Friday, May 23, 2014

Isteri Kontrak :: Bab 38 (Terakhir di blog ini)

Sedih ek? Bab tearakhir dalam blog kan?
Janganlah sedih... kita teruskan kehidupan bersama okey :D
Kita teruskan impian bersama, kita lari bersama dan kita gapai cita-cita bersama okey?
hahahaa...

hari ni mental block. Jadi kekurangan kesiuman itu adalah normal... peace be with you people, happy reading!

___________________________________________




“ABANG tak boleh paksa Bibah Zu, kita memang tak boleh nak paksa dia.”
“Abang cuba tak sungguh-sungguh?”
Datuk Mansor melepaskan nafas berat dan memalingkan wajahnya supaya tidak menatap terus wajah isterinya, wajah yang penuh pengharapan dan kecewa.
“Abang?” Datin Zubaidah mencapai tangan suaminya.
“Zu…” kedua bahu Datin Zubaidah dipegang lembut, “Bagi Habibah masa untuk mempertimbangkan segalanya, segalanya macam kejutan bagi dia, dia…” Datuk Mansor menghentikan kata-katanya.
“Kenapa bang?” Datin Zubaidah tidak putus-putus mendesak.Datuk Mansor seakan merahsiakan sesuatu darinya.
“Tak ada apa-apalah.”
“Abang rahsiakan benda kan?”
“Mana ada!”
“Abang…”
Datin Zubaidah tahu bila mana suaminya berbohong, mereka berkahwin lebih dari empat puluh tahun, masakan perangai suami sendiri tidak dapat dijangka. Datuk Mansor tahu dia tidak ada kebijaksanaan untuk merahsiakan sesuatu dari isterinya.
“Bibah sibuk.” Ujar Datuk Mansor akhirnya.
“Sibuk?”
“Ya, sibuk.”
“Dia sibuk buat apa? Dia mana ada kerja bang, lagipun dia kan mengandung.” Datin Zubaidah tidak berpuas hati.
Datuk Mansor terdiam lagi.
“Bagitahu saya bang!”
Datuk Mansor memandang isterinya sekilas, lama kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.
“Bibah, dia… dia baru buka syarikat!”
Mulut Datin Zubaidah terlopong.
“Dia buka syarikat?”
Datuk Mansor mengangguk.
“Bibah bukan sekadar mencuba Datuk, Bibah nak buat sesuatu untuk hidup Bibah dan juga anak di dalam kandungan Bibah, Bibah nak baby ni tak susah macam mana Bibah membesar dulu.”
Sayunya suara Habibah masih lagi terngiang-ngiang di telinga Datuk Mansor, selepas dia mengatakan Habibah sebenarnya tidak perlu bersusah payah mendirikan syarikat sendiri, Habibah menantunya dan masih boleh diserap masuk ke dalam syarikat gergasi milik keluarga Datuk Mansor.
“Bibah punya impian sendiri, walaupun ini bukan cita-cita Bibah semasa menuntut di universiti, tapi selepas melalui liku-liku sekarang, Bibah rasa Bibah lebih bersedia dan ini juga adalah timbul kerana minat, bagilah Bibah peluang untuk menentukan hala tuju hidup kami anak beranak.”
Hati Datuk Mansor pada masa tersebut memang tersentuh dan rasa bersalah, namun pada masa yang sama, dia merasa bangga dan kagum dengan semangat yang ada pada wanita yang bertubuh kecil itu, tidak padan dengan tubuhnya, dia sangat berjiwa besar.
“Bibah buka syarikat apa bang?”
Datuk Mansor tersentak. Lamunannya terhenti.
“Bibah buka syarikat yang menjahit dan mengedarkan pakaian kanak-kanak, abang dah pergi tengok pejabat dia, masa tu masih nak masuk barang, abang kagum dengan dia sebenarnya.”
Datin Zubaidah sekali lagi melopong mulutnya.
“Wah hebatnya menantu kita kan bang? Tak sangka pula Bibah ada idea sebegitu. Orang lain sibuk menjual barangan kecantikan, jual baju yang diborong, tapi dia lagi bijak, dia buat baju.” Datin Zubaidah memang terkejut, tapi pada masa yang sama, dia turut bangga dengan keberanian Habibah.
Datuk Mansor mengangguk mengiyakan kata-kata isterinya.
“Boleh kita lawat pejabat dia tak nanti?”
Datuk Mansor tersenyum sambil mengangguk.
“Bibah kata bila-bila masa boleh datang, cuma abang rasa Daniel masih tak tahu.”
Datin Zubaidah merengus.
“Tak payahlah bagitahu budak bertuah tu, biarkan dia, lagipun dia banyak benda lain nak fikir kan?” Datin Zubaidah memang merajuk habis dengan anak lelakinya yang satu itu.
“Zu, tak payahlah emosi sangat, Daniel tetap anak Zu, anak kita, kita kena bagi dia sokongan, kalau kita asyik abaikan dia, gila budak tu esok!”
Datin Zubaidah terdiam. Bukan dia sengaja untuk membiarkan Qassif Daniel, dia tahu anak manjanya itu perlukan dirinya, cuma dia kesal dengan perbuatan anaknya yang suka memandang lewa tentang perkahwinan dan tanggungjawap.
Arghh… aku seorang ibu dan hati aku memang sentiasa ada ruang untuk anak-anak aku, cuma kadangkala mereka gagal menyelami perasaan aku, tapi siapalah aku untuk menghalang kebahagiaan mereka? Datin Zubaidah bermonolog sendirian.
“Nanti bila Zu nak pergi tengok pejabat baru Habibah, kita pergi sama-sama okey?” Ajakan Datuk Mansor akhirnya singgah di cuping telinganya.
Datin Zubaidah memandang lemah ke arah suaminya, tapi hajatnya tidak selemah pandangannya, sudah pasti dia akan pergi melawat Habibah!

SALAM Fiza,
Apa khabar kau disana? Aku baik-baik saja. Anak aku pun makin nakal dan bergerak aktif sekarang ni, kau jadilah doktor sakit puan, lain kali aku nak bersalin aku akan pergi pada kau saja hehehe…
Aku rindu kau, aku harap kau baik-baik saja di sana. Tidak sabar untuk kau balik ke Malaysia.
Bibah
Jari jemari Habibah seakan kaku, hati dan otaknya saling bertelingkah, sama ada untuk bercerita kepada Fiza sahabatnya tentang kemelut hidup dan rumahtangganya atau pun membiarkan sahaja, Tidak! Fiza tidak harus diganggu, dia bakal mengharungi peperiksaan penting tidak lama lagi dan itu juga akan memastikan masa depan dan cita-citanya yang murni itu.
Dia tidak boleh menganggu Fiza dengan masalahnya kerana dia sendiri tidak pasti dengan keadaan Fiza yang asyik mendengar luahan hatinya, kawannya itu memang perahsia dengan masalah sendiri.
Asyik-asyik aku yang mengada, kasihan nanti Fiza! Bisik hatinya dan dia memutuskan untuk tidak meneruskan email itu.

“PAPA pasti ke?”
Tan Sri Adnan Hisham mengangguk. Dia menahan Sophia Ezara supaya tidak keluar dari bilik mesyuarat itu sebaik sahaja mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah selesai tadi. Dia mahukan kepastian dari anaknya sendiri.
“Hubungannya dengan wanita itu nampak agak rapat, dan papa rasa papa pernah nampak wanita itu sebelum ini, tapi tak ingat di mana.”
Sepanjang minggu, Tan Sri Adnan Hisham berusaha keras untuk mengingati di mana di pernah berjumpa dengan wanita yang bersama dengan Datuk Mansor tempoh hari, tapi dia masih gagal untuk mengingatinya.
Takkan itu isteri muda Datuk Mansor kot!
Tapi… ada kemungkinannya!
“Kenapa papa tak tanya terus masa tu? Mana Zara tahu sebab bukan Zara yang jumpa mereka tu.” Sophia Ezara berlagak selamba walaupun hatinya menjeritkan nama Habibah. Dia pasti wanita yang dimaksudkan oleh papanya tidak lain tidak bukan tapi Habibah.
Habibah memang parasit di dalam hidup mereka semua. Mengapa mesti semua terdorong untuk mendekati dan mengenalinya? Hinggakan papanya sendiri perlu berfikir keras untuk mengingatinya?
Mengapa??!!!
“Papa Cuma rasa pelik lah, sebab masa tu Datuk Mansor tergesa-gesa nak pergi dengan wanita tu, mereka naik satu kereta pula tu, tu yang papa lagi pelik,” Tan Sri Adnan Hisham menggeleng-gelengkan kepalanya, seolah-olah perkara itu adalah satu masalah besar baginya.
“Kalau betullah sangkaan papa yang itu second wife atau mistress Datuk Mansor, kasihannya Datin Zubaidah!”
Bukan papa bukan! Hati Sophia Ezara terus menjerit.
Papa tak patut kasihankan Datin Zubaidah, papa patut kasihankan Zara papa, Habibah tu bakal madu Zara. Air mata mula bergenang di pelupuk mata Sophia Ezara. Hidupnya terasa di awang-awangan, nafasnya mula mendesah laju.
“Zara?”
Sophia Ezara sedaya upaya menyembunyikan wajah dan berpura-pura menaip sesuatu di komputer ribanya, dia berpura-pura memekakkan telinga dan berlakon sibuk, dia tidak ingin Tan Sri Adnan Hisham tahu apa yang tengah berkecamuk di dalam otaknya, dia tidak mahu papanya menghidu sesuatu yang tidak betul menjelang perkahwinannya dengan Qassif Daniel.
Aku tetap tidak akan lepaskan Qassif Daniel.
“Zara?” Namanya diseru lagi.
“Apa dia papa? Zara sibuklah ni,” ujar Zara tanpa memandang ke arah Tan Sri Adnan Hisham.
“Zara okey?” Arghh… papanya memang pintar mengesan ketidak selesaannya.
“Zara okey, cuma papa ni bising sangat,” tukas Sophia Ezara.
Tan Sri Adnan Hisham menarik senyum, dia kenal benar tabiat anak tunggalnya yang sangat komited pada pekerjaannya, dia memang serius bila bekerja, dan itulah dia anak yang dididiknya, anak yang dibanggakannya.
“Papa tengok sejak akhir-akhir ni Zara macam tertekan sikit, kenapa?”
Sophia Ezara menghentikan aktiviti jari jemarinya dari terus menaip. Perlukah aku berterus terang dengan papa? Kalau bukan papa, siapa pagi? Mama?
Tidak!
Dia mendapat jawapan serta merta dari hatinya. Orang tuanya jenis yang yang tidak ingin dia tertekan, andainya mereka tahu punca tekanannya adalah dari Qassif Daniel, perkahwinan mereka pasti akan dibatalkan, dan Sophia Ezara tidak mahu perkara itu berlaku, tidak buat masa ini.
Aku takkan kalah dengan anak yatim yang tidak sedar diri itu. Tidak sama sekali!
“Zara?”
Sophia Ezara menolak rambutnya ke belakang dan berpaling ke arah Tan Sri Adnan Hisham yang duduk membatu di kepala meja, tempat seorang pengerusi syarikat duduk. Kerusi yang menjadi idaman ramai orang tapi tiada siapa yang layak duduk di sana melainkan papanya, dan dia tahu taktha kerusi itu akan jatuh kepadanya satu hari nanti.
“Zara okey papa, betul.” Sophia Ezara melemparkan senyuman manis dengan penuh keyakinan dan harapan papanya akan menghentikan soalan mengenai dirinya.
“Zara tak okey sayang.” Tan Sri Adnan Hisham kemudian ketawa kecil.
“Zara okey, mungkin sebab semakin dekat hari nikah itu yang buat Zara menggelabah.” Sophia Ezara turut ketawa kecil, mengambil hati papanya.
“Semua persiapan okey kan?”
“So far so good papa.”
“Tell me if you need help, papa faham Daniel pun mungkin sibuk.”
“Yes he is papa. He is in Jakarta now.”
Tan Sri Adnan Hisham mengulum senyum sekali lagi. Bakal menantunya itu bukan calang-calang orangnya, besannya juga tokoh korporat yang setanding dengannya. Anak-anak mereka memang layak untuk disatukan, sama cantik sama padan, sama-sama bijak pandai, sama-sama berkaliber dan sama-sama bakal mewarisi legasi yang mencecah nilai billion.
“Lepas kahwin ni kamu nak bulan madu kat mana?”
Sophia Ezara berfikir sejenak.
“Kami tak bincang lagi pun hal itu.”
“Kenapa?”
“Err… sebab Daniel kata dia terikat dengan komitmen syarikat, mungkin ambil masa juga kalau nak pegi bulan madu.” Sophia Ezara terpaksa berbohong.
Qassif Daniel sebenarnya tidak ada hati langsung dengan perkahwinan ini papa, dia termakan dengan janji dia sendiri dan Zara tahu dia terpaksa mengahwini Zara sebab dia tidak mahu dilabel sebagai lelaki dayus dan lupa pada janji sendiri.
Sophia Ezara sebenarnya makan hati mengenangkan betapa dia seorang diri yang mengatur segala persiapan, Qassif Daniel langsung tidak ingin mengambil tahu. Dia hanya sibuk dengan kerjanya dan sering mengelak dari bertemu dengannya. Mungkin juga kekasihnya itu sudah jatuh hati pada Habibah! Bukan mungkin tapi itu memang satu kepastian.
“Ada apa-apa masalah dengan Daniel?” Suara Tan Sri Adnan Hisham yang tiba-tiba mengendur menyesakkan nafas Sophia Ezara.
“Tak ada.”
“Betul?”
“Erm..” Kepala Sophia Ezara sengaja dianggukkan.
“Haih…” keluh Tan Sri Adnan Hisham sambil bangun menegakkan badannya.
“Kenapa pa?”
“Nothing, banyak sangat benda pelik papa tengok!” Tan Sri Adnan Hisham meluruskan kedua tangannya ke depan, kalau di hadapan orang lain, dia masih menjaga statusnya, tapi dengan anak sendiri, dia terasa bebas untuk melakukannya.
“Papa jangan fikir banyak.”
“Nak buat macam mana, kalau perkara tu melibatkan Zara, papa kena fikirkan juga.”
Sophia Ezara turut bangun dan menyilang tangannya di lengan Tan Sri Adnan Hisham, semata-mata untuk mengambil hati orang tua itu.
“Betul papa, Zara okey, Daniel okey, tapi Zara janji, kalau ada apa-apa masalah nanti, papa orang pertama Zara cari.” Sophia Ezara tersenyum manis. Nampaknya kali ini Tan Sri Adnan Hisham mengalah dengan senyuman itu.
“Okey girl! Papa nak keluar dulu, ada mesyuarat lain pula lepas ni.”
Sophia Ezara melepaskan lengan papa kesayangannya. Tan Sri Adnan Hisham mengenyitkan mata sebelum berlalu ke arah pintu.
Papa… papa. Betullah kata orang, seorang ayah adalah satu-satunya lelaki di dunia ini yang tidak akan menyakiti hati seorang wanita yang menjadi anaknya. Sophia Ezara terharu dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh orang tuanya. Dia kembali membawa diri ke tempat duduknya dan merenung skrin komputer ribanya.
Jarinya sekali lagi dilarikan ke atas papan kekunci, mindanya terlalu berat untuk memikirkan semua perkara. Dia ingin membebaskan dirinya dari segala belenggu yang menyendat mindanya buat masa ini. Dia ingin bebas. Apakah cara yang terbaik tanpa merasakan kehilangan Qassif Daniel?
Hati Sophia Ezara mula menular bertanya apakah kepentingan lelaki itu di dalam hidupnya. Sedangkan selama ini dia begitu selesa dan tidak pernah terasa terancam seperti ini, dia mempercayai lelaki itu sepenuhnya dan tidak pernah gentar walau tidak bersua muka berminggu lamanya.
Tapi kini, jiwanya hanya melaungkan nama Qassif Daniel, dia tidak betah duduk walau sesaat pun pada saat dia mendapat tahu Qassif Daniel enggan melepaskan isteri pertama yang dinikahinya tanpa sebarang perasaan pada awalnya.
Habibah!
Apa sangat yang menarik pada perempuan itu jika dibandingkan dengan dirinya, puas dia berfikir namun dia hanya menemui kehampaan. Dia tidak punya jawapan untuk itu. Untuk bertanya kepada Qassif Daniel juga adalah jauh panggang dari api, tidak sama sekali, dia tidak bersedia untuk mendengar segala perbandingan di antara mereka.
Jadi biarlah terus begini.

----------------------------

Biarlah terus begini..... bolehkah?


36 comments:

  1. VEL BILA NAK KELUAR NOVEL NI ...BAGITAHU YEE......

    ReplyDelete
  2. Mcm nie sy yang nagis hahahhah.... novel nie nk di buku kan ke.....

    ReplyDelete
  3. kak Vel.. kalau novel dh kluar... maklumkn lh kepada semua k.. x sabar menunggu!!

    ReplyDelete
  4. Oh my! Oh my! .........i booking novel u satu tauuu.................

    ReplyDelete
  5. Alaaaa.....dah habis kat blog. Harap2nya janganlah lama sangat yer Vel. Tak sabar nie.....

    ReplyDelete
  6. nanti lepas ni rindulah dengan habibah.

    ReplyDelete
  7. janganlah begini..... teruskan hingga bab 40 than we wait for the novel OK please ....:-) :-) cos nanti merindui bibah n termimpi2 pula

    ReplyDelete
  8. nnti klu novel dah kluar bgtau ye..... miss Bbah la .... hehehe x sabar nk bace noovel pulak....

    ReplyDelete
  9. oh my! vel....novel ni kalau dah dikeluarkan bagi tahu ye...miss bibah kalau mcm ni;(

    ReplyDelete
  10. Last sudah.... Jgn lupa inform ye bl dh diterbitkan.... Xsabar nk tau ni... Teruskan berkarya Vel.... Blh teruskan karya yg kedua kn... Kn.

    ReplyDelete
  11. hopefuly,bila dah publish beritahu pd kami k......x sabarrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  12. Alaaaa nk lg la...smpi bab 40...pastu bole dh publish...tp jgn lama sngt la nanti rindu pulak dgn bibah...plzzzzz

    ReplyDelete
  13. Hi Vel...tahniah ya...semoga novel ni cepat2 dibukukan...mau beli!!! hehehe...
    how to contact you dear? (email)

    ReplyDelete
  14. x sabar nak baca bab seterusnya..
    x sabar nak tau ending di macam mana..
    moga2 happy ending.. :)

    ReplyDelete
  15. x sabar nak baca bab seterusnya..
    x sabar nak tau ending di macam mana..
    moga2 happy ending.. :)

    ReplyDelete
  16. hope ada perkembangan ngan watak fiza..

    ReplyDelete
  17. Salam hujung minggu, takde teaser ke? Rindulah pada Bibah

    ReplyDelete
  18. Next chapter pleased...
    Best sgt
    Xepon cepat cepat la keluarkan novel yer
    Hehehehe

    ReplyDelete
  19. Ni Ending yang Betul2x Ending ke ni?

    ReplyDelete
  20. maaf yer ble sy tau bila novel nie akan keluar letih dah tggu nie .... ble nagis la

    ReplyDelete
  21. Sy pengikut novel nie dah lama.... Dr mula2 di tulis setiap minggu mengendap ada bab baru.... Plss bila nk keluar novel plsss ������

    ReplyDelete
  22. Update la new entry sis..
    Haru nak tau apa kisah lepas Bibah bersalin..
    Dah publish ke??

    ReplyDelete
  23. Saya teringin nak beli novel ini pleaseeee........

    ReplyDelete
  24. Saya teringin nak beli novel ini pleaseeee........

    ReplyDelete
  25. Bila novel berada di pasaran. Sudah lama tunggu. Tak sabar hendak memilikinya.

    ReplyDelete
  26. novel ni dah keluar ke? dah lama kot sy tunggu..

    ReplyDelete