Salam Muhibbah wahai sekalian pembaca-pembaca blog sosondoton.
Charm Charm and Mommy selamat tiba ke Shah Alam hari rabu lepas, banyak cerita nanti kami kongsikan di blog ini okey, baca jangan tidak baca hehe...
Saya kurang sihat, sebab cuaca di kampung halaman sejukkk... saya bangga menjadi orang Sabah, yang mana cuacanya masih lagi sejuk... siangnya panas membahang, tapi di waktu malam fuhh....
tapi mungkin saya sudah sebati dengan cuaca di Kuala Lumpur dan Shah Alam yang panas, campur sedikit bau asap kilang/kenderaaan haha... imune dah... sekali balik kampung, nah.... balik menyeberangi Laut China Selatan dengan membawa demam hehehe...
Seperti yang dijanjikan... inilah dia kisah selanjutnya, konflik hati Bibah dan Daniel... semoga kalian terhibur!
_________________________________
“WANITA dijadikan sebagai golongan yang kuat, mungkin bukan dari segi fizikal tapi segi kekuatan hati dan mental, lebih-lebih pada zaman ini, lebih ramai wanita terpaksa mengharungi kehidupan bersendirian akibat keretakan rumah tangga, dan ketidak sefahaman di dalam rumahtangga. Faktor-faktor sebegini yang banyak mendorong kepada kecekalan seseorang wanita, lebih-lebih mereka yang bergelar ibu tunggal, pada zaman yang serba moden ini, wanita tidak lagi dikalsifikasikan sebagai insan yang lemah, tetapi golongan ini turut dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan lelaki.”
Pandangan Habibah terus terpaku pada siaran televisyen di hadapannya. Rancangan “Bual Bicara Wanita” yang dikendalikan oleh pengacara tersohor, Wan Khaleeda Wan Sharif, telah menjadi rancangan kegemarannya sejak akhir-akhir ini. Rancangan yang banyak mengupas tentang penglibatan wanita di sektor kerajaan, sektor swasta, wanita yang bekerja sendiri, wanita yang menjadikan surirumah sebagai kerjaya yang menarik dan segala-galanya tentang wanita. Kekuatan wanita, kehebatan wanita, kebolehan wanita, kecenderungan wanita, segala-galanya tentang motivasi wanita, sekaligus, dia teruja dengan intipati rancangan itu.
Insipirasi positif untuk meneruskan kehidupan yang semakin hambar.
Qassif Daniel, telah hampir empat bulan lelaki itu melangkah meninggalkan dia. Pedih? Siapa yang tidak terasa, dikala hatinya menyulam bahagia, hujan ribut membadai hubungan mereka. Di kala dia merasakan lelaki itu menjadi miliknya untuk selamanya, takdir menyuratkan perpisahan yang harus diharunginya, siapa yang tidak kecewa. Menangis? Habibah banyak menangis di dalam diam, tangisan yang tidak diperlihatkan kepada semua, kepada Ibu Salbiah yang sering dia kunjungi dan tertipu dengan kebahagiaannya yang pura-pura, kepada Maya, pembantu peribadi yang setia bersamanya dan kini menjadi sahabat karibnya, kepada pasangan suami isteri sejoli yang dikagumi dan disayanginya, Rayyan dan Farrah. Mereka semua tidak pernah tahu akan kesengsaraan yang ditanggungnya, mungkin juga mereka tahu, tetapi masing-masing tidak mahu membangkitkan emosi negatif padanya, kerana dia sedang mengandungkan zuriat Qassif Daniel.
Habibah mengeluh lesu.
Tidak dinafikan, dia mendapat perhatian yang istimewa dari Maya, Rayyan dan Farrah, namun disebalik keheningan malam, hatinya dan batinnya menjerit melaungkan nama Qassif Daniel, insan yang dirinduinya.
Sengaja dia tidak menghubungi lelaki itu, kerana segala perjanjian di antara mereka telah termeterai di helaian kertas A4 yang telah ditandatanganinya, desas desus turut bertiup menyatakan lelaki kesayangannya itu akan mendirikan rumahtangga dengan insan yang sekian lama menghuni di dalam hatinya. Orang itu bukan aku! Jerit hati Habibah.
Air mata diseka lagi.
Aku hanya isteri di atas kertas, aku tidak sepatutnya mengorak langkah sejauh ini, tapi kenapa hati aku begitu terbuka untuk menerima dia? Menyesalkah aku?
Perut yang semakin membonjol diusap perlahan.
Tidak! Aku tidak pernah menyesal akan perkahwinan yang aku pilih. Bayi ini bukti kasih sayang aku pada hubungan yang suci ini, ini cuma sementara, segalanya akan berkesudahan dengan bahagia, bayi ini adalah permulaan untuk hidup aku yang baru, Tuhan berikan dia kepada aku, dia adalah anugerah.
Habibah tersenyum tipis sambil menyeka saki baki air mata yang masih setia menuruni pipi gebunya.
Aku mesti kuat, seperti yang dikatakan oleh Wan Khaleeda tadi, aku wanita yang harus memilih untuk terus kuat, demi kebahagiaan hidup aku, takdir akan menyebelahi aku, aku tidak harus lemah, bayi ini memerlukan mamanya untuk terus kuat. Tenang dan kuat ya sayang, mama akan menjaga dan memberikan segala kasih sayang di dunia ini kepadamu, bisik hatinya, kandungan yang mencecah lima bulan itu seakan-akan mengerti, Habibah dapat merasakan gerakan yang sekejap.
Siaran televisyen yang telah bertukar ke rancangan masakan kini dipandang sepi. Chef Florence yang terkenal dengan resepi baba dan nyonya tekun bercerita mengenai Devil Chicken Curry. Mata Habibah terus memandang sepi.
QASSIF Daniel mencapai satu kad di hadapannya, kad berwarna biru lembut ditatap lama. Sophia Ezara di sebelahnya juga mencapai sekeping kad yang berwarna magenta, kad itu dibelek-belek lama. Mereka kini di dalam proses untuk memilih kad-kad jemputan perkahwinan mereka. Ada tiga kad yang perlu dipilih, kad jemputan untuk majlis pernikahan, majlis resepsi di sebelah pihak Qassif Daniel dan majlis resepsi di sebelah pihak Sophia Ezara. Sophia Ezara juga mengaturkan satu majlis berasingan khas untuk rakan-rakan korporat mereka namun Qassif Daniel meminta untuk menangguhnya buat sementara waktu. Qassif Daniel meminta agar memberikan tumpuan kepada majlis akad nikah mereka terlebih dahulu.
Jauh di sudut hati, Qassif Daniel sebenarnya berasa hiba dan kehilangan sesuatu di dalam hatinya. Namun dia sering mengendahkan perasaan itu.
Tidak dinafikan, Sophia Ezara memberikan perhatian yang lebih baik berbanding dahulu, wanita itu lebih teliti di dalam menitik berat keperluannya, dia sering menelefonnya bertanya khabar, meluangkan masa dengan keluar bersamanya, bahkan sering menghantarkan mesej teks ke telefon bimbitnya sekiranya dia tengah bermesyuarat. Sophia Ezara berusaha untuk menambat hatinya dan mengisi keperluannya.
Namun tidak semudah itu.
Fikirannya masih jauh menerawang kepada Habibah, isteri yang dalam diam dirinduinya, namun dilawan dengan membina kubu-kubu kebencian, dia benar-benar marahkan Habibah yang menidakkan hubungan sulitnya dengan Rayyan, sepupunya.
Tapi mengapa dia harus cemburu?
Bukankah Rayyan suatu ketika dahulu pernah menceritakan perasaan sebenarnya terhadap wanita itu, yang lebih kepada perasaan simpati dan sayang tidak lebih daripada seorang abang kepada adik, kerana Rayyan sememangnya sangat mencintai Farrah.
Qassif Daniel sebenarnya mengenali Habibah dari kisah-kisah silam yang diceritakan oleh Rayyan, meskipun tidak pernah bersua muka, namun kebaikan dan ketelusan Habibah dapat dirasakannya.
Tidak hairanlah Rayyan begitu marahkan dia, sebab Rayyan mungkin merasakan dia mengambil kesempatan ke atas kesedihan hati dan ketelusan Habibah.
Tapi, tiada siapa yang mengetahui jauh di dasar hatinya, walau itulah niat asalnya, namun akhirnya, cintanya berputik jua pada anak yatim yang lemah lembut itu. Tetapi, amarahnya meletus melihat kemesraan di antara Habibah dan Rayyan di kafe tersebut, cemburunya meluap-luap, dan pada masa yang sama, dia mengeluarkan ayat keramat yang tidak patut diucapkan, iaitu dia akan mengahwini Sophia Ezara.
Qassif Daniel merengus kasar, kad bewarna biru dicampakkannya.
“BIBAH sihat ke?”
Habibah mengangguk lembut. Wajah pucatnya mengundang perasaan simpati di hati Rayyan.
“Muka Bibah pucat, Bibah ada makan tak supplemen yang doktor kasi?”
“Ada bang, abang jangan risaulah, morning sickness Bibah masih lagi ada, itu yang buat Bibah lemah rasanya,” jawab Habibah sambil tersenyum manis.
Rayyan sekadar mengangguk, sebagai lelaki dia tidak tahu bagaimana rasanya morning sickness itu, tapi dalam diam, dia mencari juga maklumat di internet, kerana dia sangat bimbangkan keadaan Habibah. Dia tahu, morning sicknessadalah ngeri pada sesetengah wanita mengandung, alah kepada bau, alah kepada cuaca, alah kepada warna pun ada.
Rayyan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kenapa abang menggeleng?”
Rayyan tersentak.
“Err… tak ada apa-apalah!”
“Abang ni peliklah…” Habibah membuat muka, Rayyan ketawa geli hati.
“Teruk ke morning sickness Bibah?”
Habibah memandang ke arah Rayyan. Raut wajahnya jelas mencerminkan dia pelik dengan soalan itu.
“Teruk jugalah bang, especially di waktu petang-petang, badan tak sedap,” Habibah mengeluh. Sekali lagi Rayyan terkedu.
“Erm… morning sickness kan di waktu pagi biasanya?”
“Ada juga di waktu petang, waktu malam, sepanjang hari pun ada!”
“Apa yang Bibah buat kalau kena morning sickness?”
“Bibah baring, minum air suam, kalau dah tak boleh ditolong, muntahkan sajalah.”
“Ada ubat tak penyakit tu?”
Habibah tertawa.
“Bukan penyakit lah bang…”
Rayyan menepuk dahinya dan turut tertawa.
“Okey, okey abang minta maaf. Err… maksud abang….” Rayyan berusaha mencari perkataan yang sesuai.
“Alahan? Ubat kepada alahan?”
Rayyan menganggukkan kepalanya dengan pantas, kalau ada ubat yang boleh membantu alahan Habibah, dia akan berusaha untuk mendapatkannya. Semahal mana pun ubat itu, dan sejauh mana pun untuk mendapatkannya, asalkan dapat meringankan penderitaan Habibah, dia akan cuba mendapatkannya.
“Rasanya tak ada lah bang, kadang-kadang Bibah cuma makan mangga muda cicah gula sikit, tak pun Bibah akan sentiasa sediakan air oren, tapi cuma boleh kurangkan seketika saja, morning sickness akan datang balik,” terang Habibah perlahan.
Rayyan mengeluh berat. Rayyan sebenarnya rasa bersalah terhadap wanita itu, sudahlah dia meninggalkan wanita itu tanpa sebarang pesan menjelang hari konvokesyennya dulu, dia tahu wanita itu menaruh hati dan harapan terhadapnya. Namun, dia tidak memecahkan hatinya kepada dua, cintanya utuh pada Farrah sejak di bangku sekolah lagi, tetapi dia tidak sampai hati untuk berterus terang, dengan status anak yatim, Rayyan begitu bersimpati dengan Habibah, dialah insan yang satu-satunya paling rapat dan dipercayai oleh Habibah satu ketika dahulu. Dia lega apabila wanita itu berjaya menamatkan pengajiannya dan beroleh pencapaian akademik yang cemerlang. Disitulah dia mengambil keputusan untuk berundur secara diam-diam. Dalam diam juga, dia berasa serba salah.
Takdir menentukan sepupunya yang tidak berguna itu menikahi Habibah untuk kepentingan peribadi. Disitulah dia berasa bersalah buat kali kedua terhadap wanita itu. Dia cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan dan berusaha untuk mendekati Habibah semula dengan tujuan yang baik, namun nasib tidak memihaknya. Arghh!!! Rayyan menghela nafas panjang.
“Tapi…” kata-kata Habibah terhenti.
“Kenapa?”
Habibah tersenyum lembut. Matanya turut berkelip perlahan.
“Rasanya kalau Daniel ada, tak adalah teruk sangat Bibah rasa bang…”
Rayyan terpempam. Serasa seperti kilat baru sahaja menyambarnya. Namun panahan kilat itu tidak pula mematikan jasadnya, sebaliknya menghumban dia jauh ke dalam gaung, gaung yang dipenuhi dengan nista dan serba salah. Maafkan abang Bibah, andainya abang tidak menghampiri Bibah di kafe tempoh hari, mungkin rumahtangga Bibah tidak akan terganggu, rasanya Qassif Daniel sekarang tengah membelai-belai perut Habibah, dan abang tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan itu demi untuk menenangkan Bibah. Maaf abang!
Mata Rayyan memandang sayu ke arah perut Habibah.
AKULAH wanita yang selayaknya untuk Qassif Daniel! Suara bongkak berbisik di dalam hati Sophia Ezara. Dari kecil lagi, aku pasti akan mendapatkan apa yang aku suka, dan aku tidak perlu bekerja keras untuk menjadikan segalanya milik aku. Aku mampu, keluarga aku berpengaruh dan berkemampuan, tiada yang harus menjadi milik orang lain sekiranya pemunya itu ditakdirkan adalah aku.
Takdir?
Kenapa perlu aku percaya pada takdir? Bibir mungil milik Sophia Ezara mengulum senyuman sinis. Aku yang menentukan takdir hidup aku sendiri.
“I tak boleh nak decide on our wedding date lagi,” suara Qassif Daniel kedengaran begitu lemah sahaja.
Sophia Ezara merenungnya tajam, dengan anak yatim itu, mudah sungguh engkau memutuskan untuk berkahwin dengannya, hanya dengan sepetik jari, dengan sekelip mata! Tapi dengan aku? Hey, come on Daniel… Aku bercinta dengan kau lebih dari sepuluh tahun. Suara-suara itu kian menghentam sudut hati Sophia Ezara.
Namun, disebalik suara-suara itu, Sophia Ezara memaniskan wajah dan memberikan kekasihnya senyuman yang cukup manis.
Dia memang bijak dengan permainan psikologinya.
“It’s okay Daniel, I understand.”
Sophia Ezara mengutuk diri sendiri kerana menipu dirinya. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, dia semakin kehilangan dirinya, semuanya disebabkan Qassif Daniel, kekasih hatinya.
Selama ini, dia tidak pernah merasa dicabar, sebab itu dia memberi laluan kepada Qassif Daniel untuk menikahi Habibah sebab dia tahu, perempuan jenis itu tidak mungkin menjadi pilihan lelaki yang berstatus elit itu. Dia kenal benar dengan Qassif Daniel yang menjaga status diri dan juga kedudukannya, tidak mungkin begitu mudah dia mahu meluangkan seumur hidupnya dengan wanita seperti Habibah.
Sophia Ezara sendiri tidak pernah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, dia perlukan kareer lebih daripada perkahwinan, dia perlukan nama dan status lebih daripada komitmen rumahtangga. Dia perlukan kedudukan di persada dunia korporat lebih daripada bergelar seorang isteri.
Tapi… mengapa dia terasa dengan kehilangan Qassif Daniel? Mengapa dia menggelabah apabila Qassif Daniel semakin jauh dari dia? Mengapa dia harus mengorak langkah sejauh ini semata-mata untuk mendapatkan semula perhatian dari Qassif Daniel?
Sophia Ezara benar-benar tidak memahami hati wanitanya.
[BERSAMBUNG]
akhirnya...tak sabar tiap2 minggu nak tunggu hari jumaat...kadang2 ari khamis da check ur blog...nak tengok entry terbaru....
ReplyDeletebetul tu setiap hari Jumaat mesti tengok blog ni jika ada entry baru. Dah
ReplyDeletetak sabar dh nak tunggu entry baru lagi. kesian dengan Bibah ye. Semuga
adalah keajaiban untuk Bibah, Daniel tak jadi kawen. Nampaknya Sofea ni
semakin angkuh seolah dia boleh menentukan takdirnya sendiri.
KESIAN HABIBAH TAPI KENAPA MASIH MENGHARAP LAGI PADA DANIEL POYO TU GERAM LA APA PUN BEST .
ReplyDeleteTak best. Daniel masih sombong. Kesiannyaaaa Bibah. Eh, bukan karya yang tak best tau. Situasi Bibah tu yang tak best. Daniel...wake up!
ReplyDeleteTq val for this entry.....eager to know what will happen to bibah & daniel...
ReplyDeletelamanya 4 bulan daniel x jenguk bibah.......GRRR.....DANIEL NI X SAYANG BIBAH LANGSUNG!!!
ReplyDeletealah val...kalau dibukukan terus kan bagus.....nda cukup nie
ReplyDeletethk you VAL for the entry on time..... jln cerita mengashikkan n tak sabar utk next entry. Chaiyooo..... cepat semboh ya don't skip your medicine VAL good luck
ReplyDeletePanjangkan sikit jalan cerita boleh tak.huhu tk puas bace.. :)
ReplyDeleteAduhi....xpuas la....xsabar nak tggu next week..tgh nak syok ni....;-))
ReplyDeletethank you...tak sabar tunggu next n3 :)
ReplyDeletesuka dengan flow cerita ini..
ReplyDeleteNak lagi baca n3 seterusnya tak sabar nak tunggu hari jumaat
ReplyDelete