Terima kasih kerana sokongan yang berterusan untuk Bibah, seolah-olah Bibah itu benar-benar wujud dalam hidup saya.
Sebagai menghargai kesetiaan kamu semua, dan juga sebagai menghilangkan kerinduan kepada Bibah yang hampir setahun menghilang, saya persembahkan ini... sebagai teaser.
Semoga terubat kerinduan kamu ya.
********
Helaian kertas dirungkai satu persatu, dipisah-pisahkan, lalu disusun dengan cermat di atas meja itu.
Borang yang diberikan oleh Qassif Daniel tiga minggu lepas telah pun lengkap diisi, tiada ruang kosong yang ditinggalkan. Pada awalnya, jari jemarinya agak menggeletar apabila memegang pen, sangkanya mungkin sebab lama tidak menulis, sebab itulah jarinya menggeletar, tapi lama kelamaan dia akur, jiwanya hancur berderai setiap kali huruf di lakarkan di helaian-helaian kertas itu.
Aku tidak punya pilihan.
Air mata yang mengalir tidak terhitung jumlahnya, diseka cepat-cepat agar tidak menitik pada helaian kertas-kertas itu, kertas-kertas itu adalah amat penting untuk Qassif Daniel, demi kebahagiaan lelaki yang telah mengisi ruang hatinya itu, dia rela.
Arghh Qassif Daniel, beginikah jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah kita, benarkah tiada ruang lagi di hatimu untuk menerima aku, untuk menerima anak kita?
Air mata diseka lagi.
Hati Habibah terlalu sakit, terlalu menderita perasaannya. Perasaan yang terlalu banyak berurusan dengan hati tetapi tidak pernah mengetahui isi hatinya, bagaimana hendak meluahkan isi hati sekiranya orang yang sepatutnya mengetahui isi hati itu tidak mahu mengetahuinya? Tidak mahu ambil pusing langsung tentang gelodak jiwanya?
Harapan ampuh yang pernah tersandar pada lelaki itu akhirnya rapuh jua. Hati Habibah terlalu segan untuk memasang harapan itu kembali, kerana dia tahu siapa statusnya di sisi Qassif Daniel, perkahwinan mereka yang diletakkan pada syarat-syarat di atas kertas, akad yang semakin menjauh dari harapan yang terpatri di hati Habibah saat mereka diijab kabulkan.
Keindahan itu memang hanya sementara, yang tinggal hanya kenangan dan harapan. Habibah sudah tidak mampu kerana hati Qassif Daniel begitu tegas, sudah muktamad.
Habibah meletakkan tangannya di dada, esaknya menjadi, dia tahu, dia perlu menyusuri setiap suara hatinya sendiri, meskipun harapan masih mampu disulam namun Habibah jua akur, harapan tidak pernah menjanjikan impian yang diharapkan. Biarlah, apa yang penting ialah untuk aku terus melangkah demi mencari harapan baru, hati kecil Habibah berbisik perlahan.
Perut diusap lembut, kasihan sungguh anak mama, belum lahir lagi sudah terpaksa menerima ketiadaan papa nya, bahkan mungkin kehadirannya tidak diharapkan langsung oleh Qassif Daniel.
Sehelai demi sehelai kertas itu kemudiannya disusun tertib, dan dimasukkan dengan cermat ke dalam sampul surat bewarna coklat itu. Esok, office boyQassif Daniel akan datang mengambil dokumen penting itu.
Habibah segera bangun selepas meletakkan sampul berwarna coklat itu di sudut meja. Langkahnya mati tiba-tiba, Habibah memegang perutnya, agak tegang dan sedikit ngilu.
Allah, sakitnya!
Habibah cuba untuk melangkah semula, namun rasa ngilu semakin menyucuk, Habibah panik, dengan perlahan dia meletakkan duduknya di sudut sofa. Nafas ditarik perlahan dan dilepaskan dengan perlahan juga, tangannya masih memegang perut.
Rasa sakit semakin degil, tidak ingin melepaskannya. Anakku sayang, mama akan usahakan sesuatu ya, sabar sayang, air mata mula merembes keluar menghujani pipi mulusnya. Biarlah apa sekalipun musibah jatuh ke atas dirinya, Habibah tidak kisah, tapi anak ini, anak ini tidak bersalah, anak ini harus diselamatkan.
Dalam kepayahan, Habibah akhirnya mencapai telefon bimbitnya. Dia mencari nama Maya dan segera menekap telefon bimbit ke telinga, deringan lagu berkumandang namun akhirnya ke peti simpanan suara, Habibah mengeluh hampa.
Habibah mencari nama Farrah, lagu berkumandang namun terus ke peti simpanan suara. Habibah meletakkan tangan di dada, menahan sendu, di dalam kesakitan yang semakin ngilu, bayang-bayang Qassif Daniel menjelma lagi, memandangnya rakus dengan air muka yang sangat serius, tiada senyum.
Habibah mengesat hidung dan air mata, dia tiada pilihan lain, sempat memanjatkan doa di dalam hati agar orang terakhir yang bakal dihubungi akan menjawab panggilannya.
Terketar-ketar jarinya, namun diteruskan juga menekan pada skrin telefon bimbitnya.
“Abang… Bibah rasa sakit…” dan air mata terus turun mencurah, lebat dan tidak terbendung lagi.
“HELLO, Puan Habibah?”
“Ya saya, siapa ni?”
“Saya Khalid Puan, Encik Daniel kata ada dokumen untuk dia, saya nak datang collectni.”
Pedih mula menggigit tangkai hati, bibir diketap perlahan, air mata begitu murah mahu menerjunkan diri. Kelopak mata Habibah saling bertemu.
“Hello, hello Puan?”
“Oh ya… ya ada, dokumen ada di sini.” Habibah kembali tersedar.
“Saya naik ke atas ke macam mana ni Puan?”
“Erm.. Encik Khalid berada di mana sekarang?” Habibah masih melantunkan suara santunnya, bukan salah Khalid pun, dia sekadar menjalankan tugas.
“Ada kat depan kondo tempat tinggal Puan ni.”
Kelopak mata Habibah bertemu lama. Dia dapat membayangkan Khalid berdiri di bawah sinar matahari yang terik di petang-petang ini. Hatinya sempat melabuhkan simpati.
“Khalid…”
“Ya Puan.”
“Saya tidak ada di rumah sekarang, tapi bolehkah Khalid datang ke satu tempat?”
“Boleh Puan!” Bersungguh sangat Khalid, penting sungguh dokumen itu nampaknya.
“Saya ada kat Hospital Damai Indah, nampai nanti call, saya akan bagitahu nombor bilik.”
Lama kemudian baru Khalid menjawab.
“Ba…baiklah Puan!”
SAMPUL surat berwarna coklat beralih tangan, Habibah tidak larat untuk turun ke bawah lobi untuk menyerahkan sampul itu, dia terlalu lemah, lemahnya bukan sahaja pada fizikalnya tetapi juga pada hatinya, rapuh jiwanya semasa mengisi borang itu namun dia tahu, kehadirannya tidak memberikan sebarang makna di dalam hidup lelaki yang bernama Qassif Daniel itu.
“Puan…” seruan perlahan Khalid perlahan-lahan menyusup masuk ruang pendengarannya yang melamun jauh.
“Puan okey?” tanya Khalid. Pertama kali bertemu dengan Habibah namun dia sudah dapat membaca air muka wanita yang berwajah pucat itu. Rusuh sungguh jiwanya, kusut sungguh minda wanita itu.
Habibah mengangguk perlahan, air mata ditahan di tebing mata dan berdoa agar bentengnya tidak patah di hadapan Khalid, walau siapa pun Khalid, dia tidak mahu lelaki itu mengesyaki yang bukan-bukan. Senyuman lembut segera dikuntum, sedikit menghilangkan gusar di hati Khalid.
“Saya minta diri dulu Puan.”
Habibah mengangguk lagi.
“Err…” tangan Habibah sudah terangkat, Khalid yang baru hendak memulas tombol pintu segera menoleh, wajah wanita itu dipandangnya, entah kenapa, segaris simpati bermukim di hati Khalid, apakah yang disembunyikan oleh wanita itu sebenarnya? Apa hubungan Habibah dengan Qassif Daniel, majikannya?
“Ada apa Puan?” Sopan sahaja Khalid bersuara.
Habibah tersenyum pahit. Bibir pucatnya tetap lincah melontarkan senyum meskipun hatinya bagaikan dicarik-carik.
“Encik Khalid, dokumen di dalam sampul itu sangat penting buat Encik Qassif Daniel, saya berharap Encik Khalid akan menjaganya dan menyampaikan terus ke tangan Encik Daniel ya,” Habibah bersuara lirih.
“InsyaAllah Puan.”
Daun pintu telah lama ditutup, bayang-bayang Khalid juga telah pergi bersamanya, yang tinggal hanya Habibah dengan rintihan hatinya, perut diusap perlahan, mama hanya hanya kamu dan Allah, sayang. Bertahanlah demi mama dan Allah, mama sayang kamu.
Ya Allah…
Aku ingin sangat menjadi hamba-Mu kuat, yang Engkau percayai…
Aku mohon kekuatan itu Ya Allah…
Aku ingin kuat di dalam nama-Mu, hanya untuk Engkau.
Amin.
Empangan akhirnya pecah, air mata berlinang laju, namun dibiarkan sahaja.
Bersambung....********
Salam kak...
ReplyDeleteSy reader dr indonesia. Sy suka sgt dg cerita isteri kontrak akak. Terimakasih post teaser, terobat rindu dkt Bibah.
Nanti post teaser lagi ya kak hehehe
Hi Fika,
DeleteWah jauhnya Bibah hingga ke Indonesia, tunggu sedikit masa lagi ya :)
Tq..tq..tq...suka sgt sy..terubat rindu kat bibah..semoga bibah terus tabah...tak sabar nk dakap isteri kontrak..
ReplyDeleteMenarik
ReplyDeleteHuhu..best dah lama sis x update citer bibah...baby sis mesti dah besar..
ReplyDeleteHuhu..best dah lama sis x update citer bibah...baby sis mesti dah besar..
ReplyDeletebest sangat sis...nak teaser lagi...
ReplyDeleteBila publish novel ni???
Wahhhh....superb
ReplyDeleteWahhhh....superb
ReplyDeleteMemang menangis setiap kali baca kisah Habibah ni... memang bestlah.
ReplyDeleteRinduku terubat kat bibah.. Smg cepat2 laa terbit.. X sabar sgt2 kak
ReplyDeleteRinduku terubat kat bibah.. Smg cepat2 laa terbit.. X sabar sgt2 kak
ReplyDeletesalam ,kalau dah nak terbit novel jangan lupa bagi tahu ya.
ReplyDeletenama FB Saya Zakirah Kirah.