urmppp!!!!
Sakitkan apabila kelemahan kita diungkit? Terasa macam satu dunia bagaikan mengeji dan mengutuk sama. Tapi apakan daya, andainya itu satu kenyataan, maka wajarlah kita menerimanya, membetulkan apa yang silap, namun kemana pula harus kita tapuk ego kita??
Sungguh terasa tidak berbaloi, apabila apa yang buat selama ini bagaikan tidak dihargai, bahkan ianya bagaikan dipintal-pintal, berpusing-pusing lalu dilontar jauh ke dalam danau yang asing! Kecewa... sangat!
Sungguh pun begitu, kita kena akur pada keadaan, dan cuba untuk tidak melawan kenyataan kerana ia hanya perbuatan yang sia-sia, jangan jadikan ia satu mimpi indah yang berpanjangan dan kita tidak ingin bangun untuk menyambut kenyataan sebenar, kita harus bangun dan bertindak... mimpi hanya mainan tidur, penghibur sementara semasa kita merehatkan minda, semasa roh kita ingin bersendirian dan ingin berpisah sementara dengan jasadnya. Roh akan kembali dan menggerakkan jasad, roh dan jasad harus bersatu untuk meneruskan hidup selagi tidak diundang oleh yang Mahakuasa.
Begitu juga aku, amat mustahil untuk aku melewati kepedihan hati, namun apa yang aku nasihatkan pada jiwaku, bertenanglah... dan berjagalah, hiburlah jiwa dengan segenap yang ada... usahlah gundah gulana kerana Dia ada untuk menentukan segalanya, dan Dia ada menghantar penolong-Nya yang sungguh setia untuk menemani aku di setiap liku permasalahanku. Amen.
No comments:
Post a Comment