Thursday, January 30, 2014

Isteri Kontrak : Bab 22

CAK!!!!

Pada saat entri ini ditulis, saya tengah menonton Maharaja Lawak Mega siaran ulangan sambil dihibur oleh anak gadisku yang rancak mendendangkan pelbagai lagu versi German, yang tidak kami ketahui... bingit sungguh, jiwa kacau tidak tenteram, tapi demi keranamu peminat-peminat Bibah... kugagahi jua...

So....
ARE YOU READYYYY?????

Tarik nafas ramai-ramai....hembussss....tarik.... hembus.....
Dipersilakan membaca...

______________________________

Qassif Daniel mendengus kasar. Fail di depannya dilemparkan ke dinding. Melissa, setiausaha yang berdiri di sampingnya tergamam. Dengan perlahan, Melissa bergerak menuju ke arah dinding dan mengutip fail yang dibaling oleh Qassif Daniel.
Qassif Daniel menyandarkan diri ke belakang kerusinya dengan kasar, kedua-dua tangannya meraup wajah. Melissa mengambil keputusan untuk keluar dari bilik majikannya, adalah lebih baik dia membiarkan Qassif Daniel untuk menenteramkan diri.
“Hi Mel!”
Melissa mendongak, wajah cantik Sophia Ezara menjamah matanya. Serta merta bibir mungilnya mengorak senyum.
Miss Zara!”
Is he in?”
Melissa sekadar mengangguk. Namun belum pun sempat Melissa menerangkan situasi Qassif Daniel, wanita itu telah menerpa masuk selepas mengenyitkan matanya ke arah Melisaa. Hati Melissa terus berdebar, bimbang kalau amukan Qassif Daniel kian menjadi.
Melissa merenung telefon di hadapannya. Lampu yang berkelip-kelip direnung tajam sambil menelan air liur. Bunyi deringan yang telah dijangka berkunjung jua, dan dengan berat hati dia menyua gagang ke telinganya.
“Melissa?”
Yes boss.”
Please come in!”
Argh! Habislah…

*****
“Bibah!”
Wajah-wajah ceria yang menerpa masuk mengirangkan hatinya. Habibah melemparkan senyuman yang paling manis untuk menyambut kedatangan mereka.
Baby macam mana?” Farrah terlebih dahulu mendapatkan Habibah di katil dan memegang perut Habibah, entah kenapa hatinya begitu tersentuh dengan tindakan Farrah, tahukah dia?
“Ni kenapa ni, muka monyok!” Giliran Maya pula mendekat sambil mencubit manja kedua belah pipi Habibah, Habibah terus tertawa kecil, bahagia rasanya bila mengetahui ada orang lain yang mengambil berat akan dirinya. Dia teringatkan Qassif Daniel secara tiba-tiba, dadanya menjadi sebak, tahukah dia aku terlantar di hospital?
“Bibah…” Habibah mengangkat wajahnya dengan mata yang sudah berkaca. Rayyan yang memandangnya tersenyum hambar.
“Abang minta maaf pasal salah faham semalam.”
Habibah hanya menggelengkan kepalanya lemah. Bukan salah Rayyan pun, cuma tahap emosi Qassif Daniel yang tidak diduga. Mungkinkah dia cemburu?
“Abang tak salah.”
“Tapi abang pun tak sangka yang Daniel akan bertindak melulu.”
Habibah melepaskan keluhan.
“Daniel ada call abang tak?” Habibah menyoal lemah. Rayyan tersentak. Air muka Rayyan jelas memberikan jawaban yang tidak diharapkan oleh Habibah.
“Bibah jangan bimbang okey, abang akan cuba terangkan pada Daniel biar dia jelas,” ujar Rayyan dengan lembut.
“Maknanya dia tak tahu pun Bibah terlantar kat sini kan?”
Rayyan hanya mampu menjawab dengan senyuman tipisnya.
“Bibah,” Maya memeluknya erat. “Tak mengapa, buat sementara ni biar I temankan you, would that be okey?”
Habibah memegang lengan Maya, hatinya terharu dengan perhatian yang diberikan oleh ketiga-tiga insan di depannya.
Thank you Maya.” Airmata Habibah kian merembes deras. Farrah yang sejak tadi menjadi pemerhati turut sama menyertai Habibah dan Maya, dan Habibah menangis semahu-mahunya. Maafkan aku Daniel!

*****
“Mana fail tadi?” Riak wajah serius Qassif Daniel menggerunkan Melissa. Wajah kacak majikannya ternyata ditelan oleh keseriusan itu.
Melissa pantas mengatur langkah keluar dari pejabat Qassif Daniel dan mengambil semula fail yang dibaling oleh Qassif Daniel pagi tadi, Melissa menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah semula ke pejabat Qassif Daniel.
Fail dihulur, dengan wajah yang serius Qassif Daniel membaca semula kontrak yang terkandung di dalam fail itu, Melissa menanti di dalam debar, kalau hendak dibaling fail itu sekali lagi, janganlah baling kat aku! Hati Melissa berbisik nakal.
Melissa mengerling Sophia Ezara yang tekun membaca majalah di sofa kulit bewarna hitam yang memang diletakkan di dalam pejabat CEO itu. Wanita itu seperti tidak menyedari kehadirannya di dalam bilik itu.
Sebagai wanita, Melissa menaruh sedikit perasaan cemburu terhadap Sophia Ezara, wanita bergaya itu sungguh lengkap pakejnya, cantik, kaya, bergaya dan merupakan teman wanita kepada CEO Syarikat Waja Holdings yang dikenali ramai, sebuah syarikat multinasional yang menjalankan perniagaan minyak dan hartanah yang terkenal di Malaysia.
Melissa menghela nafasnya.
“Awak tolong batalkan semua mesyuarat saya petang ini, saya ada perkara penting yang perlu saya selesaikan.”
Suara Qassif Daniel mengembalikan Melissa ke alam realitinya. Bayang-bayang Sophia Ezara di kepala terus hilang begitu sahaja. Huluran fail disambutnya dengan perasaan gementar.
“Baik Tuan Daniel.”
Melissa terus mengorak langkah laju keluar dari pejabat itu.
“Daniel ada?”
Sekali lagi Melissa tersentak.
“Err… err… tuan Daniel ada tetamu!”
Rayyan mendengus kasar, Melissa dapat mencium punca Qassif Daniel naik angin, mungkin ada kaitannya dengan sepupunya itu. Setahunya selama hampir tiga tahun berkhidmat dengan Qassif Daniel, lelaki itu amat rasional dan jarang sekali naik angin, masalah kerja jarang sekali diambil kira oleh lelaki itu, malahan Qassif Daniel seorang manusia yang sangat mencintai kerjayanya.
“Siapa tetamu dia?”
Perlukah aku bagitahu? Apa halnya ni? Hati Melisaa berbelah bahagi.
“Encik Rayyan nak berjumpa dengan Tuan Daniel ke?” Apa punya soalan bodoh aku bagi ni? Melissa mengomel di dalam hati.
“Ya! Penting sangat!” Suara Rayyan yang sedikit tinggi bagaikan mengakui telahan Melissa.
“Tunggu sebentar Encik Rayyan,” Melissa pantas menekan punat intekom di mejanya. Rayyan bagaikan tidak sabar untuk memecah masuk pejabat sepupunya, dia berjalan mundar mandir di sekitar meja Melissa.
Pintu pejabat Qassif Daniel terkuak luas dan wajah Sophia Ezara tersembul. Rayyan agak tersentak, begitu juga dengan Sophia Ezara, tidak lama kemudian Qassif Daniel pula memboloskan diri keluar dari pejabatnya, empat pasang mata bertembung sesama sendiri.
“Oh! Kau nak apa lagi?” Nada suara Qassif Daniel kedengaran amat kasar sekali.
“Daniel, aku telefon kau tak angkat!”
Qassif Daniel tersenyum sinis. Dia meletakkan briefcase di atas meja Melissa.
“Tiada apa yang patut kita bincangkan lagi Rayyan!”
“Kau salah faham Daniel!”
“Rayyan, please give your respect to Daniel and please let him be alone!” Sophia Ezara yang menjadi pemerhati bersuara.
Rayyan merenung tajam wajah cantik itu, wajah yang satu ketika dulu pernah dipujinya tapi entah kenapa pada saat ini wajah cantik itu seolah-olah mengejeknya.
“Tolong jangan masuk campur!” Suara tegas Rayyan menyentakkan Sophia Ezara. Di dalam hidupnya belum ada lelaki yang berani melontarkan kata-kata kesat kepadanya, semua lelaki yang dikenalinya memuja hanya kecantikan dan kekayaan yang dimilikinya.
“Kau jangan nak berkasar dengan Zara Rayyan!”
Rayyan mengalihkan pandangannya ke arah Qassif Daniel.
“Kau dah banyak berubah!” Keluhnya kesal.
“Aku?” Qassif Daniel tersenyum mencebik.
“Aku tak faham apa yang dah merasuk fikiran kau. Sampai hati kau musnahkan masa depan Habibah!”
“Hei!” Jari telunjuk Qassif Daniel dituding keras ke arah Rayyan, namun Rayyan tersenyum tenang, dia tahu jeratnya mengena.
“Kenapa? Kau takut niat sebenar kau terbongkar?” Rayyan terus menusuk jarumnya.
“Kau jangan nak datang sini dan merepek tak tentu pasal!” Tengking Qassif Daniel. Rayyan hanya tertawa.
“Kau takut? Kan?” Rayyan masih ketawa sinis.
Qassif Daniel menggengam penumbuknya, Rayyan lebih bersedia. Sophia Ezara yang agak panik menarik Qassif Daniel.
You nak ke lelaki pengecut macam ni Zara?” Sindir Rayyan. “Lelaki yang menghancurkan kehidupan perempuan lain untuk menuntut kesenangan peribadi, hei Daniel, aku pun tak hadaplah harta semua ini, kau boleh ambil semuanya tapi pulangkan kebahagiaan Habibah!”
Giliran Qassif Daniel pula tersenyum.
“Kau nak sangat dia ke? Kan kau pun buang dia?”
“Aku tak pernah buang dia.”
“Tapi kau tinggalkan dia!”
“Aku tak pernah tinggalkan dia, aku nak dia berdikari dan aku pastikan dia berjaya sebelum aku mengundurkan diri!”
“Dia dah berjaya ke?”
Rayyan terdiam. Nafasnya yang turun naik di hembus perlahan.
“Dia dah berjaya Daniel, tapi kau musnahkan dia.”
Qassif Daniel ketawa berdekah-dekah.
“Aku bagi dia wang ringgit, aku bagi dia rumah, aku bagi dia kasih sayang…” kata-kata Qassif Daniel terputus di situ.
Sophia Ezara mengangkat wajahnya, mimik muka yang tidak puas hati memberikan senyuman di hati Rayyan. Kasih sayang?
“Daniel…” Suara Sophia Ezara bergetar.
“Ya, aku cuba untuk menyayangi dia, tapi lihat apa balasan dia?”
“Apa yang dia balas?” Soal Rayyan.
“Dia bermain cinta dengan kau.” Getus Qassif Daniel akhirnya. Rayyan terus ketawa. Sophia Ezara bagaikan semakin tenggelam di antara perbalahan itu.
“Dia tidak bermain cinta dengan aku Daniel, kau sendiri tahu bagaimana hubungan aku dengan dia, kenapa kau perlu butakan mata kau?”
“Aku tak mahu bincang pasal hal ni lagi Rayyan.” Suara Qassif Daniel mula mengendur. Rayyan terdiam sejenak. Dia tahu kepa Qassif Daniel agak berserabut.
“Aku nak bagitahu kau…” Qassif Daniel menelan air liurnya.
“Apa?”
“Aku akan kahwin dengan Sophia Ezara!”
Kalau diikutkan hati, pada saat itu juga Rayyan ingin menerkam sepupunya dan menumbuk lumat wajah Qassif Daniel.
“Kau tak boleh buat keputusan melulu!”
“Habibah tahu kedudukannya.”
“Baik kau lepaskan saja Habibah!”
“Tidak!”
“Kau tidak boleh buat macam tu pada Habibah!”
“Kenapa tidak?”
Rayyan memandang tepat ke arah Qassif Daniel, ingatannya kembali kepada Habibah.
“Abang tolong jangan cakap apa-apa dengan Daniel tentang kandungan Bibah, tolong ya bang!”
Rayyan mendengus lemah, dia tahu Qassif Daniel memang manusia yang degil dan bertelagah dengannya hanya membuang masa, lelaki itu akan tahu juga kebenarannya kelak. Buat masa ini, biarlah dia berseronok dengan kehidupan ciptaannya sendiri, sepupu itu akan menyesal, pasti akan menyesal!
“Tak ada apa Daniel, terpulanglah pada kau. Aku minta maaf, biar aku pergi dulu.” Rayyan menepuk bahu sepupunya dan mula mengorak langkah meninggalkan mereka.
Belum sampai pintu dia berpaling semula.
“Cuma aku harap kau akan selidiki kejadian hari itu, dan kau buatlah keputusan terbaik tentang perkahwinan kau.”
Kelibat Rayyan telah hilang. Qassif Daniel masih berusaha untuk mentafsir kata-kata Rayyan. Dia hanya tersentak apabila lengannya disentuh oleh Sophia Ezara. Tanpa berkata sepatah pun Qassif Daniel hanya menurut langkah kaki wanita itu.
Siapakah Habibah? Perkahwinan? Siapa yang akan berkahwin? Beribu persoalan ditinggalkan untuk Melissa, semua orang bagaikan tidak sedar gadis itu menjadi pencatat peristiwa di pejabat Qassif Daniel sepanjang hari itu.


[BERSAMBUNG]


7 comments:

  1. wow persoalan yg mnjadi persoalan goodjob....

    ReplyDelete
  2. Janjinya setiap jumaat new entry Tapi hampa, buat jiwa kacau menantikannya. Hope dibukukan, buy n read to the end. Puas hati dgn jln ceritanya....... work hard OK.

    ReplyDelete
  3. ala...tk puas baca la..apa kata buat new entry seminggu 2 kali :D

    ReplyDelete
  4. at last new entry....can't wait to know what farah had planned for bibah...

    ReplyDelete