Friday, November 1, 2013

Isteri Kontrak :: Bab 11

Terima kasih kepada semua yang telah menjawab soalan bonus Bab 11,soalan untuk bonus Bab 12 bakal menyusul pada hari isnin depan ya, sila bersedia membaca entri-entri minggu ini :)

Seperti yang dijanjikan, hari jumaat ialah hari penerbitan bab seterusnya, jadi kepada mereka yang telah menjawab soalan bonus bab 11 pada hari ini,  anda boleh terus membacanya di sini saja. Bab bonus hanya akan diemail pada hari Isnin-Khamis.

Terima kasih semua kerana melahirkan keterujaan ini untuk terus berkarya...

___________________________________________

Bibah sayang,

Sorry sebab aku lambat reply. Aku betul-betul sibuk sekarang sebab aku ada final exam minggu depan, aku kena lulus exam tu untuk aku melangkah ke fourth year, as a medical student, aku kena catch up banyak benda and I have to read a lot especially the new deceases.

Bibah, perkahwinan itu diibaratkan satu sekolah yang tidak akan ada penamatnya dan pengetuanya hanyalah Tuhan yang maha esa, kau banyakkan berdoa, solat jangan tinggal, minta petunjuk daripada Dia. Aku yakin, kau kuat, kau tetap Habibah yang kuat. Please be strong, aku minta maaf sebab aku tidak ada di sana untuk bersama dengan kau, tapi kau tahu kan? Aku selalu ingat dan sayangkan kau.

Aku sayang kau.

Fiza

Hati Habibah berbunga-bunga keriangan ketika mendapat balasan email daripada sahabat baiknya Fiza. Walaupun email itu tidak menyelesaikan masalah yang menghuni kepalanya, sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berkongsi. Hendak berkongsi dengan Ibu Salbiah memang dia tidak mahu, dia tidak mahu untuk menyusahkan hati orang tua yang banyak berkorban untuknya itu.

Fiza, seorang gadis yang bijak dan kini sedang mengikuti pengajian kedoktoran di Dublin atas tajaan JPA. Fiza memang bertuah kerana terpilih, bukan calang-calang calon yang ditemuduga untuk mendapatkan biasiswa itu. Habibah masih ingat dengan jelas ketika Fiza mendapat surat tawaran dari JPA empat tahun yang lepas, sahabatnya itu melonjak-lonjak kegembiraan dan hampir-hampir mencium tanah tempat mereka berpijak pada ketika itu, dan Habibahlah orang pertama diberi khabar gembira itu. Habibah turut menumpang kegembiraan sahabatnya itu dan Kuala Lumpur International Airport menjadi tempat terakhir mereka bertemu. Perpisahan mereka bagaikan satu drama, air mata gembira dan sedih saling mengiringi perpisahan mereka. Habibah masih ingat dengan jelas dan pada saat ini, hatinya benar-benar rindu pada Fiza. Semenjak perpisahan itu, mereka hanya berutus khabar melalui email dan yang terbaru menerusi laman sosial, Facebook.

Habibah merenung telefon bimbitnya nokia C7 yang dibelinya dua tahun yang lepas, hasil dari penjimatannya menggunakan duit biasiswa semasa menuntut di universiti, ikutkan hati memang dia tidak ingin membazirkan duit biasiswanya tetapi telefon bimbit semacam menjadi satu kewajipan untuk memilikinya sekarang. Dengan telefon itulah dia membuat temujanji dengan teman-teman sekuliah untuk menyiapkan group assignment, dengan telefon bimbit itu jugalah dia boleh menghubungi para pensyarahnya dengan mudah untuk meminta penangguhan kertas kerja, dengan telefon bimbit itu jugalah dia saling berhubung dengan Rayyan, Rayyan? Mengapakah dia teringat pada lelaki yang pernah merobek hatinya itu? Dan akhirnya dia terjebak pada perkahwinan kontrak dengan sepupu Rayyan sendiri, iaitu Qassif Daniel, tapi… Daniel tiada kaitannya dengan Rayyan, semuanya berlaku secara kebetulan sahaja. Habibah melepaskan nafas berat.

Suasana di rumah itu memang menyeksa Habibah, dia seperti terkurung, dulu dia selalu mendengar pepatah bagaikan burung di dalam sangkar emas, itulah nasib yang menimpa dirinya buat masa ini. Ini bukan kehendaknya, Qassif Daniel memang memberinya “nafkah” seperti yang dijanjikan lima ribu ringgit sebulan, dan usia pernikahan mereka hampir mencecah dua bulan kini. Apa gunanya duit banyak sekiranya aku tidak bahagia? Erm... itu ayat klasik, kebahagiaan boleh dicari, hati dan mindanya saling bersoal jawab.

Ya, aku patut mencari kebahagiaan aku sendiri, aku tidak patut berputus asa, mungkin bukan rezeki kebahagiaan aku diletakkan kepada kaum Adam, tetapi kaum Hawa juga sebenarnya wajar mencipta kebahagiaan yang tersendiri. Habibah tersenyum senang. 

Entah apa yang merasuk fikirannya, dia pantas mencapai telefon bimbit dan mencari nama yang bermain di mindanya ketika itu. Dia tahu, orang itu pasti boleh membantu dia.


*****

Loceng pintu berbunyi bertalu-talu, Habibah yang sejak tadi resah tidak senang duduk terus berlari menuju ke muka pintu, tersembul wajah Maya di luar sana. Gadis cantik itu tetap macam biasa, tersenyum manis dan dengan sikap peramahnya. Habibah berlari keluar dan memeluknya erat. Maya terpinga-pinga.

“Let me guess…”mata Maya sengaja dikecilkan, bibirnya beralih kepada senyuman nakal.

“What?” Habibah cuba untuk menguji apa yang bermain di fikiran Maya.

“CONGRATULATION!” Maya menjerit sekuat hati, Habibah terkulat-kulat, matanya terkebil-kebil kehairanan. Apa kena dengan minah ni?

“Maya?”

You dah mengandung kan? Iya kan?” Maya masih dengan perasaan gembiranya, bibirnya tidak kering dari senyuman, barisan giginya yang putih tersusun begitu murah menyerlahkan kilauannya.
Aik minah ni, aku bersama pun tidak pernah dengan suami aku yang skema tu, macam mana pula aku boleh mengandung? Namun kata-kata itu hanya berlegar di fikirannya, Habibah lantas memilih untuk ketawa sekuat hati sampai senak perut, giliran Maya pula yang terkebil-kebil.

Are you okey? Nak pergi hospital? Klinik?”

Habibah sekadar menggeleng-geleng dan menghabiskan sisa tawanya yang masih berbaki. Kemudian dia mencapai tangan kanan Maya dan mengheretnya masuk ke dalam unit kondominium mewah itu. Maya ditolaknya duduk ke sofa merah hati.

You duduk sini kejap, I buatkan air.”

Maya sekadar menggangukkan kepala. Dia memandang sekeliling unit kondominium itu, tidak banyak berubah sejak kali terakhir dia berkunjung ke sana, rajin sungguh Habibah membersih dan mengemas, kalau akulah memang panggil part time maid saja, getus hati kecilnya.

“Nah!” Segelas oren sunquick dihunjukkan hampir dengan mukanya. Maya lantas mencapainya dan menyuakan gelas itu ke bibir, sejuk dan nyaman tekaknya ketika air oren sejuk itu melewati tekaknya yang kering dari tadi.

“Erm, okey. Now we can talk in peace,” ujar Maya sambil meletakkan gelas yang masih berisi setengah air oren itu ke meja dihadapannya. Maya menjilat-jilat bibirnya menikmati saki baki air oren yang manis.

Habibah memandang tepat ke wajah Maya, dia agak bingung untuk memulakan ayatnya, dia sendiri tidak tahu di mana hendak bermula.

“Bibah?”

“Err… I am not pregnant!”

Maya tertawa lembut. Kelakar juga minah ni, bisik hati kecilnya. Selama beberapa kali berjumpa dengan Habibah, dia perasan wanita itu banyak mendiamkan diri dan hanya menjawab sepatah dua, itupun kalau ditanya, kalau tidak, semut lalu bagi salam pun boleh didengari, mungkin lah. Namun hari ini wanita itu telah ditransformasikan, hari ini wanita itu tampak begitu teruja dan tidak sabar, dan Habibah menjadi peramah serta ringan mulut, tidak seperti hari-hari yang sebelumnya.

“Mana suami you?” Maya cuba untuk mencari idea.

“Kerja…” Aik? Sepatah saja? Nampak sangat keterujaan Habibah tidak ada kaitan dengan temannya Qassif Daniel.

“You nak shopping ke? For what event?”

Habibah menggelengkan kepala.

“Habis tu? You nak apa?” Maya semakin hilang sabar.

Wajah Habibah nampak agak keliru, air liurnya ditelan berkali-kali seolah-olah ia lagi lazat dari air oren sunquick di hadapan Maya, bibirnya bergerak-gerak ingin menuturkan sesuatu tetapi bagaikan ada batu besar terbenam di dalam mulutnya.

“Aku…aku…” tersekat-sekat nafas Habibah. Maya tersengih, Habibah kembali ke penyakit gagapnya.

You nak apa Bibah?”

“I nak kerja!” Pergh! Habibah tersenyum lega.

“Kerja? Susah sangat ke nak bagitahu yang itu?” Maya menepuk dahinya sambil ketawa kecil, Habibah turut sama ketawa.

“Bukan, cuma… cuma tak tahu nak susun ayat hahaha…” Habibah masih dengan ketawanya.

“Okey… okey, now you tell me, you nak kerja yang macam mana?” Maya sebenarnya pelik, isteri seorang hartawan hendak bekerja? Nak ke Qassif Daniel bagi isteri dia bekerja? Kehidupan wanita itu sudah cukup lengkap, rumah, pemandu, wang ringgit malahan seorang pembantu peribadi digajikan untuknya. Qassif Daniel memang melantiknya menjadi personal shopper, pembantu peribadi dan perunding imej untuk Habibah, tidak ada pula perjanjian untuk mencarikan pekerjaan untuk wanita itu. Pelik, wanita itu memang pelik.

“Apa kelulusan yang you ada?”

“I ada Bachelor in Communication.” 

“Huh not bad!”

Habibah tersenyum. 

“Apa cita-cita you?”

Habibah sekadar menjongketkan bahunya.

“Habis tu kenapa study communication?”

Habibah menjongketkan bahunya sekali lagi.

Come on Bibah…”

Habibah tersenyum, “I rasa communication ni satu bidang baru yang patut diketengahkan, I belajar communication sebab dulu I sangat pemalu, I nak belajar berinteraksi dengan penuh keyakinan.”

You dulu pemalu? Habis tu sekarang?” Sindir Maya sambil ketawa.

“Sebab tu I minta tolong you…” 

“Tolong apa? Cari kerja?”

Habibah mengangguk.

“Bibah, you nak kerja yang macam mana?”

“Dulu I dapat scholarship…”

“Dah tu, you tak bonded ke?”

Habibah memandang tepat ke wajah Maya dengan mata yang tidak berkelip. Tiba-tiba Habibah bangun, mendekati Maya dan sekali lagi, dia memeluk Maya sekuat-kuatnya dan kedua-dua belah pipi wanita itu diciumnya bertalu-talu, Maya merasa rimas dan menolak Habibah jatuh ke lantai, Habibah tersentak, dia mendongak melihat wajah Maya, serentak tawa kedua mereka berderai.


*****

Salam Fiza,

Thank you for your lovely email. I have been waiting for it days and nights. Rupanya kau masih hidup, aku nyaris pergi lapor dekat Wisma Putra sebab tak dapat email kau hahaha…

Well my dear, we live once and life is very short, and I am not going to make it shorter. Aku rasa aku patut bangkit dari kesakitan yang tak sudah-sudah ni, panjang ceritanya nanti bila ada masa aku cerita kat engkau okey, aku cuma nak kau tahu yang aku dah berkahwin dan punya suami, but that story let’s just put it aside, aku ada cerita yang lagi best. 

I am happy at the moment, tak ingin dah aku nak menjeruk rasa macam ni, let us pray together for the new Habibah okey.

Take care.

Bibah

Habibah menutup komputer riba yang dibelikan oleh Qassif Daniel khas untuknya. Jauh di dalam dirinya, bagaikan ada satu semangat yang menerjah, Habibah bersyukur. Benar sekali, sekiranya kehidupan kita dikelilingi aura yang positif, maka positiflah kemungkinannya, sebaliknya kalau hidup asyik merungut dan merintih, memang tidak ke mana sudahnya. 

Memikirkan rencana di keesokkan harinya, cukup membuatkan hatinya berdebar-debar, dia mengharapkan agar esok akan menjanjikan kegembiraan, esok akan menjanjikan permulaan yang baik dan esok akan menjadi titik tolak satu kemungkinan yang bakal mengubah kehidupannya. 



 [BERSAMBUNG]





8 comments:

  1. Mendoakan untuk kerajinan menulis bab yang seterusnya,jangan hampakan peminat.Buat yang terbaik! :)

    ReplyDelete
  2. walaupun awak dah email chapter 11 for the quiz...saya still nak baca yg ni jugak... hahaha...waiting for chapter 12 soon...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Suezana, you're too cute for that. made my day!!

      Delete