Pada suatu malam yang dingin, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, lembut dan mendinginkan, namun kesejukan tidak pula sampai ke tulang sumsum. Ada sepasang anak beranak, sakan mengambil gambar, keseronokan dan kegembiraan tersirna di wajah mereka, sesekali jeritan kecil mereka membingitkan telinga si mommy yang tekun melayan diri membaca novel di sudut sofa, apabila ketensionan menerpa, si mommy pula akan menjerit meminta segumpal keamanan...
Tiba-tiba....
"Mommy, nak makan karipap!"
Jam di dinding dikerling, jarum menunjukkan 11.45pm... agak-agaklah anakku sayang, mana pula mommy mahu mengetuk kedai semata-mata tembolokmu menginginkan karipap...
"Nak karipap pleaseeeeee mommy!"
Mommy merenung mata Daddy... Daddy memaculkan senyuman yang penuh makna.
"Mommy, jom kita buat karipap!" kannnnn..... idea dari Daddy yang amat memberangsangkan. Hello, I have never make karipap in my whole life okey, tolong-tolong aka kacau orang buat adalah... adakah ini satu dugaan?
Lantas Mommy mengatur langkah ke dapur yang hanya sekangkang kera itu, meninjau di sebalik timbunan sayur dan bawang dan mana-mana sudut logik... apa bahan ar untuk karipap? Mommy menggaru kepala yang memang gatal pun. Mommy beralah, kembali ke ruang tamu, iPad dicapai, google dijelajah untuk resepi karipap yang teringkas di dunia, pun bahan tidak mencukupi.
"Takpe... takpe... jangan risau Mommy!" Si kecil kian menggiat. Mata bulatnya semakin bulat. Senyumannya yang meruntun perasaan. Akhirnya mommy membuat keputusan, kita masak apa yang ada....
Self Raising Flour, kentang yang sudah ditumbuhi pepohonan kecil di sekelilingnya, bawang besar dan cebisan daging ayam kecil (yang ini untuk menambahkan vogue karipap)
Langkah pertama. Tumis semua bahan kecuali tepung. Hehehe... oh ya, kebetulan, memang kebetulan kawan mommy dari Kedah ada memberikan kari daging cap 'O'... itu pun menjadi penyelamat sebab inti karipap perlukan sedikit kari kan? kan? kannnnn????
Doh (atau lebih afdal dikenali sebagai kulit) karipap diserahkan kepada daddy, selepas bertengkar mulut dengan mommy... iyalah dia sibuk tanya aku manalah tahu... sah-sah selama 5.5 tahun perkahwinan kami tidak pernah pun aku buat karipap sebagai menu....
Berpandukan google, si mommy pun memberikan arahan... but most of the time, "Eeeee... nda apalah lah bah tu sayang, buat ikut gerak hati saja!"
Boleh? Buat kulit karipap ikut gerak hati bai. Ko ada?
Dipendekkan cerita, Self Raising Flour dicipta bukan untuk membuat karipap okey. Sakit hati Chef Pastry baca entri aku ni.
First mission failed.
K.E.C.E.W.A
"Sayang, tiada tepung gandum kah?"
"Kenape mommy?"
"Ntah, cubalah cari tapi macam tiada oh, sebab kita manalah buat kuih sangat"
"Kenape daddy?"
Godek bukan sebarang godek, godek hingga ke akar umbi.
"Sayang.... ADA!!"
tapi sikitlah... mungkin saki baki ditinggalkan oleh kaum kerabat yang berkunjung dan rajin membuat kek atau kuih di rumah kami.
YES!!! Projek membuat kulit karipap diserahkan semula kepada daddy... kali ini dengan lebih bersemangat, bagai ditiup-tiup semangat daddy, bangun teguh dari kegagalan tadi haha...tepung yang tinggal hanya segenggam, dicurahkan garam sesudu makan... pulakkkk
Proses menguli berjalan lancar dengan bantuan dari alat-alat yang terhad, memandangkan alat pengolek (uli?) tiada, so kami pakai botol wain hahaha....
Selingan:
Ni kucing ntah, hari-hari datang dari tingkap belakang, sebab dia ingin menonton mommy berperang dengan periuk kuali di dapur, lepas tu dia akan dapat imbuhan dinner...
Memang dia ni pantang dengar periuk belanga belaga, kemunculannya adalah pasti...
Meow... dah pukul 12.00malam, ko tidak mengantuk? Bulat besar mata kau meow...
Proses meng'klip' karipap secara manual dan menurut gerak hati hehe...
Inti karipap. Siap ada telur... ala-ala Ikea... kononnya....
Jantung kian berdebar....
Taadaaaaa!!!
Cubaan pertama hangus... hahahah
Tapi, kepuasan dan keseronokan berkubang di sudut hati... gembira melihat karipap hasil kerjasama kami sekeluarga...
Karipap yang tidak sama saiznya, separuh hangit, separuh lagi berlubang, kulit ada yang tebal dan ada yang nipis, kulit agak masin sebab tertumpah garam... remember?? Haha...
Karipap-karipap yang memang tidak sempurna semuanya. Tetapi, karipap-karipap ini melambangkan kasih sayang kami yang utuh, lambang kemegahan kami, lambang pengorbanan dan lambang keseronokan. See... tidak susahkan membahagiakan hidup sesama kita?
Dan yang pasti, Charm-charm memang penggemar karipap tegar, dia duduk santai depan TV dan menghabiskan dua karipap yang bersaiz paling besar... seronok tengok dia makan, dan dia asyik memuji kesedapan karipap, lepas tu mommy and daddy masing-masing sibuk meng'claim' credit. Tapi tahta kami direbut...
"Eh, karipap ni charm-charm yang buatlah!" kata si kecil.
Mommy dan daddy saling berpandangan, dan akhirnya deraian ketawa menyusul bahagia.
Info pagi tadi:
Charm-charm rupanya telah berjanji dengan teacher untuk belanja dorang karipap... again the mission of karipap continues... tapi kali ini tidak laratlah, setakat berhenti depan stesen komuter dan order karipap dari si adik manis yang memang meniaga HANYA karipap.
Charm-Charm happy. Daddy lega. Mommy tersenyum bahagia.
hehehe....suka baca coretan karipap.....kelakar...penuh dengan kasih sayang...
ReplyDeleteTerima kasih, artikel ditulis dengan penuh kasih sayang ni haha
Delete