Minda kita bekerja keras sepanjang masa. Tidak kira samaada kita sengajakan ataupun tidak, kita memiliki minda sedar mahupun minda pra sedar yang bekerja di otak kecil kita.
Bayangkan anda memandu ke tempat kerja, melalui jalan dan rutin yang sama setiap hari, sehinggakan kita tidak sedar yang kita memandu kerana kita berkhayal sepanjang perjalanan, pernahkah anda terfikir yang kenapa walaupun tidak menumpukan perhatian, anda masih sampai ke pejabat dengan selamatnya?
Itulah dia minda pra sedar. Tanpa sedar ia mengawal pergerakan kita. Ada pro dan kontranya.
Sebagai insan biasa, saya sedar saya sebenarnya suka berkhayal, kadang kadang saya berkhayal sampai beremosi sendiri. Apakah?
Saya mempunyai ramai kawan, sebab saya seorang yang mudah menyesuaikan diri dan banyak cakap, saya boleh bercerita dari pagi hingga ke petang dengan pelbagai topik, saya boleh bercakap dengan seorang stranger yang baru saya kenali (of course saya berhati-hati) tetapi gaya kami bercerita tu bagaikan sudah kenal bertahun lamanya. Itulah saya.
Walaubagaimanapun, apabila kamu bercerita dengan saya, kamu akan jarang mendengar masalah diri saya (kalau komplen tu banyaklah hehehe...) sebab saya tidak suka bercerita masalah diri saya kepada orang lain kerana saya takut akan membuka pekung di dada haha, seriously... saya memang tidak suka bercerita masalah keluarga atau rumahtangga kepada orang lain, siapa yang tidak punya masalah pun kan? Tapi pandai-pandailah kita kawal, jangan sampai membuka aib. Dari pengalaman saya sendiri, orang sering gunakan aib kita untuk kepentingan peribadi mereka.
Apa yang saya buat sekiranya saya ingin meluahkan apa yang berbuku di dada? Saya psiko diri saya dengan perkara-perkara yang berikut:
1# Berdoa
Saya akan mengadu kepada Tuhan akan semua rintihan saya, saya buat bagaikan Dia berada di depan saya dan saya bercerita sepenuhnya melalui hati saya. Selepas selesai semua, saya akan memohon pengampunan dariNya, dan meminta agar jalan penyelesaian akan diterangkan untuk saya. Saya akan sentiasa mengingatkan diri saya bahawa tiada jalan singkat atau jalan segera yang boleh saya perolehi, tapi sekurang-kurangnya dengan berdoa, hati saya menjadi ringan dan saya dapat rasakan kekuatan yang tiba-tiba, dan walau apa pun terjadi, saya akan pasrah sahaja.
2# Membaca
Blog, buku, suratkhabar, surat yang baru sampai, katalog yang dihantar ke rumah dan apa-apa sahaja yang ada, saya akan membacanya. Sekurang-kurangnya boleh melegakan saya dengan mengetahui banyak lagi masalah dan perkara di dunia ini, dan saya sebenarnya masih tergolong dalam insan yang bertuah. Membaca membuka minda.
3# Susun barang
Hahaha... walaupun saya ni agak selekeh, saya berusaha juga untuk menyusun atau mengemas apa yang perlu, sekurang-kurangnya minda saya tidak tertancap pada perkara yang membingungkan saya. Kerapkali, saya mendapat idea penyelesaian masalah melalui aktiviti yang saya lakukan hehehe...
4# Berkhayal
Ini adalah yang paling best,lagi jauh hanyut lagi asyik hahahaa.... minda kita boleh mencipta khayalan yang sungguh luar biasa, daripada berkhayal juga kisah Habibah lahir tanpa saya rancang... dan hasilnya sekurang-kurangnya menggembirakan saya...sebab adanya kamu yang menyukai kisah ini. Terima kasih daun keladi....
5# Psiko dan terus psiko
Pernah beberapa kali, saya berimaginasi perkara-perkara yang boleh menggembirakan saya, dan di atas kegembiraan itu, saya tambahkan lagi keseronokan harapan itu, dan tambah lagi, dan mengimaginasikan saya berdiri di pentas kegembiraan sendiri... sekali tersedar saya tengah tersenyum sorang-sorang di dalam lif... member sebelah ketakutan tidak sabar mo keluar dari lif hahaha... saya memang psiko hahaha tapi mesti ada kawalan diri...
Saya dapati tiada siapa yang boleh menghiburkan diri sendiri lebih dari kita sendiri, dari kita untuk kita saja bah tu... saya sedih bila mendengar kisah mereka yang membunuh diri, itu memang jalan singkat tapi menyusahkan orang lain... kenapa harus mengaku kalah awal-awal kan?
OK membebel setakat di sini dulu. Nanti kalau terasa angin psiko menyerang saya akan tulis lagi.
Saya sebenarnya keboringan sikit malam ni, itu yang mengambil kesempatan menulis di blog ni, rupanya memiliki blog ni banyak kelebihannya.
Mari kita tulis blog ramai-ramai. Amacam?
Interesting, tulis blog ramai-ramai. Seronok juga, sebab dalam blog kita boleh luahkan apa2 saja. Asalkan tak menyinggung perasaan orang lain. Memang ya, bila stress macam2 boleh jadi. Stress tidak semestinya berkenaan kerjaya kita tapi rutin harian kita pun boleh jadi stress. Lebih2 lagi jadi ibu, lagi ramai anak lagi stress ( anak ni ada macam2 kerektor)
ReplyDeletejommm!!! mmg best meluahkan perasaan yang berbuku... lebih2 lagi kalau teda orang sudai mendengar... kita tulis jak kat blog... jom jom!
Delete