Friday, December 13, 2013

Isteri Kontrak :: Bab 18

Happy Friday readers :)

Buat pengikut setia novel online Isteri Kontrak, terima kasih kerana sentiasa memberikan momentum yang mengujakan untuk saya meneruskan taipan saya pada blog ini. Anda semua memang ohsem!

Akhirnya kita sampai ke bab 18.
Terimalah kisahnya..... selamat membaca!

_________________________________________

“Terima kasih!” Ujar Qassif Daniel sambil meletakkan beberapa not merah ke dalam tangan pekerja hotel yang mengiringi mereka ke bilik hotel dan mengangkut beg pakaian mereka. 

“Terima kasih tuan!” Pekerja hotel tersebut berlalu dengan senyuman gembira terukir di bibirnya.

“Jom!” Ajak Qassif Dabiel sambil menarik tangan Habibah masuk ke villa eksklusif itu. Villa itu mempunyai pemandangan yang menghadap Laut Cina Selatan. Sayup dan mengujakan. Habibah sangat terpegun.

Qassif Daniel sengaja memberikan kejutan kepada isterinya dengan membawanya jauh dari hiruk pikuk ibu kota, untuk menikmati saat indah sebagai suami isteri. Sejak kebelakangan ini, rindunya pada Habibah semakin membuak-buak, setiap hari dia tidak sabar untuk balik ke rumah yang dibelinya khusus untuk ‘sangkar’ Habibah namun ‘sangkar’ itu bagaikan syurga baginya kini. 

Baru dia sedar nikmatnya berkahwin, apabila dia balik ke rumah makan malamnya telah disediakan, apabila dia bertolak ke pejabat sarapannya telah disiapkan, bahkan siap disuapkan. Bajunya juga telah disiapkan, Qassif Daniel benar-benar bahagia.

Qassif Daniel sebenarnya telah membawa pakaiannya sedikit demi sedikit ke unit kondominium mereka, Datin Zubaidah sendiri teruja apabila dia memberitahu dia ingin menemani Habibah dengan lebih kerap. 

“Baguslah boleh mommy dapat cucu cepat sikit dari kamu,” usik Datin Zubaidah yang membuatkan Qassif Daniel naik segan. 

“Awak menung apa?”

Qassif Daniel tersedar dari lamunannya. Dia segera mengukir senyuman buat Habibah yang sentiasa berwajah polos situ. Isterinya itu kemudian dirangkul erat. Sebuah kucupan dihadiahkan. Habibah hanya membiarkan suaminya, sebab dia sendiri bahagia diperlakukan begitu.

“Awak…”

“Erm…”

“Awak suka tak datang kat sini?”

Habibah tersenyum senang, romantik sungguh Qassid Daniel itu rupanya.

“Suka!” Jawab Habibah sepatah.

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk membahagiakan awak, saya takkan biarkan awak keseorangan lagi, dan tidak akan biarkan awak terluka lagi.”

Semakin melebar senyuman Habibah.

“Awak nak tahu?”

“Apa dia?”

“Saya tak pernah rasa bahagia yang sebegini…” Habibah bagaikan tidak percaya dengan kata-kata suaminya.

“Mungkin awak tak percaya, tapi saya tahu apa yang saya rasa.” Qassif Daniel terus-terusan memeluk Habibah dari belakang, rambut Habibah yang berbau harum diciumnya lembut.

Habibah sedaya upaya memalingkan diri dan berdiri menghadap suaminya.

“Awak,” ujar Habibah, Qassif Daniel merenung tepat ke anak matanya.

“Awak, saya sendiri tidak pernah merasai perasaan yang sebegini,” akui Habibah jujur, “Dan saya bersyukur kerana kehadiran awak di dalam hidup saya, saya berani berkata, apa pun yang akan terjadi selepas ini, asalnya perkara itu membahagiakan awak, saya akan cuba laksanakan!” Sungguh mendalam maksud tersirat di sebalik kata-kata Habibah.

Qassif Daniel tersenyum mendengar kata-kata isterinya, ditariknya Habibah rapat di dalam dakapannya. Habibah memejamkan matanya, buat kesekian kalinya dia ingin membuang jauh permintaan Datin Zubaidah tempoh hari, dan berharap perkara itu tidak akan terjadi di dalam hidupnya, dia sungguh-sungguh sayang dengan lelaki yang sedang mendakapnya.


*****


Sophia Ezara bengang.

Nombor Qassif Daniel berkali-kali didailnya namun asyik disambungkan ke peti simpanan suara. Qassif Daniel berada di luar kawasan. Di manakah dia?

Dia mengakui sejak kebelakangan ini dia sibuk dan sering mengabaikan kekasihnya itu, bukan sahaja minggu ini bahkan minggu-minggu yang sebelumnya, hubungannya dengan Qassif Daniel tidak serapat seperti zaman mereka belajar dahulu kerana tanggungjawab yang dipikulnya kini harus didahulukan. 

Nombor Qassif Daniel didail semula, dan masih lagi ke peti simpanan suara. Sophia Ezara bertambah geram.

“Zara!”

“Ya mama!”

Puan Sri Zainon menjengah ke bilik Sophia Ezara.

“Masih tak dapat ke si Daniel tu?”

“Ya mama, asyik-asyik ke voice mail!” Sophia Ezara merengus. Puan Sri Zainon tersenyum dengan tingkah anak tunggalnya.

“Tak apalah Zara, mungkin dia sibuk, jomlah kita turun dulu,” pujuk Puan Sri Zainon, Sophia Ezara hanya menurut permintaan ibunya. 

Semua orang tengah menantinya di bawah sana, malam ini adalah malam yang istimewa, dia merancang semuanya dengan teliti perihal majlis malam ini, iaitu malam ulang tahun perkahwinan mama dan papanya yang ke tiga puluh. 

Puluhan mata memandang ke arahnya ketika dia melangkah ke pentas utama, ruang halaman rumahnya yang luas telah dihias indah dan lampu-lampu yang berkerlipan cantik. Sophia Ezara juga telah mengupah kumpulan bandkegemaran papanya, dan menggunakan khidmat  katerer dari hotel kegemaran mamanya, tetamu hampir dua ratus orang dijemput, hanya di kalangan keluarga terdekat dan sahabat karib mama dan papanya. Segalanya sempurna dan teratur, segalanya tampak indah dan semua yang hadir tampak gembira, namun hati Sophia Ezara sakit, walaupun hanya satu sahaja kurangnya, Qassif Daniel!


*****


Percutian selama empat hari tiga malam di Pulau Tioman melakarkan pengalaman yang indah buat pasangan suami isteri yang bahagia itu. Rutin mereka di awal pagi selepas solat subuh adalah bersarapan bersama dan biasanya Qassif Daniel lebih gemar memanggil khidmat bilik dan memesan sarapan mereka, saling suap-menyuap di balkoni villa disaksikan oleh hamparan luas Laut China Selatan.

Sebelah tengaharinya pula, mereka akan menyelusuri Pulau Tioman, Qassif Daniel telah mengupah pemandu yang membawa mereka ke beberapa tempat tumpuan pelancong, membeli cenderamata di beberapa tempat, dan menjamu selera di restoran-restoran yang menarik. Mereka juga berkesempatan ke Salang dan menikmati pemandangan terumbu karang hidup, Habibah mensyukuri keunikan ciptaan Tuhan yang disaksikannya sendiri. 

Sebelah malam mereka akan bersantai sambil mendengar live band di tepi pantai, Qassif Daniel turut mengejutkan Habibah dengan makan malam yang romantik. Habibah yang masih tidak biasa merasa janggal dengan suasana itu namun Qassif Daniel bijak memainkan peranannya. 

Sepanjang percutian bulan madu mereka, tidak sedetik pun Qassif Daniel teringatkan Sophia Ezara, bahkan wanita itu semakin jauh dari kotak fikirannya, dari angaunya.

Kapal terbang Fokker milik Berjaya Group merupakan satu-satunya pengangkutan udara yang boleh membawa mereka kembali ke bumi Kuala Lumpur. Habibah yang sedikit gayat berpaut erat pada lengan Qassif Daniel, Qassif Daniel yang memahami kegayatan isterinya terus mendakapnya. 

Habibah tidak pernah menaiki kapal terbang di sepanjang hidupnya, pengalamannyyang menaiki kapal terbang itu empat hari yang lepas memang sesuatu yang lucu, tetapi menakutkan. Nasib baik Qassif Daniel ada di sampingnya dan berjaya memujuknya.

“Awak, lain kali saya bawa awak naik kapal terbang yang lagi besar okey?” Qassif Daniel berbisik di telinga Habibah. Habibah hanya diam membantu sambil memejamkan mata. Gegaran kapal terbang yang baru berlepas meninggalkan Pulau Tioman benar-benar melemaskannya.

Qassif Daniel terus memeluknya erat. Dan dia senang begitu.


*****


“Where have you been for the past few days baby? I have been calling you,” Sophia Ezara yang masuk menerpa secara tiba-tiba mengejutkan Qassif Daniel yang sedang asyik membelek dokumen di hadapannya.

Outstation,” jawab Qassif Daniel pendek. Dia kembali meneliti dokumen di depannya dengan tekun.

Outstation?” Sophia Ezara mengulangi jawaban Qassif Daniel dengan sinis, “Ke you pergi honeymoon?” Sophia Ezara berkata separuh mengejek.

Qassif Daniel mengangkat wajahnya, matanya mencerlung memandang Sophia Ezara, wanita itu sememangnya cantik dan menarik. Tiada yang kurang dengan wanita itu.

“Apa kena dengan you ni?” Qassif Daniel berpura-pura tidak faham namun di dalam hatinya agak tersentak dengan kenyataan Sophia Ezara.

Mr Qassif Daniel, did you just ask me?” Sophia Ezara memang kelihatan agak bengang dengan kehilangan kekasihnya sejak beberapa hari yang lalu.

Qassif Daniel bangkit dari kerusinya dan bergerak ke arah Sophia Ezara, wanita itu memang benar-benar marah. Adakah dia telah mencium perubahan perasaan aku? Qassif Daniel sedikit kalut.
Qassif Daniel kini berhadapan dengan Sophia Ezara, wajah yang menemani hatinya lebih sepuluh tahun itu, selama itu jugalah hatinya tidak pernah terbuka untuk wanita lain, tiada sesiapa pun yang berjaya hinggap di hatinya, sehinggalah Habibah hadir dalam hidupnya. Habibah yang mengisi kekosongan dirinya, Habibah yang melayani keperluannya.

I minta maaf,” Qassif Daniel berharap perkataan itu akan segera melenyapkan kemarahan Sophia Ezara, seperti selalunya. Tangan wanita itu digenggamnya.

Sophia Ezara menarik tangannya kasar, sungguh dia masih tidak berpuas hati dengan Qassif Daniel.
“Kan I dah minta maaf?” Entah mengapa, Qassif Daniel terasa rimas dengan tingkah Sophia Ezara kali ini. Bukankah dahulu aku begitu menggilai wanita ini? Argh ini semua hasil penangan asmara Habibah. Hati Qassif Daniel berbunga ceria setiap kali nama isterinya tersetik di situ.

You memalukan I!” Ujar Sophia Ezara.

“Memalukan? Pasal apa? Sebab tak jawab panggilan you?” Ucap Qassif Daniel sambil tersenyum sinis.

I malu pada mama, pada papa…” Sophia Ezara cuba menahan air mata yang sudah tergenang di tubir mata.

Qassif Daniel mengerutkan dahinya. Dia cuba untuk memahami situasi Sophia Ezara. Namun dia masih tidak dapat menangkapnya.

“Okey, cuba you bertenang dan ceritakan pada I, apa yang terjadi sebenarnya?” Qassif Daniel cuba berlembut, dia berharap wanita itu tidak akan terus-terusan marah.

You tipu!” Jerit Sophia Ezara, Qassif Daniel tersentak. 

Qassif Daniel mendekati Sophia Ezara, tanpa disangka wanita itu menolaknya keras.

You ni kenapa hah?” Herdik Qassif Daniel yang sudah mulai hilang sabar.

Sophia Ezara tersenyum mengejek. 

“Dah pandai marah kan you sekarang?” Ujar wanita itu, “Tahu tak you dah menghampakan perasaan I, perasaan parents I, we were waiting for you on their very day, on their wedding anniversary, dahlah bayang you pun tak nampak, telefon beratus kali pun tak berjawab!”

Qassif Daniel terdiam. Otaknya ligat berfikir. Oh Tuhan!

“Tentu you dah bahagia sangat kan? It’s okey Daniel, kalau you dah senang sangat, well congratulation! Kalau betul you pergi outstation, well I will try to accept, tapi kalau you pergi berseronok dengan perempuan tu, Iakan susahkan hidup perempuan itu!”

Sekali lagi Qassif Daniel tersentak.

Sophia Ezara mencapai beg tangannya dan melangkah ke arah pintu. Sebelum memulas tombol pintu, dia berpaling.

“Ingat Daniel, I bukan sebarang orang yang you boleh campak ikut suka hati you!I pun ada maruah diri, begitu juga dengan mama dan papa I!”

Sophia Ezara telah pun berlalu pergi, Qassif Daniel terjelepuk di sudut sofa. Apa telah aku buat? Dia kemudiannya menekup wajahnya.


[BERSAMBUNG]


----------------------------------------

 Ermm.... terasa hati juga kan?

Semasa menyudahkan bab ini, saya benar-benar membayangkan watak si Sophia Ezara ini, saya ingin membuatkan readers menyampah pada dia, then again saya terfikir itu bukanlah watak yang ingin saya ketengahkan bagi Sophia Ezara, namun mungkin di bab akan datang... saya akan antagoniskan wataknya :)

Sila komen untuk penambahbaikandan idea penulisan saya di masa akan datang.
Selamat berhujung minggu.

Love you all!! God bless.

5 comments:

  1. best!! QD dah x suke dekat SE ke? haha

    ReplyDelete
  2. Thanks, for your n3. Bila lagi next n3. Makin panas....menarik dan tertarik. Aja..Aja.. Fighting.

    ReplyDelete
  3. Syiyok bah. Best ceritanyak. Endak sabar tunggu n3. Congrat writer. Usai2. Selamat berusaha berkarya dan berjaya.

    ReplyDelete
  4. Best! Cepatlah keluarkan novel dia. I dah xsabar nak Baca next episod :D

    ReplyDelete
  5. Benci betul dengan pompuan tu wah!!???
    Cerita mmang best

    ReplyDelete