Wednesday, August 15, 2012

what goes around comes around

Apa kebarangkalian untuk manusia beroleh kebahagiaan yang bukan pura-pura? Adakah wajar untuk manusia mencemburui kebahagiaan orang lain lantas berniat untuk menjadikan kebahagiaan orang itu sebagai hak miliknya pula? Sekiranya dia berjaya, adakah kebahagiaan itu akan berkekalan sebagai miliknya hingga ke akhir ayat?

Orang sering berkata, what goes around will comes around.

Sedih sekali apabila mendengar cerita kecurangan pasangan suami isteri, apalagi bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil. Dunia moden tanpa sempadan masih gagal menangani masalah yang berkenaan dengan emosi dan perasaan manusia. Kadang-kala, adalah tidak adil bagi manusia yang bijak pintar namun pada dasarnya mempunyai perasaan yang tidak dapat memberikan penghiburan kepada yang lain, malahan memberikan kesengsaraan.

Tahukah anda sekalian bahawa bukan semua orang bijak mengendalikan tekanan perasaan. lambat-laun mereka yang mengalami tekanan boleh jatuh sakit atau mengalami masalah mental. Bagi si pelaku, kemungkinan memberikan tekanan kepada orang lain merupakan satu keseronokan yang tidak dapat disangkalkan, namun pernahkah anda terfikir, sekiranya tekanan itu diberikan kepada anda?

Dunia yang luas ini memberikan umat manusia pelbagai pilihan untuk melengkapkan kehidupan. Terlalu banyak pilihan sekiranya kedua mata yang dianugerahkan oleh Tuhan ini digunakan sepenuhnya untuk melihat sekeliling. Namun sekiranya anugerah Tuhan itu dipersempitkan, nescaya pilihan lain tidak berada di depan mata, dan dihiraukan begitu sahaja.

Kepada golongan wanita yang mungkin bukan berniat untuk berseronok tapi sememangnya sangat mencintai seorang lelaki itu, berfikirlah secara rasional apabila lelaki itu bergelar suami dan ayah kepada orang lain. Jangan terlalu gelojoh dan mementingkan diri sendiri, sebaliknya, buatlah keputusan yang tidak diragui dan tidak dikesali kelak. Mengambil hak orang lain hanya akan menyebabkan diri sendiri merana dan tidak merasa damai di hati. There is no short cut in this life, you would have to work for the real happiness and if the happiness happens to be yours, there will be no words could describe the feeling. Trust me.

This post is dedicated to those who lives in dillema. My dear, you can always make it happen. Trust yourself. Give it back to the deserve ones, when the rights ones are ready, that will be yours truly.






No comments:

Post a Comment