Tuesday, December 10, 2013

Isteri Kontrak :: Bab 17

Para pembaca sekalian,
Kalian adalah momentum kepada diri ini untuk terus berkarya
Minta maaf...
kerana kadangkala kesibukan memakan diri dan tidak sempat menyiarkan bab yang sepatutnya...
Lantaran itu,
Saya menghadiahkan bab ini kepada anda semua, terima kasih kerana berada di sana untuk terus menyokong saya dan memberikan saya kekuatan untuk meneruskan novel ini.... :)

_________________________________________

Habibah menggeliat sedikit dan membuka matanya, suasana bilik masih gelap. Dia mencapai jam di meja tepi katil, sambil mengesat matanya yang masih berat, dia berusaha juga mencari jarum angka jam.

Jam 5.30 pagi.

Habibah menguap sambil menutup mulutnya dengan tangan kanan. Segera dia bangun, Habibah tersentak dengan keadaan dirinya yang hanya dibaluti selimut tebal. Terasa darahnya menyirap ke muka, Habibah cuba mengingati apa yang terjadi malam semalam. Samar-samar kejadian semalam, Qassif Daniel suaminya yang berkelakuan tidak seperti hari-hari yang sudah, Qassif Daniel yang tiba-tiba menjadi marah dan kemudian menjadi lembut hati dan…

Habibah menekup mukanya sendiri, perasaan malu menyelinap ke dalam dirinya, Habibah telah menikmati malamnya yang indah, yang dia sendiri tidak menyangka akhirnya dia menyerahkan mahkota yang disimpannya hampir dua puluh empat tahun, kepada seorang suami yang dicintainya.
Habibah terasa malu sangat namun dia tetap tersenyum. Teringatkan sesuatu, Habibah pantas menoleh ke sebelahnya namun ruang itu kosong. Habibah mengeluh berat. Qassif Daniel telah pergi, sekali lagi tanpa pesan, mungkin dia ada kerja tapi kenapa awal sangat, subuh buta sudah menghilang. Merajuk sikit hatinya.

Habibah lantas melangkah ke kamar mandi, dia perlu membersihkan diri dan mempersiapkan diri untuk solat subuh. Dia ada keperluan yang lain sebelum dia boleh mengerjakan solat, dia perlu mandi dan menyucikan diri.

Selesai mengerjakan solat subuh, Habibah yang masih bertelekung melangkah keluar dari bilik tidur hendak ke dapur, tekaknya perit dan perlu dibasahi dengan air, biasanya dia akan membawa air masak ke bilik tidur sebelum tidur malam namun kejadian semalam tidak memungkinkan banyak perkara, Habibah tersenyum lagi.

Langkahnya mati di ruang tamu, di dalam gelap dia menangkap sesusuk tubuh yang tidur bersandar di sofa. 

Qassif Daniel!

Bagaimana aku tidak terfikir bahawa dia tertidur di luar? Habibah menyalahkan diri sendiri, dia kesal kerana tidak menyedari suaminya masih berada di dalam unit kondominium mewah itu. 

Habibah merapati Qassif Daniel yang tidur bersandar, belas hati Habibah mengenangkan ketidak-selesaan Qassif Daniel sepanjang malam. Tangan Habibah mengusap lembut pipi Qassif Daniel dan lelaki itu terjaga, kelopak mata yang masih berat dibuka perlahan dan digosoknya perlahan.

“Awak… kenapa awak tidur di sini?” Lunak manja suara Habibah menggetarkan hati Qassif Daniel.

Qassif Daniel mencapai tangan Habibah dan menciumnya. Habibah yang agak tersentak hanya membiarkan Qassif Daniel meletakkan tangannya diantara pipi dan bahu lelaki itu, hati Habibah dihujani bahagia.

“Awak, apa kata awak pergi mandi dan solat, saya sediakan sarapan okey?” Habibah ingin membunuh kejanggalan sebenarnya.

Qassif Daniel bangun dan memeluk Habibah, dahi isterinya dicium lembut.

“Okey, saya mandi dulu, awak tak payah sediakan sarapan, saya bawa awak keluar, kita sarapan dekat luar saja, okey?”

Habibah tidakmembantah. Dibiarkan tubuhnya dibuai-buai dalam pelukan Qassif Daniel. Oh Tuhan, inikah erti kebahagiaan yang sebenar? Habibah terasa kolam matanya mulai panas.

“Awak?” Qassif Daniel mendongakkan wajah Habibah, “Jangan menangis lagi, okey?”

Habibah mengangguk dan menyeka air matanya.

“Awak pergi bersiap, kejap lagi kita keluar, okey?”

Habibah mengangguk sekali lagi.


*****


Qassif Daniel membawa Habibah bersarapan di Saujana Golf Club, tempat itu selalunya menjadi tumpuan para pemain golf di awal pagi untuk bersarapan sebelum memulakan permainan mereka.

Qassif Daniel benar-benar telah berubah, dari keluar rumah hingga masuk kereta sehinggalah sampai ke Saujana Golf Club, tangan Habibah tidak lepas dari genggamannya. 

Mereka mengambil tempat duduk di luar restoran yang menghadap padang golf nan hijau luas terbentang. Pilihan Qassif Daniel kerana mahukan privasi bersama Habibah, sebaik sahaja pelayan siap mengambil pesanan mereka, Qassif Daniel kembali mengelus jari-jemari habibah yang duduk berhadapannya, entah mengapa, dia seperti tidak ingin lepaskan Habibah. 

“Awak…”

“Ya?”

“Kenapa awak tiba-tiba berubah?”

Qassif Daniel terdiam.

“Awak berubah dengan mendadak,” Habibah meneruskan kata-katanya.

“Tak ada apalah,” Qassif Daniel tersenyum bahagia, “Awak tak suka kah?”

Habibah tersenyum malu.

“Saya nak bawa awak pergi berbulan madu.”

Satu lagi kejutan buat Habibah, sudah hampir dua bulan mereka bernikah dan selama ini hubungan mereka selama ini adalah amat dingin. Tapi semuanya berubah sekelip mata dan hubungan mereka bagaikan disirami dengan air segar dan ditaburi baja yang subur.

“Terima kasih awak.”

“No more crying please…”

Habibah tertawa kecil sambil menyapu air mata yang kian galak mengalir.

Selesai bersarapan, Qassif Daniel memimpin tangan Habibah menuju ke kereta, kemesraan yang ditunjukkan oleh Qassif Daniel ternyata bukan pura-pura, tetapi lelaki itu nampak bersungguh-sungguh di dalam hubungan yang baru diterokainya itu.

Ketika Qassif Daniel hendak masuk ke dalam kereta, bahunya ditepuk dari belakang, Qassif Daniel tersentak.

Tan Sri Adnan Hashim!


“Assalamualaikum uncle…”
 

“Waalaikumsalam, dari mana ni?”

“Dari bersarapan,” Qassif Daniel yang sedikit terkejut cuba untuk berlagak selamba.

“Tak kerja ke hari ini?”

“Sekejap lagi uncle, uncle nak ke mana ni?” Qassif Daniel saja mengubah topik agar Tan Sri Adnan Hashim tidak bertanyakan hal Habibah.

“Ada golf tournament…

Good morning Tan Sri,” satu suara memintas perbualan mereka, Qassif Daniel menarik nafas lega dan segera meminta diri selepas bersalaman dengan Tan Sri Adnan Hashim.

Qassif Daniel segera melarikan keretanya keluar dari Saujana Golf Club. Bukannya dia tidak mahu memperkenalkan Habibah namun dia tidak mahu ada sebarang kesulitan ke atas Habibah kelak. 

“Awak…”

“Erm…”

“Hari ini saya ada beberapa temujanji, saya kena masuk pejabat, awak balik dulu dan rehat. Petang nanti saya balik okey?”

Habibah tersenyum sambil mengangguk.

“Awak?”

“Ya?”

“Siapa tadi tu? Kenapa awak macam nak lari daripada dia?”

Qassif Daniel mendengus lemah, “Kalau awak nak tahu, itu ialah Tan Sri Adnan Hashim, ayah Sophia Ezara.”

Habibah terdiam. Qassif Daniel turut diam. Masing-masing melayan perasaan dan cuba menggambarkan masa depan masing-masing dengan kemelut kehidupan yang telah dan akan tercipta.
Sampai di lobi kondominium, Habibah meminta diri untuk naik ke atas sendirian, tangan Qassif Daniel dikucup dan Qassif Daniel turut menghadiahkan ciuman selamat tinggal di dahi isterinya. Selepas berjanji petang nanti untuk bersama isterinya semula, Qassif Daniel meluncurkan keretanya untuk balik ke rumah keluarganya, dia tidak mempunyai pakaian pejabat di rumah Habibah, dia perlu balik ke rumah keluarganya untuk bersiap ke pejabat.

Habibah keluar dari lif dan berjalan menuju ke unit kondominium yang dihuninya, segugus kunci di tangannya bersedia dipilih untuk menembusi corong pintu.

“Bibah…”

Pantas Habibah menoleh ke belakang.

“Mommy?”

Datin Zubaidah yang nampak anggun dengan kaftan biru laut berona merah lembut, bertudung merah lembut dan berseluar panjang berwarna putih, kombinasi warna yang sungguh menyegarkan. Habibah pantas mencapai tangan Datin Zubaidah dan menciumnya, kedua-dua belah pipi wanita itu turut diciumnya. 

“Kenapa mommy datang tak bagitahu awal-awal? Lama dah tunggu?”

“Tak lama, baru juga,” senyum terus memekar di bibir Datin Zubaidah.

“Masuklah mommy.” Ajak Habibah terkocoh-kocoh membuka pintu rumah.

Datin Zubaidah melangkah masuk sambil memandang sekeliling rumah, inilah kali pertama dia menjejaki kaki ke rumah menantunya itu. Tidak banyak perabot yang ada namun semuanya nampak tersusun dan teratur.

Habibah muncul dari dapur sambil menatang talam yang ada seteko nescafe panas dan dua biji cawan. 

“Minumlah mommy, maaf cuma ini yang ada,” jemput Habibah dengan rasa rendah diri. Barang keperluan dapur di rumahnya memang agak terhad kerana hanya dia seorang yang menghuninya. Mungkin selepas ini dia kena beli barang-barang dapur lebih sedikit kerana Qassif Daniel, suaminya akan lebih kerap berkunjung.

Datin Zubaidah mencapai cawan yang berasap tipis dan menghirupnya perlahan, selepas itu dia meletakkan semua cawan di atas meja kecil di hadapannya.

“Daniel bermalam di sini kah semalam?”

“Erm… ya… ya mommy,” ujar Habibah malu-malu.

Datin Zubaidah dapat menangkap apa yang telah berlaku pada kedua mereka, denga seyuman yang penuh makna, dia mengenggam erat jari jemari Habibah.

“Tak apa Bibah, memang patut Daniel jaga kamu, apa yang hendak kamu segankan?”

“Selama ini Daniel tak pernah pun bermalam di sini,” jelas Habibah jujur.

“Sudah tiba masanya, lagipun kamu suami isteri, memang patut tinggal sebumbung, bukan seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir,” ucap Datin Zubaidah panjang lebar. 

Habibah hanya mengangguk tanda hormat.

“Bibah, Daniel tak susah dijaga, dia sebenarnya seorang yang suka dimanjai, dia nampak saja keras tapi hatinya lembut,” Datin Zubaidah nampaknya benar-benar ikhlas merestui hubungan mereka suami isteri. “Kamu jaga makan pakai dia, tidur bangun dia, Insyaallah dia akan selalu balik ke sini, mommy pun senang hati kalau pintu hati dia benar-benar terbuka.”

Habibah sedikit terkedu.

Mommy sebenarnya ada hal nak cakap,” Datin Zubaidah terdiam sejenak, dia cuba mencari kekuatan untuk meluahkannya kepada Habibah.

“Apa dia mommy?”

“Bibah, hidup kita ini memang kadangkala satu perkongsian, kita tidak boleh lari dari kenyataan, mommy sangat berharap Bibah boleh bertahan.”

“Maksud mommy?”

Mommy sayangkan Bibah, macam mommy sayangkan Daniel, mommy tak nak kehilangan Bibah walau apa sekalipun, Bibah faham kan?”

Mommy?”

“Andaikata satu hari nanti Daniel hendak bernikah dengan Zara, mommy harap Bibah akan benarkan, dan pada masa yang sama mommy nak Bibah terus kekal menjadi sebahagian daripada keluarga kami, bolehkah Bibah berjanji?”

Habibah terdiam seketika, namun dasar hatinya dia sebenarnya telah lama untuk bersedia demi kenyataan yang bakal menjelma itu.

Habibah tidak berkata apa-apa selain hanya mengangguk. Datin Zubaidah menarik nafas hiba dan memeluk menantunya itu.

Saat itu hati Habibah bagaikan dipalit sembilu.

[BERSAMBUNG]


__________________________

 Ermmm bah!
Jangan over feeling k... apa agaknya jalan cerita yang kamu semua idamkan?
Mahukan kebahagian itu milik hakiki pasangan ini?
Atau mahukan watak antagonis Sophia Ezara?

Sila komen :)

19 comments:

  1. wahh...bab 17...teruja sgt2...tq...tq..tq...

    ReplyDelete
  2. waaaa.... sa mau tu bibah dan daniel bah... thanks amoiii for this entry....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah happy ending nanti wpun badai melanda kan...:)

      Delete
  3. thank for this bonus entry... tak mau sedih2 sangat.. konflik sure ada dlm rumahtangga tp yg penting happy ending....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti happy ending tapi buat sedih dulu lah bah ok :)

      Delete
  4. Wah.. ini di kira n3 bonus. Jalan cerita semakin menarik. Kalau di tanye pilihan, rasanya msh blm puas lg dgn cerita bibah dan daniel.
    Kalau boleh kan, nak minta cik writer panjangkan lagi skit setiap n3 yg akan datang. Can't wait for next n3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak bab nanti misz zazaa... sbb tu entri pendek2 :)

      Delete
  5. ha...mestilah nak yang happy ending...qasif n bibah how sweet...:)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. welcome zuriah :) boleh nanti keep on visiting ya...

      Delete
  7. best3x.... xsbar nk tgu next n3... jumaat dtg cepat cikit...!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. today's friday... pasti ada entrinya :)

      Delete
    2. xde pon...menunggu penuh harapan dpn pc ni tau.... :'(

      Delete
  8. Masih setia menanti chapter 18.. :'(

    ReplyDelete