Monday, January 20, 2014

Tips Rumahtangga : Cubaan untuk bahagia dan membahagiakan

Tengok tajuk macam perghhh kan?
Hahaha... Teda bah... sesaja jah.

Hello pretty and gorgeous ladies out there!

Dewasa ini (ayat SPM), kita banyak menyaksikan kes rumahtangga yang berakhir dengan sedihnya, ekoran itu anak-anak menjadi mangsa. Adakah disebabkan arus kemodenan? Atau kecanggihan gajet yang menyemarakkan lagi isu-isu rumahtangga? Atau pun tahap kesabaran manusia di dunia semakin menipis sepertimana menipisnya lapisan ozon di bumi? Atau... tiada satu pun diatas?

Terpulang.

Kalau diikutkan, tiada rumahtangga yang tidak bergolak (mungkin pendapat saya seorang), tapi rata-rata manusia yang saya temui, sekiranya mereka telah berkahwin, mereka pasti mempunyai masalah yang sama tapi tidak serupa.


Marriage is a never ending love-hate relationship (Velarie, 2014).

Baiklah, dengan demikian saya ingin mengaku saya seorang isteri yang amat memahami namun dalam kebanyakkan masa saya memilih untuk tidak mahu memahami. Andainya saya dikaruniakan sifat yang lembut hati penuh kesabaran, dan menjadi isteri yang sentiasa terbuka hati untuk menerima seadanya, saya rasa suami saya pasti anggap saya kurang siuman hehehe... but to be honest, I am a kind hearted wifey, but suka mengomplen, cepat naik angin (lepas tu cepat menyesal ciss....) dan sangatttt penyayang. (Betul!)

Okey, okey... tujuan saya menulis entri ini adalah untuk menceritakan kejadian semalam:

Saya mahu kasi makan kucing-kucing saya, memandangkan mood agak baik, saya memilih untuk meletakkan makanan dorang di dapur, (selalunya kucing-kucing ini akan makan di ATAS meja di luar), justeru itu, untuk tidak mengotorkan lantai dapur, saya pun melapikkan lantai dengan newspapers, sebaik sahaja saya menarik newspapers dari timbunannya, saya terpandangkan si dia ini...


Keanu Reeves!! Hensem kau!

Terus dengan selamba badak saya berjalan lenggang kangkung ke ruang tamu, sasaran ialah ke arah suami yang tengah sedap mengunyah keropok lekor (stok setahun lepas baru berkesempatan digoreng semalam hehe).

Terus...

Sayang!
Hah?
Ko tau kah? Kalau saya tidak kahwin sama ko, who will be the next person in my list?
Siapa? 
*Serentak itu juga mulutnya berhenti mengunyah, mata sepetnya semakin mengecil*
Ni.. dia ni... *Menunjukkan suratkhabar yang tertancap wajah kacak KR*
Cisss.... belum tentu dia mau ko!
Hahahahaa.... *sambil berjalan girang ke dapur dan melapikkan terus makanan kucing*

Iya, saya akui saya memang perasan tapi seronok dan bahagia siut dapat buat lawak macam tu. Lawak amat penting dalam rumahtangga tapi jangan kerana lawak badan binasa hehe...

Selepas semua kucing siap makan, mereka pun berkejar-kejaran sambil mengoyakkan newspaper yang dijadikan lapik... terus....

SAYANG?!!
Apa?
Tinguk ni, alalaaaaa, bukan ko kasi frame kah ni? *Di tangannya tergantung cebisan newspaper yang tertancap wajah KR*
Erm... tidak apalah... sebab....
Sebab apa??
Sebab laki sia lagi hensem dari KR
Hah!! Begitulah keyakinan mesti ada!

hehehehe.... seronok dia diperlakukan sedemikian. Murah sungguh harga kegembiraan seorang lelaki bernama Melvin haha. Terus dia mencapai penyapu dan menyapu cebisan-cebisan suratkhabar sambil bernyanyi girang....

Sayang lagi satu kan, kalau ko kahwin sama KR tu, ko ingat dia tu pandai menyapu kah? Pandai kemas rumah?

Itu memang ayat perasan, tapi apakan daya semangat dia sudah berkobar-kobar untuk menyapu kan? Apa kata kita biarkan....

Berbalik kepada realiti kehidupan, marilah kita sama-sama mengambleng tenaga untuk sebuah rumahtangga yang utuh dan gembira. Gaduh itu adalah wajip tapi janganlah sampai menimbulkan kebencian dan kata-kata yang kesat, terutama di hadapan anak-anak tersayang.

Saya bukannya ingin menjadi pakar motivasi di sini, tapi ingin menyeru kepada sekalian wanita di luar sana, ingatlah bahawa semua lelaki itu tidak sempurna, cerita mitos anak raja yang tampan dan sangat penyayang kah, atau cerita drama swasta yang menunjukkan si suami yang begitu tabah dengan isterinya dan menyayanginya malahan sentiasa berpimpin tangan walaupun di dapur rumah itu semuanya dongeng belaka... lelaki tetap lelaki. Demikianlah juga kita golongan wanita. Sebab kita ini makhluk ciptaan Tuhan, ada banyak kekurangan, andaikata kita menerima kekurangan masing-masing dan mengurangkan kadar perbandingan dengan kehidupan orang lain, nescaya kita juga beroleh bahagia yang dinanti.

Bah... panat suda jejariku menaip... namun apa pun... ingatlah, lelaki tidak sempurna heheheheee...



Dan engkau si tampan Keanu Reeves, usahlah menungguku dengan wajah pilumu,  memang aku tertarik padamu, namun setiaku hanya pada dia yang satu.... cesss ayat!!



2 comments:

  1. Fuhhhh.... ayatttt... nda pa bgs jua tu.. sesekali perasan nda pa bah. Sa pun minat jua tu KR... ensomm siot... tp geli hati sa bila tau si melvin ckp "Blom tentu dia mau ko".. hahahahaha ayat power dr husband yg baik!!

    ReplyDelete
  2. mmg dia tu... teda semangat betul hahaha

    ReplyDelete