Semenjak tersiarnya (chewahh) novel bersiri Isteri Kontrak di penulisan2u, saya perasan blog ini mempunyai pengunjung yang agak luar biasa. Terima kasih kepada yang rajin berkunjung dan minta maaf kerana novel Isteri Kontrak masih belum dapat disambung disebabkan kekangan masa, maklumlah banyak tanggungjawab, kerja lagi.
Kepada semua, terima kasih dan teruskanlah memberi sokongan tau, kalau ada rezeki dan novel ini boleh diterbitkan (mood perasan yang tertinggi), penyokong-penyokong tegar bolehlah dapat naskah percuma hehehee...
Kami sekeluarga akan balik kampung selama seminggu, sekiranya sempat, saya akan siarkan bab 5 dalam minggu ni. Semua bab sebenarnya sudah dihantar ke penulisan2u sebelum di-post-kan di blog ini. Harap maklum.
Tuhan memberkati.
No comments:
Post a Comment