Entri ini ditujukan khas buat seorang sahabat yang sentiasa disayangi.
Hi Juls, diam tidak diam, hari berganti tahun dan masa berganti masa, akhirnya pada waktu ini kita semua telah melangkah ke alam rumahtangga. Memang satu kelainan dan tidak pun kita jangka pada satu ketika yang dulu kan?
Masih aku ingat Juls, satu ketika dulu, tentang keakraban kita semua, KUBM SAC. Kita semua macam adik beradik, sungguh-sungguh rapat, dalam segala hal yang kita lakukan, hujung minggu pasti kita akan bertemu kan:) Dan kita semua menantikan hari Ahad untuk kita sama-sama "melayani" dan bersukaria :p Paling tidak kita tinggalkan, makan di Kedai Kelantan yang ada tom yam sedap tu kan? Ikan masin goreng, nasi goreng USA, sup ekor kamurang tu... kalau boring kita pigi pulak di S&M Kotaraya tu... malam sabtu kita semua merempat di Pandan Jaya, ramai-ramai kita berkampung, cerita-cerita sampai pagi. Seven-heaven, lihing etc.etc. hehe...Sungguh bahagia hidup kita kan?
Kita saling berkongsi makanan, minuman. Ko ingat? Team nantung yang menyatukan aku, kau, si John pulis, si Eyun, dorang Pai sama Onong.... ko berebut udang sama si John pastu boleh lagi cakap, "Aku sanggup berbunuh sebab udang!" hahahaa... kita cakap saja padahal kita semua saling menyayangi kan? Sedapkan nantung kan Juls... kalau ada bambangan sama tuhau lagi... perghhh!
LLS. Kita semua pigi Melaka, Gemas, Kuantan, KL dan sampai nun jauh di Kelantan. Walau apa pun permasalahan dalaman team kita, kita tetap kuat dan bersatu. Walau apa jua kegagalan kita tetap bangun, walau apa jua rintangannya, hak bermain hak kamiiii *iklan milo*. jangan ko lupa yang kitalah juara Asayo 2004. Macam artis kita rasa berdiri di pentas yang kecil, menjulang piala kemenangan kita, wang RM1k, drum letrik sama keyboard yang akhirnya didermakan pada keuskupan Keningau tanpa pengetahuan kita... Pesta Kaamataan, gawai dan Panen, kitalah pioneer dan peneraju di Keuskupan KL suatu ketika dulu... Satu yang aku tidak boleh lupa, kita semua saling menguatkan meskipun dalam hal percintaan yang terkandas, masing-masing saling mendukung dan tidak meninggalkan yang terluka. Luhurnya persahabatan dan persaudaraan kita semua.
Tapi masa dan komitmen memisahkan kita semua sedikit demi sedikit. Perubahan dalam kerjaya mungkin sedikit sebanyak menggugat keakraban kita semua.. masing-masing mula membawa diri namun untung FB dicipta untuk saling kita berhubung... walau apa pun Juls... kami tetap sayang ko. Sayang sangat-sangat, kita masing-masing ada hak dalam hidup masing-masing, itu kami tidak akan lupa.
Panggilan telefon ko minggu lepas memang mengejutkan bila ko cakap ko akan bernikah petang tu. Dari suara ko, disebalik ko menggelabah dan resah untuk melafazkan akad, aku tau ko sayu sebenarnya... ko agak segan sebenarnya sama kami semua, kan? Tapi Juls... sampai bila? Kami semua terima keputusan ko dan sering mendoakan yang terbaik untuk ko, dan juga untuk sahabat-sahabat kita yang lain. Janganlah ko rasa tersisih dari kami lagi kio... sekurang-kurangnya saya sendiri bersyukur kerana ko masih ingat kami dan menjemput kami ke hari bahagia ko... sudah sampai masanya, ko memang patut menggalas tanggungjawap sebagai suami dan bapa sejak dulu lagi, ko pun sudah tua kan?? heheee....
Tahniah Juls, semoga kau akan menjadi suami yang soleh dan mampu membimbing Ira yang kini jadi suri hidup kau... tempuhilah hidup suami isteri dengan penuh tolak ansur, kasih sayang dan ingat, DOA adalah penting dalam setiap apa yang kita lakukan. Aku harap (banyak harapan aku ni Juls) semoga kita semua akan boleh berkumpul bersama lagi, walaupun sekadar minum kopi tenom :) koling-koling bila-bila masa kio tambalut...
Selamat pengantin baru Juls...
Aku harap tahun depan aku boleh pigi rumah ko masa hari raya. Kalau kita buat "nantung" ok bah jugak tu kan? Jangan ko marah aku pasal entri ni ok, aku saja mo menulis....
# kalau ko rasa tersentuh dengan entri ini, silalah petik buah rambutan di rumah mentua ko tu... barang sekarung dua, dan kita buat lawatan muhibah ke Bandar Sri Damansara, melawat Pai, Onong sama baby Elijah...ciam???
No comments:
Post a Comment