Friday, May 9, 2014

Isteri Kontrak :: Bab 36

Bab 36.
And still counting the days to finish up the whole manuscript.
Stay still people.
_____________________




WANITA itu memang berani!
Qassif Daniel benar-benar tidak menyangka Sophia Ezara tergamak menipu orang tuanya untuk memutuskan tarikh pernikahan mereka. Nampaknya niat untuk melengah-lengahkan perkara itu tidak menjadi kenyataan, kerana Sophia Ezara telah bertindak drastik dengan melibatkan kedua orang tua di kedua belah pihak.
Kau memang melampau Zara!
“Kamu akan bernikah dua bulan lagi Daniel, kalau kamu perlukan apa-apa, bagitahu daddy.” Lembut dan bersahaja suara Datuk Mansor memberi khabar itu ketika mereka menghadap makan malam bersama.
Nyaris tersembur nasi yang dikunyah oleh Qassif Daniel.
Datin Zubaidah hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Namun Qassif Daniel tahu hati ibunya pasti bergelodak, fikirannya mesti tidak menentu.
“Siapa yang putuskan?”
“Bakal mertua kamu.”
“Kenapa tak bincang dulu dengan Daniel?”
Datuk Mansor mengangkat wajah, kunyahannya terhenti.
“Nak bincang apa lagi?”
“Pasal perkahwinan ni.”
“Bukankah Daniel juga yang nak kahwin?”
Qassif Daniel terdiam, dia mengerling ke arah Datin Zubaidah yang tampak tenang menyuap makanan. Ibunya seperti tidak mempedulikan apa yang sedang mereka bincangkan.
“Kenapa Daniel tak bincang dulu dengan mommydan daddy? Kenapa pula Zara yang kena uruskan semua?”
“Hah?” Qassif Daniel memang terperanjat. Aku tak suruh pun Zara berjumpa dengan orang tua aku! Dadanya berdebar tiba-tiba, darahnya menyirap serta merta.
“Kenapa? Takkan Daniel tak tahu, sedangkan Daniel yang suruh Zara uruskan segalanya,” dengan lagak selamba sambil menyudu ayam masak lemak cili ke pinggannya, Datuk Mansor tidak peduli dengan reaksi Qassif Daniel.
Qassif Daniel meletakkan sudu dan garpu ke pinggan, tangannya segera menongkat dahi, dia cuba mengurut kepalanya yang tidak sakit.
“Bi… bila daddy jumpa Zara?”
“Tengahari tadi, dengan parents dia sekali.”
Qassif Daniel tersedak. Pantas dia meneguk air.
“Dua bulan lagi?”
Datuk Mansor sekadar menganggukan kepalanya.
“Tak cepat sangat ke?”
Datuk Mansor merenung wajah Qassif Daniel dalam-dalam, Qassif Daniel mula berasa tidak serba salah dan tidak selesa.
“Mi… minta maaf.”
Qassif Daniel kembali tunduk menghadap hidangannya. Namun seleranya telah mati.
“Tak nak makan?”
Qassif Daniel mencari wajah Datin Zubaidah, meraih simpati. Namun wajah itu juga dingin dan tidak mesra seperti selalu.
Mommy I need you…
Nampak sangat Datin Zubaidah ingin mengelak dari bertembung dengan Qassif Daniel. Usai makan malam, ibu kesayangannya terus menghilang di kamar tidur. Qassif Daniel tidak mempunyai pilihan lain selain melangkah masuk ke kamarnya sendiri.
Bingung!
Qassif Daniel mencapai telefon bimbitnya, nombor Habibah dicari namun mindanya tertutup. Telefon bimbit dicampak ke katil.
Berat sangat kah berkahwin dengan Sophia Ezara?
Arghh… Qassif Daniel menghempas diri ke tilam empuknya.

“KENAPA buat Daniel macam tu?”
Datin Zubaidah diam. Tangannya leka membelek-belek majalah Keluarga walaupun dia tidak terasa untuk membaca intipatinya.
“Zu kena bagi dia sokongan, nanti naik gila budak tu.”
Hanya keluhan yang kedengaran dari bibir isterinya.
“Zu amat sayangkan Daniel bang.”
“Habis tu?”
“Zu nak Daniel sendiri buat keputusan untuk dirinya.”
“Tak ke Zu rasa dia perlukan sokongan kita?”
“Kita dah buat yang terbaik untuk sedarkan dia?”
“Sedarkan apa Zu?”
Datin Zubaidah terdiam sekali lagi. Hatinya memang berbelah bahagi, tapi dia tidak mempunyai kudrat yang cukup untuk membuat segalanya menurut apa yang dia mahukan.
“Zu sebenarnya kasihankan Habibah bang, apa perasaaan Habibah agaknya?”
Datuk Mansor menghela nafas panjang. Perasaan Habibah? Entahlah…
“Perkahwinan mereka walaupun hanya satu perancangan, tapi Zu dapat rasakan yang Habibah benar-benar suka dan sayangkan Daniel, tapi dia tak tahu macam mana nak mengawal keadaan dan menghalang kehendak Daniel, sebab itu dia rela dimadukan.”
“Habibah tak patut terima Daniel dulu,” keluh Datuk Mansor, Habibah memang tidak patut berkahwin dengan Qassif Daniel dengan begitu sahaja tanpa menyiasat latar belakang bakal suaminya.
“Zu tak rasa Bibah salah,” Datin Zubaidah seakan-akan membela.
Datuk Mansor mengeluh panjang.
“Bibah memang tak salah, budak tu terlalu naif!”
Datin Zubaidah mendongakkan kepala memandang suaminya, sungguh dia tidak menyangka atat sedemikian akan lahir dari bibir suaminya.
“Bibah memang naif bang.” Datin Zubaidah mengakui.
“Kita tak pernah tahu apa perasaan budak tu.”
“Dia mesti menderita kan bang?”
Datuk Mansor termangu akhirnya. Suasana menjadi sunyi sepi secara tiba-tiba, Datuk Mansor melayan perasaan serba salahnya, wajah Habibah yang takut-takut, pemalu dan mudah menggelabah menari-nari di ruang matanya. Datin Zubaidah memang faham benar akan perangai suaminya, melalui air mukanya sahaja, dia tahu suaminya pasti memikirkan sesuatu yan gagak berat, dan tidak lama lagi, idea-idea pelik mesti akan muncul dari suaminya.
“Zu…”
Datin Zubaidah belum habis berfikir namun dia mendengar namanya jelas disebut oleh Datuk Mansor walaupun perlahan.
“Zu rasa melampau tak kalau kita ajak Habibah tinggal dengan kita? Dia kan sarat mengandung? Itukan cucu kita juga?”
Datin Zubaidah terpempam. Kan betul? Bila berfikir panjang saja minda Datuk Mansor pasti akan melahirkan idea-idea pelik. Namun baginya kali ini ideanya itu tidaklah pelik malahan bersesuaian, cuma… mahukah Habibah? Okey kah anak mereka Qassif Daniel?
“Err… betul ke bang?” Majalah sudah pun terlepas dari tangan Datin Zubaidah.
Datuk Mansor memandang tepat ke arah isterinya dengan senyum menguntum yang penuh makna.
“Sekurang-kurang kita boleh legakan perasaan dia,”ujar Datuk Mansor yang seterusnya membuatkan Datin Zubaidah terkedu.
“Lega saya bang.”
“Cuma…”
“Cuma apa lagi bang?”
“Zu kena cakap dengan Bibah tentang perkara ni.”
Datin Zubaidah berfikir sejenak.
“Kenapa tidak kita jumpa dia bersama?”
Giliran Datuk Mansor berperang dengan perasaannya. Entah kenapa, hatinya belum cukup kuat untuk berhadapan dengan menantu perempuannya itu.
“Janganlah bimbang bang, semuanya akan baik.” Datin Zubaidah yang seakan mengerti dengan percaturan hatinya sudah berdiri disampingnya sambil mengurut lembut kedua bahunya. Datuk Mansor memejamkan matanya tenang sambil menikmati urutan isterinya.

KELIBAT itu seperti pernah dilihatnya.
Datuk Mansor menpercepatkan langkahnya, dia memotong beberapa orang dihadapannya untuk mengejar kelibat orang yang baru melewatinya sebentar tadi. Hatinya sedikit berdebar dan dia tahu dia tidak silap pandang.
Sesusuk tubuh yang sarat mengandung mencuri perhatiannya, selepas menyerahkan fail yang dipegang kepada pemandunya, dia bergegas menuruti jejak wanita itu. Tidak susah, meskipun nampak cergas, namun wanita itu tidak berjalan laju, langkahnya masih berhati-hati.
Datuk Mansor ingin melaungkan nama wanita itu namun ada sesuatu yang membantutkan niatnya. Dia menarik nafas kembali dan menelan udara yang masuk ke mulutnya. Langkah diperlahankan, nampaknya wanita itu sudah biasa dengan persekitaran di situ, dia nampak tidak kekok dan tekun mengatur langkahnya.
Wanita itu kemudiannya membelok ke kanan dan menaiki anak tangga, Datuk Mansor menghentikan langkahnya, kepalanya menjengah ke deretan anak tangga, nampak baru seperti baru diubah suai.
Apa budak ni buat di sini?
Niat ingin tahu di hati Datuk Mansor membatalkan niatnya untuk memanggil nama wanita itu. Dia benar-benar berasa pelik.
“Datuk!”
Datuk Mansor menoleh ke belakang, Pak Jamal yang agak termengah-mengah mengejarnya sudah tercegat di belakangnya.
“Datuk cari apa?”
Pak Jamal turut dengan perilaku majikannya. Datuk Mansor selalunya nampak tenang dan tidak bertindak melulu. Tapi sebentar tadi ketika selesai dengan mesyuaratnya, Datuk Mansor seperti tergesa-gesa menyerahkan fail dokumen kepadanya dan berlalu pergi begitu sahaja.
Memang pelik!
“Tak… itu…”
Pak Jamal memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Datuk Mansor. Tiada apa yang menarik atau pelik, cuma anak-anak tangga yang menuju ke atas.
“Pejabat cawangan baru Datuk ke?”
Datuk Mansor sekadar menggeleng.
“Habis tu?”
Datuk Mansor memandang pemandunya dengan perasaan yang berbelah bahagi.
“Habibah…”
Sepatah perkataan yang cukup membuatkan wajah Pak Jamal berubah.
Datuk Mansor memang tidak pernah bercerita tentang Habibah kepadanya. Pak Jamal tahu kemelut yang melanda keluarga itu tapi Datuk Mansor tidak pernah bercerita kepadanya secara terbuka.
Tapi kenapa tiba-tiba Datuk Mansor nampak berminat dengan wanita itu?
“Kenapa dengan Habibah Datuk?”
“Dia naik ke atas sana.”
Pak Jamal memanjangkan lehernya menjengah ke ruangan yang ditunjuk, bayang Habibah tetap tidak kelihatan. Pak Jamal mula berasa serba salah.
“Err… Datuk nak saya pergi lihat ke?”
“Oh tak apa, tak apa!” Datuk Mansor menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Habis tu? Datuk nak saya buat apa?”
Datuk Mansor menepuk-nepuk bahu Pak Jamal.
“Pak Jamal tunggu dalam kereta, bila saya dah siap nanti saya datang.”
“Datuk nak ke mana?”
“Saya nak naik ke atas.”
“Datuk?”
“Jangan risau, saya okey.”
Secalit senyuman dari majikannya masih tidak berupaya menghilangkan tanda tanya di kepalanya. Entah mengapa dia hanya menurut sambil menganggukan kepalanya.
Datuk Mansor mengatur langkah menaiki anak-anak tangga yang membawanya ke tingkat satu. Matanya melilau melalui pintu kaca, beberapa orang lelaki sibuk memasang kabinet dan mengukur di sudut bilik. Datuk Mansor menolak pintu kaca, tidak berkunci, tanpa di undang dia melangkah masuk.
Matanya mula merayap di setiap kawasan yang agak luas dan selesa itu. Nampak seperti pejabat baru. Beberapa pekerja lelaki yang berpakaian agak selekeh melintasinya sambil mengangguk hormat, Datuk Mansor membalas dengan anggukan juga.
Semua orang sibuk membuat pekerjaan mereka dan tidak menghiraukan dia.
Pintu kaca ditolak oleh seseorang dan dengan pantas Datuk Mansor menoleh, sekali lagi dia terperanjat.
“Uncle?!”
“Rayyan?”
Farrah turut sama terperanjat. Rayyan bagaikan tidak percaya, di hadapannya berdiri seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun memainkan wataknya di dalam kemelut rumahtangga anaknya sendiri. Lelaki yang seakan tidak kisah bahkan tidak berminat dan tidak ingin mengambil tahu tentang apa yang telah terjadi pada menantunya. Oppss! Pernahkah hati Datuk Mansor terdetik untuk menganggap Habibah sebagai menantunya?
“Apa uncle buat kat sini?”
Ya betul, apa yang membawa Datuk Mansor ke tempat itu?
“Dah sampai?” Satu suara yang tiba-tiba kedengaran dari arah belakang Datuk Mansor.
Datuk Mansor terdiam seketika. Empunya suara mengerutkan dahi kehairanan. Siapa pula yang datang melawat pejabatnya yang belum siap, segak siap memakai kot, sehinggalah Datuk Mansor menghadapnya secara perlahan-lahan.
Habibah memegang perutnya, tangan kanan segera mencubit lengan kiri. Ouchh! Sakitnya. Memang aku tidak bermimpi.
“Da… Datuk?”
[Bersambung...]


______________________

Novel ni hampir siap! Hampir siap!
Hope for the best yo!
Happy Friday and have a quality time with your loved ones on this weekend.

xoxo

31 comments:

  1. Thks vel walaupun pendek je but still better than nothing....hope u can finish this novel ASAP... last but not least ...all the best to u

    ReplyDelete
  2. Daniel tlg la sedar la.bibah perlukan ko

    ReplyDelete
  3. rasa tak puas membaca...... tak sabar menunggu next Friday :-) :-) bibah 3x termimpi2x

    ReplyDelete
  4. Makin menarik.. Xsbr tggu n3 br... Teruskan Vel... Good luck...

    ReplyDelete
  5. Smg cepatla novel ni dcetak.. X sabar nk beli

    ReplyDelete
  6. akak.... napa pendek.... :(
    tapi... best sangaaaat,,,
    tengah suspen ni, tunggu kelanjutan kisah habibah...
    huhuhu....

    ReplyDelete
  7. sis......best tapi xsbr next story

    ReplyDelete
  8. Ahhhhhh sukanya......suka sngt....syg kamu vel...muah...muah...muah...

    ReplyDelete
  9. eiii siyes best gempak la.....x saba nk tggu ending.....melampau plak rase zara tu... TQ sis hope dapat update lagi....

    ReplyDelete
  10. klu novel ni dipasarkan.. sy akn mbelinya...

    ReplyDelete
  11. Nk tggu ape yg terjadi dgn Datuk Mansor n Bibah..... Tak Sabarnye.... :)

    ReplyDelete
  12. hello sista... visisted you!! All the best ya!

    ReplyDelete