Friday, March 7, 2014

Kg. Sook, Keningau

Seandainya engkorang ada feeling mahukan tempat sejuk aman nyaman, tidak payah pigi jauh-jauh ke luar negara, di negara kita ni pun ada banyak sebenarnya, cuma tidak diberikan pendedahan yang meluas lagi... betul.

Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke tempat ini, adalah selepas SPM, tahun 1997. Tua kan sudah aku kan? Tapi selepas (cari kalkulator jap...) 17 tahun!!!tempat ini memang banyak berubah, populasi semakin ramai, kedai semakin banyak, sudah ada supermarket!! Masyarakat juga jadi berbilang bangsa (err... PTI kaitu ar?) Tapi satu yang tidak berubah, cuacanya.... fuhh masih lagi nyaman, saya suka saya sangat suka!

Di tengah hari memanglah panas membahang, tapi masuk senja hari hingga ke awal pagi, no fans no airconds nda payah membazir sebab sejuk mencengkam hingga ke tulang sumsum. 

Dari Penampang, kami ikut jalan lama (Moyog-Tambunan-Keningau), kalau ikut jalan baru ada tapi kena mendaki bukit Kimanis yang tinggi dan menyeriaukan...

 Perjalanan menghala ke Tambunan, berkabus-kabus di petang hari, memang sejuk... best tau, KL haramlah dapat cuaca macam ni... 

 Sampai di Sook, jalan jem tiba-tiba, jalan kampung okey boleh jem... memang kebarangkalian 1 per 3,456,234 betul, rupanya ada lori papan terbalik, berduyun-duyun orang kampung datang alihkan papan-papan ke bahu jalan...

 Ini adalah tempat yang bersejarah dalam childhood aku, aku pernah membesar sekejap di tempat ini, kawasan perumahan pekerja-pekerja forest... bila besar sikit masa zaman anak dara ada juga singgah tempat ni... maklumlah masa tu perasan glamour kan... gatal pun iya jugak...


 Lori yang terbalik tu... 

 My mom's sister (kira my auntie la kan...) bermastautin di sini, dia bekas pekerja forest dulu... lepas pencen terus menetap di sini, dia banyak tanah di sini hehehe.... oh cerek di atas ni, sungguh nostalgia kan... talam biru di meja belakang tu adalah bekas makanan kucing-kucing sekalian... kami kan keluarga yang sangat cintakan binatang hehe...

 Rumah dorang teda kipas siling okey sebab tidak akan berfungsi pun, suasana malam memang sejukk... Tilam dihamparkan di ruang tamu, kami prefer tidur ramai-ramai di luar...

 Makcik ku bersama cucunya :)

 Suasana di waktu pagi, masa ni ko mo mandi pun pikir 33kali...

 Budak kecik yang happy dengan suasana sejuk, ada dia bilang "Mommy, jerebu!" iya lah kan Shah Alam kan port gemilang jerebu...



 Anjing-anjing yang berkulit tebal, alah bisa tegal biasa dengan suasana sejuk..


 Korang mau tau rahsia di sebalik kerusi yang dinaikkan ke atas meja? Hahaha adalah untuk mengelakkan sang anjing naik ke atas meja dan tidur sebab sejuk kan...

 Kopi Tenom + Biskut Bulat ping pong for breakfast... memang nostalgia sungguh!
kami semalam saja pun disana sebab the nect day kami kena balik KL dah... bestlah di Kg Sook ni, kalau boleh saya pun mau bermastautin di sini, mungkin umur panjang sikit berbanding kalau settle down di Shah Alam tu haha...

Tapi biasalah bah kan orang yang sudah lama menginap di Shah Alam, bekerja di KL yang udaranya memang sentiasa panas lembap sepanjang tahun... sekali terpijak bumi Sook, terus demam menggigil!! Cuba tengok cara tidurnya, comel saja kan?? hahaha sila jangan muntah.

Kepada penduduk-penduduk Sook, anda memang bertuah sebab udara yang segar, fresh gila dan memang best gila la... aku akan kembali satu hari nanti... nantikanlah kepulangan ku okey!




No comments:

Post a Comment