APABILA
keinginan bertemu dengan alasan,
apa perlunya percaturan? Demikianlah dalam kehidupan, sudah fitrahnya kita
sebagai manusia, akan sentiasa mencari alasan semata-mata untuk memenuhkan
keinginan. Kehidupan adalah satu perjalanan, manusia mudah merancang, namun
hanya Tuhan yang layak untuk memutuskannya, takdir tidak boleh dipersalahkan,
kerana itulah yang menyuratkannya. Sebab itu kita perlu meneruskan perjalanan,
berjalan dan berjalan... mengikut haluan yang membawa pelbagai kemungkinan di
dalam kehidupan ini, ke arah yang pasti mengujakan, menyedihkan, mengajar,
membimbing, mengubah, menginsafkan... itu yang membawanya... TAKDIR.
* * *
”Ouchh!!!” Oh
sakitnya, apa benda di sekeliling kepala aku ni? Dia memegangnya perlahan, agak
kasar kainnya. Lengan kanannya juga sakit, dirabanya perlahan, berbungkus! Apa
telah terjadi sebenarnya? Dia cuba mengingatinya, tapi otakknya seolah-olah
beku, denyutan di kepala juga semakin menjadi-jadi. Dia menjerit dan
kemudiannya tidak sedarkan diri.
* * *
”Amelia!” Kenapa
sayup sangat panggilan itu? Terasa amat jauh sekali.
”Amelia, bangun
sayang...” eh suara mama lah... mama... tolong mama!Amy tak boleh nak buka mata.
Kepala ni rasanya berdenyut dengan hebat mama, aduh sakitnya, apa dah jadi ni?
Kenapa mata aku terasa sungguh berat ni. Mama... tolong Amy Mama.
”Sabar Puan,
Amelia perlukan rehat, biar dia tidur dulu.” Suara siapa pula tu? Nak kata
suara Papa... eh bukanlah! Suara abang ke? Lainlah... oohhh mungkin suara Zack... tapi kenapa
pelik? Dia sakit suara kot? Ahh... mustahil. Mama, Amy nak bangun!!! Kenapa
suara aku tak keluar? Tolong....
“Tapi Doktor, anak
saya dah tiga hari tidak sedarkan diri? ” WHAT? Kenapa lama sangat aku tidur? Tak pernah
pun aku telan pil tidur. Aku makhluk Tuhan yang periang OK. Mustahil sekali.
“Keadaan dia masih
trauma Puan, sabarlah... ” Oh itu suara si sang doktor rupanya. Merdu jugak beb! Aku nak tergelak tapi aku tak
larat. Kenapa dengan badan aku ni, kejang aduh sakit!
“Kemalangan tu
memberi kesan yang kuat kepada Amelia Puan, pihak hospital akan sedaya upaya
memberinya rawatan yang sepatutnya. ” Aku mengalami kemalangan ke? Bila?
Denyutan kepala aku kembali lagi apabila aku cuba berfikir, baik aku tak payah
fikir dulu.
“Saya risau
Doktor... ” Itu suara Mama, berbaur tangisan pula, jangan nangis Ma. Amy dengar
kata-kata Mama ni.
“Sabarlah Puan.
Bagi dia masa, bagi dia rehat? ” Kepala saya dah berserabut doktor, Mama... Amy
dah letih, Amy tidur dulu Mama, nanti Amy bangun lagi ye Ma?
***
Puan Maria
mengesat matanya yang makin sembap akibat terlalu banyak menangis. Masuk hari ini sudah lima hari Amelia
terbaring di katil itu. Sebagai ibu yang melihat anak gadisnya membesar di
depan mata selama 25 tahun, realiti sekarang amat sukar sekali diterimanya.
Berita kemalangan
Amelia hampir membuatnya pengsan. Sebelu ini, dia sedar perubahan diri Amelia,
dari seorang yang periang kepada seorang yang suka termenung, dari seorang yang
peramah kepada seorang yang takut untuk bertemu dengan orang, daripada seorang
yang suka berjenaka kepada seorang yang berat mulut. Sebagai ibu, Puan Maria
juga tahu sebabya perubahan mendadak anak gadisnya itu, gadis itu telah
kehilangan cintanya, cinta pertama yang amat melekat dihatinya, cinta luhurnya
kepada jejaka yang amat disayangi selepas Papa dan Abangnya, cinta hatinya yang
akhirnya meranapkannya. Amelia bagaikan kehilangan dunianya selepas cinta
hatinya beralih. Puan Maria menarik nafas berat, melepaskannya dengan berat
juga.
“Puan Maria? ”
Puan Maria agak tersentak apabila bahunya disentuh lembut. Puan Maria tersenyum
apabila terpandangkan pemilik tangan itu.
“Ya Doktor. ” Bibirnya
mencalit senyuman paksa, namun tetap ikhlas.
“Boleh kita
berbincang? Ada perkara yang ingin saya katakan. ” Debaran di dada Puan Maria
mula memecut kencang. Serta merta air mukanya berubah, ada kebimbangan di situ.
Doktor muda yang memakai tag nama Johan itu tersenyum, dia faham kerisauan ibu
itu.
“Tiada apa-apa
yang serius, cuma kita perlu berbincang. ” Kata-kata doktor itu membuatkan Puan Maria menarik nafas lega. Puan Maria segera bangkit
dari kerusinya, mengucup mesra dahi Amelia dan mengekori langkah Dr Johan ke
biliknya. Debaran di dada kembali menggasak tatkala memasuki bilik Dr Johan.
Aura disekitar bilik itu memang tidak menyenangkan, apatah lagi mengingatkan
keadaan Amelia yang sudah tiga hari terlantar semenjak terlibat dengan
kemalangan ngeri yang hampir mencabut nyawa anak kesayangannya itu. Amelia, Amelia, Puan Maria menyeka air
mata yang menuruni pipinya.
“Sila duduk Puan,
” Dr Johan mengambil fail kuning di hadapannya dan mula menelitinya, sesekali
dia menarik nafas berat, kerunsingan dan kesenyapan itu benar-benar membuatkan
Puan Maria ingin merebut fail itu dan membuat penelitian sendiri. Namun dia
kembali menenangkan diri dan berdoa di dalam hati, agar Allah memberikan dia
kekuatan dan ketenangan, sekurang-kurangnya untuk anak gadisnya yang masih
tdiak sedarkan diri.
“Begini Puan, ”
akhirnya Dr Johan bersuara, dia memetik suis kotak putih di belakang kerusinya,
sekeping filem x-ray yang mempamerkan x-ray tengkorak kepala. Puan Maria kian
berdebar.
“Ini x-ray kepala
Amelia, kepalanya mengalami hentakan kuat di bahagian ini, ” terang Dr Johan
sambil kayu setengah meter panjang dihalakan ke bahagian tengah bentuk
tengkorak kepala itu.
“Maksud doktor? ”
Puan Maria tidak sabar untuk mendengar berita selanjutnya.
“Buat sementara
ini, kami dapati Amelia akan menghadapi masalah mengingati informasi lampau, dia
akan seolah-olah kebingungan. ” Puan Maria mula merasakan genangan panas di
sudut matanya.
“Puan jangan
bimbang, kes seperti ini hanya akan berlaku secara sementara, pesakit amnesia
neurologis akan mendapat ingatannya semula setelah beberapa lama, dengan
syarat, bantuan dan sokongan harus diberikan oleh ahli keluarga mereka.”
“Amnesia
neu..neu... ”
“Neurologis..
amnesia neurologis Puan. ” kata Doktor Johan lembut.
“Oh.. ” Puan Maria
mengangguk lemah. “Benarkan
hanya sementara doktor? ”
“Kita sama-sama
berdoa agar Amelia cepat sembuh Puan, dia juga harus datang ke hospital untuk
rawatan susulan selepas keluar dari hospital nanti. ” Puan Maria hanya memandang
kosong wajah Doktor Johan.
***
“Mama!”
“Ya sayang! ”
“Cepatlah kemas,
Amy dah boring tinggal kat hospital
ni, ” Amelia merengek manja, Puan Maria terkocoh-kocoh memasukkan majalah-majalah
Amelia ke dalam beg. Dia hairan bagaimana Amelia boleh mengingati semua majalah
lamanya, kalau diingatkan majalah-majalah itu dibeli lebih setahun yang lalu.
Kenapa tidak diminta majalah yang baru dibelinya bulan lepas?
“Okay, Mama dah
siap! Amy? ” Amelia tersengih menampakkan barisan giginya yang putih tersusun.
“Ishhh... Amy,
kata nak balik kan? ” Puan Maria pura-pura meninggikan suaranya.
“Good morning Amy!
” Kedua beranak itu memandang serentak ke arah suara itu.
“ Doktor Johan! ”
Amelia menjerit keriangan sambil mendepakan kedua tangannya. Doktor Johan
menghampirinya dan Amelia memeluk doktor Johan erat.
“Terima kasih
doktor sebab jaga Amy, rawat Amy... ” Doktor Johan hanya ketawa senang.
“Tapi Amy mesti
balik jumpa saya nanti okay? Rawatan susulan... ingat? ”
“Tak kisah...
jumpa doktor handsome ni hari-hari
pun takpe. ” Balas Amelia sambil terkekeh-kekeh ketawa.
“Amy! ” Puan Maria
mencelah. Ternyata dia kurang senang dengan gelagat anak gadisnya itu. Amelia
masih dengan sengihannya.
“Sporting la Mama, tak luak pun ” Puan
Maria memandang Amelia dengan mata yang tidak berkelip. Perasaan gembira, pelik
dan bimbang bercampur baur. Perubahan mendadak anaknya memang agak memeningkan
kepalanya.
“Bye doktor! ” Amelia melambai-lambaikan
tangannya ke arah Dr Johan, Amelia sempat lagi memberikan flying kiss kepada doktor muda itu, lelaki itu membalasnya dengan
senyuman. Amelia kelihatan begitu riang sekali, dia nampak bersemangat dengan
tongkat yang menopang tangannya. Meskipun gadis itu belum pulih sepenuhnya,
namun telatahnya menceriakan semua jururawat dan doktor yang merawatnya.
Mudah-mudahan, ingatannya akan segera pulih, bisik hati Dr Johan.
***
“Mama, siapa yang
tukar curtain Amy? ”
Puan Maria
tercengang. Seingat dia, Amelia sendiri yang membeli dan menukar langsir
biliknya setahun yang lepas. Amelia memilih langsir merah berbunga putih itu
menggantikan langsir lamanya yang berwarna biru.
“Bukan ke Amy
sendiri yang tukar? ” Puan Maria sengaja menduga, meskipun hatinya kuat untuk
mengakui anaknya telah hilang ingatan. Dia berdoa agar keajaiban akan berlaku
dengan tiba-tiba. Tapi, ahh... terlalu mustahil!
“Frame gambar Zack mana Mama?” Puan Maria
kian tersentap! Zack, lelaki itu banyak melukai hati anaknya, hatinya tidak
menolak kalau-kalau Zack yang menyebabkan anaknya terlibat dalam kemalangan.
Bingkai gambar lelaki itu telah dibuang oleh Amelia setahun yang lepas, sejurus
selepas lelaki itu memutuskan hubungan dengan Amelia.
Amelia berjalan
berjingkit-jingkit dengan tongkat ke arah almari soleknya, dia memerhati setiap
sudut almari tu, dia tetap merasa pelik. Siapa yang mengubah semua ini? Dia
cuba mengingati sesuatu, dia bagaikan ternampak sesuatu yang menyebabkan
hatinya hiba dan pedih tiba-tiba, apakah perasaan yang pelik itu? Tiba-tiba
kepalanya bagaikan dilanggar arus elektrik, dia hampir tumbang namun Puan Maria
sempat menyambutnya.
“Amy, Amy sayang, Amy baring dan rehat dulu ya. Nanti mama
kemas semua barang Amy dan letakkan balik ke tempatnya, mama minta maaf sayang,
mama ingat nak tolong Amy berkemas. ” Puan Maria terpaksa berbohong untuk
menyedapkan hati Amelia. Amelia mengangguk lemah. Dia melihat jalur cahaya
putih yang amat menyilaukan pandangannya. Pantas dia mengatup matanya. Cahaya
putih itu sungguh menakutkan.
***
Zack masih menghadap note
book di hadapannya. Sudah lebih dua
jam dia merenung setiap gambar di dalamnya. Wajah-wajah riang Amelia
diperhatikan satu per satu, kadang-kadang senyuman terukir di bibirya,
mengingatkan keletah manja dan lucu Amelia, yang begitu selamba dan
menyenangkan hati. Namun kotak fikirannya memainkan semula perubahan sikap
Amelia, perubahan yang turut merubah perasaannya pada gadis tinggi lampai itu.
“Tolong Auntie Zack, hanya untuk kali ini. ” Rayuan dari
wanita yang amat dihormatinya itu menjengah ruang fikirannya. Pertermuannya
dengan Puan Maria petang tadi membawa berita yang sungguh memeranjatkan
hatinya, dan hajat yang dibawa oleh Puan Maria juga terlalu berat untuk
dipikulnya.
“Amelia masih menganggap yang kamu ni tunangnya, dia asyik
bercerita tentang kamu. ” Air mata Puan Maria begitu murah pada petang itu.
“Auntie harap Zack dapat tolong keluarga kami,
sekurang-kurangnya sampai Amelia sembuh. Auntie tak nak bagi dia tekanan buat
masa ini kerana ini akan menghalang proses penyembuhannya… ”
Amelia telah hilang ingatannya! Namun dia masih hidup pada
kenangan lamanya, dan Zack antara ingatan silam itu. Zack menarik nafas berat,
dan mengeluh berat jugak.
“Biar saya fikir dulu Auntie, saya kena bincang dengan Tina
juga perkara ni. ” Ujar Zack akhirnya, Puan Maria agak tersentak bila mendengar
nama Tina, jika bukan kerana Amelia, dia sendiri tidak ingin berjumpa dengan
Zack, orang yang telah menjauhkan dia dengan anaknya sendiri.
Perpisahan Zack dan Amelia telah setahun berlalu, untuk
kembali pada gadis itu adalah sesuatu yang mustahil, kerana Zack sudah tidak
berhubung dengan Amelia yang membawa diri sejurus pertunangan mereka putus,
Zack telah mempunyai pengganti dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun
hadapan. Namun dia sedar, kejadian yang menimpa Amelia ada kaitan dengan
dirinya juga. Dia yang berubah hati, dia yang menginginkan perpisahan itu. Dia
yang melukakan hati gadis itu.
***
“Awak pasti? ”
Zack hanya
mengangguk. Tina merenungnya dalam. Berat rasanya untuk membenarkan
”pertolongan” yang dipinta oleh Puan Maria.
“Cinta memerlukan
pengorbanan sayang, mungkin ini juga satu rahmat untuk hubungan kita ” Zack
cuba mencari ayat yang sedap didengar. Namun wajah Tina tetap dirundung
kerisauan. Siapa yang tidak risau jika orang tersayang pergi semula kepada
bekas tunangnya... meskipun hanya untuk sementara.
“Amelia perlu
disembuhkan dari sakitnya. Apabila dia sedar nanti, kita akan beritahu perkara
yang sebenarnya pada dia.” Zack cuba berkali-kali untuk menyakinkan Tina.
“Apa yang boleh
awak yakinkan saya? ” Tina menduga, dia benar-benar bimbang namun dia juga tahu
yang Zack nekad untuk membantu Amelia.
“Saya sayang awak, saya cinta awak! ” Tina menarik nafas
lega.
“Kita kena tolong
Amelia untuk pulihkan ingatannya! Saya kena berlakon menjadi tunangnya semula.
” Tina menelan air liur.
“Saya berjanji,
saya tidak akan mengecewakan dan meninggalkan awak Tina. ” Akhirnya Tina
tersenyum, kelat.
No comments:
Post a Comment