Tuesday, July 30, 2013

motivasikan kehidupan!

OK OK!

Lama tidak memblog bukannya tidak peduli tapi sebab sibuk membaca blog orang hehee.. dan memberikan dorang semangat dengan meninggalkan komen-komen di blog dorang... baguskan? Seseorang blogger 'amat' menghargai komen-komen yang diberikan pembaca mereka, sebab itu juga merupakan motivasi untuk mereka terus memblog.

Di usia pertengahan lewat 30-an, banyak lagi impian, khayalan dan cita-cita yang mahu dicapai, biasalah manusia biasa kan... berangan bukannya dibayar pun kan! Pendek kata, si ibu muda ni (mudalah sangat!) juga mengimpikan kehidupan persis puteri raja yang akan dilayan, dilayan dan dilayannn tanpa tekanan dalam kehidupan, nama pun berangan kan....

OK langkah baby perlu diambil, iaitu:


1) Teruskan memblog. Sebab dari kecil memang suka membaca dan menulis tapi kebolehan dan amalan itu semakin tumpul.

2) Sign up jadi agen CWA, boleh menjadi kewangan dan memperbaiki kehidupan.

3) Sentiasa berdoa dan mensyukuri segala rahmat pemberian Tuhan yang esa.

Bah, apa pun, selamat kembali memblog, kepada diriku!

No comments:

Post a Comment