Sila abaikan luahan perasaan seorang ibu yang menghadapi tekanan kehidupan pada entri yang lepas. Biasalah asam garam kehidupan, ada naik ada turun, ada suka ada duka. Luahan itu bukan untuk meraih simpati atau hendak memarahi sekolah charm charm, sekadar keluhan dan tekanan kehidupan hahaha... bah apa pun itulah dipanggil "Kehidupan" bah...
Ini sebelum peristiwa karipap.
Mari kita elaborate sedikit pasal aktiviti ni, aktiviti keluarga sangat wajar dipraktikkan terutama pada generasi masa kini, ini adalah satu-satunya cara untuk kita merapatkan silaturahim sesama keluarga dan menjamin kebahagiaan di dalam bekeluarga. Ada banyakkkk aktiviti yang boleh kita lakukan, jangan terhadkan idea anda, antara yang anda boleh cuba ialah: Mencuba resepi baru bersama keluarga tercinta, tidak sedap tidak apa, yang penting "kebersamaan" itu.
Charm Charm banyak sangat menonton Youtube. Dia sangat teror di dalam menjelajah dunia Youtube dan banyak benda-benda duniawi yang ingin dilakukannya hasil ilham dari dunia media sosial.
Salah satunya, baking.
Bapa Tua (Panggilan untuk uncle dia, suami kepada kakak sulung daddy-nya) menyambut hari jadi yang ke awal 40-an hehe sejurus selepas Krismas tahun lepas, jadi sebagai lambang kasih sayang kami yang tidak ternilai kepada Bapa Tua Charm Charm ni, kami sekeluarga bersatu hati untuk membuat cup cakes.
Cup cakes youu... ko ada?
Sebelum tu kejadian di kedai menjual bahan-bahan kek:
Daddy : S, bagus ko bili set yang ini, murah saja, senang mo ukur bahan-bahan kek ko nanti.
Mommy : Eeee... nda payahlah tu main agak-agak saja, membazir saja.
Mee Sedaap yang dimasak oleh Daddy sebelum acara mem-baking bermula. Besen inilah yang menjadi perkongsian kami tiga beranak.
Setelah memasukkan segala bahan yang diperlukan, mixer pun menjalankan tanggungjawabnya, pusing punya pusing, gaul punya gaul... adunan sempurna terhasil.
Charm-Charm membuat dan menyusun atur apa yang patut, dia pun tersangatlah terujanya...
Isi dalam bekas, pop masuk dalam oven. Tungguuuu....
Inilah resepi yang kena print dari internet, lemon cupcakes youu...
Tempat untuk menyelongkar bahan-bahan kek di dapur kami...
Sempat membakar sayap ayam sementara menunggu cup cakes kami siap
Cupcakes yang telah siap dihias oleh Charm-Charm.... cantik tak?? eh mana icingnya? owh ada..ada... jap ek. dan... manik warna-warni tu Charm Charm yang beli =D
Oh ya, mari saya tunjukkan icingnya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hahahah
Apasal jadi scrumble eggs ni?
Alkisahnya kami tersalah tuang cream, instead of tuang the whipping cream, kami tertuang the cooking cream, cair siutt... putih telur dan kuning telur dah siap diasingkan, malangnya silap teknik dan kebodohan melanda sebab tidak membaca nama cream pada kotak... inilah padahnya... icing tidak menjadi terus-terusan menjadi cair, we got no choice dah... daddy pula sayang mo buang icing yang tidak menjadi, dicampur sekali dengan kuning telur dan digoreng hahahahaa....
Rasanya?? Mestilah manis lemak yaiiiii nda sadap.... nasib baik Memex suka. Tapi serius, rasanya memang teruk. Walaupun teruk rasanya, kami bawa juga cupcakes ni untuk Bapa Tua hehehe... komen mereka? Eleh nda payahlah sibuk mo tanya-tanya *padahal takut kena kutuk*
Orang bilang malu bertanya sesat jalan kan? Tapi dalam kes kami ni dikecualikan sikit, biar sesat asalkan jangan banyak tanya hehehe.... nanti orang minta resepi kan susah, nda pasal-pasal glamour.
Cupcakes tu pun nda sadap... lembap semacam, daddy bilang terlebih tepung kahkahkah...
Moral of the story:
Belilah penyukat yang betul bukan main redah jer... so jangan keras kepala bila laki suruh beli penyukat yang sebenarnya hahahaha...and, baking and I have no chemistry... hahahaha
But on top of all, we got the real fun people!
Mau lagi dengar kisah mem-baking kami yang lain?
Oklah tu, Vel. Baru pertama kali bah, nanti sudah acap kali pasti ok punya dan bestnya buat kuih satu family ( romantiknya).
ReplyDeleteHi Zu... cubaan untuk sentiasa romantik hahaaa, anyway thanks for visiting darling!
DeleteMcm sedap bah tinguk pic nya.. tp RASAnya...nda mau sa tny.. nti klu sudah ko expert ko kasi tau sa .. biar sa TOLONG RASA. ok... heheheehe...
ReplyDeleteskrg jgn dulu nti masuk hospital kena salmonella haha
Delete