Salam Muhibbah wahai penghuni alam maya...
Wahhh terima kasih di atas segala sokongan padu yang diberikan ke atas Habibah, semoga Bibah akan terus tabah :)
Saya ingin membuat satu pengakuan yang agak menghampakan anda sekalian, saya mula menulis novel Isteri Kontrak secara suka-suka pada bulan Ogos tahun lepas (2013) dan keterujuaan itu tidak ada langsung sebab saya tidak terfikir langsung untuk memikirkan penghujung cerita ini, dan saya mula menghantar novel ini ke penulisan2u dan sebagai entri di blog saya yang hidup segan mati tak mahu ini, namun sesuatu yang mengejutkan saya apabila mendapat 'perhatian' dari pembaca, viewers semakin meningkat di blog saya, terus terang saya memang panik sedikit, but I keep it cool babey, and I kept all secrets with me kononnya, but being me, keterujaan yang sungguh luar biasa, saya tunjukkan dengan 'malu-malu' kucing to my husband, riaknya? biasa jerr... tapi dia galakkan saya untuk meneruskannya, and masih lagi dia rajin bertanya tentang perkembangan novel ini, bererti, dia pun ambil berat dan mahukan ia menjadi novel yang lengkap tu kan kan kan???
Kalau dulu, rutin saya sebagai pekerja syarikat swasta yang mempunyai tanggungjawap sosial kepada organisasi, rakan setugas dan mereka yang berada di luar sana yang selalu berurusan dengan kami (Hi Zulaikha! Are you reading this???) dan juga tanggungjawap kekal kepada keluarga yang tercinta, kini saya telah menambah tanggungjawap kepada pembaca novel alam maya saya ini... tetapi apakan daya... kekangan masa tidak banyak mengizinkan saya untuk menaip, saya akui jiwa saya kurang kacau sejak setengah tahun yang lepas sebab kekacauan minda saya gunakan untuk menghidupi watak Habibah... lebih berfaedah kan?
Saya ada ketakutan tersendiri.
Saya takut (atau lebih molek disebut segan) apabila ada rakan-rakan se-organisasi mengetahui saya menulis novel ini tanpa saya mengetahui yang mereka mengetahuinya.
Saya takut kalau bos-bos saya tahu hahaha.
Saya malu kalau saudara-mara and cousins mazens saya tahu sebab saya dikenali sebagai Ajie yang brutal... lorrr... jiwang karat rupanya????
Saya terkedu kalau tiba-tiba ada orang di komuter datang menegur saya (saya selalu tidur dengan mulut menganga di dalam komuter)
Saya takut saya tidak akan menepati citarasa pembaca.
Dan...
Saya takut-takut kalau novel ini akan menjadi kontroversi memandangkan saya menceritakan watak seorang muslim sedangkan saya beragama Katolik... kamu paham kan???
tapi saya pandai memujuk dan memotivasikan diri saya sendiri, sebab saya rasa senang dan gembira dengan penemuan bakat baru dalam diri saya yang selama ini di dalam kepompong (kot?) jadi tidak salah rasanya saya untuk terus menulis watak Bibah asalkan saya sentiasa belajar dan tidak mempropagandakan isu-isu yang sensitif. Kan?? Sokong lah bah saya ni...
Jadi, kamu semua sudah mengetahuinya, saya ini juga insan biasa yang sentiasa mengejar masa... tapi saya akan cuba lakukan yang terpantas dan terbaik untuk pengikut siri Habibah, kalau sudah siap sepenuhnya kelak, kalau tidak diterima oleh mana-mana publisher, saya akan menerbitkannya sendiri sebab inilah hadiah saya untuk kamu pembaca-pembaca yang tersayang... terharulah pulak mengapakah?
Tapi, perkara-perkata di atas tiada kaitan dengan HAMPA yang saya sebut mual-mula tadi... sebab saya mahu bagi tahu, setakat ini novel Isteri Kontrak tertulis suratan takdirnya setakat di Bab 24.... erkkk kan??
Saya akan berusaha mencari momentum untuk menyambungnya lagi okey?? Saya berjanji, selagi ada demand dari readers, I will always provide the supply....
Peace yo and may God bless all of us, love love love people!!
Kami akan menunggu. By the way, kalau perlukan pendapat dari segi hukum sebagai penceritaan yang wataknya adalah muslim, beritahu saja. Kami semua akan cuba bantu.
ReplyDeleteOMG Aziela! really made my day. Definitely my dear! Itu memberikan saya satu idea, sekiranya saya ada persoalan mengenai hukum, saya boleh post di blog dan mendapatkan pandangan serta cadangan pembaca yang arif. Thank you!
Deletesaya sentiasa menunggu.
ReplyDeletethanks baby mio! selalu notice your comments, visited your blog too. Such of a great supporter you are!
DeleteKami sebagai pembaca ( automatik jadi rakan you) sedia membantu dan menunggu segala hasil tulisan Vel didalam blog ini. Tidak semestinya karya Vel menjadi tumpuan kami tetapi juga cerita you tentang makanan dan kehidupan harian orang di Sabah menjadi ilmu pengetahuan pada kami.
ReplyDeleteHello Zuriah,
DeleteTerima kasih sahabat! Iya kita semua automatik menjadi rakan di alam maya kan? Bahagia rasanya jika tulisan saya turut memberikan pengetahuan kepada orang lain :) Bagus juga ruangan komen ini, banyak saya belajar dan akan memperbanyakkan lagi tulisan mengenai cara hidup dan makanan serta budaya orang Sabah. Mmg excited!
val, as long as novel ini bisa ada endingnya dah cukup memuaskan hati kami (yr readers)...I'm waiting, waiting, waiting & waiting & waiting & still waiting w/o jemu.....hahahahaha
ReplyDeleteHi... tak apa awak kami menunggu dalam kesabaran. Untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik tidak boleh terburu-buru. Sebenar setiap Jumaat pasti saya buka blog awak ni walaupun tak ada entri baru. Apa pun selamat menulis dan berkarya. Teruskan usaha dan jangan give up okay.
ReplyDelete