Salam Fiza,
Aku sihat. Kau?
Aku sangat gembira Fiza, akhirnya suami aku dapat menerima diri aku seadanya, doa aku akhirnya dimakbulkan. Sebetulnya, aku belum bersedia untuk bernikah tapi mungkin dah disuratkan jodoh aku, dan aku berdoa agar hubungan kami suami isteri akan berkekalan hendaknya.
Aku benar-benar rindukan kau, jangan lupa balik tau! Banyak benda aku nak cerita pada kau… aku nak kenalkan kau pada Qassif Daniel, suami yang amat kucintai.
Bibah
Habibah menutup komputer ribanya. Jam di dinding dikerling. Hampir jam sebelas pagi! Habibah segera berlari ke bilik tidur utama, dia perlu menyiapkan diri kerana sebentar lagi Maya akan menjemputnya, pembantu peribadinya begitu setia melayaninya dan juga sentiasa memberikan khidmat nasihat berkenaan dengan fesyen dan imej. Habibah juga makin pandai bergaya, dia ingin kelihatan cantik dan berkeyakinan di hadapan suami tersayang, Qassif Daniel.
Butik H&M yang baru membuka cawangan di Bukit Bintang khabarnya memberi kadar potongan yang menarik sempena pelancaran butik barunya, kalau diikutkan hati Habibah, dia memang tidak memerlukan pakaian yang serba mahal, namun Maya telah membuat senarai kenapa dia perlu tampil menawan, lebih-lebih lagi apabila bersuamikan seorang peneraju syarikat korporat. Imej adalah asset yang perlu dijaga.
Namun kehidupannya sebagai isteri seorang ahli korporat sebenarnya masih lagi dirahsiakan walaupun tidak sepenuhnya, Qassif Daniel masih tidak terbuka sepenuhnya untuk mendedahkan identiti isterinya. Mempunyai seorang isteri yang identitinya tidak dikenali ramai cukup memberikan kehidupan mereka satu privasi. Habibah juga sebenarnya lebih senang begitu kerana dia belum benar-benar bersedia untuk bergelumang dengan dunia korporat, sebagai isteri seorang ahli korporat muda yang berjaya.
*****
Sophia Ezara menghempas sampul surat bersaiz A4 yang berwarna kuning coklat ke atas mejanya. Hatinya memang panas, dugaannya selama ini ternyata benar, Qassif Daniel sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Siti Salmi, setiausahanya terkocoh-kocoh masuk apabila dilihatnya wajah masam Sophia Ezara, wanita itu jarang sekali marah namun sekiranya angina kurang baiknya datang, Siti Salmi perlu segera masuk ke dalam pejabat Sophia Ezara.
“Cik… Cik Sophia…” ujar Siti Salmi tergagap-gagap.
Sophia Ezara memandang tepat ke wajah Siti Salmi seperti hendak menelannya. Siti Salmi kecut perut, fuh! Ini marah lahar gunung berapi ni!
“Cik Sophia…” ujar Siti Salmi sekali lagi sambil menelan air liurnya yang kering. Memang azab kalau Sophia Ezara yang naik darah.
“Siti, awak keluar dulu!” Perintah Sophia Ezara.
Siti Salmi segera bergegas keluar, sesampainya di tempat duduk, dia terus mengurut dada, dua berdoa agar api kemarahan Sophia Ezara akan segera reda, biasanya wanita itu marah hanya sekejap saja, lepas itu dia akan kembali seperti biasa. Siti Salmi benar-benar berharap.
Sampul surat berwarna kuning coklat ditenung dengan perasaan yang menyampah. Tapi mengapa tiba-tiba hari ini baru aku merasai sakitnya hati ini? Sedangkan selama ini aku sering mengendahkan dia? Adakah selama ini aku cukup yakin yang dia akan tetap menjadi milikku? Batin Sophia Ezara terus menjerit.
Sampul surat itu diangkat, beberapa keping gambar Qassif Daniel dan Habibah meruntun jatuh, jelas sekali kemesraan mereka berdua, berjalan sambil berpegangan tangan, makan sambil saling bersuapan, dan Qassif Daniel memeluk mesra Habibah. Habibah, dasar perempuan tak sedar diri! Tanpa disedari gelas air di atas meja telah pecah dibaling ke dinding.
“Cik Sophia?!” Wajah panik Siti Salmi terjengul di balik muka pintu. Apa kena bos aku ni? Tak pernah dia marah sampai dasyat macam begini.
Sophia Ezara mengorak langkah keluar dari pejabatnya menuju ke bilik air, air matanya sudah tidak tertahan, dia masih mengekalkan ego tidak ingin menumpahkan walau setitik pun air mata di hadapan Siti Salmi.
Siti Salmi bergerak ke arah meja Sophia Ezara, jantungnya turut berdebar apabila melihat gambar-gambar yang bertaburan di atas meja Sophia Ezara, persoalan kepada kemarahan majikannya serta merta dijawab! Namun Siti Salmi terus panik dan serba salah, perlukah aku kemas meja dia ni?
Tanpa berfikir panjang, Siti Salmi terus mengemas meja Sophia Ezara, kepingan gambar yang bertaburan disumbat laju ke dalam sampul surat yang berwarna kuning coklat. Siti Salmi pantas membawa sampul surat itu keluar dan menyimpannya di dalam laci.
Punat telefon ditekan dan Siti Salmi meminta bahagian pentadbiran segera menghantar cleaner untuk mengemaskan kaca yang bertaburan. Dia tidak ingin perkara yang lebih buruk berlaku, biasalah orang yang emosional kadang kala akan bertindak ganas di luar sangkaan, dia membayangkan Sophia Ezara mengutip serpihan kaca dan menggores pergelangan tangannya dan darah-darah pun jatuh menitis ke lantai, ishhh…. Siti Salmi segera menampar pipinya sendiri.
Siti Salmi tidak sedar bila masa Sophia Ezara masuk semula ke pejabatnya. Sedar-sedar Sophia Ezara keluar dari pejabatnya sambil menghulurkan tangannya, dalam takut-takut Siti Salmi menyambut tangan Sophia Ezara walaupun dia tidak tahu bermotifkan apa.
“Envelope!” Kata Sophia Ezara sambil menepis tangan Siti Salmi.
Bagaikan robot, Siti Salmi bergegas membuka lacinya dan menyerahkan sampul surat yang belum pun sampai sepuluh minit menjadi penghuni laci itu, Sophia Ezara merampasnya kasar dan berlalu pergi keluar dari pejabat.
Siti Salmi mengenangkan semula kronologi kejadian, kemudian dia tersenyum sendirian memikirkan kebodohannya menyambut huluran tangan Sophia Ezara, ingatkan majikannya itu hendak menyalaminya.
*****
“Dah siap?” Maya menyapa Habibah sebaik sahaja pintu kondominium itu terbuka, habibah hanya tersenyum mengangguk.
“Jom!”
Kedua wanita itu jalan beriringan sambil berbual santai menuju ke lif. Maya sungguh teruja dengan kerjaya pilihannya sebagai personal shopper, kerjaya yang masih belum berleluasa di Malaysia namun satu kerjaya yang cukup mengujakan kalau di benua Eropah. Maya juga merupakan seorang perunding imej yang bertauliah, dia sememangnya menggemari fesyen dan imej dan menjadi bidang perundingan sebagai sumber rezeki, buat masa ini dia mempunya beberapa orang klien, yang paling kerap dikunjungi tentunya Habibah kerana wanita itu tidak mempunyai asas di dalam pemilihan fesyen dan imej.
“Macam mana hidup berumahtangga?” Soal Maya ketika mereka berada di dalam kereta yang dipandu oleh Maya.
“Okey, fun and interesting!” Balas Habibah sambil tersenyum penuh makna.
“Wow!” Maya ketawa, “To be honest when I met you for the first time in that house, I was thinking manalah si Daniel kutip budak kampung ni hahaha…” Maya melambungkan ketawanya namun Habibah tidak pun terasa hati, wanita itu memang jujur dan semakin rapat dengan dirinya.
“Then when I heard the story of you, then only I impressed with Daniel, sungguh mulia hatinya,” kali ini Maya memuji Qassif Daniel. Habibah agak terasa kali ini, dia sedar pada mulanya rumah tangganya hanya berdasarkan kontrak semata-mata, kontrak yang tidak pernah dilihat di mata orang lain, bahkan Habibah masih merahsiakannya dari Maya. Arghh buat apa aku nak kenang kisah lampau, kan suamiku dah berubah?
“Okey, kita dah sampai,” Maya membuka tali pinggang keledarnya, begitu juga Habibah.
“So… are you ready for shopping?” Maya memang nampak teruja. Habibah sekadar memberikan senyumannya.
“Let’s!”
Kedua-dua wanita itu kemudiannya keluar dari kereta dan masuk ke perut pusat membeli-belah itu.
Tanpa mereka sedari, setiap langkah mereka diekori, dan dirakamkan.
*****
Sophia Ezara menerpa masuk dan menghempaskan sampul surat berwarna kuning coklat ke atas meja Qassif Daniel. Amira, setiausaha Qassif Daniel turut tersentak dengan tindakan luar biasa Sophia Ezara.
Qassif Daniel memberi isyarat untuk Amira keluar terlebih dahulu dan Amira hanya mengganguk hormat.
“What kind of games you are playing?”Bidas Sophia Ezara, wajahnya serius.
“Games?” Qassif Daniel menggagak kunjungan mendadak Sophia Ezara pasti ada kaitannya dengan Habibah, adakah Sophia Ezara sudah mencium sesuatu?
“Ini!” Sampul surat ditunjuk dengan kasar.
Qassif Daniel memandang sampul surat tersebut dan hatinya berbelah bahagi samaada membukanya atau tidak.
“Kenapa tak nak buka? Takut?” Sophia Ezara mencebik sinis. Wajah cantiknya kelihatan sungguh menakutkan pada saat itu.
“You nak apa sebenarnya?” Qassif Daniel cuba mengalihkan perhatian Sophia Ezara.
“I nak apa? Takkan itu pun you tak tau?” Semakin sinis Sophia Ezara.
“ I memang tak tau!”
“You tipu I!”
“Tipu?”
“Ya!”
Qassif Daniel mengeluh. Perasaannya bercampur baur, tapi aku tak salah!
“Sampai parents I punya wedding anniversary pun youdah tak ingat! Ni semua mesti disebabkan oleh perempuan itu!”
“Jangan salahkan Habibah, please Zara!”
“Oh yeah, her name is Habibah! Now I can remember,” Sophia Ezara tersenyum mengejek, “Come on Daniel, she is not your taste.”
“What makes you think that way?” Qassif Daniel menahan marahnya untuk meledak.
“Because you told me that before!”
“Well, manusia boleh berubah Zara.”
“But not you Daniel!”
Daniel memegang kedua bahu Sophia Ezara.
“Come on Zara, we are both adult okey, kita masih boleh berbincang dengan baik.”
Sophia Ezara memandang tepat ke arah wajah lelaki yang selama ini tidak dirasai kehadirannya, tapi tiba-tiba dirasai kehilangannya, kenapa?
“But you lied to me…”
“I cuba cari masa yang sesuai untuk bagitahu you, I am not lying here okey?”
Sekali lagi Qassif Daniel mengeluh. Bahu Sophia Ezara dilepaskan.
“Daniel…”
Qassif Daniel menoleh.
“Kalau perkara ini boleh selamatkan hubungan kita, I will do it. Let’s get married!”
Qassif Daniel terpanar. Kahwin?
Bunyi telefon bimbit Sophia Ezara memecah keheningan, namun tidak dijawabnya. Sekali lagi dia berbunyi, Sophia Ezara mengerling nombor yang tertera lantas menjawabnya.
“Hello… really? Kat mana? Okey tunggu kat sana…”
Sophia Ezara menyimpan telefon bimbitnya dan meraih beg tangannya, sepantas kilat dia menarik tangan Qassif Daniel.
“Jom! I nak tunjukkan you sesuatu.”
Qassif Daniel yang masih termangu tidak dapat mengelak, dan keduanya melangkah laju menuju ke arah lif.
***
Bibah sayang,
Aku bersyukur dengan kebahagiaan kau. Kau memang layak untuk kebahagiaan yang kau cari, aku masih ingat masa kita di rumah anak yatim dulu, kau mengimpikan kebahagiaan di dalam membina keluarga kau sendiri, kau mahu mengisi segala kekosongan lepas dengan membina keluarga bahagia yang kau impikan, Insyaallah Bibah, Tuhan akan mendengar setiap doa-doa kita, asalkan kita ikhlas dan rajin berusaha.
Aku akan balik, aku akan jumpa kau semula. Aku pun dah lama hidup merantau demi menimba ilmu, banyak yang aku pelajari di sini, Insyaallah lagi dua tahun penggajian aku akan tamat, aku akan buat housemen ship di Malaysia dan akan berbakti di negara sendiri.
Syukur Bibah. Kita semakin dekat dengan impian masing-masing. Tekadkan hati dan jangan berhenti mengejar…
Aku sayang kau.
Fiza.
[BERSAMBUNG]
-----------------------------------------------------------------
Hope you guys are enjoy reading this chapter :)
Best nak lagi.
ReplyDeleteSaya pun nak lagi...
ReplyDeletebaru je jumpa novel ni kat penulisan2u wat hati nak terus baca.....hehehehehe
ReplyDeletebest gilak nie....
wow best tapi bab 18 x jumpa bah sembunyi di mana sih
ReplyDeletefirst time t'nampak nme heroin tu.. trus xcited nk bce.. dari x pernah minat m'baca trus jadi minat.. n now.. btul2 x sabar nak tggu bab seterusnya.. :D
ReplyDeleteHello the rela BIBAH... nice meeting you, nama ni klasik and I suka sangat!!
Deleteermmmm mana bab20 ni...xsabar nk bacaaaa.
ReplyDeleteHAPPY NEW YEAR kak Velarie !!!! :D
Best cerita ni. Tak sabar tunggu smbungnnye. Hehehe...
ReplyDeletemana sambungan cerita nie .... penat tungguuuu
ReplyDelete