Happy New Year 2014 people!
May the 2014 would bring you loads happiness and of love,
look at my heartiest gift for you, the most expensive fireworks hahahaha....
From the bottom of heart, I would like to apologise for taking too long for this chapter. Life is very hectic at this stage of life.... you know... haha.
... go and make yourself a cup of coffee, have a comfortable seat and prepare yourself mentally, and here we go, Isteri Kontrak Chapter 20...
_______________________________
Butik H&M di Lot 10 Bukit Bintang dibanjiri oleh ratusan penggemar fesyen. Semuanya bagaikan tidak sabar untuk meneroka setiap rak dan sudut yang ada. Habibah merasa pelik dengan keterujaan mereka. Maya telah memilih beberapa cardigan dan juga blazer untuk Habibah, tidak ketinggalan beberapa helai seluar slack memandangkan Habibah gemar menggayakannya bersama kaftan, baju yang Habibah rasa cukup selamat untuk menyembunyikan susuk tubuhnya. Dia tidak betah untuk berpakaian ketat meskipun fesyennya nampak menarik dengan fabrik yang tidak merimaskan, tapi Habibah belum ada keberanian untuk menggayakan fesyen sedemikian.
Maya dan Habibah masing-masing menjinjit beberapa beg plastik yang melakarkan logo gedung fesyen ternama itu. Naik lenguh kaki Habibah namun berlainan sekali dengan Maya yang nampaknya masih begitu bersemangat untuk pergi ke setiap ceruk rak di butik itu.
“Kita shopping habis kat sini saja boleh tak?” Habibah memang sedia angkat tangan mengaku kalah untuk tidak meneruskan aktiviti membeli-belah mereka.
Maya tertawa kecil.
“Peliklah you ni, cuba tengok orang lain yang macam harimau kelaparan tu, berpusu-pusu berebutkan kain baju dalam ni tau!”
“I penat, tak larat!” Ujar Habibah, memang badannya tidak sedap, letih yang teramat sangat, kepalanya juga seakan berpusing, mungkin disebabkan orang yang ramai di butik itu.
“Sure?”
Habibah mengangguk lemah.
“Okey, muka you pun dah nampak pucat sangat, jomlah kita keluar dulu.”
Habibah mengekori langkah Maya. Lega rasanya dapat keluar dari butik yang bagaikan pisang panas pada hari itu, orang asyik keluar masuk, yang berbaris di kaunter pembayaran tidak usah diperkatakan lagi, memang beratur panjang hingga ke pintu keluar.
“You nak minum? Rehat?”
“Okey, boleh saja.”
“Mana?”
“Mana-manalah ikut suka you, I memang dah tak larat.”
Kasihan Maya melihat keadaan Habibah, wanita itu bagaikan tiada keterujaan untuk membeli-belah, berlainan sekali dengan wanita-wanita lain yang menerpa masuk ke butik H&M bagaikan jerung yang kelaparan, termasuklah dirinya.
Mereka masuk ke dalam The Coffee bean dan memilih untuk duduk di sofa yang terletak di sudut kafe tersebut. Sebaik sahaja menghumbankan dirinya ke sofa yang empuk dan selesa, Habibah terus mengurut betisnya yang hampir kekejangan.
“Are you okey?” Soal Maya.
Habibah tersenyum manis sambil menganggukan kepalanya.
“Sorry tapi I hanya menjalankan tugas,” ujar Maya lagi sambil tertawa kecil.
“You nak minuman apa?” Maya telah pun berdiri semula.
“Bagi I latte saja,” ujar Habibah sambil terus menumbuk-numbuk kecil kakinya.
Maya berlalu pergi dan Habibah terus duduk merehatkan diri, kepalanya yang agak berpusing sebentar tadi turut dipicit-picit. Aku demam agaknya, bisik hati kecilnya.
“Bibah?”
Habibah mendongak dan mencari-cari pemilik suara. Dia agak tersentak dengan kehadiran dua insan dihadapannya.
“Farrah!” Habibah lantas bangun dan membalas pelukan Farrah.
Farrah kelihatan cantik dengan baju T ringkas yang dipadankan dengan seluar jeans. Ringkas tapi bergaya.
“Hai Rayyan.”
Sebenarnya Habibah janggal dengan panggilan Rayyan sebab selama ini dia membahasakan Rayyan dengan panggilan ‘abang’.
“Buat apa kat sini? Erm… mana Daniel?” Farrah memanjangkan lehernya memandang di sekitar kafe.
“Dia tak ada, kerja,” ujar Habibah.
“Bibah datang seorang ke?” Rayyan bersuara.
Habibah hanya menggeleng, kebetulan Maya datang menatang minuman dan Habibah memperkenalkan mereka.
“Wow! Awalnya shopping,” Farrah amat teruja apabila diberitahu mereka baru keluar dari butik H&M. “Kami pun datang nak shoppingjuga, Rayyan ni asyik nak mengelat, malaslah, ramai oranglah, haih susah betul dengan kaum lelaki ni.”
Rayyan hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya.
“Sebenarnya banyak lagi yang kami tak explorepun, Bibah dah kepenatan itu yang kami datang ke sini,” ujar Maya.
“You nak shopping lagi tak?” Soal Farrah.
Maya mengangguk rakus, “Tapi… Bibah…” Dahinya sedikit berkerut.
“Hah, I ada idea.” Semua mata memandang tepat ke arah Farrah yang tersenyum girang dengan matanya yang bersinar.
“Apa?” Tanya Maya tidak sabar.
“Apa kata, kita pergi berdua, Rayyan dan Bibah tunggu layan diri kat sini, tunggu sampai kami siap shopping, okey?”
Habibah tiba-tiba kalut. Aku? Bersendirian dengan Rayyan? Oh tidak…
“Okey!” Rayyan menyatakan persetujuannya.
Farrah dan Maya berpelukan kegembiraan. Maya mengenyitkan mata ke arah Habibah.
“Please boss, let me go just for a while?” Guraunya. Akhirnya Habibah mengangguk.
“Thank you!” Maya memeluk Habibah dengan perasaan yang gembira. “Erm Rayyan, you boleh ambil minuman I,” ujar Maya sambil menghunjukkan Ice blended Mochamiliknya kepada Rayyan, Rayyan agak teragak-agak namun menyambutnya akhirnya.
Kedua wanita itu terus hilang dari pandangan. Walaupun pertama kali bersua muka, namun chemistry di antara mereka ternyata kuat hanya kerana mempunyai hobi yang sama, iaitu membeli-belah.
Suasana kembali hening dan janggal. Kalau dahulu berjumpa suara riang Habibah akan kedengaran, celotehnya tentang subjek yang digemarinya, tugasan yang banyak dan pensyarah yang suka membatalkan kelas, namun kali ini senyap. Rayyan cuba membuang pandang di luar kafe.
“Abang apa khabar?”
Rayyan tersentak, kemudian tersenyum sedikit, sekurang-kurangnya Habibah tidak berlakon dan masih memanggilnya ‘abang’.
“Abang sihat saja, kenapa ni abang tengok Habibah macam pucat saja?”
Habibah menjamah pipinya sendiri.
“Agaknya ramai sangat orang kat dalam tu tadi bang, rimas Bibah, maklumlah Bibah bukannya biasa dengan keadaan macam tu,” ujar Habibah jujur.
“Bibah kenalah biasakan diri,” ucap Rayyan penuh makna.
Habibah hanya mampu tersenyum. Dia mencapai minumannya dan menghirupnya sedikit. Demikian juga Rayyan, masing-masing mula melayan kenangan silam masing-masing.
“Abang… Bibah nak ucapkan tahniah.”
“Untuk apa?”
“Untuk perkahwinan abang,” Habibah kembali tersenyum. Namun Rayyan dapat menangkap senyuman ikhlas itu, dan senyuman itu menggigit tangkai hatinya sendiri.
“Abang pun nak ucapkan tahniah juga,” Rayyan turut melemparkan senyumannya.
“Kenapa abang tak bagitahu Bibah saja dulu? Bibah okey lah bang, tak perlulah abang lari macam tu saja,” Habibah tertawa kecil seolah-olah kenangan silamnya itu sungguh melucukan.
“Abang takut Bibah tak dapat terima kenyataan saja,” balas Rayyan bergurau namun cukup menyentakkan hati Habibah. Ada benarnya kata-kata Rayyan itu.
“Abang dah lama nak jumpa Bibah,” Rayyan kembali serius. Serta-merta hati Habibah kembali bergetar.
“Alaa benda dah lepas bang, Bibah pun dah lupakan!” Habibah cuba untuk tidak berbicara tentang kisah silam mereka.
“Bukan pasal itu Bibah, walaupun ada perkaitannya.”
“Bibah… Bibah…”
“Abang betul-betul nak tahu,” Rayyan merenung tajam mata Habibah, Habibah mengalah dan menundukkan wajahnya.
“Abang nak tahu apa?”
“Pasal Bibah dengan Daniel.”
Habibah melepaskan keluhan yang berat.
“Kenapa?” Soal Rayyan.
“Kenapa apa bang?”
“Erk… tak ada…”
“Kami dah bernikah, lebih kurang lima bulan yang lepas,” terang Habibah.
“Itu abang tahu.”
“Habis tu?”
“Abang nak tahu, bagaimana Bibah kenal Daniel?”
Aku tak kenal dia, dia yang tiba-tiba datang lamar aku. Tapi takkan aku nak bagitahu Rayyan macam begitu, nampak sangat kesumbangannya, bisik hati kecil Habibah.
“Bibah?”
“Erm… erm… kami berjumpa secara kebetulan.”
“Di mana?”
Habibah terdiam seketika, kalau boleh dia memang tidak mahu menceritakan apa-apa kepada sesiapa pun.
“Abang cuma nak tahu, di mana Bibah jumpa Daniel?”
“Apa yang kau sibuk sangat nak tahu hah?” Suara itu bagaikan gempita yang memecah alam maya.
Rayyan terus berdiri sebab terkejut, Habibah yang masih duduk kehilangan kata-kata, dia juga terkejut dengan kemunculan mendadak Qassif Daniel.
“Daniel, aku cuma…”
BUK!
Belum pun habis Rayyan menerangkan keadaan, satu tumbukan padu tepat mengenai mukanya. Qassif Daniel benar-benar naik angin.
“Awak! Apa ni?” Habibah yang terperanjat bergegas mendapatkan Rayyan, wajah Rayyan dibeleknya.
“Oh, ini dia Rayyan yang awak sembunyikan selama ini kan?” Qassif Daniel terus menempelak Habibah. Habibah tidak menoleh, dia sibuk mencapai tisu dan mengelap darah yang keluar dari hidung Rayyan.
“Daniel, boleh tak kau dengar dulu penjelasan kami? Kami kebetulan saja berjumpa di sini, sebab…”
“Sebab apa?” Qassif Daniel mengherdik Rayyan. “Sebab kau memang tak puas hati dengan aku kan?”
“Awak!” Suara Habibah turut melambung tinggi. Suasana di Coffee Bean menjadi tegang, beberapa orang pelanggan yang sedang duduk tidak melepaskan peluang menyaksikan drama tersebut.
“Awak memang tak pernah bersyukur!” Qassif Daniel merenung Habibah tajam. “Saya pungut awak, jadikan awak permaisuri dan sempurnakan impian awak, ini balasan awak kan?”
Habibah menggeleng-gelengkan kepalanya, kepalanya yang memang sedia pening seakan-akan mahu pecah dengan tuduhan bertubi-tubi dari suaminya. Habibah menjeling ke arah Sophia Ezara yang memaut erat lengan Qassif Daniel. Hatinya bagaikan pecah retak ke batu, namun Habibah telah kehilangan kata-katanya sendiri.
Rayyan menolak Habibah ke tepi dan mendekati Qassif Daniel, dia tidak mahu sepupunya itu bertindak membuat tuli, namun tangannya ditepis kasar oleh Qassif Daniel.
“Kami berjumpa secara kebetulan sahaja, sungguh! Maya dan Farrah juga ada di sini,” Rayyan berusaha menenangkan Qassif Daniel.
Rayyan menoleh ke arah Sophia Ezara, kemunculan mereka yang tiba-tiba mesti ada kaitannya dengan wanita itu. Sophia Ezara tersenyum sinis menggambarkan kemenangan memihak padanya.
“Apa yang you nak buat?” Soal Rayyan membuatkan Sophia Ezara tersentak. Wanita itu hanya sekadar menjongketkan bahu, memikirkan kemenangan telah pun memihaknya, dia ingin menyimpan selebihnya untuk misinya memiliki semula Qassif Daniel.
“Kau jangan nak cari pasal dengan dia,” Qassif Daniel mengenggam erat jari jemari Sophia Ezara, jantung Habibah panas seakan-akan hendak terbakar.
“Kenapa?” Rayyan mula tidak berpuas hati.
“Sebab dia bakal isteri aku!”
Habibah dapat merasakan dunia di sekitarnya bergegar hebat, dia cuba menyedut saki baki nafas yang ada, pandangannya juga mula berpinar.
“Kenapa dengan kau ni hah?” Rayyan mula geram, sebelah tangan menekap hidungnya dengan tisu yang sudah banjir dibasahi darah.
“Suka hati aku lah, yang kau ni sudah beristeri tapi masih menaruh hati pada isteri orang lain, lagi teruk kan?”
“Daniel! Kau…” Rayyan tidak jadi meneruskan kata-katanya bila disedari Habibah menjadi lemah, Habibah menekap kedua-dua belah telinganya sambil memejamkan matanya.
“Habibah…” Rayyan segera mendekati Habibah.
“Hentikan lakonan kau perempuan murah, kau memang tidak layak untuk hidup aku.” Sepantas kilat, Qassif Daniel meraih tangan Sophia Ezara dan mengheretnya keluar dari kafe itu.
“Bibah, buka mata dik…” Rayyan semakin panik menyambut tubuh longlai Habibah.
“Daniel!” Laungnya namun Qassif Daniel tidak mengendahkannya.
Akhirnya tubuh kurus lampai Habibah terjelepuk di lantai kafe.
[BERSAMBUNG]
_______________________________
long way to go readers! Kesian si Bibah kan....
Bibah pregnant?
ReplyDeleteaaaaaaaaaaaaaaaa nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
ReplyDeleteLamanya menunggu... tambah lagilah episode atau bukukan saja cerita yg menarik ini. Penantian Satu seksaan
ReplyDeleteKALAU BOEH JANGAN LA BIBAH PREGNANT KESIAN .
ReplyDeleteBestnya cerita ni.... nak lagi
ReplyDeletenak lagi .. new n3 plezzzzzzzz....
ReplyDelete