2012 kian di penghujungnya... tahun 2013 akan menjengah dengan pelbagai harapan dan impian, azam baru. Masa untuk bersama keluarga tersayang dan juga sahabat handai. Masa untuk kita melambungkan kesyukuran kepada mereka di sekitar kita, yang banyak membantu kita samaada kita sedari ataupun tidak sedari, ia juga masa refleksi untuk ditambah di dalam kotak memori kita. Tambah koleksi harta karun kan?
Napa ko banyak bunga-bunga ni?
Ndak bah.... saya terbaca satu artikel dari Flickr, sungguh menakjubkan, beberapa penemuan yang memberikan harapan baru selepas Hurricane Sandy menghancurkan Breezy Points di Roakaway, Queens, Amerika. sungguh menyayat hati sobs. Breezy Points adalah antara tempat yang menerima kunjungan tidak rela Sandy, namun pasrah dengan kebakaran lebih dari 100 buah rumah... sampai hati ko Sandy!
Lumrahnya sebagai manusia, kita jaranggggg sekali perasankan apa-apa di sekitar kita yang kita limpas hari-hari... kita sibuk dengan rutin kehidupan kan? Tapi bila terjadinya sesuatu, barulah padan muka kita, sudah terhantuk baru mengamuk...oppsss sudah terhantuk cepat-cepat gosok kepala hehe....
Nah saya mahu share 3 gambar ni... selepas Sandy melampiaskan kemarahannya dan berlalu pergi buat seketika, khabarnya dia akan datang lagi...
Biasa menjadi luarbiasa selepas Sandy pergi...
Sekurang-kurangnya tiga religious statues masih berdiri tanpa sebarang kerosakan, penduduk Breexy percaya statues ini pasti memberikan mereka harapan untuk membina semula masa depan di Breezy. Amen.
Signboard jalan yang diperbuat daripada kayu... meskipun hampir keseluruhan kawasan di sekitar itu musnah terbakar, pembuat papan tanda ini telah menetap di Breezy hampir tiga dekad... bukan setakat papan tanda ini yang selamat,namun apartment dorang pun masih kelihatan elok, rumah-rumah di sekitar mereka musnah.
dan ini... plat santa claus yang dibuat oleh seorang isteri khusus buat suami yang tercinta pada ulang tahun perkahwinan yang kedua... suaminya seorang anggota bomba yang turut terlibat semasa peristiwa 9/11... sebenarnya ramai anggota bomba turut tinggal di Breezy, sungguhpun mereka bersungguh untuk memadamkan api pada masa kejadian di Breezy Oktober lalu, mereka tidak mampu untuk menghalang kebengisan Sandy, ramai yang beralah hanya mampu menyaksikan rumah kesayangan musnah di depan mata... plat kecil ini menyuntikkan kegembiraan kepada pemiliknya kerana ia masih selamat, seolah-olah membisikkan "hey, jangan menangis! kita bina hidup baru sama-sama :-) "
Gambar-gambar di atas memberikan harapan kepada penduduk Breezy yang tempat ini akan dibangunkan semula, kasih-sayang yang terpahat pada tinggalan Sandy menjadi angin teraju yang meniup harapan mereka untuk berkembang mekar. Marilah kita tumpangkan doa kita buat semua mangsa, semoga mereka kuat dan tabah, dan semoga Breezy Points akan mengukir namanya lagi!
No comments:
Post a Comment