... sambungan
Sebelum novel Isteri Kontrak diputuskan samaada layak atau tidak berbaris di rak kedai buku, elok rasanya kita lihat kembali mutu dan kualiti cerita Isteri Kontrak.
Berbalik kepada penghayatan penulisan saya, seperti yang saya katakan di dalam posting semalam, pada awalnya memang menulis dari hati, namun pada saat-saat akhir, saya kelam kabut sekadar untuk menulis perkataan TAMAT di muka surat terakhir, malahan, belum habis menulis, mukasurat TAMAT itu telah pun ada ... hahaha
Kegagalan IK untuk menambat penerbit awal yang saya pilih sememangnya membuatkan hati saya tidak puas hati, tapi saya ni OK saja, tidaklah sampai kecewa menonggeng, masih boleh bersabar dan muhasabah diri, mencari kekurangan diri, namun manuskrip yang siap saya tidak jeling sedikitpun, biarlah saya perap.
Namun kesempatan yang saya ada kini saya gunakan untuk merombak mana-mana bab yang ditegur, dan menyusun semula plot yang berterabur, memang ambil masa juga sebab saya kekeringan idea, dan saya tidak ingin kelam kabut, semasa proses pengeditan ini saya mahu yang terbaik, seperti nawaitu saya awal-awal dahulu.
... dan saya mahukan setiap ada kelapangan, saya juga mahu mencoret rasa di blog ini, ini dunia saya yang lain, ini dunia virtual saya, dan saya sepatutnya bebas menulis di rumah yang telah susah payah saya reka ini, saya mahukan blog ini menjadi platform di antara saya dan kalian di luar sana, untuk menegur saya, memberitahu saya, memperbaiki saya dan berjalan bersama-sama saya, saya rela bermula dari bawah, memang saya tidak pergi ke mana-mana pun, tetap di bawah, sebab itu IK terperap lama hahaha...
Saya harapkan kepuasan yang penuh kali ini, selama ini saya takut untuk menulis di blog itu, sebab tidak mahu dituduh yang suka memberi janji kosong, buatkan pembaca ternanti-nanti... dan saya tahu tidak ramai viewers blog ini, dalam seratus lebih saja sehari, mungkin inilah pembaca-pembaca setia yang menantikan khabar Bibah dan Daniel... terima kasih pada kalian.
Saya berjanji pada diri saya, saya akan tulis menulis, meskipun sehelai dua saya akan tetap menulis, saya menemui terapi saya setiap kali saya menaip bait ayat, meskipun hanya di dalam blog ini, saya rasa lega sebab saya berjaya menulis sesuatu :)
Saya harap, satu hari nanti... penulisan saya akan memberikan manfaat kepada diri saya, anak-anak dan keluarga besar saya, saya mahukan bidang penulisan menjadi pendorong saya... dan kerana itu, saya perlukan kalian semua untuk terus menyokong saya.
...bersambung lagi di post akan datang...
Jangan pernah putus asa..teruskan menulis..sy suka..sy suka...hehehe
ReplyDeleteJangan pernah putus asa..teruskan menulis..sy suka..sy suka...hehehe
ReplyDeleteHi Amie... terima kasih muahhh!! Teruskan penulisan Amie jugak ya... sama2 kita merancakkan dunia penulisan di Malaysia hehee
Delete