Sunday, October 20, 2013

kembang setaman...

Hello and good morning...

Wauu!!

I opened my blog this morning and my heart was 'kembang setaman' overwhelmed by the comments from the Isteri Kontrak's readers... you guys are truly awesome and you've made my day :) Thank you and thank youu....

Para pembaca sekalian, saya memang mempunyai keinginan dan kemahuan yang sangat tinggi melepasi langit nan biru untuk menyudahkan novel ini, tapi (erk saya kurang senang dengan perkataan TAPI), kekangan masa bah... saya harap anda sekalian bersabar dan memahami ya... saya akan cuba memberi yang terbaik dan menulis dengan lebih kerap :) oh selain itu antara alasan saya yang saya harap boleh diterima adalah seperti berikut : (ayat formal baii....)

1) Dulu masa sekolah memang saya suka menulis, tulis cerpen, sajak, novel (gulp!) tapi ramai yang macam tidak memberi sokongan padu pada hobi saya ni (maksud saya hobi menulis tidak boleh dijadikan kerjaya), dari situ saya tidak memberi tumpuan sepenuhnya sudah, saya beralih bidang, but lately saya mula merindui penulisan, dan saya mula menapak semula, memang susah jugak, sebab itulah saya sangatttt mengambil masa untuk 'meng-ayat' sebab kadang kala saya rasa tulisan saya macam sumbang sumbing.

2) Bukan saya mahu 'meng-blame' (hah ko ayat!) kerja saya tapi saya seorang pekerja yang agak berwawasan (muahahaha)... walaupun office hour tapi kadang kala sukar mencuri masa in between untuk menulis. Itu cerita di siang hari.

3) Okey cerita di malam hari pula, anak dara saya yang hampir berusia 4 tahun sentiasa mahu diberikan perhatian, pantang saya capai laptop dia pun sibuk, pantang saya baring berangan dia pun menyelit sama sebab mahukan nenen (opss!! hahaha ya agak pelik kan tapi itulah hakikatnya, almost 4 and still on breastfeeding). Tugas-tugas lain macam kemas rumah and masak and bersihkan kucing-kucing and basuh kain and siapkan bla bla bla.... ibu-ibu pastu tahu kan? hehehe... ehhhh, ndak baik mengeluh tau!

4) Di hujung minggu pulak, saya melantik diri menjadi orang gaji yang bertauliah untuk membuat the major cleaning of the house termasuklah mencuci segala kain lap kaki di rumah, kutip buah mangga busuk yang berguguran dan merenung rumput di depan rumah yang cepat panjang, itu belum lagi cerita angan-angan mahu bercucuk tanam, lagilah haru si Isteri Kontrak...

Tapi alasan bukan penghalang kan? Satu hari nanti saya akan sudahkan jugak novel, semangat waja dan terus berusaha... ya satu hari nanti yang belum dikenalpasti bila masanya haha... sementara itu marilah wahai-wahai pembaca sekalian, kita berkawan dan menjadi kawan... ada baiknya jugak kan?


Okey okey I am going to stop mumbling here... I am going to write the new chapter now! err I mean later...

Love,
Vel a.k.a Ajie...

No comments:

Post a Comment