Family comes first!
Thank you ann48lyn.
Memang itulah jawapan yang pasti! Kesian Charm Charm and Daddynya si Melvin tu terabai nanti kan? hehe... jangan bimbang bah, ada rezeki untuk novel ini disiapkan, cuma perlu kesabaran dari pembaca sekalian. Tapi di ruangan komen tu nanti, saya terpaksa strictkan kembali, so anonymous, sila daftarkan diri anda untuk mengomen okey? Alaaa senang saja tu....
Kita teruskan dengan bab 35 hari ini, so guys are you all ready?
Peace be with you all.
__________________________________________
“Laparlah!”
Semua mata memandang tepat ke arah Habibah yang menggosok-gosok perutnya. Rayyan mengerling jam di tangan, baru pukul sebelas setengah pagi, Rayyan menggeleng-gelengkan kepalanya. Habibah yang kelucuan dengan gelagat Rayyan turut tersenyum manja.
“Bibah kan berdua,” ujarnya membela diri walaupun tiada sesiapa yang mempersoalkan kelaparannya.
“Bibah boleh tahan lagi ke?” Farrah sedikit prihatin.
“Boleh…” Angguk Habibah sambil menelan air liur.
“Ada berapa orang lagi?” Soal Maya.
Rayyan memerhati kertas di tangannya.
“Kalau ikut senarai ni, kita ada tiga orang lagi yang perlu kena interview.”
“Hah? Tiga orang?” Habibah menjegilkan matanya.
Farrah ketawa kelucuan.
“Kenapa?” Soal Rayyan lagi.
Habibah hanya tersipu-sipu malu.
Temuduga pada hari tersebut telah disusun atur oleh agensi pekerjaan yang dipilih oleh Rayyan. Sekali lagi Rayyan menabur baktinya, kalau Rayyan itu adalah abang kandungnya, Habibah teringin sangat melompat ke arahnya dan mencium pipinya bertalu-talu, tapi apakan daya, tapi Habibah masih melakukannya pada Farrah sampai Farrah naik rimas kerana asyik dipeluk dan dicium oleh Habibah.
“Nah, makan ini dulu buat alas perut.”
Habibah segera menyambut Cadbury yang dihulur oleh Maya, tanpa mengucapkan terima kasih, pembungkus coklat dibuka dan coklat disumbat ke mulutnya, rasa coklat yang mula mencair di dalam mulutnya dihayati sepenuhnya.
“Ermm…. Sedapnya….” Coklat disumbat lagi dan Habibah mengunyah perlahan menikmati setiap titisan coklat yang cair di dalam mulutnya.
Farrah dan Maya hanya memerhati lagak Habibah dengan perasaan simpati berbaur lucu. Mereka bersarapan awal pada pukul lapan pagi tadi, selepas itu seorang demi seorang calon yang hadir ditemuduga dan nampaknya Habibah sangat bersungguh-sungguh di dalam menemuduga mereka, meskipun baru pertama kali melakukannya, namun Habibah berjaya menunjukkan sifat kepemimpinan di dalam dirinya, yang menerbitkan rasa kagum pada Rayyan, Farrah dan Maya. Nampaknya Habibah memang bersungguh-sungguh di dalam merealisasikan impiannya.
“Sudah?” Soal Rayyan.
Habibah mengangguk sambil mengesat lelehan coklat di tepi mulut.
“Comot!” Maya menghulurkan tisu dan Habibah menyambutnya sambil tersengih.
“Boleh kita teruskan?” Rayyan meminta izin.
Habibah menganggukkan kepalanya sambil tersengih, sedikit serba salah kerana rungutan kelaparannya menganggu kelancaran temudga yang sedang berlangsung, namun dia tahu, mereka semua faham. Mungkin dia perlu belanja mereka makan tengah hari yang sedap pada hari itu sebagai tanda penghargaan.
“Okey, tolong panggil calon seterusnya…”
“Nanti!”
“Apa lagi Bibah?”
“Err… lunch nanti nak makan apa?”
“Bibah…” Rayyan sengaja mengeraskan suaranya.
“Err… tak apa kan kalau kita rancang awal-awal?”
Farrah dan Maya menekan perut menahan tawa mereka dari berderai, mereka faham akan perangai Rayyan, memang serius bila bekerja.
“Err… boss belania okey? Boss belanja…” Habibah mengecilkan matanya dan memperlahankan suaranya, nampak sungguh comel bila dia berperangai keanak-anakan.
“Tak payah berangan nak keluar, abang dah order room service delivery,” ujar Rayyan dengan muka serius.
“Lagipun kita cuma ada masa sejam setengah untuk lunchdan solat,” sambung Rayyan lagi.
“Menu apa bang?” Soal Habibah perlahan.
“Yang penting bukan ikan kembung goreng cicah kicap!” Jawab Rayyan disambut dengan hilai tawa Farrah dan Maya.
Habibah menarik muka.
Rayyan pura-pura tidak melihatnya, Rayyan menekan interkom dan meminta agen untuk memanggil calon yang seterusnya.
Habibah mengerling pada jam tangannya, entah mengapa, perutnya masih meragam minta diisi, dia menggigit bibir, cuba membayangkan makanan yang bakal tiba, perutnya semakin ngilu.
Pukul berapa nak makan ni?
Seorang wanita yang berumur lingkungan awal empat puluhan melangkah masuk, wajahnya agak cengkung dan matanya agak ke dalam, entah kenapa, hati Habibah terusik melihatnya, simpatinya lahir tanpa diundang.
“Nama Puan?”
“Nama saya Kamsiah, Kamsiah Harun.”
Rayyan meneliti fail di hadapannya, Habibah pun melakukannya perkara yang sama, Farrah juga dan Maya turut menumpukan perhatiannya.
Serta merta perut Habibah berhenti meragam, seolah-olah faham yang Habibah ada tanggungjawab yang harus dilunaskan.
“AKHIRNYA kita akan menjadi besan,” luah Tan Sri Adnan Hisham dengan senyum yang melebar. Puan Sri Zainon turut melemparkan senyum bahagia.
Sophia Ezara yang duduk di sebelah ibunya turut tersenyum bangga, masa yang dinanti-nantikan akhirnya akan menjelang jua, dia tersenyum puas.
Qassif Daniel tidak kelihatan di mana-mana, awal-awal lagi dia telah menyibukkan diri dengan mesyuarat di pejabatnya, dia memang tidak ada hati untuk terlibat dengan perbincangan yang telah diatur oleh Sophia Ezara.
Datuk Mansor melepaskan keluhan berat, tidak sampai hati untuk menidakkan permintaan anak lelaki tunggalnya untuk berjumpa dengan keluarga Sophia Ezara. Datin Zubaidah yan gsejak dari tadi banyak tersenyum nipis dan mengangguk setuju di dalam semua perkara, gembirakah dia?
Jelas terbayang di ruang matanya, wajah polos insan yang pasti terluka, bahkan telah pun terluka dengan perkahwinan Qassif Daniel kali ini.
Habibah.
Kewujudan wanita itu di dalam hidup Qassif Daniel tidak diketahui oleh Tan Sri Adnan Hisham dan isterinya Puan Sri Zainon. Perkahwinan itu memang bukan sengaja dirahsiakan dari mereka, tetapi perkahwinan itu juga bukan untuk diwarwarkan kepada umum.
Dibawah meja yang mempertemukan lima pasang mata itu, Datuk Mansor mengenggam erat tangan isteri kesayangannya, dia tahu isterinya tengah berduka, dia tahu hati isterinya berbelah bahagi, namun pada masa yang sama tidak ingin mengecewakan hati anak lelakinya, perasaan keibuannya tidak sampai hati untuk merosakkan impian anak lelaki, Qassif Daniel.
Air mata Datin Zubaidah hampir sahaja menitis, makanan yang dihidangkan dari tadi hanya sedikit yang dijamahnya, tekaknya menolak hampir semua yang cuba dimasukkan.
Habibah kini mengandung tujuh bulan, perkahwinan Qassif Daniel dan Sophia Ezara akan berlangsung dua bulan sahaja lagi, mengapa anaknya itu sanggup memilih tarikh yang hampir sama dengan kelahiran anaknya? Hati Datin Zubaidah benar-benar merusuh.
Bagaimana nanti keadaannya dengan Habibah?
“Budak-budak ni tak nak menyusahkan kita, ada baiknya,” tawa Tan Sri Adnan Hisham terus berderai.
“Semuanya mereka dah buat, diam-diam saja kan?” Puan Sri Zainon mengerling ke arah anak kesayangannya, Sophia Ezara tertunduk malu.
“Biasalah budak-budak sekarang, semuanya suka senyap-senyap,” Datuk Mansor mencelah namun mempunyai maksud yang sangat mendalam.
“Kalau Zara dan Daniel perlukan apa-apa lagi, nanti bagitahu Auntie okey?” Ujar Datin Zubaidah.
Sophia Ezara sekadar mengangguk sambil tersenyum manis. Sophia Ezara memang cantik menawan, mata galak miliknya boleh membuatkan lelaki tidak tahan untuk bertentang mata dengannya, itu Datin Zubaidah tidak pernah nafikan. Malah mungkin lebih cantik jika dibandingkan dengan Habibah, tapi entah mengapa, hati Datin Zubaidah kini lebih melekat pada wanita yang tertib dan penuh sopan itu, mungkin kerana dirinya juga berasal dari orang susah dan mempunyai didikan yang sama seperti Habibah.
Datin Zubaidah mengeluh lagi.
“Ada apa-apa ke Datin?” Rupa-rupanya keluhan Datin Zubaidah menggamit perhatian Puan Sri Zainon.
Datin Zubaidah mengukir senyum menghilangkan rusuh di hati.
“Tidak ada apa-apa, cuma kita tak terasa ke dua bulan persiapan nanti akan jadi kelam kabut?”
“Auntie jangan risau,” Sophia Ezara mempamerkan senyuman manisnya, “Kami dah uruskan banyak hal, tapi itulah…”
“Kenapa sayang?” Puan Sri Zainon menggengam jemari anak tunggal kesayangannya.
“Daniel sibuk sangat, sampai sekarang tak pilih tarikh, tempat nak langsungkan majlis.”
Tan Sri Adnan Hisham hanya tersenyum dengan rungutan anaknya itu.
“Daniel kan sibuk, Zara kenalah faham.”
“Daniel memang sibuk papa.”
“Zara tak boleh nak fikir diri Zara saja, Zara kena fikirkan hal Daniel juga, kalau dah kahwin lagi lain keadaannya, tak sama macam sekarang ni,” panjang dan lebar nasihat Tan Sri Adnan Hisham. Sophia Ezara mengukir senyuman bahagia.
“Pasal tempat Zara jangan risau, uncle akan usahakan,” Datuk Mansor mencelah dan serta merta melebarkan senyuman di bibir Sophia Ezara.
Perbincangan di antara dua keluarga yang bakal bersatu lagi dua bulan iti terus berlanjutan, Sophia Ezara menarik nafas kelegaan, dia akhirnya meminta orang tuanya masuk campur agar tarikh perkahwinan mereka dipercepatkan, dia ingin berkahwin dengan Qassif Daniel sebelum Habibah bersalin, dia tidak ingin Qassif Daniel akan berpaling lagi dan mungkin akan berubah fikiran apabila lelaki itu menyambut kelahiran anaknya kelak.
HABIBAH…. Kau siapa nak lawan aku? Kau mungkin boleh pikat hati Daniel dengan kesopanan kau tapi Daniel itu memang milik aku yang hakiki. Kau tetap kalah Habibah.
Tapi pernah kah Habibah bersaing dengannya, bukankah wanita itu selalu mengalah dan tidak berbuat apa-apa?
Arghh… ada aku kisah? Aku mahukan Qassief Daniel sepenuhnya menjadi milik aku.
Tapi hati lelaki itu bukan pada kau Zara…
Hahaha… aku tidak peduli yang itu!
Kau mahukan kebahagiaan atau kau sekadar ingin memiliki?
Aku mahu kedua-duanya.
Kau jangan tamak Zara.
Aku tidak tamak, perempuan itu sepatutnya tidak patut wujud dalam hidup kami berdua.
Tapi dia memang wujud sekarang.
Aku akan hapuskan dia, lenyapkan dia dari hidup Qassif Daniel.
Tapi dia tetap akan ‘hidup’ di dalam jiwa Qassif Daniel.
Aku akan ‘matikan’ ingatan Qassif Daniel.
Kau tak akan mampu Zara.
Aku mampu dalam segala hal, aku akan bereskan semuanya, aku tidak peduli apa yang akan terjadi asalkan Daniel kembali menjadi milik aku!
“SEDAP?”
“Sedap sangat!”
“Makan sampai kenyang, lepas ni Bibah rehat dan solat dulu, kita sambung semula jam 2.30 petang okey?”
Habibah mengangguk.
Habibah mencarik ayam panggangnya dengan berhati-hati, walaupun lapar namun dia sentiasa menjaga tertib ketika di hadapan rezeki. Rayyan memutuskan untuk menikmati hidangan Kenny Rogers sebagai santapan tengahari mereka memandangkan hanya itu yang memudahkan kerana mereka terpaksa makan tengahari di pejabat agensi pekerjaan itu.
Sebenarnya Rayyan simpati dengan keadaan Habibah yang sarat membawa perut, namun begitu bersemangat untuk meneruskan sesi temuduga pada hari itu. Habibah mahukan produk pertama syarikatnya keluar sebelum bayinya dilahirkan. Amat mustahil bagi Rayyan, tapi bagi Habibah, tiada yang mustahil, dua bulan adalah satu jangkasama yang tidak mustahil sama sekali.
Dua bulan.
“Abang.”
“Erm…” Rayyan menggatah ayam panggangnya dengan penuh berselera sekali.
“Terima kasih bang kerana sanggup bercuti semata-mata kerana syarikat ini.”
“Tak apa, abang kan di bayar,”Rayyan pura-pura tidak melihat ke arah Habibah.
“Iyalah Bibah, kita tolong bukan free tau!” Farrah menyampuk.
“I memang kerja dengan madam ni, tapi kalau ada elaun khas siapa nak menolak kan?” Maya turut serta pula.
Habibah tersengih.
“Jangan risau, walaupun kita tak bincang lagi pasal consultation fees, Bibah akan bayar juga,” Hbaibah tersengih.
“Banyak Bibah kena bayar abang tau, abang uruskan kontraktor, uruskan agensi pekerjaan, office Bibah tu lagi kena monitor, kena fikirkan baby dalam perut Bibah lagi, order lunch lagi!” Rayyan mengomel seorang diri.
Makin lebar sengihan Habibah.
Habibah sudah tidak ingin mengambil hati dengan segala apa yang diperkatakan oleh ketiga orang yang bersamanya sekarang. Tanpa mereka, Habibah mungkin tidak berada di sana, tanpa mereka Habibah mungkin sedang menangis di penjuru bilik air, tanpa mereka Habibah tengah bermuram di bilik tidurnya, tanpa mereka Habibah mungkin hilang arahnya., tanpa mereka mata Habibah mungkin makin bengkak dan sembap.
“Arghh…” Habibah menjerit kecil.
“Kenapa? Baby okey ke?” Maya mulai panik.
Habibah kembali tersengih.
“Tak, cuma Bibah rasa Bibah sangat sayangkan kamu semua!”
Ingin sahaja Farrah membalingkan tulang ayam ke arah Habibah yang memeranjatkan mereka. Melihat wajah Farrah yang merenungnya tajam, Habibah mencarik ayamnya sedikit dan menyuapnya ke mulut Farrah, Farrah mengambil kesempatan dengan menggigit hujung jari telunjuk Habibah, Habibah terjerit sekali lagi dengan dahi yang berkerut, Farrah tersenyum mengejek.
“Apa rancangan Bibah selepas ni?” Rayyan tiba-tiba menjadi serius.
“Maksud abang?”
Rayyan memandangnya sekilas.
“Erm… pasaran pakaian kanak-kanak berjenama Habibah.”
Habibah tertawa kecil.
“Mana ada jenama Habibah bang, bagilah jenama voguesikit.”
“Vogue?” Maya mencelah.
“Erm you kan personal shopper cum my personal assistant, you cari nama brand yang vogue sikit boleh?” Habibah menggigit tulang ayamnya yang masih berbaki.
“Betul?”
Habibah mengangguk.
“Okey, I akan sediakan beberapa nama, nanti you pilih, would that be okay madam?”
Habibah tersenyum senang.
“Bibah nak pasarkan kat hypermarket je ke nanti?”
“Any better ideas?”
“Kenapa tak plan buka butik sendiri?”
Habibah terdiam seketika, tulang ayam ditangannya terus digigit lembut.
“Nak ayam lagi ke?” Rayyan mempelawa bahagiannya, Habibah menggeleng sambil tersenyum.
“Butik sendiri, macam bagus juga kan?”
“Kalau ada bajet, bagus kalau ada butik sendiri sebenarnya,” Farrah turut menyokong pendapat Maya.
“Tapi Bibah tak boleh buat semua secara serentak, kena buat satu-satu dulu,” Rayyan pula berasa kurang senang dengan cadangan untuk membuka butik. Pada Rayyan, hajat Habibah untuk membuka syarikat menjahit dan mengedar pakaian kanak-kanak pun sudah cukup besar dan memerlukan komitmen yang tinggi.
“Kitaplan sajalah dulu,” usul Farrah.
“Siapa nak tolong Bibah nanti?” Soal Maya pula.
Baru mereka semua tersentak, Rayyan dan Farrah bukanlah pekerja tetap di syarikat itu, mereka masih mempunyai karier masing-masing dan terpaksa mengambil cuti sekiranya Habibah memerlukan khidmat mereka seperti pada hari ini, untuk menemuduga dan mengenalpasti pekerja-pekerja yang akan menyertai syarikat itu kelak.
“Kita fikirkan kemudian okey?” Rayyan mula mengemas bekas makanannya. “Kita selesaikan hal temuduga dulu.” Rayyan tersenyum untuk menyenangkan hati semua wanita di hadapannya.
Habibah melepaskan nafas panjang, begini rupanya menjadi usahawan, banyak perkara mustahil dan tidak mustahil akan muncul pada bila-bila masa. Banyak benda yang perlu diputuskan dengan berhati-hati dan tidak semua yang dirancang akan berjalan mengikut apa yang dirancang. Tapi buat masa ini, Habibah bersyukur, belum ada aral yang betul-betul menghalang perjalanan pembentukan syarikatnya.
Habibah turut bangun dan menyertai mereka mengemaskan meja, membuang sisa makanan dan dengan langkah yang agak payah, dia melangkah ke bilik air untuk membersihkan tangannya. Bayangan Qassif Daniel tidak mencuri tumpuannya walau sedikit pun pada hari itu, Habibah tahu dia akan biasa juga dengan situasi itu.
[Bersambung]
________________________
Saya rasa berpuluh spelling errors. Tapi mata saya dah juling untuk check satu persatu, sila abaikan dan teruskan feeling anda okey?
xoxo
ohhh my pls vel.... next next next hahahhahah
ReplyDeletesaya rasa teruja giler nak tahu bab seterusnya.
ReplyDeleteWaiting 4 next entry...
ReplyDeleteterharu bila dpt respon..... thks vel hope bersantailah diweekend ini w/ familyb
ReplyDelete:) thank you ann!
DeleteVel bila la si daniel tu nak insaf....kesian bibah
ReplyDeleteBetul tu...hai takde jati dirila si daniel nie..., u kacak bergaya n kaya tp tak bertanggungjawab....go bibah go...terharu ada sahabat bertiga yg begitu setia...kadang2 nak je biar ujian yg berat menimpa pd Zara, baru tau langit tu tinggi..haha emo sikit vel, sbb senasib dgn bibah...yatim piatu...
ReplyDeleteMenanti entry dgn penuh kesabaran...
ReplyDeleteAsalamualaikum kak,,
ReplyDeleteSalam kenal, Saya Firda dari Batam - Indonesia...
Novel akak, Best sangat,,
Tak sabar nak tau kisah selanjutnya,,,
Good Luck kak.... :)
Hi Firda, salam kenal dari kakak.
DeleteTerima kasih kerana walaupun jauh tapi turut meminati novel ini. Saya terharu.
minta2 le daniel x jdi kahwin dgn zara keesian bibah....
ReplyDeleteMmg muka xmalu sggh si zara tu...nampak sgt terdesak... Teruskan berkarya Vel... Tak sabar menunggu cetakan ni...
ReplyDeleteThank you Nor, tengah berusaha siapkan manuskrip!
DeleteSaya x sabar nak tggu sambungan..
ReplyDeletexsabar mau tunggu next episod.. best sgt.. habibah mmg seorang yang tabah.. :)
ReplyDeleteSabar menunggu k Wana :)
Deletexsabar mau tunggu next episod.. best sgt.. habibah mmg seorang yang tabah.. :)
ReplyDeletecan't wait for next episode..hehehhee
ReplyDelete