Wednesday, April 13, 2016

pembacaku sayang

Good day everyone...

*tarik nafas*

Salam sayang buat semua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada readers yang masih ingatkan saya, email saya, drop comments dalam posting2 saya yang terdahulu. Terus terang, saya membaca kesemuanya walaupun ada yang tidak sempat berbalas. Terima kasih kepada dunia maya yang menemukan kita, walaupun tidak pernah bersua muka, namun kita tetap mesra seolah-olah kita telah kenal lama, seolah-olah saya juga melihat wajah kamu semua.

Hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang kehidupan saya. Kehidupan sebagai seorang ibu, seorang isteri, seorang anak, seorang blogger yang suam-suam kuku dan juga seorang bakal penulis novel ( saya masih tidak betah sepenuhnya dengan gelaran yang terakhir ini...)

Pada suatu ketika dahulu, saya memang teruja, sangat teruja untuk menjadi seorang penulis, seperti gelaran itu sangat hebat, iyalah sebab kita berkeupayaan untuk memanjangkan angan-angan kita untuk dibaca oleh orang lain, saya sangat teruja. Sampaikan pada satu ketika saya berangan akan berhenti kerja dan menumpukan seluruhnya kehidupan dan masa yang saya ada untuk menulis, begitu besar angan-angana saya.

Hari demi hari saya menulis sedikit demi sedikit, Isteri Kontrak mula mendapat tempat di hati para pembaca alam maya, saya menjadi teruja, gembira, riak sedikit (memang ada, naluri manusia biasa) dan semangat saya untuk menulis hingga ke bait yang terakhir menjulang tinggi, pada mulanya saya menulis dengan hati, namun lama-kelamaan saya menulis untuk sekadar untuk menghabiskan manuskrip Isteri Kontrak.

Ramai berpendapat novel Isteri Kontrak ini bagus jalan ceritanya, lain daripada yang lain, saya gembira bila dipuji begitu (riak lagi). Saya yakin 100% bahawa sekiranya novel ini akan diterbitkan oleh penerbit yang saya impikan. Setelah siap, saya menghantarnya kepada penerbit tersebut, selepas 8 bulan, manuskrip saya ditolak. Pada mulanya saya tidak dapat menerima kenyataan, cerita hebat saya ditolak?

Saya muhasabah diri, dan realiti demi realiti mula menghimpit, bahawa di luar sana, beratus penulis lebih baik daripada saya, ramai dan sangat ramai, bahkan hari ke hari ramai penulis-penulis hebat lahir dengan karya yang hebat-hebat. Jadi, saya ni sekadar apa?

Saya perap novel saya selepas itu, sehinggalah saya mendapat email dari seorang insan, cukuplah saya menggelarkan dia kak NI, dia membaca manuskrip saya dan memberi komen membina, saya edit sedikit demi sedikit namun akhirnya semangat saya semakin pudar dek komitment yang lain, seperti pekerjaan sepenuh masa dan juga tuntutan tanggungjawab seorang ibu yang harus saya penuhi. Saya juga berniat untuk membuat self-published tapi sekali lagi niat itu tenggelam.

Novel Isteri Kontrak saya abaikan sekali lagi, sehinggalah saya mendapat tawaran dari satu penerbit yang juga mempunyai nama besar di tanahair, pada mulanya saya agak ralit untuk meneruskan impian saya, namun setelah diberikan semangat dan nasihat oleh kak IS, saya mengambil keputusan untuk mengorak langkah sekali lagi. Saya hubungi kak NI dan dia dengan senang hati merestui niat saya untuk memberikan manuskrip kepada kak IS.

Bermula lagi perjalanan saya, kak IS banyak membantu memberikan nasihat dan komen-komen yang membina, untuk memperbaiki plot Isteri Kontrak, dan syukur apa yang saya boleh katakan, Isteri Kontrak mungkin semakin baik jalan ceritanya, cuma saya memerlukan masa lebih lagi untuk memperbaiki jalan ceritanya. Ada sebabbya kenapa ia ditolak oleh penerbit yang saya pilih, memang ada rencana Tuhan yang lebih baik untuk novel ini.

Adakah Isteri Kontrak akan diterbitkan?

Saya akan lanjutkan penulisan di pos akan datang....

7 comments:

  1. Kak IS yang disayangi...terima kasih bantu my lovely Vel...Vel, teruskan usaha...saya doakan IK berjaya juga dibukukan suatu hari nanti...never give up...^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... memang sayang dengan kak IS tu... thanks May :)

      Delete
  2. Sis kalau dah publish inform tau..nak buat koleksi novel best...

    ReplyDelete
  3. Sis kalau dah publish inform tau..nak buat koleksi novel best...

    ReplyDelete