Friday, December 28, 2018

Isteri Kontrak siap dikemaskini

Peralihan Isteri Kontrak dari blog lama ke blog baru telah menyebabkan link lama tidak berfungsi... buat housekeeping sikit tadi dan betulkan balik semua 38 links...

Syukur selesai semuanya.

Bagi yang baru, selamat membaca kembali kisah Bibah.


Thursday, December 27, 2018

bukan blog baru

Hello semua,
Masih ada yang mencari Habibah?

Ramai yang email dan bertanyakan blog sosondoton.com, ya blog tu dah deactivated oleh Enom sebab terlambat bayar yearly domain subscription. Saya bayar ngam2 sehari selepas due date dan terus digantung. Kalau mau kena activated kena bayar dalam RM700. Sangat tidak berbaloi, tidak mengapa, saya import isi kandungan blog dan tampal di sini.

So, kita berjumpa di ruangan ini pulak ya... blog ini lebih senior dari sosondoton.com, cuma tidak kena utilise sepenuhnya.

So kita mulakan hidup baru di blog ini ya....

#maribersihkansawang

Tuesday, October 10, 2017

my guilty post


I'm not been able to update my blog due to:
1) I avoid readers to ask the update of SSA 😓
2) Life as a housewife is quite challenging actually, I've neglected and being very ignorant of my actual passion.
3) I am a working at home mom, I'm quite scared that I don't have enough money to sustain 😉, and so I've been working hard to promote my home made rice wine.

I was looking at my blog this morning and very tempted to write a post. Hence this post...

Syarat Sebuah Akad (SSA) is all my fault of being delayed, the editor (Kak Ita) has been chasing me since last year but somehow the momentum to edit it went to somewhere else. I love to see SSA to be published but... yes, I will try to fight my own dilemma.

Yes guys, if you're reading this, I am so sorry for make it SSA such a long wait. Hopefully by end of Oct, I will be able to make it happen.

I love you guys. Thank you for the spirit.

p/s I am writing this post from the hospital, my daughter was admitted since last Sat, buy thank God, she has been discharged today. 



Tuesday, November 8, 2016

Syarat Sebuah Akad :: Bab 1

TEASER 1

Hello semua,

Seperti yang saya beritahu pada post yang lepas, kisah Bibah tidak lagi bernaung pada Isteri Kontrak tetapi telah diubah tajuknya kepada "Syarat Sebuah Akad"

Saya ingin meminta pandangan pembaca, sila komen selepas penambahbaikan ini OK.
Kudos to my dearest editor, Kak IS... buat masa ini, biarlah rahsia identiti beliau hehe...

BAB 1

“Bibah!”
Habibah terus menerpa ke arah ibu Salbiah yang amat dirinduinya. Pandangan mata ibu Salbiah yang lembut segera menghilangkan gundah dihatinya.
“Mana adik-adik?” Leher Habibah sengaja dipanjangkan. Keadaan ruang tamu Rumah Anak Yatim Seri Kenangan tidak banyak berubah.
“Tengah bersiap, masuklah dulu.” Ibu Salbiah membantu menarik masuk beg pakaian Habibah.
“Ada orang nak datang ke ibu?” Habibah terus bertanya.
“Adaaa... Bibah nak naik ke atas rehat ke?” Ibu Salbiah memandang Habibah. Habibah menggelengkan kepala. Walaupun agak letih, namun dia seronok kembali ke rumah ini.
Ibu Salbiah tersenyum. Dia tahu, Habibah tidak akan membiarkan dia mengurus tetamu seorang diri. Gadis berusia 23 tahun itu umpama anaknya sendiri. Pejam celik tanpa disedari, anak yang dijaga seawal usia 2 tahun itu kini telah membesar menjadi gadis sunti. Malah baru sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat universiti.
Habibah anak yatim piatu. Tiada satu kenangan yang terukir diminda tentang asal usul juga kampung halaman.  Dia hanya tahu rumah anak yatim itulah kampungnya. Ibu Salbiah itulah ibunya. Insan yang bertanggung jawab membesarkan dan mendidiknya. Sehingga kini Rumah anak yatim Seri Kenangan tetap menjadi destinasi wajib. Terlalu banyak kenangan terpatri di rumah itu. Ibu Salbiah tempatnya mencurah rasa. Tempat mengadu sakit juga menagih belaian kasih dan rindu. Ibu Salbiah adalah ibu Habibah. Dunia dan akhirat.
“Bagaimana? Dapat jejak Rayyan?”
Habibah menarik nafas panjang, wajah ibu Salbiah ditatap sayu.
“Tak.”
 “Ada tanya kawan-kawan dia?”
“Tak.” Habibah menggeleng.
Beg pakaian dibuka, satu persatu pakaiannya dikeluarkan dan diletakkan di atas katil. Skrol ijazah yang diselitkan di dalam beg dikeluarkan dan diberikan kepada ibu Salbiah.
“Ibu simpan ya. Inilah bukti janji Bibah untuk ibu. Upah atas kasih sayang ibu. Terimakasih ibu.” Habibah raih ibu Salbiah dalam pelukan.
Habibah sangat bernasib baik di dalam pelajaran. Semangat kental Bibah untuk mengubah nasib diri telah membuahkan hasil. Skrol kejayaan telah berada digenggaman. Habibah bersyukur kerana mendapat biasiswa dari Setia Waja Holdings. Sebuah syarikat multinasional di Malaysia. Biayaan Setia Waja telah merealisasikan impian Habibah ke menara gading.
“Lepas ni, anak ibu dah nak bekerja. Cepat betul masa berlalu.” Ucap ibu Salbiah dengan bangga sambil matanya meneliti skrol milik Habibah. Tiba-tiba hatinya dipagut sayu. Sayu bila kejayaan Habibah tanpa kehadiran insan-insan tersayang. Tanpa ibu. Ayah. Juga Rayyan, insan yang menjadi motivator Habibah sepanjang di universiti. Sampai ke saat ini, ibu Salbiah tidak pernah bertemu dengan Rayyan Sulaiman yang sering diceritakan oleh Habibah.
Hati Habibah pernah terletak elok pada seorang jejaka yang bernama Rayyan Sulaiman. Hati remajanya terpaut pada lelaki itu. Di universiti, Habibah bukan sahaja menuntut ilmu tetapi hatinya juga ikut sama belajar. Belajar mencintai. Mencintai kaum adam. Namun tidak pasti cintanya bersambut atau sekadar rasa sebelah pihak.
Rayyan, insan yang berjaya memenangi hati gadisnya. Rayyan merupakan seorang  tutor sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Profesor Salleh, pensyarah Statistik telah meminta Rayyan membantu beliau menjadi tutor didalam kelas Habibah. Disini bermula segala cerita cinta Bibah.
Sikap Habibah petah dan rajin bertanya, buatkan Rayyan makin rapat dengan Habibah. Setiap luahan rasa serta cerita tentang impian dan cita-cita Habibah terakam indah di minda Rayyan. Dari situ timbul niat Rayyan untuk membantu dan membimbing di sepanjang pengajian Habibah. Tumpuan serta sikap Rayyan telah membuai hati kecil Bibah dengan ‘rasa’. Cinta. Kasih. Anganan mahligai indah.
Malam terakhir di universiti, selepas tamat peperiksaan akhir, Rayyan menemui Habibah. Sejambak bunga bersama sekotak hadiah dibawa untuk Bibah.
“Bibah buka kotak ni selepas konvo ya. Janji tau” Rayyan menghulur kotak hadiah.
“Bibahhhh....janji dengan abang. Jaga diri. Jaga Hati. Jaga Iman. InsyaAllah, Allah akan selalu ada untuk menjaga Bibah.” Itulah pesanan terakhir Rayyan yang tersemat kuat diingatan.
Rayyan tidak hadir pada hari bersejarah Habibah. Habibah hadapi hari konvokesyen dengan rasa kehilangan. Lara hati tatkala insan yang paling diharap tidak muncul. Pulang dari majlis konvokesyen, kotak hadiah pemberian Rayyan dibuka.
Mata berkaca. Hati sebak. Jiwa melara.
Rayyan meninggalkan sekeping nota dan sebuah diari kosong di dalam kotak itu. Hanya sebuah diari kosong serta sekeping nota. Mata terus menari di setiap ukiran kata tulisan Rayyan.
Bibah,
Abang minta maaf kerana ini merupakan kali terakhir abang menghubungi Bibah. Abang sayang Bibah macam adik abang sendiri. Bibah harus sentiasa ingat itu di dalam hidup Biba. OK?
Abang gembira kerana impian abang untuk melihat Bibah berjaya di dalam pelajaran akhirnya tercapai. Harapan abang agar Bibah akan terus berani menongkah arus di dalam kehidupan Bibah. Jangan mudah putus asa, dik.
Bibah… abang akan berkahwin dengan pilihan hati abang tidak lama lagi. Maafkan abang kerana tidak pernah menceritakan pasal dia kepada Bibah. Abang harap Bibah tidak akan sakit hati dengan abang, dan tidak merindui abang sebagai kekasih. Rinduilah sebagai abang. Bibah adik abang.
Abang tinggalkan sebuah diari kosong menjadi peneman Bibah. Apabila Bibah terasa ingin meluahkan sesuatu, coretlah…
Abang doakan Bibah semoga sentiasa kuat dan sukses…
Rayyan
Terima kasih Rayyan. Hadirnya dirimu sebagai lilin. Menyuluh jalan sukses diri ini. Membakar semangat untuk terus bangkit dan Berjaya. Tapi...kehilangan secara tiba-tiba dirimu membuatkan terang hidup ini terus terpadam. Hati Habibah merintih di dalam diam.
Kecewa dan teramat kecewa. Sakitnya tuh menyusuk dihati. Air mata mengalir lesu.  sehingga pada hari ini tidak pernah kering untuk menangisi nasib diri. Menangisi nasib diri kecewa dilanda cinta. Cinta bertepuk sebelah tangan. Ibu Salbiah menjadi pusat aduan lara. Allah tempat Habibah adu duka.
Abang... sampai hati tinggalkan Bibah. Sanggup abang rahsiakan semua ini. Bibah tau, semuanya salah sendiri. Menabur benih cinta pada tapak semaian yang salah.
“Bibah…” panggilan lembut ibu Salbiah segera mematikan segala kenangan sedih.
“Ibu…” Habibah tersenyum pahit.
“Masih ingatkan Rayyan?”
Habibah mengangguk lesu.
“Dahlah tu…” ibu Salbiah duduk di birai katil, mengelus lembut rambut Habibah. “Jomlah turun, tetamu dari syarikat besar tu dah sampai. Nak lawat adik-adik.” Ibu Salbiah tersenyum mesra.
“Adik-adik dah siap bu?” Habibah teruja sedikit. Ibu Salbiah tersenyum. Kepala diangguk.
 “Ibu turun dulu ya, Bibah nak solat Asar lepas tu Bibah turun.” Habibah bingkas bangun dan menuju ke bilik air.

HABIBAH sibuk mengagihkan Kentucky Fried Chicken kepada adik-adik yang beratur. Semua penghuni Rumah Anak Yatim Seri Kenangan bakal menjamu selera dengan ayam goreng hari ini. Tangannya lincah dan bibirnya  tidak lekang dengan senyuman. Melihat wajah satu persatu adik-adiknya yang tersenyum gembira buatkan hatinya diburu pilu. Begitulah dirinya dulu. Anak yatim itu tersenyum gembira, hatinya dibuai sayu.
“Habibah?” Seorang pemuda mendekati Habibah. Segak, kacak dan bergaya. Jarak mereka yang terlalu dekat membuatkan hati Habibah sedikit gementar.
Habibah berasa pelik. Bagaimana namanya boleh meniti dibibir yang merah basah itu? Habibah mengangguk perlahan sambil otak mencongak ingatan.
“Habibah tidak kenal saya.” Si dia tersenyum nipis. Habibah sangat pasti. Pemuda itu tidak pernah dikenalinya. Kepala digeleng.
“Macam mana encik tahu nama saya?” Habibah mengerutkan dahi.
Jejaka tampan tu hanya tersenyum. Manis senyumannya.  Wajah kacak itu ditenung lama.
“Itu tak penting,” Ujar pemuda itu.
Habibah menggelabah. Kotak KFC ditangan dihulur. Pemuda itu sekadar menggelengkan kepala sambil menolak lembut kotak itu. Hati Habibah makin berbunga curiga. Ibu Salbiah mendekati. Ibu Salbiah yakin ada sesuatu yang tak kena. Raut Bibah menceritakan segalanya.
“Terima kasih encik di atas sumbangan ini. Anak-anak disini sangat gembira,” Ucap Ibu Salbiah dengan nada terharu. Lelaki kacak itu kembali melemparkan senyum. “Banyak betul sumbangan yang encik bawa.”
“Kita sama-sama saling membantu makcik.” Manis bicara lelaki kacak itu. Mata Habibah masih terpaku pada raut didepan.
“Bibah…” seru Ibu Salbiah dengan lembut, Habibah terkejut. Dulang karipap terus dicapai. Merah tersirna diruangan muka. Lelaki kacak itu tetap tersenyum.
“Habibah.” Lelaki itu terus memanggil. Orak langkah Habibah terhenti. Berpusing menatap susuk tegap didepan. Sorotan mata itu seakan menyimpan sesuatu. Apakah dia. Minda Habibah bertingkah. Habibah tau, dia perlu bersedia. Pasti sesuatu bakal terjadi.
“Habibah…” kali ini Ibu Salbiah turut mematikan diri. Mesti dia pun pelik. Pelik sebab dari tadi nama Habibah terluncur dari bibir seksi sang jejaka . Habibah memandang ke arah ibu Salbiah.  Liur ditelan.
“Encik?” Ibu Salbiah bersuara.
“Saya…” Rengkungnya bergerak. Keringat merincik didahi. Tampak resah terbias diwajah.
Habibah kaku. Membisu. Jantungnya berdegup kencang.
“Saya datang dengan hajat.” Luahnya. Wajah itu semakin tidak keruan. namun Sebagai graduan komunikasi, Habibah boleh membaca riak pada raut pemuda itu. Bijak menyembunyikan keresahannya.
“Hajat?” Ibu Salbiah berbalas pandang dengan Habibah.
Lelaki itu mengangguk perlahan. Ulas bibir terkuak. Penuh makna.
“Saya, Qassif Daniel bin Mansor. Ingin melamar Habibah binti Derus, untuk menjadi isteri saya.” Tutur kata yang lancar, lembut dan penuh beralun namun cukup mantap. Mesti dia praktis berkali-kali untuk menuturkannya.
Haahhh!!! Rahang hampir mencecah lantai. Terkejut. Gila. Memang gila. Ribut takde, tetiba hujan lebat. Syukur dulang karipap tidak mencium lantai. Rezeki adik-adik tu. Dada Habibah berombak kencang. Seperti lepas serangan tsunami. Seram sejuk seluruh tubuhnya.
“Encik, encik salah orang rasanya…” Ibu Salbiah mencelah pantas.  Terkejut dengan lamaran tetiba lelaki itu.
“Saya tidak salah orang.”,Yakin. Tusukan anak matanya tajam. Nampak menyakinkan.
“Tapi Habibah rasanya tak kenal…”
“Ibu!” Suara Habibah mematahkan bicara. Ibu Salbiah memandang tepat ke wajahnya.
“Kan? Habibah tak kenal kan?” Ibu Habibah cemas meminta penjelasan Habibah.
“Ibu,” Habibah menelan air liur berkali-kali, “Bibah… Bibah…” Suara tersangkut dikerongkong.
“Bibah!” Ibu Salbiah resah. Risau. Apa pula tindakan Bibah ni?
“Saya terima lamarannya ibu,” Habibah menjawab yakin. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu.
Bait bicara Bibah buat Ibu Salbiah hampir rebah. Bibah...apa yang cuba Bibah lakukan ini. Nikah kahwin ni. Bukan mainan. Ibu Salbiah diamuk kemelut.
“Saya terima lamaran awak!”
Ya Allah, ampuni dosa-dosa ku. Semoga keputusan tergesa-gesa ini bawah reda Mu, Ya Allah. Ampuni hambaMu ini kerana membuat keputusan tanpa mohon petunjukMu dahulu. Payungilah hambaMu ini dengan rahmatMu. Tidak pernah terlintas dihati untuk berkahwin dengan insan yang tidak dikenali. Kahwin seawal usia ini. Impian kerja pun belum terlaksana.
Resah. Keliru. Buntu.  Namun semua itu berterbangan dengan senyuman manis didepan mata. pemuda itu membuatkan kepala Habibah mengangguk dengan tenang. Ibu Salbiah terduduk dibangku.
Lamaran mendadak itu menongkah Habibah selusuri arah kehidupan baru. Tanggungjawab besar menunggu dihadapannya. Moga keputusan ini mampu memadamkan Rayyan Sulaiman di ruangan minda.

#####

So apa maciam??







Friday, September 2, 2016

Syarat Sebuah Akad, apakah itu?

Image result for sabar

Hehehehe...

Penulis lembapnya.... asyik berjanji tapi tdiak pernah tunaikan!!

Tapiiiii.....
THANK YOU!!!!

1,001,586 
blog views!!

Korang dari mana?
Thank you thank you sebab rajin datang mengunjungi Bibah dan Daniel, pastinya bukannya untuk si penulis hahahaha...

Baiklah, Kak IS sudah seringkali memberikan peringatan, 
"update blog vel, update blog!" 
"vel, please reply your readers' comment!"
"vel, blog tak update lagi!"

Baiklah kak... this is for you :)

My readers dearest, jangan marah saya bah... kak IS dah bagi dateline... saya akan cuba patuhi.
Bila?

Hujung bulan ni saya akan akan meninggalkan dunia korporat dan menumpukan sepenuhnya buat Bibah dan Daniel...

dan untuk pengetahuan semua pembaca, Bibah dan Daniel akan beraksi di dalam tajuk yang diberi nafas baru oleh kak IS... no longer Isteri Kontrak ok... tajuk itu sungguh kontroversi haha...

so people, jom beralih ke tajuk komersial yang mendebarkan...

"Syarat Sebuah Akad"

Jadi jangan putus asa untuk Bibah ok :) Tajuk dah semakin best tu :)






Friday, May 6, 2016

Teaser 1 - Isteri Kontrak

Selamat Hari Jumaat semua, semoga semua pembaca siri Bibah sihat-sihat saja.
Terima kasih kerana sokongan yang berterusan untuk Bibah, seolah-olah Bibah itu benar-benar wujud dalam hidup saya.

Sebagai menghargai kesetiaan kamu semua, dan juga sebagai menghilangkan kerinduan kepada Bibah yang hampir setahun menghilang, saya persembahkan ini... sebagai teaser.

Semoga terubat kerinduan kamu ya.


********
Helaian kertas dirungkai satu persatu, dipisah-pisahkan, lalu disusun dengan cermat di atas meja itu.
Borang yang diberikan oleh Qassif Daniel tiga minggu lepas telah pun lengkap diisi, tiada ruang kosong yang ditinggalkan. Pada awalnya, jari jemarinya agak menggeletar apabila memegang pen, sangkanya mungkin sebab lama tidak menulis, sebab itulah jarinya menggeletar, tapi lama kelamaan dia akur, jiwanya hancur berderai setiap kali huruf di lakarkan di helaian-helaian kertas itu.
Aku tidak punya pilihan.
Air mata yang mengalir tidak terhitung jumlahnya, diseka cepat-cepat agar tidak menitik pada helaian kertas-kertas itu, kertas-kertas itu adalah amat penting untuk Qassif Daniel, demi kebahagiaan lelaki yang telah mengisi ruang hatinya itu, dia rela.
Arghh Qassif Daniel, beginikah jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah kita, benarkah tiada ruang lagi di hatimu untuk menerima aku, untuk menerima anak kita?
Air mata diseka lagi.
Hati Habibah terlalu sakit, terlalu menderita perasaannya. Perasaan yang terlalu banyak berurusan dengan hati tetapi tidak pernah mengetahui isi hatinya, bagaimana hendak meluahkan isi hati sekiranya orang yang sepatutnya mengetahui isi hati itu tidak mahu mengetahuinya? Tidak mahu ambil pusing langsung tentang gelodak jiwanya?
Harapan ampuh yang pernah tersandar pada lelaki itu akhirnya rapuh jua. Hati Habibah terlalu segan untuk memasang harapan itu kembali, kerana dia tahu siapa statusnya di sisi Qassif Daniel, perkahwinan mereka yang diletakkan pada syarat-syarat di atas kertas, akad yang semakin menjauh dari harapan yang terpatri di hati Habibah saat mereka diijab kabulkan.
Keindahan itu memang hanya sementara, yang tinggal hanya kenangan dan harapan. Habibah sudah tidak mampu kerana hati Qassif Daniel begitu tegas, sudah muktamad.
Habibah meletakkan tangannya di dada, esaknya menjadi, dia tahu, dia perlu menyusuri setiap suara hatinya sendiri, meskipun harapan masih mampu disulam namun Habibah jua akur, harapan tidak pernah menjanjikan impian yang diharapkan. Biarlah, apa yang penting ialah untuk aku terus melangkah demi mencari harapan baru, hati kecil Habibah berbisik perlahan.
Perut diusap lembut, kasihan sungguh anak mama, belum lahir lagi sudah terpaksa menerima ketiadaan papa nya, bahkan mungkin kehadirannya tidak diharapkan langsung oleh Qassif Daniel.
Sehelai demi sehelai kertas itu kemudiannya disusun tertib, dan dimasukkan dengan cermat ke dalam sampul surat bewarna coklat itu. Esok, office boyQassif Daniel akan datang mengambil dokumen penting itu.
Habibah segera bangun selepas meletakkan sampul berwarna coklat itu di sudut meja. Langkahnya mati tiba-tiba, Habibah memegang perutnya, agak tegang dan sedikit ngilu.
Allah, sakitnya!
Habibah cuba untuk melangkah semula, namun rasa ngilu semakin menyucuk, Habibah panik, dengan perlahan dia meletakkan duduknya di sudut sofa. Nafas ditarik perlahan dan dilepaskan dengan perlahan juga, tangannya masih memegang perut.
Rasa sakit semakin degil, tidak ingin melepaskannya. Anakku sayang, mama akan usahakan sesuatu ya, sabar sayang, air mata mula merembes keluar menghujani pipi mulusnya. Biarlah apa sekalipun musibah jatuh ke atas dirinya, Habibah tidak kisah, tapi anak ini, anak ini tidak bersalah, anak ini harus diselamatkan.
Dalam kepayahan, Habibah akhirnya mencapai telefon bimbitnya. Dia mencari nama Maya dan segera menekap telefon bimbit ke telinga, deringan lagu berkumandang namun akhirnya ke peti simpanan suara, Habibah mengeluh hampa.
Habibah mencari nama Farrah, lagu berkumandang namun terus ke peti simpanan suara. Habibah meletakkan tangan di dada, menahan sendu, di dalam kesakitan yang semakin ngilu, bayang-bayang Qassif Daniel menjelma lagi, memandangnya rakus dengan air muka yang sangat serius, tiada senyum.
Habibah mengesat hidung dan air mata, dia tiada pilihan lain, sempat memanjatkan doa di dalam hati agar orang terakhir yang bakal dihubungi akan menjawab panggilannya.
Terketar-ketar jarinya, namun diteruskan juga menekan pada skrin telefon bimbitnya.
“Abang… Bibah rasa sakit…” dan air mata terus turun mencurah, lebat dan tidak terbendung lagi.

“HELLO, Puan Habibah?”
“Ya saya, siapa ni?”
“Saya Khalid Puan, Encik Daniel kata ada dokumen untuk dia, saya nak datang collectni.”
Pedih mula menggigit tangkai hati, bibir diketap perlahan, air mata begitu murah mahu menerjunkan diri. Kelopak mata Habibah saling bertemu.
“Hello, hello Puan?”
“Oh ya… ya ada, dokumen ada di sini.” Habibah kembali tersedar.
“Saya naik ke atas ke macam mana ni Puan?”
“Erm.. Encik Khalid berada di mana sekarang?” Habibah masih melantunkan suara santunnya, bukan salah Khalid pun, dia sekadar menjalankan tugas.
“Ada kat depan kondo tempat tinggal Puan ni.”
Kelopak mata Habibah bertemu lama. Dia dapat membayangkan Khalid berdiri di bawah sinar matahari yang terik di petang-petang ini. Hatinya sempat melabuhkan simpati.
“Khalid…”
“Ya Puan.”
“Saya tidak ada di rumah sekarang, tapi bolehkah Khalid datang ke satu tempat?”
“Boleh Puan!” Bersungguh sangat Khalid, penting sungguh dokumen itu nampaknya.
“Saya ada kat Hospital Damai Indah, nampai nanti call, saya akan bagitahu nombor bilik.”
Lama kemudian baru Khalid menjawab.
“Ba…baiklah Puan!”

SAMPUL surat berwarna coklat beralih tangan, Habibah tidak larat untuk turun ke bawah lobi untuk menyerahkan sampul itu, dia terlalu lemah, lemahnya bukan sahaja pada fizikalnya tetapi juga pada hatinya, rapuh jiwanya semasa mengisi borang itu namun dia tahu, kehadirannya tidak memberikan sebarang makna di dalam hidup lelaki yang bernama Qassif Daniel itu.
“Puan…” seruan perlahan Khalid perlahan-lahan menyusup masuk ruang pendengarannya yang melamun jauh.
“Puan okey?” tanya Khalid. Pertama kali bertemu dengan Habibah namun dia sudah dapat membaca air muka wanita yang berwajah pucat itu. Rusuh sungguh jiwanya, kusut sungguh minda wanita itu.
Habibah mengangguk perlahan, air mata ditahan di tebing mata dan berdoa agar bentengnya tidak patah di hadapan Khalid, walau siapa pun Khalid, dia tidak mahu lelaki itu mengesyaki yang bukan-bukan. Senyuman lembut segera dikuntum, sedikit menghilangkan gusar di hati Khalid.
“Saya minta diri dulu Puan.”
Habibah mengangguk lagi.
“Err…” tangan Habibah sudah terangkat, Khalid yang baru hendak memulas tombol pintu segera menoleh, wajah wanita itu dipandangnya, entah kenapa, segaris simpati bermukim di hati Khalid, apakah yang disembunyikan oleh wanita itu sebenarnya? Apa hubungan Habibah dengan Qassif Daniel, majikannya?
“Ada apa Puan?” Sopan sahaja Khalid bersuara.
Habibah tersenyum pahit. Bibir pucatnya tetap lincah melontarkan senyum meskipun hatinya bagaikan dicarik-carik.
“Encik Khalid, dokumen di dalam sampul itu sangat penting buat Encik Qassif Daniel, saya berharap Encik Khalid akan menjaganya dan menyampaikan terus ke tangan Encik Daniel ya,” Habibah bersuara lirih.
“InsyaAllah Puan.”
Daun pintu telah lama ditutup, bayang-bayang Khalid juga telah pergi bersamanya, yang tinggal hanya Habibah dengan rintihan hatinya, perut diusap perlahan, mama hanya hanya kamu dan Allah, sayang. Bertahanlah demi mama dan Allah, mama sayang kamu.
Ya Allah…
Aku ingin sangat menjadi hamba-Mu kuat, yang Engkau percayai…
Aku mohon kekuatan itu Ya Allah…
Aku ingin kuat di dalam nama-Mu, hanya untuk Engkau.
Amin.


Empangan akhirnya pecah, air mata berlinang laju, namun dibiarkan sahaja.
Bersambung....

********