Wednesday, March 19, 2014

si kecil kesayangan mommy

Rindukan Charm Charm?

Anak dara kesayangan kami membesar dengan sihat dan kuat hehe... dia kuat makan macam mommy dia juga haha... minggu ni kami cuba untuk mendisiplinkan dia untuk bangun lebih awal (6.45am awal kah?) untuk ke sekolah, rutin daddy every morning adalah to drop mommy off at the commuter station, then to drop Charm Charm off at her school then to his work place, everyday macam tu, I don't drive as I am working in KL, my driving skill is too exclusive hehee... I would rather berebut naik komuter setiap hari daripada memandu ke tempat kerja kerana diriku bukanlah pemandu yang berhemah.

Well back to Charm Charm's story, dia makin petah berkata-kata, imaginasi dia ntah apa-apa kadang-kadang, tingkah lakunya pula kadang-kadang pelik sebab saya percaya masa saya umur macam tu saya tidaklah macam tu, geram memang menguasai saya setiap masa, tapi memandangkan dia memegang title anak, adalah wajib untuk saya merindui dan menyayangi dia setiap saat dan ketika hehe...

 Ada satu malam tu, dia keluarkan satu buku latihan, buku tu sebenarnya buku mesej dari principal to all parents, tapi kena balut, so dia suruh balut, dan dengan bangganya dia berbangga dengan hasil balutan tu sebab cuma dia seorang saja yang ada gambar di depan, "Emily takde, Kak Long takde, Danina takde!" dia bilang.

 Sila jangan keliru dengan uniform dia, anak kami ni mengutamakan aurat, dia tetap mahukan seluar panjang sebab, "malulah kawan nampak sansut!" (Sansut = seluar dalam) haha... terpaksalah mommy beli legging yang sama fesyen tapi berlainan colour, cukup dari monday to friday...

 Hari tu ada photoshoot di sekolah, dia bangun super awal okey!
Dia ambik towel mandi sendiri tu yang nda tahan tu, pastu baru minta mommy siapkan, rambut dia request ala-ala High5, wajah haruslah ada solekan (photoshoot ko... paham-pahamlah anak dara!) tapi "mommy ari ni charm-charm tak nak suar panjang!"

Semua mesti tahu akan kejadian MH370 kan?
So happen on the other day while we went to church for confession we saw this board, then we asked her to write her name on it. Sementara menunggu dia siap, beratur panjang orang di belakang kami hehe...

 Can you spot CHARMAINE?

That's it!

Kalau boleh, saya tidak ingin terlepas sedetik pun masa-masa berharga selama dia membesar, sebab masa dia kecil inilah masa yang kritikal untuk anak-anak seperti dia ini perlu dibentuk, saya rela korbankan kemahuan dan kehendak saya, asalkan saya dapat bersama dia dan melihat dia membesar di depan mata saya... Charm Charm sayang, semoga menjadi anak yang baik dan jangan lupa mommy dan daddy okey, walau apa jua keadaan di masa akan datang :)


No comments:

Post a Comment