Wednesday, December 12, 2012

my little charm

While my little Charm Charm is having fun with daddy at work, biarlah mommy duduk bersendirian, mengisi masa dengan menulis blog.

I miss my blog and have been wanting to write since I have a lot to pen down, the only thing is I don't have my precious time to do it.

Orang sering berkata, kehadiran anak akan merubah segalanya, my comment is, BETUL!

Satu ketika semasa saya masih sibuk belajar (buat Diploma), masa selalu tidak cukup dan segala-galanya memenantkan. Saya selalu merungut... bila sudah bekerja, tanggungjawap makin banyak...makin memenatkan. Tapi sekarang bila telah berkahwin dan punya anak... memang masa tidak pernah cukup untuk menguruskan segala-galanya. Namun, sejalur rasa syukur menyelinap di dalam hati kerana, Tuhan menganugerahkan hubby dan saya seorang puteri yang ligat :)

Semasa mengandungkan Charmaine, saya risau yang saya tidak akan mampu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada dia, kerana saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang wanita yang berkarier. Namun kehadiran Charmaine benar-benar mengubah segalanya, saya menjadi wanita yang seakan-akan lupa pada cita-cita sendiri, saya rela untuk tidak melonjak mendapatkan pangkat, namun hati saya mahukan yang terbaik untuk Charmaine, siapa lagi yang mampu menyediakan yang terbaik kepada anak-anak kalau bukan ibu bapanya sendiri bukan?

Ya, saya masih bekerja, saya kena bekerja untuk membantu ekonomi keluarga namun kerjaya yang saya pilih adalah sangat tidak seiring dengan Master Komunikasi Korporat yang saya gengami, namun apa ertinya pangkat dan wang ringgit yang berkelimpahan sekiranya saya tidak dapat melihat anak saya membesar dengan kasih sayang dari ibunya... Charmaine is very clingy... and thank God sampai umurnya 3 tahun pada hari ini, she is still on breastfeeding walaupun tidak sepenuhnya. Setiap hari memang saya tidak sabar untuk balik ke rumah, we always have a good 'talk' to each other and even when she was a baby... dia faham sebenarnya, mungkin dari intonasi suara, dia memang akan membalas dengan ekspresi wajah... setiap perkara yang membuatkan dia bertindak balas akan membantu saya di dalam proses pemahaman komunikasi kami berdoa. Teori komunikasi memang mudah di'google', namun praktikalnya adalah lebih penting. Proses praktikal ini memang membantu di dalam pengajian bidang komunikasi yang saya minati.

Charmaine pada hari ini telah menjangkau usia 3 tahun... sangat cepat! Sebagai ibu, saya sangat bersukur kerana diberi kesempatan untuk melihat dia membesar dengan ligat, sihat dan gembira. Dia mungkin tidak memahami kesukaran yang saya hadapi namun dia 'tahu' bagaimana untuk menghiburkan ibu bapanya. Dia tahu bagaimana untuk menghargai kasih sayang kami dan dia tahu untuk membuatkan kami gembira, dia tidak akan mengulangi perkara-perkara yang membuatkan kami marah pada dia. As a mom, I will always pray for her success, to be healthy, be a good girl and sort of all the baik-baik punya harapan... harapan seorang emak, sama saja!

Happy 3rd Birthday darling Charmaine Elyza. Mommy and Daddy loves you so soooo much!!

# Entri ini dalam draft since 11.12.12 hehe... awaiting for her blowing candles photos tapi ndak sampai2 jugak... nantilah upload gambar kemudian k....




No comments:

Post a Comment