Wednesday, December 5, 2012

family day out

Hari minggu adalah hari yang sangat aku nantikan. A family day out.We usually blast out our sunday habis-habisan... visiting time, praying time, makan time, gathering time etc etc.

Umat Katolik seluruh dunia digegarkan dengan penjelmaan imei Bonda Maria pada tingkap sebuah hospital di Subang Jaya. Imej tersebut telah menghimpunkan sekalian umat Katolik untuk datang berdoa, membuat devosi dan Novena. Walaupun kesahihah imej tersebut masih belum di putuskan oleh pihak gereja Katolik, namun tingkap kaca setinggi lebih kurang 5 kaki itu tetap mencuri tumpuan, apa yang positif, ia berjaya menggalakkan umat Katolik untuk terus berdoa.

Disebabkan kunjungan orang ramai pada tingkap tersebut agak menganggu operasi hospital, akhirnya kata sepakat dicapai di mana pihak hospital mendermakan tingkap tersebut pada sebuah gereja Katolik di Klang. Our Lady of Lourders Klang merupakan sebuah gereja yang agak low profile namun pada saat kedatangan tingkap tersebut, gereja kecil tersebut kian dibanjiri bagi mereka yang percaya.

Keluarga kami pun tidak melepaskan peluang yang ada, OLL terletak tidak jauh dari Shah Alam pun. Sebagai penganut Katolik, saya sendiri pun mempunyai kepercayaan tersendiri pada imej tersebut. Namun apa yang lebih penting, kedatangan kami sekeluarga bukanlah untuk menyembah tingkap tersebut, namun untuk menyaksikan sendiri keajaiban kejadian itu.

OLL mempunyai BM mass pada 12.15pm setiap hari Ahad.

Selepas misa kami terus ke ruangan Chapel di belakang gereja OLL. melangkah masuk ke ruangan dimana tingkap itu diletakkan sudah memberi satu perasaan yang sungguh aneh, sungguh sungguh aneh!! Bulu roma pun meremang-remang.... namun ada satu perasaan damai dan sukacita lah...
Mungkin bukan disebabkan oleh gambar tersebut semata-mata, namun atas dasar percaya dan itu adalah terpulang kepada hak individu. Mungkin disebabkan tempat tersebut sendiri yang dibanjiri oleh sekalian manusia yang datang berdoa, meskipun ramai sekali namun semuanya berdoa secara senyap, mengambil gambar dengan tertib dan berjalan dengan menghormati orang di sekeliling.

Saya turut berdoa satu dekad rosari, dan perasaan semasa berdoa memang seakan dihambat-hambat, terasa sungguh syahdu, tidak disedari airmata mengalir... sungguh-sungguh syahdu. Doa kepada Bonda Maria adalah doa pengantara kepada Putera yang diimani sebagai Juruselamat bagi umat Katolik. Sekali lagi disini ya, bukan menyembah berhala atau berdoa kepada patung, kita boleh berdoa di mana sahaja meskipun tanpa tingkap itu sekalipun, namun berada dekat dengan tingkap tersebuit membuatkan rasa lebih untuk hendak berdoa. Biasalah manusia banyak kemusykilan. namun di dalam Tuhan tiada yang mustahil.....kan?

Saya terasa amat bersyukur kerana sebagai manusia, saya juga mempunyai keimanan yang tersendiri, yang abadi dan yang saya percaya, kerana iman saya terasa kuat dan ada hala tuju dalam kehidupan, kerana iman saya yakin dalam perkara yang saya ingin saya lakukan, kerana iman juga saya mempunyai identiti.Semoga jalan hidup saya, keluarga dan anda sekalian berlandaskan iman yang kita pegang masing-masing. Amen.

 Tingkap yang menjelmakan imej Bonda Maria, ajaib bukan?


# ini adalah catatan pengalaman dan pengamatan dan luahan hati saya sendiri ya, iya saya punya sendiri tau.

Salam sayang, God bless us all.


No comments:

Post a Comment