Sunday, October 13, 2013

pusat pungutan zakat

Hari ini saya belajar sesuatu yang baru dan saya rasa memang cara ni adalah salah satu bagaimana kita boleh membantu komuniti kita secara terus.

Pernah dengar tentang Pusat Pungutan Zakat (PPZ)?
Bagi kawan-kawan yang beragama muslim dan yang telah lama bekerja, mungkin anda sudah biasa dan maklum dengan perkara ini, namun bagi yang baru menceburi bidang pekerjaan,  marilah kita sama-sama belajar tentangnya.

Sebenarnya saya pernah ternampak info ini masa PPZ buat roadshow dekat company kitaorang not long ago, memandangkan saya bukan seorang yang beragama Islam jadi saya tidak mengambil berat info yang diberikan, tetapi secara kebetulan tadi boss saya hendak membuat potongan ini dan saya berpeluang menggodek maklumat yang berkaitan.Info menarik dan tindakan yang wajar diambil dengan pantas.

Apa yang saya faham selama ini, cuma zakat fitrah yang dibayar menjelang Hari Raya puasa. Membayar zakat adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan menunaikan ibadah dalam kehidupan seorang muslim.

PPZ ialah satu badan pengutipan zakat. Kutipan zakat yang hendak disalurkan ke PPZ boleh dilakukan dalam beberapa cara, antaranya ialah melalui kaunter bank, online dan juga melalui potongan gaji. Apa yang saya pelajari sebentar tadi ialah melalui potongan gaji.

Bagi individu yang bekerja dan layak dikenakan cukai pendapatan, majikan biasanya akan membuat potongan cukai melalui PCB dan ini akan tertera di dalam slip gaji kita, tahukah anda bahawa sekiranya anda memilih untuk membuat potongan zakat melalui PPZ, jumlah yang dibayar melalui PCB akan berkurangan. Misalnya PCB anda ialah RM500 sebulan dan anda memilih untuk menyalurkan RM300 ke PPZ, PCB anda akan berbaki RM200 sebulan. Potongan PCB akan disalurkan terus ke Lembaga Hasil manakala potongan kepada PPZ akan disalurkan ke PPZ negeri yang anda ingin salurkan. Setiap negeri di Malaysia mempunyai PPZ yang tersendiri, silalah berkunjung ke PPZ di negeri-negeri anda untuk mendapatkan keterangan lanjut. Cara mudah ialah melayari laman web PPZ di negeri anda, muat turun borang dan isi sebanyak 3 salinan (untuk salinan PPZ, majikan dan diri sendiri) kemudian hantar borang ke Bahagian Sumber Manusia, menariknya cara ini, sumbangan anda diberi pengecualian cukai, malahan anda boleh salurkan 100% dari jumlah PCB bulanan anda, dan wang ini akan disalurkan secara terus ke PPZ negeri pilihan anda. Pendek kata, dana ini akan digunakan untuk membangunkan komuniti masyarakat yang memerlukan di negeri pilihan anda.

Tidak rugi untuk menuntut ilmu walaupun sedikit. Entri ini adalah entri yang sedikit formal, sebab itu SAYA digunakan sebagai kata ganti diri secara meluas :)


No comments:

Post a Comment