Okey, memandangkan ada kesempatan yang terluang pada masa ini, jom kita main soal jawab pasal novel online Isteri Kontrak ini. Saya mengambil soalan secara rawak dari posting saya yang terdahulu, dan saya jawab sekaligus di sini okey:
Soalan-soalan lazim:
1) Entri pendek sangat, kenapa tidak panjangkan?
Hehehe... setiap kali entri mesti ada hal ini dibangkitkan, jawapan saya, bersabarlah... kalau dipanjangkan nanti umphh dia kurang sebab saya susah untuk membahagikan plot dan kronologi manuskrip ini sebenarnya, kadang-kadang saya sendiri ter-emo semasa menulisnya, psiko pun iya juga, macam-macam hal, apapun saya cuba yang terbaik okey, dari bab 1 hingga 30 as to date, kira dah panjang lah bah tu kan? err... tidak?
2) Adalah novel ini akan dihabiskan di blog ini sahaja?
Perancangan awal memang macam tu, tapi apabila menerima sambutan yang agak menggalakkan, timbul rasa untuk melihat ia diterbitkan oleh penerbit yang bertauliah, siapa yang tidak ingin menggunakan bakat yang ada untuk dipersembahkan kepada umum kan? (Banyaklah bakat cess...)
3) Sekiranya dibukukan, bagaimana pula para pembaca yang bermastautin di luar negara?
Sekiranya ada rezeki untuk diterbitkan, urusan pembelian dari pembaca-pembaca di luar Malaysia akan saya cuba uruskan kemudian, jangan bimbang, UPS, DHL kan ada =D
4) Perancangan untuk penjilidan?
Memang dalam perancangan, tapi buat masa ini saya amat kesuntukan masa untuk menulis, saya mempunyai kerja tetap (harap-harap lepas ni boleh jadi SAHM hehe..) dan masa untuk berkarya adalah sangat terhad. Saya bukan komplen di sini, tapi disebalik niat suci untuk menyiapkan manuskrip ini, saya rasa saya tidak boleh melepaskan tanggungjawab yang lain juga, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, so satu persatu okey? Kita mulakan dengan menghantar Charm Charm ke tuition class di hari sabtu hahaha (and she's just 4YO!)
5) Isi novel menyerupai drama-drama yang pernah diterbitkan.
Isteri Kontrak adalah hakmilik idea saya tanpa cetak rompak dari mana-mana novel atau drama yang telah diterbitkan. Mungkin berlaku pertembungan dan persamaan tapi itu rasanya lumrah seorang 'penulis yang baru merangkak' ni, tapi saya memang tidak melakukan aktiviti mencilok ini, melainkan melalui komen-komen yang kamu berikan, saya selitkan juga mana-mana yang saya rasakan bersesuaian dengan jalan cerita manuskrip ini. Saya cuba mencipta kelainan, namun sekiranya ada persamaan, itu cuma secara kebetulan.
6) Banyak entri lain yang selain daripada novel Isteri Kontrak, tidak kah menganggu?
Dik, menulis ni macam part of my therapy juga, walaupun tidak ada orang membaca posting yang saya syok sendiri, tapi kepuasan selepas saya tekan button "publish" hehe... secara jujurnya, saya rasa ia tidak menganggu sebaliknya bolehlah dijadikan 'bacaan tambahan' sementara menunggu siri seterusnya, kan?
7) Entri masih ada walaupun akak sibuk dengan keluarga dan kerja, terima kasih kak :)
Sama-sama dik, terima kasih kerana faham. Sebagai manusia normal, kita harus bijak mengawal dan membahagikan masa, walaupun sekarang, disebaliknya saya sendiri ketandusan masa. Charm-Charm dah teror pilih menu makan sekarang, jadi tambahan masa perlu ada untuk memperuntukkan masa penyediaan bahan-bahan masakan yang dia minta.
Pokoknya, novel ini masih di peringkat penyusunan plot dan penulisan. Lengkapnya menjadi sebuah novel erm... masih jauh perjalanannya kot. Tetapi secara jujurnya, impian untuk melihat siri ini dijilidkan dan dipamerkan di rak kedai buku adalah sangat tinggi, siapa yang tidak punya impian kan? God willing, saya sendiri mempergunakan setiap ruang yang ada untuk menyiapkan manuskrip ini, sebab saya sendiri tidak sabar dengan pengakhiran cerita ini, buat masa ini, saya belum mempunyai perancangan untuk pengakhirannya, mungkin novel akan datang pula bertajuk Isteri Kontrak Dua atau Bukan Lagi Isteri Kontrak.
Saya rasa sesi soal jawab ini kita akan teruskan okey, silalah kemukakan banyak persoalan dan saya akan cuba menjawab kesemuanya dalam satu entri haha :P
Doakan saya :)
Oh... xsbr nk tggu dibukukan..
ReplyDeleteNnt roger saya ;)
xsabarnya nk tggu novel nih......good luck....:)
ReplyDeletekalau macam tu cepatlah hantar manuskrip ke penerbit supaya
ReplyDeleteboleh dibukukan dan di jual dipasaran. Hari ni tak ada siri yang ke 31 ke?
Hari ni xde n3 baru ye? Kite dok tgu dr pagi... ^_^
ReplyDeleteCepat2 terbitkan.. . Sy sokong 200%...
ReplyDeleteYes...yes...xsabar nak tggu ni...
ReplyDelete