Hello semua,
Seperti yang saya beritahu pada post yang lepas, kisah Bibah tidak lagi bernaung pada Isteri Kontrak tetapi telah diubah tajuknya kepada "Syarat Sebuah Akad"
Saya ingin meminta pandangan pembaca, sila komen selepas penambahbaikan ini OK.
Kudos to my dearest editor, Kak IS... buat masa ini, biarlah rahsia identiti beliau hehe...
BAB 1
“Bibah!”
Habibah terus menerpa ke arah ibu Salbiah yang amat dirinduinya. Pandangan mata ibu Salbiah yang lembut segera menghilangkan gundah dihatinya.
“Mana adik-adik?” Leher Habibah sengaja dipanjangkan. Keadaan ruang tamu Rumah Anak Yatim Seri Kenangan tidak banyak berubah.
“Tengah bersiap, masuklah dulu.” Ibu Salbiah membantu menarik masuk beg pakaian Habibah.
“Ada orang nak datang ke ibu?” Habibah terus bertanya.
“Adaaa... Bibah nak naik ke atas rehat ke?” Ibu Salbiah memandang Habibah. Habibah menggelengkan kepala. Walaupun agak letih, namun dia seronok kembali ke rumah ini.
Ibu Salbiah tersenyum. Dia tahu, Habibah tidak akan membiarkan dia mengurus tetamu seorang diri. Gadis berusia 23 tahun itu umpama anaknya sendiri. Pejam celik tanpa disedari, anak yang dijaga seawal usia 2 tahun itu kini telah membesar menjadi gadis sunti. Malah baru sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat universiti.
Habibah anak yatim piatu. Tiada satu kenangan yang terukir diminda tentang asal usul juga kampung halaman. Dia hanya tahu rumah anak yatim itulah kampungnya. Ibu Salbiah itulah ibunya. Insan yang bertanggung jawab membesarkan dan mendidiknya. Sehingga kini Rumah anak yatim Seri Kenangan tetap menjadi destinasi wajib. Terlalu banyak kenangan terpatri di rumah itu. Ibu Salbiah tempatnya mencurah rasa. Tempat mengadu sakit juga menagih belaian kasih dan rindu. Ibu Salbiah adalah ibu Habibah. Dunia dan akhirat.
“Bagaimana? Dapat jejak Rayyan?”
Habibah menarik nafas panjang, wajah ibu Salbiah ditatap sayu.
“Tak.”
“Ada tanya kawan-kawan dia?”
“Tak.” Habibah menggeleng.
Beg pakaian dibuka, satu persatu pakaiannya dikeluarkan dan diletakkan di atas katil. Skrol ijazah yang diselitkan di dalam beg dikeluarkan dan diberikan kepada ibu Salbiah.
“Ibu simpan ya. Inilah bukti janji Bibah untuk ibu. Upah atas kasih sayang ibu. Terimakasih ibu.” Habibah raih ibu Salbiah dalam pelukan.
Habibah sangat bernasib baik di dalam pelajaran. Semangat kental Bibah untuk mengubah nasib diri telah membuahkan hasil. Skrol kejayaan telah berada digenggaman. Habibah bersyukur kerana mendapat biasiswa dari Setia Waja Holdings. Sebuah syarikat multinasional di Malaysia. Biayaan Setia Waja telah merealisasikan impian Habibah ke menara gading.
“Lepas ni, anak ibu dah nak bekerja. Cepat betul masa berlalu.” Ucap ibu Salbiah dengan bangga sambil matanya meneliti skrol milik Habibah. Tiba-tiba hatinya dipagut sayu. Sayu bila kejayaan Habibah tanpa kehadiran insan-insan tersayang. Tanpa ibu. Ayah. Juga Rayyan, insan yang menjadi motivator Habibah sepanjang di universiti. Sampai ke saat ini, ibu Salbiah tidak pernah bertemu dengan Rayyan Sulaiman yang sering diceritakan oleh Habibah.
Hati Habibah pernah terletak elok pada seorang jejaka yang bernama Rayyan Sulaiman. Hati remajanya terpaut pada lelaki itu. Di universiti, Habibah bukan sahaja menuntut ilmu tetapi hatinya juga ikut sama belajar. Belajar mencintai. Mencintai kaum adam. Namun tidak pasti cintanya bersambut atau sekadar rasa sebelah pihak.
Rayyan, insan yang berjaya memenangi hati gadisnya. Rayyan merupakan seorang tutor sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Profesor Salleh, pensyarah Statistik telah meminta Rayyan membantu beliau menjadi tutor didalam kelas Habibah. Disini bermula segala cerita cinta Bibah.
Sikap Habibah petah dan rajin bertanya, buatkan Rayyan makin rapat dengan Habibah. Setiap luahan rasa serta cerita tentang impian dan cita-cita Habibah terakam indah di minda Rayyan. Dari situ timbul niat Rayyan untuk membantu dan membimbing di sepanjang pengajian Habibah. Tumpuan serta sikap Rayyan telah membuai hati kecil Bibah dengan ‘rasa’. Cinta. Kasih. Anganan mahligai indah.
Malam terakhir di universiti, selepas tamat peperiksaan akhir, Rayyan menemui Habibah. Sejambak bunga bersama sekotak hadiah dibawa untuk Bibah.
“Bibah buka kotak ni selepas konvo ya. Janji tau” Rayyan menghulur kotak hadiah.
“Bibahhhh....janji dengan abang. Jaga diri. Jaga Hati. Jaga Iman. InsyaAllah, Allah akan selalu ada untuk menjaga Bibah.” Itulah pesanan terakhir Rayyan yang tersemat kuat diingatan.
Rayyan tidak hadir pada hari bersejarah Habibah. Habibah hadapi hari konvokesyen dengan rasa kehilangan. Lara hati tatkala insan yang paling diharap tidak muncul. Pulang dari majlis konvokesyen, kotak hadiah pemberian Rayyan dibuka.
Mata berkaca. Hati sebak. Jiwa melara.
Rayyan meninggalkan sekeping nota dan sebuah diari kosong di dalam kotak itu. Hanya sebuah diari kosong serta sekeping nota. Mata terus menari di setiap ukiran kata tulisan Rayyan.
Bibah,
Abang minta maaf kerana ini merupakan kali terakhir abang menghubungi Bibah. Abang sayang Bibah macam adik abang sendiri. Bibah harus sentiasa ingat itu di dalam hidup Biba. OK?
Abang gembira kerana impian abang untuk melihat Bibah berjaya di dalam pelajaran akhirnya tercapai. Harapan abang agar Bibah akan terus berani menongkah arus di dalam kehidupan Bibah. Jangan mudah putus asa, dik.
Bibah… abang akan berkahwin dengan pilihan hati abang tidak lama lagi. Maafkan abang kerana tidak pernah menceritakan pasal dia kepada Bibah. Abang harap Bibah tidak akan sakit hati dengan abang, dan tidak merindui abang sebagai kekasih. Rinduilah sebagai abang. Bibah adik abang.
Abang tinggalkan sebuah diari kosong menjadi peneman Bibah. Apabila Bibah terasa ingin meluahkan sesuatu, coretlah…
Abang doakan Bibah semoga sentiasa kuat dan sukses…
Rayyan
Terima kasih Rayyan. Hadirnya dirimu sebagai lilin. Menyuluh jalan sukses diri ini. Membakar semangat untuk terus bangkit dan Berjaya. Tapi...kehilangan secara tiba-tiba dirimu membuatkan terang hidup ini terus terpadam. Hati Habibah merintih di dalam diam.
Kecewa dan teramat kecewa. Sakitnya tuh menyusuk dihati. Air mata mengalir lesu. sehingga pada hari ini tidak pernah kering untuk menangisi nasib diri. Menangisi nasib diri kecewa dilanda cinta. Cinta bertepuk sebelah tangan. Ibu Salbiah menjadi pusat aduan lara. Allah tempat Habibah adu duka.
Abang... sampai hati tinggalkan Bibah. Sanggup abang rahsiakan semua ini. Bibah tau, semuanya salah sendiri. Menabur benih cinta pada tapak semaian yang salah.
“Bibah…” panggilan lembut ibu Salbiah segera mematikan segala kenangan sedih.
“Ibu…” Habibah tersenyum pahit.
“Masih ingatkan Rayyan?”
Habibah mengangguk lesu.
“Dahlah tu…” ibu Salbiah duduk di birai katil, mengelus lembut rambut Habibah. “Jomlah turun, tetamu dari syarikat besar tu dah sampai. Nak lawat adik-adik.” Ibu Salbiah tersenyum mesra.
“Adik-adik dah siap bu?” Habibah teruja sedikit. Ibu Salbiah tersenyum. Kepala diangguk.
“Ibu turun dulu ya, Bibah nak solat Asar lepas tu Bibah turun.” Habibah bingkas bangun dan menuju ke bilik air.
HABIBAH sibuk mengagihkan Kentucky Fried Chicken kepada adik-adik yang beratur. Semua penghuni Rumah Anak Yatim Seri Kenangan bakal menjamu selera dengan ayam goreng hari ini. Tangannya lincah dan bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Melihat wajah satu persatu adik-adiknya yang tersenyum gembira buatkan hatinya diburu pilu. Begitulah dirinya dulu. Anak yatim itu tersenyum gembira, hatinya dibuai sayu.
“Habibah?” Seorang pemuda mendekati Habibah. Segak, kacak dan bergaya. Jarak mereka yang terlalu dekat membuatkan hati Habibah sedikit gementar.
Habibah berasa pelik. Bagaimana namanya boleh meniti dibibir yang merah basah itu? Habibah mengangguk perlahan sambil otak mencongak ingatan.
“Habibah tidak kenal saya.” Si dia tersenyum nipis. Habibah sangat pasti. Pemuda itu tidak pernah dikenalinya. Kepala digeleng.
“Macam mana encik tahu nama saya?” Habibah mengerutkan dahi.
Jejaka tampan tu hanya tersenyum. Manis senyumannya. Wajah kacak itu ditenung lama.
“Itu tak penting,” Ujar pemuda itu.
Habibah menggelabah. Kotak KFC ditangan dihulur. Pemuda itu sekadar menggelengkan kepala sambil menolak lembut kotak itu. Hati Habibah makin berbunga curiga. Ibu Salbiah mendekati. Ibu Salbiah yakin ada sesuatu yang tak kena. Raut Bibah menceritakan segalanya.
“Terima kasih encik di atas sumbangan ini. Anak-anak disini sangat gembira,” Ucap Ibu Salbiah dengan nada terharu. Lelaki kacak itu kembali melemparkan senyum. “Banyak betul sumbangan yang encik bawa.”
“Kita sama-sama saling membantu makcik.” Manis bicara lelaki kacak itu. Mata Habibah masih terpaku pada raut didepan.
“Bibah…” seru Ibu Salbiah dengan lembut, Habibah terkejut. Dulang karipap terus dicapai. Merah tersirna diruangan muka. Lelaki kacak itu tetap tersenyum.
“Habibah.” Lelaki itu terus memanggil. Orak langkah Habibah terhenti. Berpusing menatap susuk tegap didepan. Sorotan mata itu seakan menyimpan sesuatu. Apakah dia. Minda Habibah bertingkah. Habibah tau, dia perlu bersedia. Pasti sesuatu bakal terjadi.
“Habibah…” kali ini Ibu Salbiah turut mematikan diri. Mesti dia pun pelik. Pelik sebab dari tadi nama Habibah terluncur dari bibir seksi sang jejaka . Habibah memandang ke arah ibu Salbiah. Liur ditelan.
“Encik?” Ibu Salbiah bersuara.
“Saya…” Rengkungnya bergerak. Keringat merincik didahi. Tampak resah terbias diwajah.
Habibah kaku. Membisu. Jantungnya berdegup kencang.
“Saya datang dengan hajat.” Luahnya. Wajah itu semakin tidak keruan. namun Sebagai graduan komunikasi, Habibah boleh membaca riak pada raut pemuda itu. Bijak menyembunyikan keresahannya.
“Hajat?” Ibu Salbiah berbalas pandang dengan Habibah.
Lelaki itu mengangguk perlahan. Ulas bibir terkuak. Penuh makna.
“Saya, Qassif Daniel bin Mansor. Ingin melamar Habibah binti Derus, untuk menjadi isteri saya.” Tutur kata yang lancar, lembut dan penuh beralun namun cukup mantap. Mesti dia praktis berkali-kali untuk menuturkannya.
Haahhh!!! Rahang hampir mencecah lantai. Terkejut. Gila. Memang gila. Ribut takde, tetiba hujan lebat. Syukur dulang karipap tidak mencium lantai. Rezeki adik-adik tu. Dada Habibah berombak kencang. Seperti lepas serangan tsunami. Seram sejuk seluruh tubuhnya.
“Encik, encik salah orang rasanya…” Ibu Salbiah mencelah pantas. Terkejut dengan lamaran tetiba lelaki itu.
“Saya tidak salah orang.”,Yakin. Tusukan anak matanya tajam. Nampak menyakinkan.
“Tapi Habibah rasanya tak kenal…”
“Ibu!” Suara Habibah mematahkan bicara. Ibu Salbiah memandang tepat ke wajahnya.
“Kan? Habibah tak kenal kan?” Ibu Habibah cemas meminta penjelasan Habibah.
“Ibu,” Habibah menelan air liur berkali-kali, “Bibah… Bibah…” Suara tersangkut dikerongkong.
“Bibah!” Ibu Salbiah resah. Risau. Apa pula tindakan Bibah ni?
“Saya terima lamarannya ibu,” Habibah menjawab yakin. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu.
Bait bicara Bibah buat Ibu Salbiah hampir rebah. Bibah...apa yang cuba Bibah lakukan ini. Nikah kahwin ni. Bukan mainan. Ibu Salbiah diamuk kemelut.
“Saya terima lamaran awak!”
Ya Allah, ampuni dosa-dosa ku. Semoga keputusan tergesa-gesa ini bawah reda Mu, Ya Allah. Ampuni hambaMu ini kerana membuat keputusan tanpa mohon petunjukMu dahulu. Payungilah hambaMu ini dengan rahmatMu. Tidak pernah terlintas dihati untuk berkahwin dengan insan yang tidak dikenali. Kahwin seawal usia ini. Impian kerja pun belum terlaksana.
Resah. Keliru. Buntu. Namun semua itu berterbangan dengan senyuman manis didepan mata. pemuda itu membuatkan kepala Habibah mengangguk dengan tenang. Ibu Salbiah terduduk dibangku.
Lamaran mendadak itu menongkah Habibah selusuri arah kehidupan baru. Tanggungjawab besar menunggu dihadapannya. Moga keputusan ini mampu memadamkan Rayyan Sulaiman di ruangan minda.
#####
So apa maciam??
Vel... cerita yg ni bukan sambungan dr isteri kontrak ke? Ke update semula dr isteri kontrak tu? Jalan cerita isteri kontrak tu dah best sgt2 lah vel rasanya..
ReplyDeleteHi Mas... tajuk dah tukar... Bibah masih plot yang sama, cuma ada penambahbaikan oleh editor. harap Mas suka ya... dan sabar menunggu...
DeleteVel... cerita yg ni bukan sambungan dr isteri kontrak ke? Ke update semula dr isteri kontrak tu? Jalan cerita isteri kontrak tu dah best sgt2 lah vel rasanya..
ReplyDeleteOhhh ini penambahbaikan pula...wlumcamanapun still berjaya mencuri hati saya, klu sudah terbit nanti..mesti saya beli hihihi
ReplyDeletehai vel...macam mana nak beli novel ni?
ReplyDeleteSangat bagus introduction. Byk persoalan sia sekarang. Setia menunggu.
ReplyDelete