Thursday, November 7, 2013

ketawa ketawa ketawa

 Hello, Velarie!

Yuck It Up

Research has shown that children who like a good laugh are more creative, have higher self-esteem, and get along better with peers. Nonsense songs, animal sounds, and lots of crazy gestures bring out a child's giggles — and that's good. Taking advantage of your child's sense of humor can help make hard days run more smoothly.

(source from babycenter.com)
________________________________________________

Saya sangat suka bercerita dengan Charm Charm. Biasanya setiap petang balik dari kerja, saya akan bertanyakan "How's your school? How's Kak Long? How's Teacher Ashwin?" sebagai pembuka bicara, dan budak-budak biasanya akan laju bercerita dengan penuh keterujaan mereka, cuma kadangkala bahasa yang mereka gunakan, kita kena kaji perbendaharaan kata mereka hehehee....

Secara peribadi, saya berpendapat apa yang ditulis di atas itu adalah betul.

Secara psikologinya, ketawa boleh merangsang keintiman kita sebagai ibu bapa dengan anak-anak. kajian membuktikan ketawa boleh menguatkan daya imunisasi badan, memberikan tenaga, menghilangkan kesakitan, melindungi dan mengurangkan tekanan diri. Apa yang lebih menarik ialah, ketawa ceria adalah sesuatu yang percuma, tidak perlu dibayar.

Demikian juga untuk anak-anak, menggalakkan mereka untuk ketawa riang merupakan satu cara untuk meningkatkan keyakinan mereka supaya mereka boleh menjadi anak yang kreatif dan tidak segan silu untul bergaul dengan rakan sebaya mereka.Pelbagai kaedah sebenarnya yang boleh kita gunakan untuk menggalakkan mereka ketawa, dan kita melakukan saban hari kadangkala kita sendiri tidak menyedarinya.

Hasil bacaan saya :
# Ketawa yang bersungguh-sungguh (amboi!) boleh melegakan tekanan dan membuatkan segala otot kita terasa ringan dan renggang sehingga 45 minit (jer?).

#Ketawa mampu meningkatkan sistem imun badan kita (ubat semulajadi). ia boleh menurunkan kadar tekanan (jiwa seperti saya hahahaaa) sekaligus meningkatkan keupayaan antibodi badan sebagai agen "NO' untuk segala penyakit!

# Ketawa boleh mencetuskan fenomena (chewahh) pelepasan endorfin, endorfin merupakan agen kimia semulajadi yang terdapat di dalam tubuh badan manusia yang berfungsi untuk merangsang kelegaan kepada tubuh badan dan juga bertindak memberi kelegaan sementara kepada anggota tubuh yang sakit. (Erk paham??)

# Ketawa sakan boleh memelihara jantung! Ketawa yang berhabisan boleh melancarkan peredaran darah dan membuka segala saluran darah dan mengepam darah ke jantung (hah ini imaginasi saya sendiri!) Ini semestinya boleh menghindarkan sekalian penyakit yang berkaitan dengan jantung (Jangan orang lain sakit jantung tengok aku ketawa sudah...)

# Ketawa membuatkan kita awet muda (OK ini saya tambah sendiri!)

Pendek kata, kita perlu melakukan senaman untuk menggalakkan diri sendiri kita ketawa, tips yang berikut mari kita amalkan bersama:

1# Senyum
Ini terapi permulaan sebelum kita ketawa, mana ada orang terus ketawa tiba-tiba kan kecuali orang gil... kurang siuman. Kalau susah sangat nak senyum, pandang kiri kanan, ada orang kah tiada orang, senyum dan berkatalah, "Hello, saya sedang melakukan terapi ketawa, jom senyum bersama :)"


2# Bersyukur seadanya
Saya ada mulut, syukur. Saya ada mata, syukur. Saya ada musuh, syukurrrr. Saya ada kerja, syukur. Pendek kata dalam hidup, sentiasa bersyukur dan berfikiran positif. Hidup penuh kesyukuran akan menyelamatkan kita dari tekanan kehidupan. Kesyukuran yang berlimpah-limpah akan mengundang senyum di hati dan dipancarkan di wajah, kan???

3# Kalau ada gelak tawa riang ria, joinnn....
Jangan jadi kera sumbang, ketawa adalah satu perkongsian hidup. Bila terdengar orang ketawa, tidak salah rasanya kita menumpang kasih, dan sambil-sambil ketawa tu bolehlah menyelit, "Apa cerita?" iyalah kita tidak faham apa yang sedang diketawakan kan... sure lepas tu suasana akan lebih ceria =D

4# Cari member yang suka gelak
Yang ni kamu boleh cari saya, sebab kadang-kadang sense of humor saya membuatkan saya terasa terangkat dari bumi tembus ke angkasa raya...

5# Selitkan unsur-unsur humor di dalam perbualan...
Ini daddy charm charm suka buat sampai kadangkala saya konpius, dia ni bergurau atau biar betul?? kadang-kadang macam mahu hadiahkan penampar manja pun ada... kesimpulannya, humor biar orang faham dan tidak menganggu gugat sensitiviti manusia, suami isteri pun ada sensitiviti kan...

Secara automatik bila kita sebagai ibu bapa telah biasa bergelak ketawa riang gembira, anak-anak pun akan dipsiko untuk ketawa juga, sebenarnya tahap kelucuan anak-anak lagi innocent, senduk jatuh di lantai pun dia boleh gelak, kita julingkan mata pun dia gelak, kita kembang kempiskan kan lubang hidung pun dia rasa amat teruja... senang kan?

Bah okey, marilah kita bersama-sama mengalakkan manusia sejagat untuk bergelak tawa, dunia ini sudah terlalu stress hingga tangisan sahaja kedengaran baik di dalam atau di luar hati. Marilah kita menjadi agen perubahan dunia. YESSS!!! (Erk... kenapa saya angkat tangan sorang-sorang?)




No comments:

Post a Comment