Selamat kembali dari bercuti.
Kepada mommies yang bekerja, you go girls, marilah kita menjadi inspirasi kepada mereka yang lain supaya mereka tidak akan gentar untuk bergelar ibu yang berkerjaya hehehe....
To those stay at home moms, you must appreciate the times that you have with your kiddos, I envy you guys and if only I have the same opportunities :) Dealings with kids are fun but stressful sometimes... kan? I have only one kid but enough for me to run around like living in a circus hahaha...
Whatever it is, women must know how to live the life okey, must be strong, independent and creative. Have fun always, don't think too much on benda yang remeh temeh (we do right??) and keeps on praying for a better tomorrow, okey?
Simplicity makes the perfection!
Err.... I am suppose to mengulas on the jawaban :)
1# Siapakah nama penuh Charm Charm?
Charmaine Elyza
2# Berapakah umur Charm Charm?
Bulan Disember ni genaplah usianya 4 tahun, tarikh lahirnya jatuh hari yang sama dengan Sultan Selangor, sebab itu, satu Selangor akan bercuti :)
3# Konsert Tahunan Charm Charm pada tahun 2013 adalah konsertnya yang ke berapa?
Konsertnya yang kedua, tahun lepas merupakan konsertnya yang pertama. Beraksi di pentas pada usia dua tahun setengah :)
4# Siapakah nama kawan baik Charm Charm?
Luisa Marise, ibu bapanya adalah kawan baik kami suami isteri
5# Charm Charm merupakan anak tunggal?
Iya buat masa ini, sebab rezeki Tuhan yang pegang :)
Kamu mesti agak pelik kenapa saya teruja dengan anak sendiri kan? Hahaaa...
Sebabnya dia keajaiban yang terhebat pernah terjadi dalam hidup saya, kelahiran dia banyak mengubah hidup saya, dan saya banyak berubah kerana dia, kalau dahulu saya kerap mengejar dan mengejar dan bekerja keras untuk memenuhi kepuasan diri, kini saya menjalani hidup yang sangat berbeza, dan normal bagi seorang ibu yang ingin merakam sendiri perkembangan anaknya.
Tidak salah bagi seorang wanita mempunyai cita-cita yang tinggi, ikut pada pendirian masing-masing, tapi bagi saya, selagi hayat dikandung badan, semua itu boleh menjadi milik kita satu hari nanti, buat masa ini, saya mahu memberikan masa saya kepada anak saya, sebabnya 20 tahun akan datang, saya tidak akan berpeluang untuk mengembalikan detik-detik sekarang ini...
Saya tetap kerja makan gaji, :)
No comments:
Post a Comment