Tuesday, April 1, 2014

Isteri Kontrak :: Bab 30

Hello Salam Damai Salam Sayang.
Minta maaf sebab terlalu lambat, saya terlalu terkejar-kejar.
Banyak cerita yang saya mahu kongsikan namun saya batalkan niat akhirnya haha...
Kenapalah saya memulakan kisah ini kan? Kalau tidak kita semua tidak akan terseksa sangat hahaha... just kiddin', I am more than happy with the feedback, sekurang-kurangnya saya turut membantu di dalam mewarnai hidup kamu semua hahaha... okey okey, dipersilakan membaca :)

______________________________



“FARRAH!”
 
“Hah?”

“Kenapa ni?”

“Entahlah… musykil aku,” rungut Farrah sendirian namun sempat didengar oleh Maya.

Maya terpandang telefon bimbit di genggaman Farrah, dilihatnya Farrah masih lagi merenung telefon bimbit itu.

“Younak telefon siapa?”

Farrah menggelengkan kepalanya.

“Habis tu?”

“Daniel baru telefon, you ada call dia tak tadi?”

Maya mengerutkan dahinya sambil menggeleng-geleng.

“Rayyan agaknya…” duga Farrah.

“Agaknya… tapi kenapa? Apa yang you pelik sangat?”

“Tak adalah, cuma suara Daniel macam marah pun ada, nada lemah pun ada, tapi… haih entahlah!”
“Cemas kot, huh tahu pun cemas. You cakap apa dengan dia?”

“I suruhlah dia datang sini cepat. Erm Rayyan mana?” Farrah mula terjengah-jengah ke ruang kecemasan, mereka tidak dibenarkan masuk, cuma Rayyan seorang sahaja.

“Rayyan masih belum keluar, apa kenanya Bibah? Risau betul I tadi,” Maya melabuhkan punggung di kerusi yang diletakkan khas untuk menunggu, “Macam-macam terlintas di fikiran I tadi.”

“Kasihan Habibah…” keluh Farrah yang sudahpun melabuhkan diri bersebelahan dengan Maya.

“Mudah-mudahan tiada apa yang serius,” Maya merebahkan kepalanya ke bahu Farrah.

Farrah pula mengusap lembut kepala Maya persis seorang ibu tengah memujuk anak kecilnya.

“Tu Rayyan!” Farrah berpaling ke arah ruang kecemasan. Kedua mereka berdiri secara serentak dan segera mendapatkan Rayyan.

“Apa dah jadi?” Melihat keadaan muka Rayyan yang rusuh.

“Doktor cuma kata tekanan darah Bibah sangat rendah, sebab tu dia pengsan!”

“Hah?” Mulut Farrah dan Maya sama-sama melopong.

“Punca?” Soal Farrah ingin tahu.

“Mungkin tak cukup rehat, atau tidak menjaga permakanannya sangat, satu lagi disebabkan tekanan.” Terang Rayyan dengan ringkas.

Farrah terdiam. Tekanan? Arghh…

“Kasihan Bibah,” Maya telah mengambil tempat duduknya, wajahnya agak suram, dia sudah tidah tahu bagaimana hendak memujuk Habibah untuk terus kuat, wanita itu sentiasa kuat di depan mata mereka namun di sebaliknya, mereka tahu dia menyimpan duka yang dalam.

“Habibah terlalu memendam hatinya,” ujar Farrah, diikuti dengan anggukan kepala Maya.

Rayyan sudah pun duduk di sisi Farrah, kepalanya juga ligat berfikir, mereka tidak boleh menyalahkan Habibah semata-mata kerana mereka tahu wanita itu sedaya upaya menjaga kandungannya. Mungkin Habibah kerap memikirkan nasib dirinya dan kerana itu perasaannya banyak terganggu, dia bijak menyembunyikannya di hadapan mereka namun di belakang mereka, dia meluangkan masa menjemput semula semua persoalan hidup dan nasib yang menimpa dirinya.

Rayyan melepaskan keluhan yang berat.

“Kita nak tunggu apa sekarang ni?” Soal Farrah perlahan.

“Doktor Amna,” sahut Rayyan ringkas.

“Kenapa?” Maya mencelah.

“Sebab keadaan Habibah yang mengandung, doktor mencadangkan agar dia diletakkan di bawah penjagaan Doktor Amna.”

Farrah dan Maya mengangguk serentak.

Youdah bagitau Daniel kan?” Maya tiba-tiba teringat dengan panggilan telefon dari Qassif Daniel.

“Tak ada!” Jawab Rayyan acuh tak acuh.

“Hah?” Farrah tersentak. Dahinya berkerut.

“Kenapa?” Giliran Rayyan pula mengerutkan dahi.

“Daniel baru telefon,” sampuk Maya apabila melihat kedua suami isteri itu agak kebingungan dengan percakapan masing-masing.

“Telefon siapa?” Hati Rayyan sedikit gembira, sayang juga kau pada isteri kau Daniel!

“Telefon Bibahlah, I yang angkat tadi.” Jawab Farrah sambil mengeluarkan telefon bimbit tadi.

“Macam mana dia tahu?” Rayyan pula dilanda kebingungan. “Apa dia cakap, dia memang nak cakap dengan Bibah ke?”

Farrah terdiam sejenak, dia cuba mengingati semula panggilan dari Qassif Daniel.

“Err… pada awalnya dia panggil, Zara…”

Rayyan mengangkat wajahnya.

Maya memandang tepat ke wajah Farrah.

“Bawa sini telefon tu,” Rayyan sudah tidak sabar, Farrah sekali lagi terkocoh-kocoh mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan Habibah.

“Kenapa ada dua?” Soal Rayyan pelik.

“Tadi memang I ambil dua telefon dari atas meja kat rumah Bibah.”

Rayyan mula tidak sedap hati. Satu demi satu telefon dibelek-belek dan ditekan-ditekan punatnya. Kedua-dua telefon bimbit itu tidak terkunci, menyenangkan lagi aktiviti geledahnya.

“Zara tertinggal telefonnya di rumah Bibah!”

Sekali lagi Farrah dan Maya tersentak, mereka saling berpandangan.

“Sebelum Maya sampai tadi, Zara dah tiba dulu, entah apa yang dicakapnya sampai Habibah tertekan teramat sangat dan jatuh pengsan!”

Kesimpulan mendadak yang dibuat oleh Rayyan benar-benar membuatkan Farrah dan Maya terus dengan aksi melopong mereka.

Sophia Ezara kau memang manusia kejam! Jerit hati Maya.

“Telefon ini milik Sophia Ezara.”

Rayyan mengangkat telefon bimbit tersebut, air mukanya yang serius jelas menakutkan, seandainya Sophia Ezara ada di depannya pada saat ini, pasti akan ditelannya dan tidak akan diluahkan sampai bila-bila.


“MAAFKAN Bibah…” Habibah masih dengan sedu sedannya. Maya memeluk tubuh yang lemah tidak bermaya di atas katil itu.

Semenjak sedar dari pengsan, Habibah terus meraung dan menangis hiba. Hancur hatinya melihat kesetiaan Rayyan, Farrah dan Maya yang menemaninya, dan yang paling meruntun hatinya, apabila dia dapat mengagak di tidak sudah-sudah menyusahkan hidup orang lain, sedangkan orang lain pun ada kehidupan sendiri yang mereka perlu langsungkan, tapi meninggalkan pekerjaan mereka semata-mata untuk menjaga dirinya. Aku terlalu menyusahkan!! Jerit batin Habibah.

“Sabar Bibah…” Air mata Farrah sudah semakin melimpah. Derita hatinya melihat keadaan Habibah.

“Bibah minta maaf, Bibah minta maaf sangat-sangat…” Habibah mengonggoi seperti anak kecil di pangkuan Farrah.

Farrah mendongakkan kepala meminta Rayyan untuk melakukan sesuatu, tetapi Rayyan turut kaku, dia sudah ketandusan jalan untuk memujuk Habibah, ditambah lagi dengan perasaan geram yang mendalam terhadap Sophia Ezara, Rayyan sangat yakin, pasti Sophia Ezara ada membicarakan sesuatu sehingga mengguris hati Habibah dan menyebabkan dia jatuh pengsan. 

Doktor Amna telah mengesahkan kepada mereka bahawa Habibah mengalami sindrom kemurungan dan sekiranya dibiarkan boleh menjejaskan dirinya sendirinya dan juga kandungannya. Mendengarkan itu, Maya menjerit kecemasan dan ditenangkan segera oleh Farrah, Farrah tidak mahu Maya berkelakuan lebih teruk di hadapan Habibah dan itu pasti akan memberi kesan yang lagi buruk kepada Habibah.

Maya panik.

Sindrom kemurungan tidak seharusnya diharungi oleh Habibah pada saat-saat ini kerana wanita itu sudah cukup terseksa. Farrah juga sedikit tertekan kerana secara tidak langsung, mereka harus terus terlibat di dalam kehidupan Habibah, kepada siapa lagi mereka perlu berpaling? Ibu Salbiah? Habibah sendiri merahsiakan masalah rumahtangganya daripada wanita separuh umur itu kerana wanita itu memikul tanggungjawab yang berat terhadap anak-anak yatim yang lain. Datuk Mansor dan Datin Zubaidah? Habibah nekad untuk tidak berhadapan dengan mereka sehingga anaknya lahir. Qassif Daniel? Ya lelaki itu sepatutnya muncul dari awal namun dia terlalu sibuk untuk menguruskan hal perkahwinannya dengan buah hati yang dicintai. Siapa lagi yang tinggal?

Farrah menelan air liurnya.

Rayyan terus merenung sepi Habibah yang masih dengan esakannya, mereka membiarkan dia terus melayan perasaannya, suasana di kamar hospital sangat sepi sehingga sekiranya jarum jatuh sekalipun pasti akan kedengaran. Masing-masing melayan esakan hiba Habibah, apa lagi yang harus dilakukan? Selain berada di sisi wanita malang itu? Habibah memang layak untuk menangisi nasibnya, nasibnya yang tidak mampu dibela oleh suami yang tidak bertanggungjawab, Habibah tidak punya kudrat kuat untuk terus-terusan dihentam oleh anasir luar yang ingin menyahkan kebahagiaan dari menjadi milik hakikinya, tapi kenapa? Bukankah Habibah itu juga manusia? Baik orangnya dan tidak pernah menyusahkan hidup orang lain sebelum ini, cuma dia tersilap percaturan apabila menerima Qassif Daniel di dalam hidupnya, yang sekaligus membenamkan segala misi hidupnya. 

Kau harus bangkit Habibah! Hidupmu belum sampai di penghujungnya, marilah berdiri sekali lagi Habibah, abang akan menyokongmu dan tidak meninggalkanmu seperti dulu, abang minta maaf Habibah, jika abang tidak mulakannya, Qassif Daniel pasti tidak akan meneruskannya dengan rancangan jahatnya.

Rayyan mengetap bibir.



SOPHIA Ezara menolak muka pintu sambil tersenyum lebar ke arah kekasih hatinya, panahan mata Qassif Danief sedikit mendebarkan, entah mengapa baru sekarang dia dapat merasakan getaran itu setelah sekian lama bersama dengan Qassif Daniel, selama ini dia yang berada puncak keegoaan dan lelaki itu banyak menurut kemahuannya, tidak membantah dia walau sekalipun kerana Qassif Daniel mempercayai dia di dalam hubungan mereka, dan membuat keputusan untuk kehidupan bersama mereka, dan termasuklah idea untuk Qassif Daniel berkahwin dahulu untuk selesaikan masalah pembahagian harta pusaka keluarganya kerana Sophia Ezara sendiri belum lagi bersedia untuk bergelar seorang isteri.

Qassif Daniel turut menyambut Sophia Ezara dengan senyuman yang melebar, manis dan mengasyikkan. Sophia Ezara terbuai dengan perubahan Qassif Daniel pagi itu, ingin sahaja dia meloncat kegembiraan apabila dia semakin dekat mengenakan umpan pada mata kailnya.

Youpergi mana awal pagi tadi?”

Ipergi jumpa Johan, ada pertukaran sikit pada baju resepsi,” Qassif Daniel tahu apabila wanita itu berbohong.

Sophia Ezara melabuhkan punggung pada kerusi berhadapan dengan Qassif Daniel. 

“Oh, ubah apa pula kali ini?”

“Adalah dari segi rekaannya, erm I rasa baju bridesmaids pun minta dia buatkan sekali, boleh?”
“Apa yang baik pada you, teruskan saja, I ikut saja.”

Jawaban yang sangat menggembirakan Sophia Ezara.

“Sampai bila you nak decide on the design?” Soalan Qassif Daniel yang seterusnya membuatkan senyuman Sophia Ezara kian melebar.

“Sampai you dah buat keputusan pada tarikh nikah kita,” Sophia Ezara mengecilkan matanya.
Qassif Daniel mendengus lembut.

Youdah banyak berubah…” Sophia Ezara tidak pasti samaada ungkapan tersebut berbunyi positif atau negative, namun dia ingin bersangak baik, bahawa Qassif Daniel membuat kenyataan yang berunsur kebaikan, kalau tidak, masakan suaranya lembut sahaja.

“Semua ini demi masa depan kita Daniel, kita perlu berubah untuk masa depan kita,” Sophia Ezara menelan air liurnya ketika ungkapan terakhir dilafazkan.

Qassif Daniel berdehem lembut dan memperbetulkan duduknya.

“So bila nak putuskan tarikh? Mama dan Papa dah banyak kali tanya.”

Qassif Daniel merenung wanita yang kuat mendesak itu, hatinya dipagut sayu apabila memikirkan keadaan Habibah.

I call you banyak kali, tapi you tak angkat pun.” Alahai kemanjaan suara Qassif Daniel benar-benar membuai hati Sophia Ezara.

“Oh ya? Tak ada pun telefon I berdering, kejap I check okey, mungkin on silent mode,” Sophia Ezara mula membongkar beg tangannya, digeledah di setiap ruang namun telefon bimbitnya tetap tidak dapat dicari. Sophia Ezara mulai geram.

“Mustahil I tinggalkan kat rumah, sebab masa dalam kereta pagi tadi I sempat lagi jawab panggilan Johan Melvin.”

Qassif Daniel menahan bibirnya dari terus berkata-kata.

“Mungkin dalam kereta!” Itu akhirnya kesimpulan yang dibuat oleh Sophia Ezara selepas berputus asa menyelongkar beg tangannya.

“Mungkin?” nada itu lain bunyinya, Sophia Ezara mendongak membalas renungan Qassif Daniel.

“Kenapa?”

Ibaru telefon you tadi.”

“So?”

Youtak angkat pun.”

“Yeah, mungkin ada kat kereta I tak perasan.” Sophia Ezara membela diri apabila pandangan mata Qassif Daniel menunjukkan lelaki itu tidak berpuas hati dengan jawapannya.

“Pagi tadi you pergi jumpa siapa?”

Sophia Ezara diam kaku. Jarinya menguis-nguis hujung meja.

“Zara?”

“Kan I bagitahu you yang I pergi jumpa Johan Melvin!”

“Pasti?”

Sophia Ezara menganggukkan kepala dan melarikan matanya dari terus bertentang dengan Qassif Daniel, jantungnya berdebar-debar.

“Nak I telefon Johan untuk pengesahan ke?” Qassif Daniel mencapai telefonnya, Sophai Ezara segera bangun dan merampas telefon dari tangan Qassif Daniel.

“Kenapa dengan you ni?” Tengking Sophia Ezara.

Qassif Daniel sekadar tersenyum puas sambil memusingkan diri dengan kerusinya. Pusingan berhenti tepat menghadap Sophia Ezara.

“I telefon tapi orang lain yang jawab!”

“Siapa?”

Yourasa?”

“Habibah?” Sophia Ezara menahan suaranya.

Qassif Daniel tersenyum, dia bangkit berdiri dan mengadap jendela kaca di biliknya yang menghadap panorama tenghari Kuala Lumpur.

Itak kata Habibah, orang lain yang jawab!”

Sophia Ezara semakin berdebar. Qassif Daniel berpaling ke arah Sophia Ezara, air mukanya kali ini lebih tegang.

“Youbuat apa kat Habibah?”

Sophia Ezara terkedu. Dia menunduk menyembunyikan wajahnya.

“Zara, dengar sini, kalau ada apa-apa terjadi pada Habibah, I tak akan berdiam diri, Itak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, you harus sentiasa ingat Habibah itu masih lagi isteri I yang sah!”

Sungguh tegas suara itu, Qassif Daniel nekad rupanya, Sophia Ezara terus lemah longlai terjelepok di kerusinya sekali lagi, air mata angkuh yang disimpan lama, akhirnya keluar membuas hari ini. Qassif Daniel, aku terlalu cintakan kau!!!


_____________

DANG!!! Amek ko Zara!

Saya suka membaca komen-komen kamu, nantilah saya reply satu per satu okey, teruskan mengomen untuk memantapkan cerita ini, saya garap sikit-sikit melalui komen-komen kamu jugak ni :)

Peace yo!

23 comments:

  1. lebih dri seminggu tunggu...sikit sgt..:-(

    ReplyDelete
  2. tak apa....kita jumpa jumaat ni...Bermakna minggu ni, ada 2 bab akan muncul. Bukan ke begitu, puan Vel.

    ReplyDelete
  3. Best...xsbr nak tunggu next n3....

    ReplyDelete
  4. Yeahhh..akhirnya....tak sabar tunggu next entry by this fridaykan..??hehehe..hopefully daniel tengok habibah dekat hospital ...

    ReplyDelete
  5. Ala deniel tak terus pegi jumpa bibah ke atau memang dia tak akan pegi jumpa bibah.aduh semput nafas rasa nye.blh tak nak ketuk kepala daniel tu.

    ReplyDelete
  6. Bile daniel nk jumpa ngn bibah...plezz..xsabar dh ni..

    ReplyDelete
  7. Yeayyy... dah ada n3 baru. Tp macam x puas lak baca. Kikikiki
    Alahai Daniel, asal la lambat sangat nak p jumpe Bibah...

    ReplyDelete
  8. Daniel...open up...wake up. Padan muka Zara... Kasihannya Bibah.... Betul2 ada kawan2 saja. Keluarga mertua pun not really supportive. Kalau Daniel tak berdiri teguh dengan cinta untuk Bibah, lebih baik Bibah jadi single mother. Mungkin lebih bahagia...

    Oh, thanx darling for this entry...

    ReplyDelete
  9. Wa..�� pendeknye... Tapi best.. Habis dekat blog je kan?

    ReplyDelete
  10. Pendeknya jumaat ada lagi kan.

    ReplyDelete
  11. hopefully new n3 coming Friday....

    ReplyDelete
  12. Zara x cintakan Danial sebenarnya.....dia cuma ingin memiliki.... sampai lupa cinta sejati x semestinya memiliki. Apa2 pun thanks 4 this n3 Vel! Kadang2 lelaki mcm Danial ni kena bagi 'wake up call' baru dia sedar. Hopefully it's not too late for Daniel....

    ReplyDelete
  13. val buat le n3 ni Daniel jumpa habibah kat hospital....

    ReplyDelete
  14. TQ VEL NANTI CPT YE SAMBUNG CITE NI X SABAR NAK TGK REAKSI DANIEL JUPA BIBAH....

    ReplyDelete
  15. Daniel masih belum pergi jumpa Bibah lagike? Kenapalh si Daniel ni lambat sgt, jgn nanti menyesal bila Bibah dh
    nekad untuk berdikari dn tidak akan mengharap lagi pada kasih Daniel.

    ReplyDelete
  16. sakai gila. novel ni dah nk mcm setahun dh buat tp tak habis2 lg. macam sial ah pukimak hbs. novel paling teruk pernah aku baca. saje je nk buat org trtunggu. kimak! ending dia happy gak cm bodo sial

    ReplyDelete
  17. LIVVIEZH.......OR SHOULD I CALL YOU ZULEIKA.....MACAM NI LA....KALAU UMUR TU BARU MENCECAH 18.... BUAT LA GAYA UMUR LAPAN BELAS....ERM....MASIH BUDAK LAGI NO WONDER LA CAKAP MACAM TU . TAK BAGUS TAHU ....KALAU SUKA IKUT CERITA NI IKUT LA TAKDE SIAPA YG MARAH PUN TETAPI KALAU TAK SUKA TU JUST LEAVE IT....KERANA APA YANG ADIK CAKAP TU MENYAKITKAN MATA AKAK TAU....SORRY YE DIK...WELL VEL KEEP IT UP ....JUST IGNORE THIS CHILDISH...HE!HE! ;)

    ReplyDelete
  18. Thank you so much Sarafina! You're just da boom!
    Well Zuleika, I did run through your profile and when I noticed you're just a 'lepasan SPM' and still struggling on your next path, I just 'nevermind' you. I would advise you to concentrate on your next study, future ahead us is not like something we can really plan and it wont be as smooth as we want it to be, be careful with language that we use girl, it doesn't suit us, the women. Honestly, your comment doesn't hurt me but it surprised me, I would have just delete it the moment i saw it but I don't as I have other better things to do, I don't expect ppl to praise me all the time and I don't expect the "pukimak sial" kinda words neither... Girl, you're just 18, you have long way to go, but with this kind of attitude, it will bring you no where, don't get sick girl, chill up and go figure the best ways to keep up your life more meaningful. We live only once, and life is so damn short! God bless you Zuleika.

    ReplyDelete
  19. harap cepat masuk entry yang baru

    ReplyDelete
  20. Ya Allah... Ms Velarie.. lantak pi laa ngn ayat budak masih hingusan tu... sambung laa cepat.. dap dup dap dup.. la nih!! adoii..... eee..... naper laa Rayyan x pegi bersemuka ja ngn Daniel?? adoii siksa batin nie haaa!!!

    ReplyDelete
  21. Chiyooo la budak Zuleika ni..kasi boooo sama dia....
    Hai Vel..ada pun n3 baru...tp apasal si daniel tu lmbt sngt nak cari bibah..geramnya....

    ReplyDelete
  22. kenapa ya nak guna bahasa kesat begitu? aduhai...kalau saya yang terima ayat begini, mesti saya sedih...nobody's perfect! I know the hard feelings and times yang freelance writer been through...kita masih belum keluar naskah sendiri, at least we try to impress people with our hard works...to Valerie...ganbatte kudasai! I love your novel...hehehe...congrats in advance ya bakal terbit cerita ni...berdoa akan ikut jejak awak juga one day...In Shaa Allah... =)

    ReplyDelete