jumpa mesti gaduh juga, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan hubungan anak beranak haha...

Bersyukur kerana diberikan anugerah yang berupa anak manusia ini, licik dan nakal tapi menghiburkan. Keletah manja dan sentiasa minta perhatian (alah semua anak macam tu kan?) tapi anak sendiri kita tetap rasa extra ordinary... kan?

Satu perkataan... Bahagia.

Iya, saya bahagia punya anak, sebab dengan menjadi ibu saya dapat lagi banyak perasaan yang bercampur baur dan saya rasa kebolehan untuk mengawal emosi adalah sangat tinggi, jadi kepada ibu-ibu yang tengah stress di luar sana, marilah kita sama-sama beringat, bahawa ke-stress-an ini hanyalah sementara, tiba masanya ia akan pergi jua heheheee...

Buat masa ini, cita-cita saya letakkan di angka nombor dua. Saya tidak mahu untuk menjadi ibu bekerjaya yang hebat tapi masa yang diluangkan untuk si kecil saya amat terhad, saya tidak mahu, tapi ini tidak bermakna saya tidak punya cita-cita yang tinggi, bukan saya tidak mahu, saya mahu tapi buat masa ini, ianya tidak boleh seiring demi anak saya, salah satu saya kena korbankan, tapi bukan korbankan masa untuk bersama dengan charm-charm. Tapi semua orang ada pilihan masing-masing, ini bukan bermaksud saya menidakkan pilihan ibu-ibu yang lain, cuma ini pendapat dan perasaan saya =)

Saya mahukan dia membesar dengan mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang dari ibu kandung dia. Saya mahu melihat dia membesar di depan mata saya kerana saya percaya, 10 atau 20 tahun akan datang, saya tidak boleh memutarkan lagi saat-saat yang saya ada bersama dia sekarang, sekurang-kurangnya kalau ada penyesalan saya kelak, bukanlah penyesalan di dalam mendidik dia.

Saya juga percaya, satu hari nanti, saya masih boleh meneruskan cita-cita dan impian saya yang lain, sekiranya hayat masih dikandung badan. Tuhan itu ada dan Dia mendengar, Dia mengetahui yang terbaik..

 My darling Charmaine (Charm Charm)


 Berusia 3 tahun lebih dah dia ni...

 Sangat manja dan bersahaja...

 Seorang anak yang kedekut, faktor utama mungkin sebab belum ada rezeki untuk ber-adik!

 Aksinya selalu spontan dan menghiburkan...

 Kadang-kadang memang menaikkan darah jugak, menjadi ibu memberikan saya peluang untuk menguasai pengurusan stress yang berkesan! hehehee

Sebagai ibu, doa adalah yang terbaik saya dapat berikan kepada dia, semoga dia membesar menjadi anak yang sihat dan disenangi ramai, tidak membebankan orang, seorang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara dan dunia!


Ya, menulis entri ini membuatkan saya ingin menangis, lebih baik saya berhenti sekarang, sebelum ribut taufan melanda hati saya :)

Happy Monday everyone!


No comments:

Post a Comment