Thursday, October 17, 2013

Isteri Kontrak :: Bab 9

Senyum dulu sebelum membacanya, lepas tu sila doakan 'kerajinan' saya untuk terus menulis :)

_______________________________



Mak Jah sibuk menyelongkar peti ais dan mengeluarkan bunga kantan, daun kesum, ikan merah dan cili yang telah siap dikisar. Mak Jah memang selalu menggisar cili dan menyimpannya di dalam peti ais untuk kegunaan lebih kurang seminggu. Senang untuk memasak sambal tidak perlu untuk mengisar berkali-kali. Mak Jah merupakan isteri kepada Pak Jamal, pasangan suami isteri ini telah berkhidmat selama 20 tahun dengan keluarga Datuk Mansor dan Datin Zubaidah. Mereka mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seoorang perempuan dan keduanya belum berumahtangga namun telah bekerja. Mak Jah merupakan teman sekampung Datin Zubaidah, akibat kesempitan hidup suatu ketika dahulu, Datin Zubaidah yang baik hati telah menawarkan Mak Jah dan suaminya untuk tinggal bersama mereka dan membesarkan anak-anak mereka bersama-sama. Walaupun kini berkali-kali diajak oleh anak-anak mereka untuk berhenti berkhidmat dengan keluarga Datuk Mansor, namun Pak Jamal dan Mak Jah tetap selesa tinggal dengan keluarga Datuk Mansor. Mereka sangat terhutang budi dengan keluarga yang banyak membantu mereka dan menanggung yuran anak-anak mereka sehingga ke menara gading. Anak lelaki mereka Hafiz kini bergelar seorang peguam manakala anak perempuan mereka Hafizah merupakan seorang guru sekolah menengah. Hanya kadang-kadang Pak Jamal dan Mak Jah meminta cuti untuk balik ke kampung halaman mereka dan baik Datuk Mansor mahupun Datin Zubaidah tidak pernah keberatan. 

“Biasanya bahan-bahan ni yang Mak Jah guna bila Datuk nak makan ikan asam pedas, dia sukakan ikan merah lagi dari ikan pari.”Habibah mengangguk-angguk mendengar penerangan Mak Jah. Tangannya ligat memilih bahan-bahan yang dikeluarkan oleh Mak Jah sebentar tadi.

“Ni Bibah nak Mak Jah buat apa-apa tak?”

“Eh tak payah Mak Jah, hari ni biar Mak Jah rehat okey, Bibah akan sediakan makan malam kita,” balas Habibah sambil tersenyum manis. Habibah menarik tangan orang tua itu dan membawanya ke kerusi yang memang tersedia di runag tengah dapur itu, “Mak Jah duduk di sini diam-diam ya, maksud Bibah diam dari segi fizikal saja tau Mak Jah, tapi Mak Jah masih boleh bercerita atau membebel,” ujar Habibah sambil ketawa kecil. Riang hatinya dapat teman bicara seperti Mak Jah, kurang sikit segannya berbanding dengan Datin Zubaidah.

Mak Jah leka bercerita tentang anak-anaknya hingga kisah bagaimana dia dan Datin Zubaidah berkawan semenjak kecil sehingga sekarang, Habibah turut leka dan hanyut dengan kisah-kisah Mak Jah, sesekali mereka ketawa sekiranya ada peristiwa-peristiwa silam yang melucukan. Habibah dapat menjadi dirinya kembali, Mak Jah tak ubah seperti Ibu Salbiah, pandai bercerita dan berlawak jenaka. Sedikit sebanyak rindu Habibah pada Ibu Salbiah terubat walaupun baru bersama dengan wanita kesayangannya itu siang tadi.

“Apa yang seronok sangat ni?” Wajah Datin Zubaidah tiba-tiba terpacul di balik muka pintu dapur. Senyum di wajah Habibah bertukar menjadi kendur, entah kenapa dia benar-benar segan dengan Datin Zubaidah sedangkan ibu mertuanya itu sedaya upaya untuk membuatkan dia selesa. Entah bagaimana dia mengiyakan untuk bermalam di rumah agam itu dia sendiri tidak pasti, apa kata Qassif Daniel nanti?

“Tak ada mommy, saja berbual dengan Mak Jah.” Akhirnya Habibah memilih untuk bersuara, Datin Zubaidah tersenyum sambil mendekati Habibah yang menyibukkan diri dengan memotong sayur brokoli. 

“Masak apa ni Bibah?” 

“Ermm, masak asam pedas ikan merah, Bibah cadang nak buat sambal udang petai juga, ayam masak kicap in Chinese style, lepas tu mixed vege,” terang Habibah panjang dan lebar. Pandai juga menantu aku masak, bisik hati Datin Zubaidah, dia segera terkenangkan Sophia Ezara. Gadis anggun itu memang liat ke dapur, bahkan selama hampir sepuluh tahun mengenali gadis itu, tidak pernah sekalipun gadis itu ke dapur atau berbicara tentang masakan, gadis itu lebih gemar berbicara tentang dunia perniagaan, ekonomi dunia, fesyen terbaru di pasaran atau paling tidak, beg baru keluaran butik terkemuka LV, Chanel, Prada.

Datin Zubaidah menyedari betapa dia menyimpang jauh mengenangkan Sophia Ezara, sedangkan Habibah kini berada disampingnya. Ditenungnya seketika wanita yang kini bergelar menantunya itu, rasa simpati bercampur baur dengan rasa bersalah.

Mommydah telefon daddy dan Daniel, mereka akan balik awal petang ni, nanti kita semua akan makan bersama, okey?” 

Habibah mengangkat mukanya yang sedikit kaget. Datin Zubaidah memahami pandangan itu, lengan Habibah disentuhnya lembut, “Bibah kena biasakan diri, okey?” Akhirnya Habibah mengangguk, walaupun aku bukanlah menantu pilihan namun aku telah terpilih untuk menyandang gelaran sementara ini, aku harus menjalankan tanggungjawab aku dengan baik, getus hati kecilnya. 

Datin Zubaidah kemudiannya meminta diri namun tidak lama dia kembali dengan senyuman, “Oh ya, tadi Auntie Mariahtelefon, malam ni dia dan Uncle Sulaiman nak datang, kebetulan pula mommybagitahu yang Bibah ada kat sini, mereka kenal Bibah ke?”

“Kenal mommy, Bibah ada jumpa mereka malam tu.” Sahut Habibah.

“Kebetulan pula, langkah kanan pula,” sambung Datin Zubaidah lagi. “Dengarnya Rayyan dan isterinya Farrah juga akan datang sekali!” 

“Aduh!!” 

Datin Zubaidah segera berlari mendapatkan Habibah serentak. Mak Jah yang sejak dari tadi duduk menjadi pendengar setia segera bangun.

“Ya Allah! Berdarah ni, Mak Jah sambilkan peti kecemasan tu,” Datin Zubaidah panik. Mak Jah segera menurut. Datin Zubaidah bertindak pantas, jari telunjuk Habibah segera ditekap dengan kapas yang telah dibasahkan dengan ubat, berkedut-kedut dahi Habibah menahan sakit. Akhirnya jari telunjuk Habibah dibalut dengan plaster. 

“Lain kali berhati-hati Bibah.” Suara Datin Zubaidah bernada bimbang.

“Bibah minta maaf mommy, mungkin sebab dah lama Bibah tak masak,” Habibah memberikan alasan terbaik untuk menyelamatkan diri. 

 “Tak apalah biar Mak Jah saja yang masak,” Mak Jah berasa serba salah dengan Habibah, dengan Datin Zubaidah.

“Eh tak apa ni Mak Jah, sikit saja pun lukanya, Bibah masih boleh masak,” Habibah tidak ingin beralah.

“Bibah…” Datin Zubaidah memberikan pandangan yang penuh kebimbangan.

Mommy, percayalah, Bibah dah biasa buat semua ni.” Desak Habibah. 

Mak Jah memandang ke arah Datin Zubaidah. Datin Zubaidah pula berasa serba salah dengan kesungguhan Habibah, kalau tidak dituruti mungkin dia akan terus-terusan membawa diri, bisik hatinya. Sambil melepaskan keluhan berat, Datin Zubaidah memberikan anggukan lemah, tanpa disedari Habibah tersenyum senang, melonjak dia kegembiraan dan kedua-dua belah pipi Datin Zubaidah diciumnya bertalu-talu, terkejut seketika Datin Zubaidah. Habibah segera menyedari aksinya yang agak keterlaluan, serta merta senyumannya hilang, yang tinggal hanya pandangan takut-takut. Seketika itu tawa Datin Zubaidah berderai, Mak Jah pun, dan akhirnya Habibah.

*****

Takdir itu sesuatu yang ditentukan oleh yang Maha Esa, rencana-Nya tidak pernah diketahui oleh umatnya bahkan manusia genius yang hebat sekalipun tidak mampu untuk menentukan ketentuan Tuhan. 

Makan malam yang enak sudang dihidangkan di atas meja makan, Mak Jah meminta diri untuk ke belakang walaupun diajak berkali-kali oleh Datin Zubaidah untuk makan bersama, alasannya, dia telah menyiapkan lauk di belakang untuk dijamah bersama suaminya. Suasana kekok kembali menyelubungi Habibah. 

Habibah telah siap berdandan ringkas menunggu mereka di meja makan, dia memakai baju kurung merah muda berbunga kecil, rambutnya segaja diikat satu ke belakang. Baju kurung itu menurut Datin Zubaidah dibelinya sendiri khusus untuk menantunya, nampaknya segala keperluan Habibah telah disediakan lebih awal oleh ibu mertuanya, di bilik tidur yang dikhaskan untuk Habibah telah tersedia segala-galanya, dari keperluan pakaian hinggalah keperluan bilik mandi, Habibah merasa terharu dengan kesungguhan Datin Zubaidah, tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan mereka berdua apabila Qassif Daniel melepaskan dia satu hari nanti. Habibah memejamkan matanya rapat-rapat. Dia tahu dia sudah sayangkan wanita itu.

Suara riuh di ruang tamu membuatkan hatinya bergetar hebat, Uncle Sulaiman dan Auntie Mariah telah sampai, mahu tidak mahu Habibah memaksa juga gerak kakinya ke ruang tamu. Rumah mertuanya besar dan indah, seolah-olah sebuah istana berharga. Perhiasan-perhiasannya sudah pasti kebanyakkan dari luar negara, nama pun rumah orang berada. Habibah mengatur langkahnya dengan berhati-hati.

“Habibah! Apa khabar sayang?” Auntie Mariah yang peramah itu datang mendapatkannya dan memeluknya erat. 

“Bibah baik saja auntie,” balas Bibah sambil mencium tangan Auntie Mariah, selepas itu dia mendapatkan pula Uncle Sulaiman dan bersalaman dengannya. 

“Dengarnya Bibah masak eh?” Auntie Mariah bertanya galak. 

“Bibah masak ringkas saja auntie, Mak Jah yang banyak bantu, Bibah banyak nak belajar lagi,” ujar Habibah merendah diri. 

“Bibah!” Habibah menoleh. Mukanya terasa panas berpinar, meskipun dia temah memujuk diri untuk bersahaja di depan lelaki itu, hati wanitanya tetap bergetar memandang wajah Rayyan. 

“Mama kata Bibah masak, jadi kami datang menumpang makan,” lelaki itu masih seperti dulu, gurauannya bersahaja. Habibah tersenyum.

“Hai Bibah,” Farrah yang tiba-tiba muncul dari belakang Rayyan datang memeluknya. Keluarga ni memang suka peluk-peluk ke? Sempat Habibah mengomel di dalam hati. Namun dimaniskan juga wajahnya.

“Rayyan banyak bercerita tentang Bibah, tak sangka pula kita boleh berbiras,” Farrah ketawa senang. Kau tak tau Farrah! Getus Habibah di dalam diam. Namun dia bersyukur dengan terjahan Farrah yang tiba-tiba kerana situasi itu menyelamatkan dia dari terus ditenung oleh Rayyan. Nampak sangat Rayyan ingin mendekati dan berbual dengannya, mungkinkah kerana dia rasa bersalah? Atau sebenarnya Rayyan tidak berpuas hati dengan perkahwinannnya dengan sepupunya. 

“Zaman universiti korang memang best kan?”

“Iya, Rayyan memang senior yang baik, dia banyak bantu Bibah!” Di dalam hati Habibah berdoa agar Farrah akan berhenti mengungkit kisah silam mereka. 

Di dalam keriuhan itu, Habibah sempat menangkap pandangan mata tajam Datuk Mansor, Habibah tidak berani menentang pandangan tajam itu. Dia belum bersemuka dengan bapa mertuanya kerana orang tua itu datang ketika dia tengah bersiap di tingkat atas selepas siap memasak. Dibatalkan niatnya untuk bersalam dengan bapa mertuanya kerana dia merasa segan yang teramat, tambahan pula keluarga uncle Sulaiman telah tiba. Dia cuba juga mencuri-curi mencari kelibat suaminya namun bayang lelaki itu tiada di mana-mana.

“Daniel masih dalam perjalanan, dia lambat sikit sebab nak jumpa kawan katanya,” tersentak Habibah apabila Datin Zubaidah berbisik di telinganya. Datin Zubaidah tetap dengan senyuman manisnya. 

Akhirnya semua yang duduk bersama menikmati makan malam, Habibah mengambil tempat di sebelah Datin Zubaidah dan disebelahnya pula Farrah, Habibah saja tidak mahu duduk berhadapan dengan Rayyan yang menyakitkan hatinya, tapi mengapa dia harus sakit hati? Habibah memilih untuk menjawab persoalan itu kemudian.

“Rayyan, you makan banyak malam ni.” Farrah bersuara ketika Rayyan mencapai mangkuk nasi. Rayyan tersengih.

“Rayyan lapar, lagi pula lauk asam pedas ni sedap!” Balas Rayyan selamba. Habibah terkedu.

“Memang sedap! Rasa nak bertambah juga ni,” sahut Uncle Sulaiman.

“Habislah diet orang tua ni,” omelan Auntie Mariah disambut dengan hilai tawa. Mereka menyambung makan malam sambil berbual ringan. 

Datuk Mansor walaupun tidak banyak bersuara namun dia nampak berselera dengan hidangan makan malamnya, lauk asam pedas ikan merah itu berkali-kali ditambahkan di pinggannya, makan pula dengan tangan, bertambah-tambah seleranya. Di dalam hatinya memuji-muji masakan Habibah. Cuma keegoan menhalangnya  untuk mengakui di hadapan semua orang. Sesekali Habibah mencuri-curi pandang ke arah bapa mertuanya yang duduk di sebelah kiri meja makan. 

Farrah juga tidak kurang peramahnya, sesekali dia berbual dengan Habibah, kebanyakkan berkisar pasar Rayyan, “Bibah tau tak? Rayyan kata dulu kat Universiti tu dia ada seorang adik angkat yang rapat gila dengan dia, tapi lepas adik angkat dia tu menamatkan penggajian, dia menghilangkan diri macam tu saja, Bibah kenal tak siapa tu?” Soalan cepu mas Farrah hampir membuatkan Habibah tercekik. Habibah benar-benar berasa tidak selesa. Di mana Qassif Daniel ni?

“Meriahnya! What is the occasion?”

Semua mata terpaku ke arah Qassif Daniel, kesenyapan menyelubungi, bukan kerana Qassif Daniel berpakaian atau berkelakuan pelik, lelaki itu tetap tampan, segak, bergaya dan normal, cuma kerana di sampingnya berdiri seorang wanita cantik dan sungguh anggun dan semua mereka maklum siapakah pemilik tubuh tinggi lampai itu, Sophia Ezara Tan Sri Adnan Hisham.

 [BERSAMBUNG]

10 comments:

  1. Thank u 4 the n3! Tapi rasa mcm pendek sgt la. Kenapa la pulak Rayyan muncul saat2 genting mcm ni? Rasa kesian kat Bibah, mesti dia rasa x selesa & serba salah. Daniel tu bawak siapa pulak ye....cepat2 la sambung ye!

    ReplyDelete
  2. sambung lh cepat tak sabor nak baca ni

    ReplyDelete
  3. eemmm..best ceta ni..iya..smbnglh cpt plzzzzz....

    ReplyDelete
  4. thanks for chapter 9...tapi frust bila baca ending dia mcm ni & kena tunggu for next entry....ni bermakna saya kena sabar for next entry kalau boleh cepat sikit...don't make me open yr blog every 1hr tau....

    ReplyDelete
  5. Aduhaii... sakit hati pulak sa nie tiba2.. jangan la bah time happy buat org sedih... geram sa ni amoiii... apa pun tahnia juga ramai peminatmu sudah kan... heheheehe :)

    ReplyDelete
  6. PLEZZZ... cepat la update. buat sy tertunggu2 la next entry..
    citemmg best. hari2 sy tgk blog tau..

    ReplyDelete