Thursday, October 17, 2013

tujuh petanda anak sayangkan kita

Entri ini khusus kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berusia 3-4 tahun. Sumber diperoleh dari www.babycenter.com namun diolah mengikut kesesuaian si penulis.

Bagi kita yang mempunyai anak-anak dalam lingkungan 3-4 tahun, masa ini ada agak seronok kerana mereka mulai belajar untuk belajar bercakap dengan tatabahasa rekaan mereka mengikut pemahaman yang tersendiri. Seringkali kita sebagai ibu-bapa memperbetulkan tatabahasa mereka namun perlu diingat, kadangkala adalah baik kita juga belajar tatabahasa mereka untuk mengukur sedalam mana keupayaan mereka mempelajari bahasa. Pada peringkat umur ini juga mereka giat 'mengayat' dan menunjukkan tindak balas seperti memeluk dan memuji ibu bapa mereka, kerana bagi mereka itulah caranya mereka menunjukkan kasih sayang mereka =)

Jom santai sambil melihat samaada petanda-petanda berikut ditonjolkan oleh anak-anak anda:

1# "Bertabiat a.k.a Buang Tabiat"
Banyak kali terjadi, saya tengah berbual dengan kawan saya, Charm Charm datang dan menarik-narik tangan saya, kami teruskan perbualan dan dia menarik beg tangan pula, menyedari dirinya tidak dilayan, dia mula merengek sambil menarik-narik baju saya. Ini merupakan tanda dia ingin diberi perhatian, anak kecil seperti mereka memang akan sentiasa menarik perhatian orang tua mereka. Cara terbaik ialah saya menghentikan seketika perbualan, memujuknya dengan menyuruh dia bermain sekejap dan mommy akan bawa dia jumpa Sasha (kawan baik dia) esok! Apabila kita berhenti bercakap dan memujuk dia, dia akan terasa dihargai!

2# Mommy sebagai idola
Saya tidak menggaji orang gaji di rumah untuk menjaga Charm Charm, jadi segala urusan menyediakan keperluan dia saya dan daddy dia yang uruskan, disini dia akan memerhatikan segala perlakuan kita, cara kita bercakap, memilih pakaian, menyidai baju, menyapu sampah dan memasak. Dia akan cuba meniru semuanya. Paling tidak best ialah dia membongkar laci dan mencari alat mekap!

3# "Mommy I love you!"
 Walaupun pada kita itu mungkin perkara biasa, namun itulah lahir dari ketulusan hati si anak, dia cuba mengungkapkan dengan kata-kata.

4# Percubaan untuk memujuk/menenteramkan
 Pernah sekali ketika demam, Charm-Charm mengikut saya ke bilik doktor, ketika doktor sedang memeriksa nadi dan tekanan darah, dia datang mendekat, memeluk saya sambil berbisik, "Mommy jangan nangis OK, jangan nangis!" Daripada tiada feeling mo menangis terus mo ternangis masa tu...

5# Berkasar
Menipulah jika saya tidak mengaku yang saya pun boleh terasa dengan kata-kata dia kadang-kadang, terutama bila dia meminta sesuatu dan saya tidak tunaikan, dia akan menjerit, "Kenapa mommy jahat ah?" Cara ini kerana dia tahu kita sebagai ibu bapa yang boleh menyakitinya lebih dari orang lain dan dia pun mahu berbuat demikian, namun sebenarnya itulah caranya mereka menunjukkan perhatian mereka kepada orang yang mereka sayang =)

6# Beri hadiah yang tidak dijangka
 Apalah anak sekecil 3-4 tahun ini boleh berikan sangat?
"Mommy penat ke? Charm-charm urut kaki k?"
"Mommy nak makan apa? *sambil pegang makanan kucing*
Datang sambil nyanyi happy birthday pastu suruh blow candles *sambil pegang ipad mainan*
^__^

7# Dia menghargai dengan...
Memeluk bila dapat junk food...
Kiss mommy bila dapat mainan baru...
atau paling tidak dia menjerit sekuat hati bila apa yang dia mahukan tidak ditunaikan... hehehehe

Adakah anak-anak anda bertindak seperti di atas? Itu maknanya kita disayangi oleh mereka =)





No comments:

Post a Comment