Hello, hai-hai, apa kabar kamu sekalian? Best kan hujung minggu, hari yang paling ditunggu-tunggu oleh sekalian alam hahaha... Bah walau apa pun marilah kita dengan semangat waja memulakan rutin kita di hari Isnin yang mulia ini, kepada cikgu-cikgu selamat bercuti, wahh best kamurang kan, cuti panjang... yang bekerja di office, erm... sedarlah anda tidak keseorangan hehe... yang housewives or stay at home mommies, wahhhh kerjaya yang sungguh diidam-idamkan oleh sekalian wanita... bertuahnya kamu!! (tolak tepi kerenah anak-anak yang sungguh-sungguh 'menghiburkan' jiwa haha).
Okey, minggu lepas merupakan minggu yang agak sibuk kepada diri yang tidak seberapa ini, kerja-kerja-kerja-ibu-kerja-ibu-kerja-ibu-penternak tegar haiwan-isteri heheheee... status isteri itu di belakang sekali haha... tidak apa daddy charm-charm sangat memahami orangnya =D (Iyalah tu!)
Sekadar gambar hiasan =D
Charm-Charm menggayakan baju tidur kebanggaan yang baru dibelinya di pasar malam, murah baju ni RM13 saja, murah kan?? yang penting ada sekumpulan Barbie di depan, terus hati tertambat.
Sebenarnya tujuan entri ini adalah untuk saya 'minta puji' (ayat keramat orang Sabah haha) dengan menu-menu kami over the weekend, saya tidak pandai masak tapi suka masak dengan menu yang pelik-pelik atau lebih sedap didengar, menu tradisional ciptaan sendiri...
Antara menu dinner kami minggu lepas, pantas dan tangkas saja disiapkan sebab tiap kali sampai rumah, jam di dinding pasti menunjukkan 7.45pm ke atas....
Masa penyediaan : 45minit
Ayam kicap potato, sayur kangkung & sayur manis goreng telur...
Masa penyediaan : 30minit
Nasi goreng kangkung (hehehe) & mee sedapp kari (hohoho)
Masa penyediaan : 1jam30minit
Disebabkan ada kunjungan hormat dari kakak ipar tercinta, dan kedatangannya memang seiring dengan selera yang mengaum, jadi terciptalah ayam kicap potato (this menu is more to Charm Charm actually, one of her favorite dishes) kailan ikan masin, sayur tutan bawang putih, sup wheatgrass biji teratai dan yang paling menang ialah tempoyak petai ikan bilis, tempoyak ni sedap dari Sarawak hasil ehsan Mama Martha :) terus hidup seperti di syorga...
Malam Sabtu lagi best... masak dan makan tidak sedar diri dan had berat badan tdiak diendahkan, apa yang penting adalah tembolok diisi penuh dan keperluan perut diutamakan... kunjungan hormat Mama Martha dan si kakak ipar memang sinonim dengan aktiviti makan, kalau ada dorang ni, memang...memang...memang *geleng-geleng*
Ayam tempoyak kentang dengan terung asam Sarawak
Ikan basung (sardin) goreng
Sup sayur gondola
Tempoyak petai ikan bilis berendam dalam minyak hehehe... hello kolestrol!
pucuk pakis belacan ikan bilis
Sup ikan basung (sardin) dengan buah bambangan muda, masam-masin-harum daun kunyit-pedas halia.... perghh!
Sayur buncis goreng telur
... dan yang paling menang ialah nasi dayak Sarawak!
So... apa kamu rasa? hehehee.....
suka la baca blog awak... mulanya singgah nak baca novel .. ambil link awk ni dar penulisan2u. sye dah follow boleh baca coretan awk yg seterusnya. jom singgah blog sye ...
ReplyDelete