Sunday, April 17, 2016

bila komuter tergendala...

Selepas mengharungi perjalanan yang agak lama di dalam komuter pagi tadi, saya akhirnya sampai ke pejabat dengan nafas lega. Komuter pagi tadi stranded agak lama di antara Stesen Angkasapuri dan KL Sentral, disebabkan masalah teknikal di Stesen Kuala Lumpur, perjalanan Komuter dari semua arah tergendala, sudahlah saya kena berdiri dari Stesen Shah Alam, sampai Stesen Petaling ramai pula orang, bila semua memasuki ruangan train, memang berdiri kejunglah di dalam.

Pinggang pun sakit, tidak boleh bergerak, hanya senyuman menjadi penawar kepada diri sendiri, beberapa orang passenger sudah mengamuk, ada yang sampai menelefon Customer Service, tidak boleh salahkan mereka juga, ada yang mengejar mesyuarat, ada yang mengejar temujanji, ada yang susah hati kerana mempunyai Bos yang tidak memahami masalah alam sekitar... hehehehe...

Begitulah lumrahnya kami yang mengharapkan pengangkutan awam ke tempat kerja ni, mungkin KTM Komuter ni OK lagi sikit, kalau yang naik bas, meredah sesaknya jalan raya.... aiseh boleh pitam.

Apa pun, memandangkan hari ini hari Isnin, mood agak berbeza dengan hari Jumaat. Kan?Kan?Kannn?? Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan, sebab kita perlu juga bekerja untuk menampung keperluan hidup semasa.

Saya pernah juga berangan ingin menjadi surirumah sepenuh masa, oleh itu saya mengambil cuti dan cuba tinggal di rumah menjaga anak-anak, memasak, membasuh dan melakukan segala rutin seorang suri, tapi akhirnya saya merasakan, buat masa ini memang saya belum bersedia lagi, saya perlukan hubungan dengan dunia luar, bukan sekadar di alam maya, tetapi berjumpa dengan wajah-wajah asing di luar sana hehehe.....

Bukan saya tidak mahu, cuma belum tiba masanya lagi :)

Kepada ibu-ibu yang bekerjaya, bersyukurlah, sekurang-kurangnya kita ada tempat untuk melarikan stress kita, cuba bayangkan ibu-ibu yang menjadi surirumahtangga, mereka tidak punya banyak pilihan, salute them all!! Tapi.... sebagai wanita-wanita hebat (Fuh! marilah kita perasan sekejap, lama pun tidak mengapa bah... wanita memang hebat pun!) marilah kiat saling menyokong di antara satu sama lain, tidak kira latar belakang dan status kita, kita boleh membuat perubahan sekiranya kita berusaha tekun dengan idea-idea kita...

#apaakumerepekni

Walau apapun, tanpa wanita siapalah dunia....

Happy working readers!

No comments:

Post a Comment