Hati ini masih merintih dan berdebar mengenangkan #MH370.
Aku cuma terkenangkan 239 nyawa yang berada bersama MH370, tidak tahu apakah nasib yang menimpa mereka. Marilah kita meneruskan doa dan harapan kita, agar #MH370 akan segera diberikan petunjuk oleh yang Maha Kuasa, dan mereka akan segera pulang tidak kira apa jua situasi mereka. Seluruh dunia kini menantimu #MH370.
_______________________________
“Bibah, kenapa rahsiakan dari mommy?”
Habibah tertunduk dan terkedu.
Habibah yang teringin benar hendak memakan puding sagu sedang menyiapkan menu itu di dapur ketika mendengar loceng pintu berbunyi bertalu-talu, dia yang sememangnya sedang menantikan Maya tanpa berfikir panjang terus memulas tombol pintu dan kehadiran orang yang tidak disangkanya membuatkan dia terkedu.
Datin Zubaidah yang sedang tersenyum memandangnya tatkala pintu dibuka luas turut tercengang, niatnya untuk memberikan kejutan kepada Habibah terbalik sama sekali, dia pula yang terperanjat dan turut sama terkedu.
“Bibah dah masuk berapa bulan?”
“Dah nak masuk enam bulan mommy,” lembut dan agak sayu suara menantunya.
“Daniel tahu?”
Gelenggan daripada Habibah membuatkan jantung Datin Zubaidah seakan-akan terhenti. Isteri anaknya tengah menderita di dalam diam, ditinggalkan oleh anaknya sendiri dan menantunya itu tidak pernah merungut kepadanya, bahkan merahsiakan kandungannya, dan Qassif Daniel, anaknya itu, tengah sibuk merancang perkahwinan dengan buah hatinya. Hati ibu manakah yang sanggup melihat semua ini. Datin Zubaidah merenung sayu wajah menantunya yang masih terperanjat dengan kunjungan mendadaknya.
“Percayalah mommy, bukan niat Bibah nak rahsiakan, tapi Bibah tidak mahu menyusahkan keluarga Daniel lagi, Bibah rasa Bibah masih kuat untuk mengharunginya,” ucap Habibah sayu. Entah kenapa kali ini, dia tidak dapat menenangkan dirinya, lonjakan rasa rindu terhadap suaminya semakin menebal.
“Tapi kan mommy pernah cakap dulu, kalau ada apa-apa yang Bibah perlukan, Bibah cakap dengan mommy,” Datin Zubaidah menarik nafas panjang-panjang.
Habibah terus meneruskan menundukkan kepalanya, banyak perkara berlegar-legar di kepalanya sekarang, dia sendiri menemui kebingungan.
“Bibah minta maaf mommy…”
“Kenapa Bibah nak tanggung seorang diri?”
“Bibah tak ada pilihan lain…”
“Apa maksud Bibah?”
“Daniel dah pergi pun mommy, buat apa Bibah nak susahkan semua orang, ini anak Bibah, biarlah Bibah jaga sendiri.”
“Bibah!”
“Bibah tak nak salahkan sesiapa mommy!”
“Bibah?”
“Lepas Bibah bersalin nanti, Bibah akan failkan kes perceraian, Bibah akan pulangkan semua yang menjadi milik Daniel, rumah ni, duit yang Daniel bagi semasa kami bernikah, Bibah tidak mahu semua itu, Bibah akan pulangkan mommy.”
“Bibah, please sayang…”
Datin Zubaidah sudah tidak dapat menahan air matanya, hatinya pilu mendengar luahan Habibah, Habibah yang selama ini tampak tenang nampaknya kini berputus asa dengan rumahtangganya sendiri.
“Mommy…” Habibah segera menghampiri Datin Zubaidah dan memeluk bahunya lembut, tatkala tangannya melingkar pada tubuh Datin Zubaidah, Habibah dapat merasakan satu aura yang luar biasa, Habibah tidak mengerti perasaan itu namun hatinya merasa hiba yang teramat tiba-tiba, akhirnya dia turut menangis di bahu ibu mertuanya.
Datin Zubaidah yang tersentak dengan tindakan Habibah segera menyeka air matanya dan membawa Habibah kembali duduk, Habibah yang mulanya hanya teresak-esak kini makin bertambah kuat sedu sedannya, air mata bercucuran laju membasahi pipinya, selama ini dia memendam duka, selama ini dia memendam luka dan dia telan semuanya, dia simpan semuanya, dia menunjukkan kebahagiaan yang pura-pura di hadapan Rayyan, Farrah dan Maya tetapi kehadiran ibu mertuanya pada hari ini benar-benar menguak semua dukanya, dia tidak mengerti mengapa hatinya akhirnya patah dan mengalah hanya kerana kehadiran ibu kepada suami yang dicintainya.
“Bibah, mommy minta maaf, mommy betul-betul kesal dengan Qassif Daniel!”
“Mommy tidak bersalah, kami yang bersalah mommy.”
Esakan Habibah semakin menjadi-jadi. Datin Zubaidah memeluknya erat dan membelai rambut Habibah yang sedikit mengerbang.
“Bibah… maafkanlah keluarga mommy yang banyak menyusahkan Bibah.”
Hati Habibah semakin hiba, siapa yang harus dipersalahkan? Rayyan kah? Kerana lelaki itulah dia menerima Qassif Daniel kerana kecewa dengan tindakan Rayyan yang meninggalkannya bertemankan sebuah diari kosong.
Qassif Daniel kah? Lelaki yang secara terang-terangan menafikan haknya sebagai seorang isteri kerana perkahwinan yang bersyarat, lelaki kaya yang membeli hatinya dengan wang ringgit namun akhirnya berubah dan menerima dia sebagai isterinya, yang buat pertama kali dalam hidupnya dia mendapat perhatian dari seseorang yang mencintainya. Akibat salah faham, atau mungkinkah cemburu? Lelaki itu bertindak nekad meninggalkan dia terkapai-kapai.
Tidak!!!
Rayyan dan Daniel dua-dua tidak bersalah, yang bersalah adalah aku! Hati Habibah menjerit sehibanya.
“Mommy…”
“Ya sayang…”
“Mommy boleh janji dengan Bibah tak?”
“Apa dia?”
“Tolong rahsiakan kandungan ini dari Daniel?”
“Tapi kenapa?”
“Tolong mommy…”
“Bibah, Daniel harus tahu hal ini,” pujuk Datin Zubaidah.
“Tolong mommy, demi anak ini, atau sesiapa pun tidak akan jumpa Bibah lagi.”
Habibah langsung tidak berniat untuk mengugut tapi dia tidak punya pilihan lain, dia lebih rela pergi jauh dari hidup semua orang dari memaksa Qassif Daniel untuk menerimanya semula.
“Bibah…” Datin Zubaidah mengelus rambut menantunya, hatinya benar-benar berbelah bahagi.
“Bibah janji Bibah akan beritahu dia sendiri bila Bibah benar-benar dah bersedia, tolong Bibah ya mommy?” Mata Habibah yang m asih bergenang dengan air mata ditenung lama, betapa kejernihan mata itu, melambangkan keikhlasan wanita itu menerima suratan kehidupannya. Sekiranya permintaan itu boleh menenangkan wanita itu, mengapa dia harus menidakkan kebahagiaan dan ketenangan yang wajar dimiliki oleh menantunya? Datin Zubaidah membelai lembut perut Habibah, tanganH Habibah turut sama mengenggam lembut tangan ibu mertuanya.
“Baiklah sayang… mommy janji!”
Habibah tersenyum lembut sambil mengesat air matanya, tangannya didepakan seluas-luasnya sebelum tubuh Datin Zubaidah dipeluknya erat.
“Terima kasih mommy, terima kasih…”
“HABIBAH is pregnant!”
Datuk Mansor hampir terjelepok di sudut sofa, suara serius yang meniti keluar dari bibir isterinya memberikan dia satu tamparan kuat. Datuk Mansor mengetap bibirnya erat.
“Zu tengok dia sangat menderita bang, Zu dapat rasakan yang dia benar-benar menderita tapi dia pendam dan simpan semua perasaannya.”
Qassif Daniel! Apa yang kau dah buat?
Itukan isteri dia!
Tapi perkahwinan mereka hanya perkahwinan kontrak, Daniel melanggar perjanjian yang dibuatnya sendiri!
Tapi… bukankah perkahwinan mereka adalah sah dan mengikut hukum, Daniel berhak menyentuh isterinya.
Sampai Habibah mengandung?
Apakah itu satu dosa?
Hati dan minda Datuk Mansor saling bertelagah di antara satu sama lain. Tidak!!! Yang bersalah adalah Qassif Daniel, dia membuat peraturan yang akhirnya menjerat diri dia sendiri.
Perkara ini tidak seharusnya berlaku!
Tapi bagaimana pula dengan wasiat yang bapa kau tinggalkan?
Wasiat?
Ya, bukannya Daniel berkahwin dengan Habibah semata-mata kerana wasiat itu? Qassif Daniel harus berkahwin sebelum umurnya menginjak umur tiga puluh tahun, dan segala harta dan asset syarikat boleh diuruskan oleh keturunan kamu?
Arghh…
Kamu anak beranak adalah manusia kejam!
Tidak, aku tidak pernah menyokong pendapat dan perbuatan anak aku!
Tapi kau biarkan wanita malang itu menderita terus menerus…
Habibah?
Ya… menantu yang selalu kau elak kehadirannya, Habibah.
“Abang?” Datuk Mansor terperanjat apabila Datin Zubaidah menyentuh bahunya lembut.
“Habibah mengandung?”
Isterinya mengangguk lesu, namun bibirnya menguntumkan segaris senyuman tipis.
“Dah lama?”
“Dah nak masuk enam bulan pun…”
“Daniel tahu ke?”
Pertanyaan yang bagaikan sembilu menghiris tangkai Datin Zubaidah, dan gelengan Datin Zubaidah bagaikan batu besar yang menghempap kepala Datuk Mansor.
“Daniel harus tahu hal ini,” pantas saja Datuk Mansor mencapai telefon bimbitnya di meja tepi yang hanya bersebelahan dengan katil mereka, nama Daniel dicari pantas dan sebaik sahaja dia ingin menekan punat hijau, Datin Zubaidah merampas telefon dari tangannya.
Lama Datuk Mansor termangu sambil merenung ke arah isterinya. Air mukanya jelas menunjukkan kekeliruan dan memancarkan perasaan serba salahnya. Datin Zubaidah sekadar tersenyum dan mendekati suaminya, tangannya segera memaut pinggang suaminya sambil kepalanya disandarkan ke dada Datuk Mansor.
“Abang…” bisik Datin Zubaidah lembut, “Bertenang abang, kita sama-sama fikirkan cara terbaik untuk mereka.”
Datuk Mansor turut memaut bahu isterinya, hati tuanya ternyata semakin sensitif sekarang, ya Allah, apa yang harus aku lakukan sekarang? Batinnya menjerit.
“Apa dosa kita Zu?” Rintihnya sayu.
“Ini semua hanya dugaan bang, Daniel dan Habibah tetap suami isteri, cuma berlaku sedikit kesilapan tapi bukan kepincangan, kita sama-sama betulkan keadaa mereka, okey?”
Tanpa sedar Datuk Mansor menganggukkan kepalanya.
“Dugaan ini hanya sekecil zarah kan zu?” Datuk Mansor meleraikan pelukan sambil melontarkan senyuman yang berbunga harapan.
Datin Zubaidah membalas senyuman itu dengan penuh kelegaan, dan di dasar hatinya dia benar-benar bersyukur kerana berita itu memberikan satu tamparan hebat kepada Datuk Mansor, sangkanya suaminya itu hanya akan berlagak biasa.
“Macam mana keadaan Habibah Zu?”
“Dia okey bang, cuma kelihatan sedikit terganggu, tapi…”
“Tapi kenapa Zu?” Datuk Mansor mencelah dengan tidak sabar.
“Zu rasa dia menderita, mungkin sebab rindukan Daniel,” lembut dan sayu suara Datin Zubaidah menyentapkan lagi tangkai hati Datuk Mansor.
“Daniel harus tahu hal ini,” ulanng Datuk Mansor.
Datin Zubaidah menggelengkan kepalanya.
“Tidak bang, kita kena hormati perasaan Bibah, Zu takut nanti kalau dia benar-benar tertekan, dia akan lari meninggalkan kita semua!”
Datuk Mansor kaget. Lari? Oh tidak, anak itu adalah anak Qassif Daniel, anak sulung Qassif Daniel sepatutnya akan mewarisi tampuk kepimpinan yang dipikul oleh Qassif Daniel sekarang, kedua anak perempuannya tidak berminat untuk menyambung legasinya, hanya Qassif Daniel, ya hanya anak bongsu dan satu-satunya anak lelakinya itu.
“Kita beri dia masa ya bang?”
Datuk Mansor memandang sepi wajah isterinya sebelum mengangguk lesu, namun mindanya tidak selesu anggukannya, mindanya mula merancang sesuatu untuk anak yang masih berada di Rahim ibunya itu. Ah! Itukan cucu aku juga! Bentak hatinya.
“APA hal lagi kau ni?”
Mata Rayyan merayau kasar di sekeliling Pak Tam Kopitiam, dia sengaja memilih tempat ini untuk bertemu empat mata dengan sepupunya Qassif Daniel. Setelah memastikan tiada orang yang mengenali mereka dia segera berpaling ke arah Qassif Daniel, Rayyan memerlukan privasi untuk bersemuka dengan sepupunya yang ego itu.
“Kau dah kurus, kenapa risau sangat ke?” Perli Rayyan.
Qassif Daniel sekadar menjeling tajam, Rayyan tertawa kecil. Canggung betul keadaan mereka sekarang, Qassif Daniel semakin menjauhkan diri dari Rayyan dan menganggap Rayyan tidak lebih dari seorang musuh.
“Kau masih marahkan aku?” Rayyan memecah kesunyian apabila melihat Qassif Daniel semakin tidak berminat untuk meneruskan perbualan mereka.
“Kenapa perlu aku marah?” Selamba jawapan dari Qassif Daniel.
“Iyalah, kau ingat aku nak rampas isteri kau tu, kan?”
“Rampas? Itukah yang kau fikir?”
“Come on Daniel, kita dah besar panjang, jangan jadi macam budak-budak.”
“Siapa yang macam budak-budak?”
“Daniel!”
“Rayyan, kalau sungguh kau tidak puas hati aku kahwin dengan Habibah, tapi dia tetap isteri aku kan? Kenapa perlu kau ganggu rumahtangga kami?” Herdik Qassif Daniel tiba-tiba.
Beberapa mata di kopitiam itu memandang ke arah mereka, Rayyan segera tersenyum ke arah mereka.
“Apa maksud kau?” Rayyan mula bersuara serius.
“Beberapa kali aku ternampak email kau, bila aku tanya Habibah siapa Rayyan, dia begitu berahsia, tapi Tuhan nak tunjuk kan? Inilah jadinya,” ujar Qassif Daniel sambil memandang tajam ke mata Rayyan.
“Aku dan Habibah, kau pun tahu kan?” Rayyan membela diri.
“Aku tahu dan setahu aku hubungan kamu dah lama berakhir!”
“Ya, that’s it Daniel!”
“Kenapa kau masih mengejar dia?”
Rayyan melepaskan nafas berat, perasaan bersalah mula berbuku di hatinya. Salah akukah semua ini terjadi?
“Aku cuma ingin memastikan yang kau tidak gunakan dia Daniel,” akui Rayyan dengan jujur.
Qassif Daniel tersenyum sinis.
“Kalau aku cuma gunakan dia? Kau nak buat apa?”
Rayyan mengangkat wajahnya, ingin saja dia menyumpah seranah sepupunya namun mengenangkan niat asalnya, dia sedaya upaya menenangkan dirinya.
“Aku takkan lepaskan kau.”
“Maksud kau?”
“Aku takkan biarkan kau gunakan Habibah?”
“Seperti kau?”
“Aku tak pernah gunakan Habibah Daniel!”
Qassif Daniel tertawa berdekah-dekah.
“Kau marah aku ke sekarang?” Sengaja Qassif Daniel mengumpan amarah sepupunya.
“Aku cuma kata, jangan kau berani gunakan Habibah untuk kepentingan peribadi kau, aku tak hairanlah dengan harta benda tu semua kau boleh ambil, tapi kalau betul niat kau ingin gunakan Habibah untuk harta tu semua, baik kau lepaskan sahaja Habibah!” Ucapan yang berbaur ancaman, namun Rayyan tidak mempunyai pilihan lain.
“Kau nak kahwin ke dengan dia kalau aku lepaskan dia?” Qassif Daniel tidak ubah seperti di dalam kebingungan mendengar ugutan Rayyan.
“Aku akan lakukan sesuatu,” Rayyan tidak melepaskan peluang untuk mengerakkan lagi hati Qassif Daniel.
Qassif Daniel terdiam.
“Aku tak mahu cakap banyak lagi Daniel, kau fikirlah dalam-dalam apa yang kau nak dalam hubungan kamu berdua, aku kasihankan Habibah, Farrah dan Maya pun sama, kami semua kasihankan dia…” Rayyan teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.
“Tapi kalau betul niat kau tdiak betul terhadap hubungan kamu, lepaskan dia untuk dia mulakan hidup baru, tapi….” Rayyan serba salah.
“Tapi kau hanya boleh lepaskan dia selepas dia…” akhirnya kata-kata Rayyan mati disitu.
Qassif Daniel mendongak.
“Selepas dia apa?” Prihatin juga Qassif Daniel terhadap isterinya itu.
Rayyan sekadar tersenyum.
“Kalau kau betul sayangkan dia, kau cari dia sekarang, sebelum semuanya terlambat!”
Rayyan meletakkan not lima puluh ringgit di atas meja dan menolak kerusinya ke belakang. Perlahan-lahan dia melangkah keluar meninggalkan Qassif Daniel yang termangu kebingungan, Qassif Daniel yang bergelodak benaknya, Qassif Daniel yang seperti baru tersedar dia telah merayau dan sesat di alam lain.
[Bersambung]
________________________________
Hentikan spekulasi #MH370.
Teruskan mendoakan MH370.
Ada juga n3 baru, lega rasanya..tapi Vel kenapa pendek sgt tak puaslah baca. n3 kali
ReplyDeleteni sedihnya. kesian dengan Bibah ye...
Hi Anor, iya sedih bah... sesedih hati mengenangkan mh370...
Deletebest...
ReplyDeleteBaru nk syok baca... dh bersambung plak
ReplyDeleteTk sabar nk tnggu entry baru.....
Akhirnya....tp baru nak syok dah abis la pulak...ermmmm Vel lainnkali kasi panjang le....
ReplyDeletehello, mcm susah mo kasi panjang hahah... tunggulah sampai novel ni siap sepenuhnya k :)
Deletebest... alahai bila bibah nak jumpa daniel ni
ReplyDeletesedih baca episod 28..berkaca mata bila bibah bertemu mak mentuanya
ReplyDeletesi penulis tengah emo masa tu haha
Deletekesian nye kat bibah.daniel gi la jumpa bibah.tak sabar nak tggu n3 bru jumaat ni
ReplyDeleteCerita makin menarik. Kesian Bibah. Kesian jugak dgn Daniel. Ape2 pon tak sabar nak tgu n3 baru.
ReplyDeletethk you vel, walaupun Lambat .....rasa tak sabar nak habiskan membaca, terharu dgn kesungguhan kamu menyudahkan novel ini.....
ReplyDeletethank you ann... menjadi satu tanggungjawab untuk menyiapkan novel ni :P
Deletenext entry buat panjang2 ye kak velarie. x sabar untuk daniel bertemu dgn bibah.
ReplyDeleteohhh cliffhanger....sambung!!!!
ReplyDeletethks vel....walaupun pendek but its better rather than nothing kan kan kan....but pls if u could make it a little bit longer next time...hehehehehehe...waiting for next entry....
ReplyDeletebila bibah jumpa daniel ni..x sabar..cepat ye..
ReplyDeletehello Kala, are you new here? welcome to my world...:)
DeletePenasaran lagiiii... Congrate vel...
ReplyDeleteThanks darling!
Delete