Aduhhh.
Minta maaf beribu ampun.
Bab 12 yang sepatutnya diblogkan jumaat lepas terpaksa ditangguhkan hingga ke hari ini,
One of my colleagues almost give birth in the office, we got to send her to the hospital immediately and we stayed in the hospital whole day.
She is in her 8th month pregnancy and doctor got to give her steroid to stop the contraction.
She is not ready at all to give birth but already 1cm dilated, thank God she is all ok now and discharged from the hospital yesterday, her contraction has stopped and she is now able to serve her due date until next month as she wished hahaa. Mommy and baby is totally fine. Thank God!
Bah, as promised, here you go with Chapter 12.
Happy reading!
_____________________________________
Bibah sayang,
Itu part yang aku suka kat kau. Kau kalau nak sedih sekejap je lepas tu kau pasti buat sesuatu yang boleh menghilangkan kesedihan kau. Nanti kau jangan lokek nak kongsikan pulak apa plan kau lepas ni. Macam-macam lah kau ni… apa-apa pun, dari kejauhan ni aku doakan kejayaan kau.
Aku nak tidur ni, penat aku seharian kat OT tadi. Wish you all the best my friend!
Aku sayang kau.
Fiza
Wisma Waja Holdings tersergam indah di hadapannya. Bangunan setinggi tiga puluh tingkat bewarna coklat tua itu kelihatan agak menggerunkan. Habibah pernah berkunjung ke sana empat tahun yang lepas ketika taklimat biasiswa yang diperolehnya dari syarikat multinasional itu. Syarikat itu telah membantu dia ke menara gading dan mendapatkan segulung ijazah kelas pertama. Kini dia kembali berdiri di hadapan bangunan itu, ditangannya terdapat fail yang mengandungi kontrak dan dokumen yang berkaitan dengan pemberian biasiswa.
Dia telah menelefon Puan Suraya, pengurus bahagian biasiswa Syarikat Waja Holdings. Nasibnya baik kerana Puan Suraya tidak banyak temujanji di waktu pagi, jadi dia mendapat slot temujanji dengan Puan Suraya.
Habibah memperbetulkan bajunya, kaftan kuning air berona putih dipadankan dengan seluar slack bewarna coklat. Dia memakai kasut flat juga bewarna coklat. Wajahnya turut disolek tipis, dia sudah pandai memanjakan diri dengan alat solek, kadang-kadang masa terluangnya di rumah diisi dengan mempelajari teknik menyolek dan berfesyen di Youtube. Habibah mula seronok bermain dengan alat solek. Ditambahkan lagi dengan kehadiran Maya, Habibah semakin yakin untuk bergaya, namun biar ringkas.
Habibah melangkah masuk ke perut Wisma Waja Holdings dan mengatur langkah kemas ke kaunter pertanyaan, setelah memberikan salam dan mengambil pas pelawat, dia melangkah ke arah lif, Habibah sempat melontarkan senyuman pada Pak Guard yang berdiri di tepi kawasan lif. Pintu lif terbuka dan dia segera masuk ke dalam, punat dua puluh ditekan, hanya dia seorang diri di dalam lif itu dan Habibah berdoa di dalam hati agar lif tidak akan terhenti rosak dengan tiba-tiba, menyedari fikirannya yang memikirkan bukan-bukan, Habibah menghadiahkan dahinya satu tepukan.
Habibah memberikan salam pada gadis manis bertudung merah muda di kaunter penyambut tetamu. Gadis yang bernama Haiza Hamid itu membalas salam dan melakarkan senyuman manis di bibir.
“Puan Habibah Darus ke?”
Habibah mengangguk, bagaimana dia tahu? Hatinya disuntik dengan perasaan hairan.
“Silakan duduk dulu Puan, temujanji Puan pukul 10.00 pagi kan? Puan Suraya berada di bilik CEO sekarang, Puan duduk dulu ya,” Haiza Hamid masih dengan senyumannya. Habibah hanya menurut.
Ruang pejabat itu agak besar, menerusi papan tanda yang ada, Habibah tahu tingkat tersebut adalah pejabat pengurusan sumber manusia dan juga pengurusan biasiswa. Dua orang penyambut tetamu sibuk melayan panggilan telefon, nama mereka juga tertulis pada papan nama di atas kauter itu, mudah untuk pelawat memanggil mereka. Bijak juga syarikat ini mengamalkan perkhidmatan pelanggan yang sangat baik, puji hati kecil Habibah. Secara jujur, Habibah juga bersetuju dengan cara tersebut, sekurang-kurangnya para penyambut tetamu akan merasa lebih dihargai jika dipanggil dengan nama berbanding dengan hei, hoi, errr… cik, atau paling tidak terus bertanya tanpa memberikan salam.
“Puan Habibah?”
Habibah mendongak, seorang wanita berusia sekitar empat puluhan berdiri di hadapannya sambil menghulurkan tangan kanannya, Habibah berdiri dan menyambut salam wanita itu.
“Puan Suraya?” Tekanya, Habibah lega bila wanita itu mengangguk sambil tersenyum.
“Apa khabar Puan?” Puan Suraya seolah-olah sangat mengenali Habibah, padahal kali pertama dan terakhir mereka bertemu pun empat tahun yang lalu, selepas itu Habibah hanya berhubung dengan pegawai Puan Suraya berkenaan dengan tuntutan bayaran sara diri dan biasiswa.
“Saya baik-baik saja Puan, erm… Puan boleh panggil saya Bibah saja,” janggal sungguh rasanya bila dipanggil Puan, siapalah dia sangat sampai diberi penghormatan sedemikian.
“Mari ke pejabat saya,” ajak Puan Suraya.
Habibah hanya menurut langkah Puan Suraya, besar sungguh rupanya pejabat itu, ada beberapa orang pekerja tekun membuat tugas mereka masing-masing. Habibah melangkah ke ruang pejabat Puan Suraya, biliknya cukup besar dan luas, padanlah kerana Puan Suraya ada Ketua Bahagian Pengurusan Biasiswa Syarikat Waja Holdings.
Habibah mengambil tempat duduk di hadapan Puan Suraya, Puan Suraya membelek dengan khusyuk fail di hadapannya, fail itu merupakan data peribadi Habibah. Habibah tetap menanti dengan tenang.
“Puan Habibah… erm maksud saya Bibah,” serta merta Puan Suraya memperbetulkan panggilannya demi menghormati wanita di hadapannya, dia tahu benar siapa wanita itu dan dia baru balik dari bermesyuarat dengan suami wanita itu sebentar tadi.
“Saya…” Habibah masih menanti dengan sabar.
“Berkenaan dengan kontrak awak dengan Syarikat Waja Holdings,” Puan Suraya kembali meneliti butiran di dalam fail di hadapannya, kemudia dia memandang ke arah Habibah , “Tahniah! Awak bebas dari sebarang kontrak!”
Habibah terpempam. Wajahnya menjadi sugul serta merta.
“Tapi kenapa Puan?”
“Pihak syarikat berkeputusan untuk membebaskan awak dari sebarang kontrak, antara satu sebabnya ialah keputusan cemerlang awak dengan mendapat kelas pertama,” ujar Puan Suraya panjang dan lebar.
“Tapi bukankah kelas pertama itu lagi melayakkan saya untuk berkhidmat kepada syarikat ini?” Habibah melontarkan rasa tidak puas hatinya.
“Sebab lainnya ialah tiada jawatan yang bersesuaian buat masa ini Puan Habibah.”
Tidak mungkin! Syarikat sebesar ini tidak mungkin tiada kekosongan. Hati Habibah membentak penuh kegeraman.
“Saya nak minta agar keputusan itu dipertimbangkan semula Puan,” Habibah masih lagi tidak berpuas hati.
“Maaf Puan Habibah, keputusan pihak pengurusan syarikat adalah muktamad, dan saya hanya menjalankan tugas,” Puan Suraya tetap berlembut dengannya.
Puan Suraya merasa pelik, biasanya pemegang biasiswa syarikat akan berasa gembira sekiranya dibebaskan daripada kontrak perkhidmatan, ini memberikan mereka peluang untuk berkhidmat dengan mana-mana syarikat yang mereka suka, tetapi Habibah, tetap dengan pendiriannya untuk berkhidmat di Syarikat Waja Holdings.
“Beginilah sahajalah Puan Habibah, saya mengesyorkan agar Puan cuba untuk memohon semula kepada pihak syarikat kalau Puan ingin benar-benar berkhidmat dengan Waja Holdings, kalau tidak pun dengan anak-anak syarikat Waja Holdings,” lembut tutur Puan Suraya, kasihan pula dia melihat Habibah yang bersungguh-sungguh.
“Atau… ada sebab lain kenapa kontrak saya dillepaskan?” Habibah mulai geram. Dia tahu siapa yang berada di atas sana yang boleh sesuka hati menukar kontrak perjanjiannya, sungguh tidak professional langsung!
“Maksud Puan?” Puan Suraya terbayangkan wajah Qassif Daniel yang baru ditemuinya sebentar tadi.
“Mungkin Puan boleh memberikan sebab itu,” balas Habibah acuh tak acuh dan membuatkan Puan Suraya tersentak. Tidak disangka disebalik kelembutan Habibah terselit juga ketegasan yang tidak diduga.
“Puan Habibah, saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepada saya, pihak pengurusan syarikat sudah membuat keputusan tersebut, kami harap Puan maklum.”
Habibah menarik nafas dalam-dalam, pantas dia mencapai semula dokumennya yang tidak terusik sejak tadi, ingin rasanya kontrak persetujuan penerimaan biasiswa yang ditandatangani empat tahun yang lepas dikoyak-koyakkan di hadapan Puan Suraya, namun dia segera menenangkan diri agar tidak terlalu mengikut perasaan.
“Terima kasih Puan, saya minta maaf sekiranya sikap saya sebentar tadi agak keterlaluan,” Habibah sudah bangkit dari kerusi dan menghulurkan tangan, dia berasa serba salah kerana tindakannya yang agak kasar sebentar tadi.
Puan Suraya menyambut tangan wanita muda di hadapannya, di dalah hatinya tetap memuji budi pekerti wanita itu.
“Saya mendoakan agar Puan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, mungkin bukan rezeki untuk Puan berkhidmat di syarikat ini,” uajr Puan Habibah ramah.
“Agaknya Puan, terima kasih.” Habibah sudah tersenyum. Memang bukan rezeki yang tersurat untuk aku kot, bisik hatinya.
Puan Suraya menghantar Habibah sampai ke lif, apabila dia balik ke pejabatnya, fail di atas mejanya ditenung semula, tiada pertukaran mendadak yang dibuat ke atas kontrak itu sebenarnya, namun arahan dari CEO Waja Holdings, Tuan Qassif Daniel yang mengubah segalanya. Puan Suraya juga diarahkan untuk merahsiakan perkahwinan mereka. Pelik sungguh.
Puan Suraya dari awal lagi telah diarahkan agar menutup perjanjian kontrak Habibah dengan Syarikat Waja Holdings dengan alas an kukuh, Habibah ialah isteri kepada CEO Waja Holdings, dan ini adalah untuk mengelakkan ‘conflict of interest’ meskipun perjanjian ditandatangani sebelum mereka berkahwin lagi.
Akan tetapi, kontrak itu sebenarnya boleh diteruskan tanpa sebarang masalah, cuma masalahnya ialah Qassif Daniel tidak mahu isterinya terlibat dalam urusan syarikat. Mengapa? Puan Suraya sendiri kurang arif.
*****
Hari yang kurang baik, bisik hati Habibah.
Dia memilih untuk tidak terus balik ke rumah, tetapi berjalan-jalan seorang diri di sebuah pasaraya AEON yang berada tidak jauh dari Wisma Waja Holdings. Fikirannya kembali berserabut dan dia buntu.
Aku ada duit, dan duit aku banyak tapi ternyata itu tidak membahagiakan aku, aku dah berikan separuh dari duit lima ribu nafkah bulanan kepada ibu Salbiah, tapi aku tetap rasa hidup aku berkekurangan. Mengapa?
Selesai solat zohor di dalam surau di pasaraya AEON, dia meneruskan langkah kakinya, tingkat demi tingkat dia jelajahi akhirnya dia sampai ke bahagian menjual pakaian dan keperluan kanak-kanak. Habibah agak tertarik dengan warna-warna pastel yang sedap mata memandang dan fesyen baju kanak-kanak yang sangat comel.
Sepanjang zaman kanak-kanaknya, dia tidak pernah berpeluang berpakaian comel sepeti baju-baju yang tergantung di situ, satu demi satu baju dicapai dan dibelek sambil melayan peristiwa lampau. Zaman kanak-kanaknya yang bahagianya dikenali hanya di antara mereka, biasanya musim bulan puasa banyak pihak korporat dan juga perseorangan akan berkunjung untuk berbuka puasa bersama mereka, mereka akan siap membawa pelbagai hadiah dan makanan sebagai persiapan raya, duit raya juga tidak pernah dilupakan.
Sesekali kalau ada pihak yang bermurah hati, mereka akan dibawa ke kedai baju dan diberi peluang untuk memilih baju baru masing-masing, masa itu sahaja dia berpeluang untuk mencuba baju dan kasut baru, gembiranya tidak terkata. Habibah tersenyum sendiri mengenangkan zaman kanak-kanaknya yang penuh warna, seperti warna baju-baju yang bergantungan di hadapannya, sukar untuk diungkapkan sama ada pengalaman itu menyerupai warna yang mana, sebab hidupnya memang penuh warna.
Puas membelek Habibah mengisi perut yang berkeroncong di food court yang terletak di tingkat bawah. Bagus juga aku berjalan seorang diri di sini, tak pernah aku buat macam ni, bisiknya di dalam hati.
Selesai mengisi perut, Habibah kembali ke bahagian pakaian kanak-kanak, tidak puas rasanya membelai baju-baju yang comel itu, kalau dia ada anak pasti dibelikan terus, tapi… Habibah terkenang semula nasibnya, berpeluangkah aku melahirkan zuriat sendiri dengan kehidupan yang aku jalani sekarang ni?
Telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba, Habibah segera melihat ke skrin, tertera di sana nombor yang tidak dikenalinya, namun dijawabnya juga dengan memberi salam, sunyi sahaja di sana, Habibah merasa pelik, “Hello?” sunyi lagi…
“Hello?” Habibah menguatkan sikit suaranya.
“Bibah…” Tidak semena-mena jantungnya berdebar kencang, dia kenal suara itu, suara yang satu ketika dahulu mengisi masa suramnya, tapi mengecewakan dia akhirnya.
“Kenapa?” Bukan niat Habibah untuk berkasar.
“Erm… Bibah tengah buat apa tu?”
Habibah seolah-olah mati kutu, dia mencapai sepasang baju bayi yang bewarna biru muda kemudian dia tersenyum, “Bibah tengah beli baju baby, kenapa?”
“Oh… erm… tak apa, Bibah shopping dulu nanti abang call balik okey?” Klik. Talian telah diputuskan.
Habibah menyimpan semula telefon bimbitnya, dan meletakkan kembali baju bayi yang dipegangnya. Niat untuk meneruskan window shopping terus dibatalkan.
Apa kau nak lagi Rayyan?
[BERSAMBUNG]
mandak.... sy excited sngt membaca n3 ni. sambung capat2 kio. nda puas sy baca huhu. bila sudah habis baca, hati ckp "alaaa... ni ja???" (nda puas hati ni) muahaha....
ReplyDeletehaha mandak, bah tggu hari lima ni k, akan diusahakan utk disiapkan :)
Deletenak lagi......
ReplyDeleteThis friday ya :)
DeleteKenapalah Rayyan muncul semula dlm hidup Bibah? Kalaulah Qassif Daniel bersikap lebih prihatin pada Bibah, alangkah bagusnya kan......selalunya orang yg paling kita sayanglah yg paling byk melukakan hati kita...just rasa simpati pada nasib Bibah. Do continue ye!!
ReplyDeleteThanks ida... plot baru nak berkembang :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTQ..walaupun ni jeee tapi boleh la buat melepaskan rindu kat Bibah.....now u make me restless while waiting for Friday....huhuhuhu....its coming, its coming....2 days more....hahahaha
ReplyDeleteXsabar nk tggu next eps, :-)
ReplyDelete