Friday, April 11, 2014

Isteri Kontrak :: Bab 32

Hello hello alam maya...
 Masih ada lagi. Jangan risau.
Enjoy your reading and have a great weekend ahead :)

________________________

“BIBAH!”

“Hei! You buat apa ni?”

Maya segera merampas penyapu yang sedang dipegang oleh Habibah.

I nak menyapulah, habuk banyak ni tak selesalah.” Habibah membela diri. 

“Kan I dah kata, you tak payah nak buat apa-apa lagi, kita dah minta dah agensi hantar orang-orang untuk bersihkan tempat ni, kenapa you ni degil sangat?” Bebel Maya dengan nada geram. “You tu dahlah baru keluar dari hospital, apa hospital tu bagus sangat ke nak duduk, you nak masuk balik hospital ke?”

Tiba-tiba lengan Maya terasa perit dicubit. Dia menoleh ke belakang, mata bulat Farrah yang sengaja dibesarkan menyedarkan dirinya.

Habibah yang terpinga-pinga dibebel oleh Maya ternyata tidak mengambil hati, niatnya cuma hendak menolong, Farrah memandangkan dengan perasaan penuh belas, kasihan dengan Habibah yang sangat lurus. Maya mendekati Habibah dan memeluk bahunya.

“Bibah…” ujarnya, “Bibah kena jaga diri baik-baik, jangan buat kami semua risau sebab kami memang risaukan Bibah sepanjang masa, depan kami Bibah boleh buat begini, di belakang kami entah apa-apa hal lagi yang Bibah lakukan.”

Habibah memandang sayu wajah Maya dan Farrah. Tersentuh sungguh jiwanya dengan keprihatinan dan perhatian yang dihadiahkan untuknya. Rindunya hadir serta-merta pada Fiza yang berada jauh di Rusia, sudah lama dia tidak menghantar khabar pada sahabatnya yang satu itu, sahabatnya itu terlalu sibuk dengan penggajiannya, dia mahukan Fiza lulus dengan cemerlang dan membawa pulang kejayaan dan kepakaran untuk membantu mereka yang memerlukan di bumi Malaysia.

“Bibah marah?” Habibah tersentak apabila bahunya disentuh.

Wajah Maya yang kerisauan dihadiahkan dengan senyuman yang ikhlas, Habibah memeluk Maya sambil menggelengkan kepalanya.

“Tidak, mana Bibah mampu nak marahkan semua orang yang ambil berat dan sayangkan Bibah,” ujar Habibah di dalam esakan yang kedengaran.

Farrah segera meletakkan semua barang yang dibawanya di atas meja, segera dia meleraikan pelukan dua insan di hadapannya kerana tidak mampu keadaan emosi berlanjutan terus, bukan dia tidak suka, namun keadaan Habibah sekarang memang cepat beremosi dan keadaannya itu juga mengheret mereka sama. Farrah cuma beranggapan mereka perlu kuat dan gembirakan Habibah, lebih-lebih lagi keadaan dirinya yang sarat mengandung. Emosi sedih yang berlebihan tidak baik untuk bayi di dalam kandungan.

“Bibah minta maaf sebab banyak susahkan kamu semua, Bibah banyak mengambil masa semua orang, Bibah… Bibah rasa bersalah!”

“Dahlah tu Bibah, jangan menangis lagi, kami semua sayangkan Bibah dan Bibah pun sayangkan kami kan?”

Habibah mengangguk sambil tersenyum, air mata diseka dengan jari.

“Sebab itulah kami sentiasa mahukan Bibah sihat dan gembira, kami sendiri pun tidak sabar dengan kelahiran baby ni,” ujar Maya sambil menjamah lembut perut Habibah, Habibah mula ketawa, hati Farrah dan Maya terus dihembus lega.

“So, Bibah kena tabah dan kuat dan juga dengar cakap, okey?” Maya merenung tajam mata Habibah.
“Dengar cakap?” Habibah sedikit keliru.

“Dengar cakap yang tak payah buat semua kerja ni, sebab kita memang dah ambil agensi untuk membersihkan segala habuk ni, faham?” Farrah pula berlagak tak ubah seperti guru besar sekolah yang memberi amaran kepada anak muridnya.

Habibah ketawa geli hati.

“Orang cakap dia boleh gelak lagi,” Farrah pura-pura merajuk.

“Dahlah tu Farrah, tak jalan pun!” Sindir Maya dan membuatkan tawa Habibah kian menjadi-jadi.
Farrah makin memanjangkan muncungnya.

“Hello, nak drama pula di tempat yang berhabuk ni!” Maya menampar lembut punggung Farrah dan Farrah segera tergelak, Habibah senang hati dengan situasi itu, demikianlah Habibah yang mudah terganggu emosinya, namun mudah dipujuk dan dilembutkan hatinya.

Derapan kaki yang yang datang menghampiri mereka segera menghentikan gelak tawa mereka, serentak mereka menoleh dan sinar mata mereka memancarkan kegembiraan yang amat. Rayyan datang bersama tiga orang lelaki yang berseluar jean lusuh dan T Shirt yang agak kusam, itu pasti kontraktor!

Habibah dapat merasakan gelodak di hatinya. Aku akan bergelar seorang usahawan, kerjaya yang langsung tidak pernah tersenarai di dalam senarai cita-cita aku! Oh Tuhan, semoga Engkau akan mempermudahkan segala urusanku.

Biarpun ditegah keras, Habibah merayu agar dia dibenarkan untuk menyertai mereka di awal permulaan pembukaan syarikatnya sendiri. Maya telah dilantik menjadi Project Manager untuk keseluruhan projek yang bakal menyusul dan Maya sangat teruja untuk menjalankan projek tersebut.
Rayyan memperkenal mereka bertiga kepada Mr Chan, kontraktor yang dipilih oleh Rayyan untuk mengubah suai ruang yang bakal ditranformasikan menjadi tempat menjahit itu. 

“Inilah Puan Habibah, dialah pemilik syarikat ini.” Habibah tersentak dengan kata-kata Rayyan namun di dalam hatinya, dia melonjak-lonjak keseronokan dengan syarikat yang baru ditubuhkan itu.
“Hai Mr Chan,” Habibah mengulum senyum mesra.

Mr Chan yang berpenampilan agak selekeh itu ternyata tidak lokek dengan senyuman, bahasa melayunya yang agak pelat namun masih boleh difahami oleh mereka semua.

Mr Chan kusyuk mendengar setiap bait penerangan dari Rayyan dan dia turut melakar-lakar pelan di kertas putih yang dipegangnya. Kedua orang pembantunya turut sama memberikan pendapat, Habibah mendengar dengan teliti setiap perbualan mereka dan sesekali dia menyampuk untuk menyatakan permintaannya. Dia berasa sungguh seronok dan teruja.

“Sini you mahu letak berapa mesin jahit?” Soal Mr Chan dalam pelat bahasa melayu yang sangat ketara.

“Sini saya mahu letak dalam lima mesin jahit, dalam sana lagi tiga,” Habibah menunjuk ke arah yang dimaksudkannya. 

“Jadi sini mahu itu dinding?”

“Ya, sini letak itu wall, mahu pisah sikit,” ujar Habibah.

“Sini mahu letak apa?”

“Sini tempat mesin potong kain, mesin ada dua tapi saya mahu meja panjang lapan kaki,” Habibah memberi penerangan sementara Mr Chan terus menerus menganggukkan kepalanya. Habibah lega kerana ternyata kontraktor yang dilantik oleh Rayyan ini ternyata sangat berpengalaman.

“Sana itu pejabatkah?”

Habibah mengangguk.

“Mahu berapa bilik buat?”

Habibah menggeleng.

“Tak ada bilik punya, open concept.”

Mr Chan tersenyum.

Mereka bergerak ke ruang belakang dimana Farrah mencadang untuk dijadikan pantri, ruang itu tidaklah luas sangat namun cukup untuk menletakkan kabinet dapur dan meja bulat di tengah-tengah yang boleh memuatkan sepuluh orang. Menurut Farrah, ruang pantri nanti adalah amat penting terutama untuk para pekerja kelak, disitulah tempat mereka untuk berehat sambil bermesra di kalangan mereka. Habibah hanya menurut kerana mereka pasti lebih berpengalaman daripadanya, yang hanya bergelar graduan universiti. Tambahan lagi, kontraknya untuk berkhidmat dengan syarikat yang menawarkan biasiswa kepadanya kini telah ditamatkan. Habibah tidak mempunyai banyak pilihan, doanya agar jalan yang dia pilih ketika ini akan dipermudahkan.

Done for today!” Laung Farrah.

“Permulaan yang sangat baik!” Sampuk Maya.

Well ladies, teruskan usaha jangan setengah jalan sahaja okey?” Rayyan mengibas bajunya, peluh memercik di serata muka dan tubuhnya, bajunya hampir lencun, masakan tidak, ruang tersebut tidak mempunyai kipas, dengan habuk lagi, dengan kertas yang bersepah, mungkin penyewa yang lepas tidak membersihkan tempat itu sepenuhnya sebelum meninggalkannya.

“Ehem… boleh saya…” Habibah tersenyum malu.

“Apa?” Maya menyiku lengan Habibah.

“Boleh saya belanja kamu semua makan tengahari, sebagai tanda penghargaan yang teramat sangat di atas bantuan dan perhatian yang kamu semua taruhkan pada projek ini.”

Farrah mengerlingnya sekilas.

“Amboi! Boss nak belanja.” Usik Rayyan. 

Habibah tetap dengan senyuman malunya.

Maya sudah tergelak, Farrah pun sama.

“Bukanlah, sebab korang selalu belanja Bibah, bagilah peluang untuk Bibah menggunakan duit Bibah pula!” Habibah membela diri.

“Okeylah, okeylah… rezeki mana boleh ditolak.” Sahut Maya dengan gembira.

“Memang tengah lapar ni!” Farrah menggosok-gosok perutnya.

Rayyan hanya tersenyum.

“Baby nak makan apa?” Maya mendekatkan mukanya pada perut Habibah.

“Kejap!” Kata Habibah sambil memegang perutnya. “Baby nak makan apa sayang?” Soalnya manja sambil membelai perutnya sendiri.

“Ohh….” Mulut Habibah sedikit ternganga sambil kepalanya terangguk-angguk.

“Baby nak makan apa?” Tanya Maya dengan tidak sabar.

“Baby kata…” Habibah tersenyum simpul, seri wajah keibuannya terserlah, Rayyan segera mengalihkan wajah. 

Baby kata, sila bertanya pada Uncle Rayyan, dia nak makan apa? Sebab Uncle Rayyan banyak tolong mama.” Rayyan terkesima.

Semua mata memandang tepat ke arah Rayyan. Rayyan menelan air liur. Kenapa pula aku yang kena buat keputusan? Rayyan merenung ke arah perut Habibah. Hello baby, betul ke nak ikut selera Uncle Rayyan?

“Cepatlah sayang! Nak makan apa?” Gesa Farrah.

Maya mengenyitkan mata dengan memberikan isyarat nakal.

“Okey… okey!” Rayyan mengangkat kedua tangannya.

“Makan apa?” Farrah terus mendesak suaminya.

“Kita makan ikan kembung goreng dengan sambal cili padi!” 

Hahaha… tawa Rayyan meledak pada masa itu juga, entah apa yang lucu sangat. Farrah, Maya dan Habibah memandangnya dengan mata yang tidak berkelip.

Biar betul?

“Tapi kan…” Habibah bersuara tiba-tiba.

“Ikan kembung goreng panas-panas macam sedap juga kan?”

Arghh tidak! Bantah hati Farrah dan Maya. Ikan kembung goreng?

Rayyan telah pun menghentikan tawanya. Dia saja menyebut ikan kembung goreng tadi, dia cuma bergurau.

“Ikan kembung goreng ke?”

Habibah mengangguk deras dengan mata yang bersinar-sinar.

Farrah dan Maya hampir hendak menangis, mengenangkan mereka hampir setengah hari berkampung di tempat yang berdebu dan panas itu, berjalan ke sana dan ke mari membawa kontraktor melawat tapak, akhirnya mereka akan mendapat hidangan ikan kembung goreng untuk makan tengah hari? Oh tidak!

Rayyan mula berasa serba salah. Aku cuma bergurau kot bab ikan kembung goreng! Takkan Habibah serius kot?

“Jomlah!” Habibah telahpun mencapai beg tangannya.

“Ikan kembung goreng?” Maya sekadar mahukan kepastian.

Habibah mengangguk sambil tersenyum.

Maya mengekori langkah majikannya dengan langkah lesu, di belakang Maya, Rayyan tengah menangkap jari-jari Farrah yang mencubitnya di sana sini.

Telefon bimbit Habibah berdering tiba-tiba, melihat pada nama yang tertera pada skrin telefon, riak wajah Habibah terus berubah. 

“Daniel?” Duga Rayyan.

Habibah mengangguk.

“Tak apa Bibah, kalau tak nak jawab,” usul Maya.

Habibah tersenyum sekilas, namun ditekannya juga punat telefon bimbit.

“Hello…”

Senyap.

“Hello Daniel?”

“Awak?” Sayup-sayup suara Qassif Daniel di hujung corong.

Habibah sekadar mengangguk, seolah-olah Qassif Daniel berada di hadapannya.

“Ni… er… saya…” Qassif Daniel agak gugup, namun Habibah sudah dapat menduganya.

“Bila nak datang ambil borang tu?”

Senyap lagi.

“Hello Daniel?” Kali ini suara Habibah keras sedikit.

“Ya borang tu, besok budak pejabat saya akan datang mengambilnya dari awak, nanti saya suruh dia telefon awak!”

“Okey!” Habibah mengatup mata seketika.

“Okey… thanks Bibah!”

Habibah tersenyum lagi.

“Ada apa-apa lagi?”

“Saya akan call nanti…”

Habibah mematikan talian dan merenung telefon bimbitnya lama.
“Bibah?” Farrah bersuara lembut.

Habibah menoleh sambil memaksa dirinya untuk tersenyum.

Farrah merasa serba salah.

“Kita nak belasah ikan kembung kat mana?”

Farrah… Farrah, kau memang unik dan tidak hairanlah mengapa engkau menjadi pilihan Rayyan. Habibah terus ketawa geli hati.

Suasana kembali ceria. Habibah diapit ditengah-tengah oleh Farrah dan Maya, mereka mengekori gerak langkah Rayyan yang berjalan di depan mereka, Farrah mula melenggang lenggokkan punggungnya mengikut langkah suaminya, Habibah yang perasan dengan tindakan Farrah terus menerus ketawa geli hati. 

[Bersambung...]


_________________________

Ada sedikit berita gembira tentang novel ini, saya akan kongsikan bila sudah ada kepastian yang nyata okey... doakan saya :)

God bless!

22 comments:

  1. Val.....x sabar nak tunggu cerita ni jdd novel..... cepat siapkan tau.... hihihi...i doakan u success ... :)

    ReplyDelete
  2. Best sgt! Btw, so curious about that good news hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. let it remain to be good news until everything is confirmed :)

      Delete
  3. Gud luck sis...xsabar nk tgu novel ni kuar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Syahira... doakan semoga jari jemari ini tidak lenguh menaip:)

      Delete
  4. yeay...hehehe...saya pun tak sabar nak tau.. =) really love your writings!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you May, hey I terjah to ur blog also... keep it up!

      Delete
  5. Nak diterbitkan ke Vel...xsabar rasanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma merancang tapi Tuhan yang akan menentukan :)

      Delete
  6. Goodluck.. Ye... Xsbr nk tggu novel ni kuar.

    ReplyDelete
  7. novel tu mesti ceritanya panjang panjang tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau panjang takut boring pulak :) but i will try my level best k:) Thanks!

      Delete
  8. Wah...nak publish ke? Suka..suka....! Kalau publish, kenalah ada babak romantik kaw2 sikit. Bagi laju sikit baca di buai2 perasaan. Boleh laju2 sikit sales nya...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sangat berharap kak :) nanti saya tambahkan babak romantik dan gedik haha..

      Delete
  9. VEL CPTLAH KELUARKAN NOVEL X SABAR RASANYA NAK TAHU KESUDAHAN CITE NIIII

    ReplyDelete
  10. X SABAR NAK BACA NOVEL HARAP2 TAK MENGHAMPAKAN KAMI SEMUA....HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun berharap tidak menghampakan harapan pembaca... gulp!

      Delete