Wednesday, December 11, 2013

111213

Genap 4 tahun usia anak kami, Charmaine Elyza.

Selangor bercuti sempena Hari Kelahiran Sultan Selangor, saban tahun, daddy yang bekerja di Selangor berkesempatan bercuti bersama dan 'terpaksa' menjaga anak di rumah hehehe... bukan setakat menjaga, bahkan mengemas apa yang patut dan menjalankan kewajipan apa yang patut, suami isteri yang sama-sama bekerja memang kena bertolak ansur, bukan setakat ringan sama dijinjing, berat masing-masing pikul... not applicable okey...

Mommy bekerja.
So sweeeettttttt..... kenapa tidak ambil cuti?
Soalan yang bagus...
Jawapan yang bagus jugak, sebab mommy sudah ketandusan annual leave.

Tapi hari istimewa wajar juga disambut dengan sederhana, kan sederhana lebih bagus...
Atas pilihan Charm Charm, kami dinner di KFC Subang Parade, sebab di sana ada small play ground... itu yang dia mahu sebenarnya... KFC? bolehlah... sebelum tu, mommy difahamkan daddy dan Charmy telahpun menyambutnya di Secret Recipe... yeah without mommy but that's okey no hard feeling.

Jom kita saksikan paparan gambar-gambar menarik sekitar hari bersejarah Charm Charm...

 Mommy yang dalam kesengsaraan bangun subuh hari disajikan dengan kelenaan orang lain yang bercuti, rasa cemburu seiii walaupun dia ni hanyalah seekor kucing jantan yang lupa diri, his name is Jessica Vanessa, nama tidak boleh blah kan.....


 Best anak daraku tidur terbongkang... dia sorang pakai 5-6 bantal pelbagai bentuk pelbagai warna...

 Aksi-aksi di KFC Subang Parade...


 Keluarga yang sentiasa sedaya upaya hendak berbahagia hehehee... ada kosong satu tu kan? entah bilalah ada rezeki ni...


 Gambar diambil oleh anak empunya wajah... bukan isteri sebab si isteri tengah berusaha memakan ayam dan hampir muntah jugaklah...

 Wajah ini mengingatkan kita pada satu spesies tu kan?

 ahem... no komen!


 Di rumah...

 Charm Charm almost every week sambut birthday... but this time is for real...







Hadiah birthday, roller shoe! 

Sebenarnya kami tengah mengatur beberapa siri birthday parties untuk Charm Charm, di sekolah dan di rumah, akan datang... disebabkan birthdaynya jatuh hari biasa, kenalah cari hari weekend yang bersesuian untuk menyambutnya.

Pada hari istimewa 11.12.13 yang telah berlalu, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan sensasi tanahair, Zain Saidin dan Rozita Che Wan, serta pasangan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri.

Eh apa kaitan?
Saja jah.... kenapa ndak boleh?

No comments:

Post a Comment