Macam nda percaya jari jemariku menaip soalan ni di google... jadi keadaanku pada masa tu sudah dapat diagak kan? ya... ngantuk yang teramat sangat beb... tahap ghostbuster. Balik-balik kepala aku ni mo menyondol skrin monitor.
Adalah terjumpa beberapa kaedah/tips yang bertauliah namun sukar untuk dipraktikkan... dan lagi tips-tips tidak berkenan di hati, ayat tidak boleh blah kan wakakaka...
Mari sini kita kongsi bersama, manatau lah kan berkesan pada anda, walaupun tidak pada diriku...
Tips #1
*adakah perkataan tips?..lantaklahh*
Ketahui berapa jangkamasa tidur anda
Pakar tidur bilang mesti tidur 8 jam sehari untuk rehat yang cukup... aku selalu tidur bila jarum jam melepasi jam 12 tengah malam, pastu kena bangun in between 5.30-6.00am... banyaklah kualiti tidur aku, kalau aku bajet bangun jam 5.30am, aku kena tidur jam 10.30pm la ek? Hellooo, anak aku pun masih segar bugar ok... tapi demikianlah kata pakar, and so ikutlah nasihat pakar...
Tips #2
Tidur dengan selesa
Pastikan tilam bantal selimut wangi dan tidak berkepam. Tidur dengan selesa ek? so tidurlah dengan aksi yang mengujakan, kuak lentang, terkangkang... selesakah tidur bersimpuh?
Tips #3
Bersenam di waktu pagi
Nantilah aku ubah mood naik lrt ke jalan kaki... pastu sampai office berpeluh-peluh dan harum semerbak...
Tips #4
Jangan lupa bersarapan
Memandangkan aku sekarang datang awal, sekaligus aku ambil alih tugas tea lady masak air di awal pagi... tapi masalahnya, selepas bersarapan tu lah mata aku menjadi layu selayu-layunya... kalau tips #janganmakan ok kut, sebab kalau perut lapar susah mo tidur, kan?
Tips #5
Tukar aktiviti rutin anda
Apa sangatlah rutin aku yang boleh diubah, aku banyak berhadapan dengan skrin monitor komputer jah pun di office, kalau aku buruh kasar mungkin oklah, kalau kelmarin mulakan hari ngan angkat batu, hari ni mulakan hari ngan angkat papan pulak.
Hendak seribu daya, tak hendak memang beribuuu dalih!
Kenapa tiada tips yang menyenangkan hati macam.... ambik bantal & shawl, pergi masuk surau office and tido... sebelum tu buat-buat muka migrain!
Hehehehe.. suka nie tips.. ambik bantal & shawl pergi office surau..migrain sakit sangat tak boleh bangun sampai petang.. petang jak trus balik rumah.. ;)
ReplyDelete