Friday, April 25, 2014

Isteri Kontrak :: Bab 34

Peace be with you all.
Apa khabar? Semoga semua sihat walafiat dan sila makan dengan banyak okey, jadi saya tidak merasa bersalah seorang diri apabila menghadap makanan hahaha....

Eat is good, and food is good.
Don't waste food okey?

Bab 34, saya sajikan untuk semua yang menyayangi Bibah :)
Happy reading!

--------------------------------------------




“JAHANAM!” 

Sophia Ezara menghempaskan beg tangannya ke atas meja di dalam pejabatnya. Kerusi segera ditarik dan dirinya dihumban di kerusi empuk miliknya. Lengannya diletakkan pada pemegang kerusi dan tangannya menongkat dahi. Peluh dingin mula memercik di dahi, rambut panjangnya yang digulung kasar ditolak ke belakang. Sophia Ezara, wanita anggun yang sungguh bergaya, memiliki hampir semua yang dia mahukan di dunia ini, kecuali satu, hati lelaki yang satu ketika dahulu rajin mendampinginya, tetapi kini lelaki itu semakin jauh darinya, biarpun mereka berdekatan, bersentuh kulit sekalipun, namun dia dapat rasakan, hati lelaki itu tidak ada padanya lagi.

Sophia Ezara merenung telefon bimbit di tangan kiri, kenapa aku pernah marah sangat pada Habibah? Dan kenapa wanita itu begitu tenang sekali? Aku tahu hatinya sakit dirobek dengan kata-kata aku tapi kenapa dia masih bertahan dan bertahan dan bertahan… tiadakah segaris cuak di hatinya? Tiadakah tangis rayuannya untuk aku? Kenapa dia terlalu kuat?

“Kami takkan menyesal Zara, jodoh dan maut di tangan Tuhan, you tak ada hak untuk menentukan kemahuan dan perasaan orang lain, you jangan bongkak Zara, dah cukup baik Daniel nak kahwin dengan you, dan dah cukup baik Bibah bagi persetujuannya. Be thankful Zara, dan dengar sini baik-baik kalau you berani ugut Habibah macam ni lagi kami tidak akan teragak-agak heret you ke mahkamah!”

Sophia Ezara menekup mukanya.

Mengapa begitu ramai orang berdiri di belakang Habibah? Mana kawan-kawan aku? Di mana mereka untuk menyokong aku seperti mana yang Habibah ada sekarang ini? Habibah cuma seorang anak yatim piatu yang hidupnya serba serbi kurang, dia tidak ada mak ayah yang membimbing dia, dia membesar di rumah anak yatim yang dikongsi beramai-ramai. Dia tidak mempunyai keluaran terbaru beg Louis Vuitton. Habibah yang tidak pernah kisah dengan pakaian yang dibeli di pasar malam. Habibah yang tidak pernah kisah makan warung di tepi jalan.

Aku?

Aku manusia bertuah yang dilahirkan di dalam keluarga kaya. Aku anak tunggal kesayangan orang tua aku, aku bakal mewarisi harta kekayaan mereka dan aku tidak pernah hidup susah, segala-galanya disiapkan untuk aku bahkan aku tidak perlu memikirkan untuk mencuci pinggan aku selepas makan, aku tidak tahu di mana orang gajiku menyimpan pinggan-pinggan itu sekalipun. Aku tidak mahu ambil tahu, aku yang selalu menjadi tetamu kenamaan apabila pereka fesyen terbaru melancarkan fesyen terbaru mereka, aku akan menjadi tetamu khas di meja khas apabila ada keluaran terbaru beg-beg berjenama. Suasana akan menjadi sunyi senyap setiap kali langkahku melangkah di bangunan milik papa ku. Semua mata akan menunduk dan aku pasti minda mereka tertawan dan cemburu dengan insan seperti aku, dan aku bangga setiap kali dapat menerbitkan kecemburuan di hati mereka. Bertuahnya hidup aku!

Daniel, aku ada segala-galanya, tapi kenapa dia juga yang kau mahu?

Aku cantik, moden, kaya dan berkebolehan.

Habibah sederhana, okeylah dia memang ayu tapi perangai dia kekampungan, miskin dan sering takut-takut.

Aku insan yang dipuja ramai.

Tapi Habibah sering mendapat perhatian ramai apabila dia berbicara dan memandang.

Aku insan yang berani dan berkemampuan.

Habibah budak hingusan lepasan universiti yang belum ada halatuju dalam kariernya.

Aku mampu untuk mengubah sesuatu menurut kemahuan aku.

Tapi Habibah mempunyai segala kekuatan itu. Kekuatan yang kini aku ingin ambil darinya.

Dan aku… aku semakin lemah.

Sophia Ezara akhirnya membiarkan air matanya berjuraian jatuh, hatinya terlalu pedih dan sendat, tiada kelapangan langsung di dalam hati itu. Wajah manis Habibah yang suka tersenyum makin jelas terbayang-bayang di ruang matanya.



“BAIK-BAIK tau, pegang kuat-kuat!”

Habibah memilih untu mendengar arahan, Farrah dan Maya berjanji akan memastikan keselamatannya, mereka terpaksa berbuat demikian kerana mahukan satu kejutan untuk Habibah.

Habibah menaiki anak tangga satu per satu mengikut arahan Maya, serta merta dia teringat Apek awas depan ada longkang, lompat! Apek lompat!, dia terus tersenyum.

“Seronok sangat ke naik tangga dengan mata tertutup ni? Boleh pula senyum seorang diri,” usik Farrah.

Habibah terus ketawa.

Separuh jalan, Habibah sudah tercungap-cungap, mereka berhenti seketika untuk memberi peluang kepada Habibah merebut nafasnya. 

“Dah?” Soal Maya. Habibah mengangguk.

Mereka bertiga memanjat anak tangga yang seterusnya, Habibah berada di tengah-tengah diapit oleh Farrah dan Maya. 

Hari ini merupakan satu lagi hari bersejarah di dalam hidup Habibah, dengan kandungan yang mencecah tujuh bulan, pejabatnya dibuka secara tidak rasmi pada hari itu. Ruang pejabat sekali dengan ruang menjahit dan memotong kain di sewa pada tingkat dua rumah kedai. Walaupun kecil namun Habibah cukup bersyukur.

Habibah tidak dibenarkan sama sekali menjejaki kaki ke pejabatnya selama ia diubah suai kerana keadaan dirinya yang mengandung. Namun, Rayyan, Farrah dan Maya sentiasa menyalurkan perkembangan terkini. Habibah hanya diberikan gambar-gambar semasa proses pengubahsuaian, dan mereka kerap berkunjung ke rumahnya dengan membincangkan perubahan yang perlu, masalah kontraktor dan pemilihan bahan serta material yang digunakan. Habibah menggunakan wang yang diberikan oleh Qassif Daniel untuk membayar segala kos mengubah suai, deposit dan menyewa premis, kos agen yang membantu di dalam proses pendaftaran syarikat, agensi pekerjaan untuk mereka mendapatkan pekerja dan juga kos-kos lain. Duit itu jugalah yang digunakan sebagai modal syarikatnya. 

Are you ready?” Bisikan Farrah membuatkan Habibah berdebar-debar. Dia menarik nafas dalam-dalam, semoga apa yang bakal dilihatnya akan menjadi pemangkin kepada masa depan dia dan bayinya, semoga apa yang dia kerjakan akan memberikan kepuasan dan membuahkan hasil, semoga apa yang dia usahakan akan dipanjangkan rezekinya kepada orang lain juga.

Habibah mengangguk perlahan.

Kain penutup mata dibuka perlahan, Habibah masih lagi menutup matanya. Kelopak matanya dipisahkan perlahan-lahan, di depannya berdiri Rayyan dengan senyuman lebarnya, Habibah menganggukkan kepalanya lembut, Rayyan beralih ke tepi dan Habibah mengorak langkah perlahan, dia memandang keliling, dinding ruang menjahit tekah dipasang dengan kertas dinding bewarna merah muda berona biru, memang agak kelakar tapi memandangkan konspep perniagaan Habibah adalah untuk menjahit dan membekalkan pakaian kanak-kanak, pilihan warna-warna demikian memang bersesuaian, ruang tersebut sangat comel dan sedap mata memandang.

Melangkah masuk ke ruang pejabatnya, Habibah mengorak senyum gembira, persis seorang kanak-kanak mendapat imbuhan gula-gula, langkah kakinya laju dihayun ke segenap ruang pejabatnya, meskipun tidak sebesar mana, namun dia sudah puas hati. 

Habibah melangkah kaki ke ruang pantri pula, dia membayangkan pekerja-pekerjanya sedang menikmati minum pagi dengan setin besar biskut Jacob di atas meja, Habibah tersenyum lagi.

Syarikat yang bakal diterajuinya ini tidaklah sebesar mana, cukup-cukup satu ruang pejabat, ruang pejabat sedikit besar kerana bersambung dengan ruang memotong kain, ruang menjahit dan mensterika, dan satu ruang untuk mengumpulkan pakaian yang siap untuk diedar. Satu ruang kecil untuk pantri dan tandas di hujung sekali.

“Terima kasih abang,”ucap Habibah terharu, tanpa bantuan Rayyan, semua urusan yang berkenaan dengan kontraktor pasti haru biru.

“Ini saja yang abang termampu Bibah,” balas Rayyan sambil tersenyum.

“Farrah, Maya…” Habibah mendekati mereka dan cuba memeluk mereka serentak, namun keadaan perutnya membataskan dia dari mendakap dua orang serentak. Akhirnya mereka ketawa kelucuan.

“So ladies, what's next?”

Ketiga wanita itu menoleh ke arah Rayyan.

“Err Farrah, pergilah peluk suami dulu, katakan pada dia Habibah sangat-sangat berterima kasih pada dia,” usik Habibah dengan senyuman nakalnya.

Dengan selambanya Farrah mendekati suaminya yang asyik memandang mereka, muka Rayyan dihalakan menghadap wajahnya.

“Wahai suamiku yang kacak muda lagi ada mutu keunggulan, sebagai wakil dari pihak Habibah, terimalah ciuman padu dari isterimu yang tercinta ini,” kedua belah pipi Rayyan dicium dan apabila bibirnya berjaya menangkap bibir Rayyan, bibirnya melekap lama.

“Ohhh!” Maya melopong malu dan terus menutup matanya. 

Habibah tersenyum malu, tidak menyangka dengan aksi berani dari Farrah. Rayyan turut terperanjat, habis merah padam mukanya.

“Puas hati?” Farrah berpura-pura serius.

Habibah terus ketawa.

“Belum ke? Erm….” Pandangan Farrah sekali lagi menghala pada suaminya.

“Farrah, no…..” Rayyan menolak-nolak tubuh Farrah, Farrah semakin mendekati suaminya Rayyan mula serba salah. Biar betul bini aku ni?

“Dah… dah… cukup dah!” Akhirnya Habibah berhenti ketawa dan menyelamatkan keadaan, wajah Rayyan yang kaget terus berona semula.

Bunyi ketukan pintu kaca kedengaran, Rayyan terus berlalu meninggalkan ketiga wanita itu dengan tawa lucu mereka yang masih bersisa.

Sebentar kemudian Rayyan muncul semula dengan empat orang lelaki.

“Encik Remy, perkenalkan ini Puan Habibah, pemilik syarikat ini. Maya, pembantu peribadinya dan ini Farrah, si penyibuk yang merangkap isteri saya!”

Farrah melopong mendengar kata-kata Rayyan, Rayyan sekadar tersenyum puas hati dapat membalas dendam kepada isterinya. Habibah turut tersenyum dan di dalam hatinya memuji kemesraan suami isteri itu. Habibah memandang Encik Remy dengan penuh minat, tugas baru bakal menyusul.

Encik Remy merupakan kontraktor yang dilantik untuk mereka kabinet pejabat dan juga perkakasan pejabat yang lain. Selepas semua kabinet dan perkakasan pejabat masuk dan siap dipasang nanti, mereka akan berusaha untuk membawa masuk peralatan menjahit seperti mesin jahit, mesin pemotong kain dan perkakasan menjahit yang lain.

Petang besok pula, mereka bakal berjumpa dengan agensi pekerjaan untuk mendapatkan khidmat tenaga kerja, Habibah turut akan melibatkan diri di dalam proses temuduga dan pemilihan pekerja. Operasi syarikat dijangka akan bermula dalam masa sebulan lagi, Maya turut mengatur temujanji Habibah dengan beberapa pengedar kain dan bahan-bahan menjahit yang lain. Sebelum kelahiran bayinya, Habibah ingin memastikan segalanya telah siap dan syarikatnya beroperasi sepenuhnya, semestinya satu pengalaman yang berharga buat dirinya. Habibah semakin tidak sabar.

Habibah memang tidak sabar.



BETUL, Habibah bersetuju untuk dimadukan.

Kenyataan itu dibuktikan tanpa sebarang aral, tiada halangan langsung malah Habibah sendiri tidak menyatakan syarat-syarat yang pelik. Habibah merelakannya dengan hati terbuka dan semestinya dengan hati yang… kecewa.

Kecewa?

Qassif Daniel meraup wajahnya. Betulkah wanita itu kecewa atau mungkin perasaannya sahaja yang beranggapan begitu. 

“Mana ada wanita yang sanggup bermadu Daniel.”

“Tapi Bibah dah tandatangan borang kebenaran mommy!”

“Daniel paksa dia ke?”

Qassif Daniel menggeleng.

“Habis tu, Daniel ugut?”

Qassif Daniel memberikan Datin Zubaidah satu renungan yang kurang senang.

“Daniel ugut?” Ulang Datin Zubaidah.

“Daniel tak pernah ugut Habibah, Daniel minta dengan cara baik!”

“Cara baik? Bagaimana?”

Daniel terus berpaling dari Datin Zubaidah. Dia terperangkap dengan persoalan dari ibu kandungnya sendiri. Perlukah aku memberitahu mommy yang Sophia Ezara telah pergi berjumpa dengan Habibah dan menyebabkan Habibah dimasukkan ke hospital, dan kemudian aku datang bukan untuk melawat Habibah tetapi sebaliknya memberikan dia borang itu?

“Daniel?”

Daniel menghentikan aktiviti memasukkan kain bajunya ke dalam bagasinya. Malam ini dia akan ke Jakarta atas urusan syarikat. Selain itu, dia juga sebenarnya ingin melarikan diri dari segala kekusutan yang menhurunginya buat masa ini. Dia pasti akan berkahwin dengan Sophia Ezara, itu sudah pasti namun hatinya belum cukup bersedia, belum cukup mampu untuk melafazkan akad sekali lagi.

“Daniel bagi dia sendiri borang itu mommy.”

“Bila?”

“Dua minggu lepas?”

“Daniel jumpa Bibah?”

Qassif Daniel menganggukkan kepala. Sementara itu debaran di dada Datin Zubaidah terus bergetar.

“Daniel… dah tahu?”

Qassif Daniel dapat menggagak soalan itu. Dia mengangguk perlahan tanpa berani memandang wajah ibu kesayangannya.

“Daniel dah tahu yang Bibah mengandung?”

Qassif Daniel mengangguk lagi.

“Daniel tahu tak yang Daniel akan bergelar seorang ayah?”

“Daniel tahu mommy…”

“Daniel tahu dan di dalam keadaan Bibah yang tengah sarat mengusung perut, Daniel sanggup meminta kebenaran dia untuk berkahwin lagi?” Datin Zubaidah menahan sebak di dadanya yang kian berombak, matanya mula berkaca.

Qassif Daniel bukan tidak sedar akan kesilapannya, cuma dia tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan keadaan itu, keadaan di mana dia bersama Habibah dua minggu sudah di hospital. Dia sebenarnya terlalu rindukan wanita itu tapi mengapa seperti ada batu penghalang di tengah-tengah mereka? Dan dia dapat merasakan batu itu kian membesar dan menghimpit ruang di antara mereka suami isteri.

“Daniel tahu Daniel tak patut buat macam tu mommy, tapi keadaan memaksa.”

“Daniel…”

“Daniel tak boleh lepaskan Sophia Ezara macam tu sahaja mommy,” kali ini Qassif Daniel memberanikan diri bertentang mata dengan Datin Zubaidah, “Tapi apa pilihan yang Daniel ada lagi? Sebab itu Daniel memilih untuk tidak melepaskan Habibah walaupun dipaksa macam mana sekalipun oleh Zara.”

“Zara suruh Daniel ceraikan Bibah?” Suara Datin Zubaidah berubah. Qassif Daniel menelan air liur. Dia sudah terlalu banyak menyimpan perasaannya.

“Cakap Daniel, betul Zara buat macam tu?”

Mommy kena faham keadaan Zara dulu…”

“Daniel! Jawab mommy, Zara suruh Daniel lepaskan Bibah ke?”

Qassif Daniel serba salah, namun akhirnya dia mengangguk.

Datin Zubaidah tersenyum kelat. Hancur hati keibuannya, mengenangkan Habibah yang kini mengandungkan zuriat anaknya, hatinya makin dimamah sedih.

Mommy…” Qassif Daniel mendekati wanita kesayangannya itu dan memeluk bahunya, “Daniel perlukan sokongan mommy, tolonglah jangan paksa Daniel lagi.” Persis seorang anak kecil yang inginkan gula-gula, Qassif Daniel merayu pada Datin Zubaidah.

“Kita akan bercakap lagi pasal ni bila Daniel balik dari Jakarta,” nada suara Datin Zubaidah jelas menunjukkan dia berkecil hati.

Mommy please…”

“Daniel fikir masak-masak dulu, nanti kita bincang lagi.”

Datin Zubaidah mengatur langkah keluar dari bilik tidur Qassif Daniel. Sesampai di pintu bilik, langkahnya terhenti, dia menarik nafas berat sambil menutup matanya.

“Daniel,” ujarnya tanpa berpaling ke arah Qassif Daniel, “Walau apa juga keadaannya kelak, satu mommy pinta dari Daniel, tolong jangan ceraikan Habibah, dia sudah cukup menderita.”

Qassif Daniel menarik nafasnya.

“Dan lagi…”

Qassif Daniel memasang telinganya.

“Jangan pernah menyesal dengan segala perbuatan Daniel.”

Qassif Daniel ditinggalkan termangu sendirian. Kemeja yang siap dilipat terungkai semula ke lantai, Qassif Daniel mengambil tempat di sudut katil.

Mommy, Daniel pasti akan menyesal, Daniel sudah tahu apa akibatnya perbuatan Daniel ini, bantulah Daniel untuk membuatkan Habibah gembira dan bahagia tanpa Daniel di sampingnya mommy, Daniel tidak akan kuat selamanya, Daniel mahukan dia bahagia.

Mommy, tolong Daniel…


 [Bersambung...]


--------------------------

Sila komen untuk penambahbaikan :-)
Selamat berhujung minggu.


31 comments:

  1. Hai vel....mesti masa menulis idea datang mencurah-curahkan....hehehe..just nak bagitahu ada spelling error...tak banyak dlm 3 or 4 perkataan...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha which one Sheila? masa tengah tulis feeling kena lebih jgn kisah pasal spelling haha... btw thanks ya :)

      Delete
    2. Kain penutup mata dibuka perlahan, Habibah masih lagi menutup matanya. Kelopak matanya dipisahkan perlahan-lahan, di depannya berdiri Rayyan dengan senyuman lebarnya, Habibah menganggukkan kepalanya lembut, Rayyan beralih ke tepi dan Habibah mengorak langkah perlahan, dia memandang keliling, dinding ruang menjahit tekah dipasangdengan kertas dinding bewarna merah muda berona biru, memang agak kelakar tapi memandangkan konspep perniagaan Habibah adalah untuk menjahit dan membekalkan pakaian kanak-kanak, pilihan warna-warna demikian memang bersesuaian, ruang tersebut sangat comel dan sedap mata memandang.

      Daniel menghentikan aktiviti memasukkan kain bajunya ke dalam bagasinya. Malam ini dia akan ke Jakarta atas urusan syarikat. Selain itu, dia juga sebenarnya ingin melarikan diri dari segala kekusutan yang menhurunginya

      ***isteri kontrak ada kelas yang tersendiri.. semoga novel isteri kontrak mendapat sambutan yang memberangsangkan....

      Delete
  2. sedihnya, bilalah penderitaan Bibah ni akan berakhir ye....tapi takpe Bibah walau macamana
    pun hidup harus diteruskan. Jangan tunjuk yg Bibah lemah, Bibah ada kawan-kawan yang
    mengambil berat pada Bibah. Tabahlah Bibah ye..

    ReplyDelete
  3. best.best.best. nak lgi.nak lgi.nak lgi. =)

    ReplyDelete
  4. arghh.. daniel make up your mind..cr kbhgian sndri!! :(

    ReplyDelete
  5. Kak...mata saya bergenang baca ...huhuhu ..im crying..

    ReplyDelete
  6. nk lagi best sgt......

    ReplyDelete
  7. Hai vel....nice chapter....so when this book going to be publish?..can't wait...typo error tu normal (but plz be carefull next time)...

    ReplyDelete
  8. Best...best...vel wat la si daniel rapat dgn bibah semula....bg mood happy sikit...

    ReplyDelete
  9. so when this story gonna be continue....?hihihih

    ReplyDelete
  10. so when this story gonna be continue,,?hehehehe

    ReplyDelete
  11. sangatttttt best...smpai termimpi2 tggu this entry,,hahaha walaupon baru start smlm baca :p ..Gud Joob Vel...
    ~ For Habibah,,tabahkan hati...kuat utk hadapi dugaan nie...walau apa yg terjadi,,kau masih ada anak yg bakal dilahirkan..kuat hati,semangat untuknya...
    ~ For Daniel,, fikirlah betul2 keputusan untuk kebahagian utk diri sendiri & org yg kau syg..jgn terlalu diamkan diri & bg org lain buat keputusan utk kau..
    ...xsabar nak tggu nxt entry :)

    ReplyDelete
  12. Marathon baca smua bab hari ni. Mmg best!

    ReplyDelete
  13. Vel... Ssusah sangat ke mommy nak melawat menantu sendiri? Kalau dah sayang bibah kenapa dibiatkan berterusan begitu?

    ReplyDelete
  14. Vel... Ssusah sangat ke mommy nak melawat menantu sendiri? Kalau dah sayang bibah kenapa dibiatkan berterusan begitu?

    ReplyDelete
  15. bila novel ni nak habis..? lama sgt dah ni. haih. babi jgnlah buat org tertunggu-tunggu!! dh nk hampir setahun dah novel ni. takkan tak habis2 lg. agak2 ar. aku tau korg pun sedikit sebanyak mst berperasaan sama cam aku gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak spoil mood betul la ko nie....perkataan ekor pendek tu jgn la disebut nak carut2 pulak kalu nak baca tu silakan kalau tak suka tu blah la wei...

      Delete
  16. Vel, kak fadz nak happy ending which is Daniel akan insaf dan of course pun Zara akan insaf dan melutut memohon kemaafan dari Bibah..best kan..

    ReplyDelete
  17. apa la bendul sgt si Daniel tu. dgn bini kemain mcm lg ego melangit mcm Hitler tp bila dgn minah sorg tu pijak semut xmati.. apa yg nk dikesahkan sgt dgn si zara tu.. geram nyoooooooooooo

    ReplyDelete
  18. Memang tidak mengecewakan. Utk menunggu n3 terbaru Dr Vel.. Good job dear... Teruskan berkarya....i likeee..

    ReplyDelete
  19. BIBAH TABAHKAN HATIMU.....VEL SAMBUNG PANJANG LG X PUAS BACA

    ReplyDelete
  20. Sgt2 b3st...sentiasa doakn cite bibah ni akan jd novel...

    ReplyDelete
  21. tak sabar nak beli novel ni . hehe :)

    ReplyDelete